Nak Berseri Macam Ayda Jebat Dan Meerqeen? Serlahkan Seri Wajah Anda Dengan Air Mineral Semulajadi Spritzer
Rahsia anda tampak berseri
Dengan industri kecantikan yang sentiasa berkembang, dari skin flooding ke lendir siput, sentiasa ada sahaja trend yang seringkali tular. Meskipun, rutin kecantikan seperti penjagaan kulit mahupun rawatan wajah dapat membantu anda mendapatkan seri yang anda idamkan, rahsia kulit wajah anda tampak berseri sebenarnya bermula dari dalaman. Adakah anda ingin mendapatkan kulit wajah yang flawless dan glowing macam Ayda Jebat dan Merqeen? Rahsianya adalah Air Mineral Semulajadi Spritzer. Minuman pilihan ramai orang ini bukan sahaja menyegarkan, malahan ia diperkaya secara semulajadi dengan mineral silika yang penting dalam penghasilan kolagen. Dengar sahaja pun, dah best kan?
Air Mineral Semulajadi Spritzer, Diperkaya Secara Semulajadi Dengan Mineral Silika
Sumber Air Mineral Semulajadi Spritzer diperoleh daripada akuifer yang terletak di kawasan hutan hujan tropika seluas 390 ekar yang dilindungi di Taiping, Perak. Proses pembotolan airnya menggunakan teknologi automatik yang memastikan tiada sentuhan tangan berlaku untuk mengekalkan ketulenannya. Kandungan air mineral Spritzer juga ditapis secara higenik mengikut piawaian antarabangsa yang menunjukkan dedikasi mereka dalam menjamin kualiti air.
Selama 15 tahun, Air Mineral Semulajadi Spritzer menjalani penapisan secara semula jadi melalui lapisan batuan bawah tanah dan strata batu pasir yang dilindungi. Selain itu, sumber akuifernya yang terletak 420 kaki di bawah tanah, memberikan Air Mineral Semulajadi Spritzer rasa yang unik serta menakjubkan .
Jenama air mineral terkemuka ini cukup terkenal dengan kandungan mineralnya yang penting untuk tubuh badan manusia seperti bikarbonat, kalsium, magnesium, kalium dan natrium. Namun, mineral utama yang sinonim dengan Air Mineral Semulajadi Spritzer adalah silika atau lebih dikenali sebagai mineral kecantikan yang penting dalam penghasilan kolagen.
Alami Kebaikan Silika Dengan Air Mineral Semulajadi Spritzer Untuk Menyerlahkan Kulit Dari Dalaman
Silika atau juga dikenali sebagai silikon dioksida adalah mineral surih yang penting dalam penghasilan kolagen. Kepentingan kolagen untuk tubuh badan manusia diperlukan untuk memastikan kesihatan yang optimum. Air Mineral Semulajadi Spritzer diperkaya dengan 60 mg/L silika yang tinggi, memastikan agar anda menerima manfaatnya dari segi kesihatan dan juga kecantikan luaran.
Pendek kata, manfaat silika turut terbukti dalam kajian dan penyelidikan yang dijalankan di serata dunia. Menurut kajian “Soluble silicon patterns and templates: calcium phosphate nanocrystal deposition in collagen type 1” yang diterbitkan dalam jurnal RSC Advances pada tahun 2016 mendapati bahawa silikon, dalam bentuk asid ortosilisik membantu menyokong fungsi kolagen, yang penting dalam prestasi mekanikal tulang dan tisu mineral.

Silika merupakan rahsia untuk kecantikan luaran anda. Bahan mineral ini memberikan kelebihan yang komprehensif dari aspek menganjalkan kulit wajah, menyerikan kulit kusam, menguatkan kuku rapuh, dan mempercepatkan pertumbuhan rambut baru yang lebat dan berkilau.
Tambahan pula, manfaat kesihatan silika melangkaui kelebihan untuk kecantikan luaran, kerana ia telah terbukti penting untuk kesihatan fizikal seperti meningkatkan kecergasan mental, menggalakkan jantung yang sihat, sistem penghadaman yang sihat serta memastikan tulang dan sendi anda lebih kuat dan fleksibel seiring dengan usia anda. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, anda disarankan untuk mengambil silika sekurang-kurangnya 25 mg sehari untuk memperoleh manfaatnya untuk kesihatan tulang.
Dengan kandungan silika yang tinggi, Air Mineral Semulajadi Spritzer memberikan pelbagai manfaatnya terutamanya menyerikan kembali kulit wajah anda. Mineral silika bukan sahaja membantu mengekalkan kelembapan kulit, tetapi ia berkesan merangsang pengeluaran kolagen dan meningkatkan keanjalan kulit agar anda tampak berseri dan awet muda.
Jika anda mempunyai kandungan silika yang rendah dalam badan, kulit wajah anda pasti akan tampak kusam kerana badan anda tidak menghasilkan kolagen yang mencukupi dan juga ikatan silang fibril kolagen yang rendah akan memberikan kesan degradasi kolagen pada kulit anda.
Adakah anda tahu bahawa badan anda menyerap silika dengan lebih efektif dalam bentuk cecair? Secara khususnya, tubuh badan manusia boleh menyerap sehingga 40 kali ganda silika dalam bentuk cecair berbanding dalam bentuk serbuk. Oleh itu, meskipun terdapat pelbagai jenis suplemen yang berasaskan silika di pasaran, Air Mineral Semulajadi Spritzer sememangnya pilihan yang mudah dan berkesan untuk sesiapa sahaja.
Dapatkan Air Mineral Semulajadi Spritzer Sekarang
Dengan Air Mineral Semulajadi Spritzer anda bukan sahaja dapat menghidratkan tubuh badan, malahan kandungannya yang kaya dengan silika memberikan manfaat kesihatan juga. Air Mineral Semulajadi Spritzer boleh didapati dalam tujuh saiz, termasuk 250ml, 350ml, 550ml, 750ml, 1250ml, 6L, dan 9.5L, dan boleh dibeli di platform runcit dan e-dagang, termasuk laman web rasmi Spritzer, Pandamart (penghantaran di Lembah Klang sahaja), Shopee, dan Lazada.
Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.
Make sure to follow Beauty Insider on Instagram and Facebook for the latest updates!