Kepada anda yang mengalami frasa keguguran rambut atau apa-apa masalah berkaitan dengan kulit kepala. Anda pasti banyak membuat research di Internet tentang solusi yang sesuai. Ada yang sudahpun berjumpa dengan pakar rambut.

Mesti anda juga pernah terbaca tentang Minoxidil. Kalau anda yang belum tahu atau tak pernah dengar dengan nama Minoxidil ni. Jom Beauty Insider ceritakan sedikit di artikel kali ni!

Sebenarnya minoxidil ni agak jarang sekali nak dengar dari buah mulut orang. Kalau sedang sibuk scroll Instagram, Twitter, Facebook lagi lah tak pernah jumpa tentang iklan Minoxidil ni. Betul tak?

Realitinya, masyarakat kita senang ketahui tentang sesuatu produk mesti melalui iklan TV dan media sosial. Produk berkaitan dengan kulit kepala atau rambut yang senang dijumpai, mesti rawatan berbentuk kapsul, serum atau yang mudah digunakan.

Kandungan Minoxidil Yang Berbeza-beza?

Tetapi, lain pula pada Minoxidil ni. Sebab minoxidil bukan lah rawatan yang anda boleh gunakan begitu sahaja. Anda perlukan nasihat profesional terlebih dahulu.

Untuk pengetahuan anda, Minoxidil mempunyai dua perbezaan iaitu minoxidil 5% yang diluluskan FDA, dan minoxidil 2%. Kedua-duanya mempunyai tujuan yang sama, untuk merawat kulit kepala. Hal yang berbeza adalah jantina dan masalah mereka.

Sebab kenapa minoxidil ni ada yang mempunyai kandungan sebanyak 2%. Oleh kerana, mudah memberi kesan kepada sesetengah individu. Contohnya, individu yang mempunyai rambut panjang, atau tangan tidak dibasuh dengan sempurna selepas guna.

Bukan itu sahaja, sesetengah individu mempunyai kulit kepala yang mudah serap minoxidil. Sebab itu, kandungan minoxidil dikurangkan kepada sesetengah individu.

Walaubagaimanapun, minoxidil pada mulanya digunakan pada tahun 60an untuk merawat penyakit darah tinggi. Manakala, pada tahun 80an sekeumpulan penyelidik berpendapat bahawa ia dapat merawat lelaki dengan masalah rambut. Pada tahun 90an pula ia didapati dapat merawat wanita dengan masalah kulit kepala mereka.

Oleh itu, minoxidil telah membuktikan pelbagai keberkesanan terhadap individu. Tetapi, produk ini bukan senang untuk dibeli. Terdapat hanya sesetengah farmasi yang menjual produk yang eksklusif ni. Jangan risau, kali ni Beauty Insider akan bantu anda!

Produk-produk Minoxidil Yang Dijual

1. Jewim Minoxidil Tropical Solution 5%

Jewim Minoxidil Topical Solution dinyatakan secara eksklusif untuk rawatan alopecia androgenetica pada lelaki dan wanita. Produk ini merangsang pertumbuhan rambut dan menstabilkan keadaan kulit kepala seseorang supaya ia dapat mengelak keguguran rambut atau masalah kulit kepala yang tidak diingini. Leih-lebih lagi, ia dapat membantu pesakit yang menghadapi alopecia androgenetica.

Cara dan Syarat guna:

  • Digunakan 2 kali sehari
  • Tidak melebihi 2ml setiap hari
  • Disembur pada kawasan yang bermasalah
  • Sembur kawasan bermasalah dalam keadaan kering
  • Basuh tangan untuk elak kesan sampingan
  • Dilarang guna pengering rambut untuk cepat kering

Harga: RM92.00

2. Regro 5% Lotion

Produk Regro ini mengandungi 5% minoxidil yang telah pun dibuktikan amat berkesan kepada pengguna. Ia juga sesuai dipakai oleh wanita dan lelaki. Selain itu, produk ini mempunyai kombinasi minyak kelapa dara, bunga raya, limau purut, Aloe Vera, Stinging Nettle dan pelbagai jenis khasiat semulajadi yang boleh membantu masalah kelemumur, rambut kering dan kegatalan pada kulit kepala.

Masalah-masalah ini seringkali ganggu keselesaan. Oleh itu, formula ini dapat memberi pelbagai kebaikan kepada kulit kepala dan rambut

Cara dan Syarat guna:

  • Dipakai 2 kali sehari
  • Disembur pada kulit kepala
  • Disembur dalam kuantiti 5 ke 6 semburan
  • Dilarang mengambil 2 dos pada waktu yang sama

Harga: RM143.00

3. Vello-5 Tropical Solution

Vello-5 merupakan produk minoxidil yang mengandungi 5% bahan tersebut. Produk ni akan merangsang pertembuhan rambut seseorang dan menyindari masalah keguguran rambut. Selain itu, produk ini mengandungi minoxidil yang tinggi untuk mengelak simptom-simptom atau akar kepada maslah kulit kepala atau rambut seseorang.

Cara dan Syarat guna:

  • Tidak boleh digunakan pada kawasan yang terjejas dengan psoriasis, selaran matahari,
  • Ibu mengandung
  • Dilarang untuk mengguna produk ini jika anda sensitive terhadap bahan-bahan yang digunakan
  • Sembur produk tersebut dalam kuantiti 10 semburan (1ml)
  • Guna 2 kali sehari
  • Urut kulit kepala supaya mudah serap

Harga: RM98.00


Tempat-tempat Untuk Membeli Minoxidil

1. Eureka Farmasi

https://www.instagram.com/p/Bz17ECYFgFN/?utm_source=ig_web_copy_link

Eureka farmasi adalah salah satu farmasi di kawasan Putrajaya yang menjual produk mengandungi Minoxidil. Jenama yang dijual oleh Eureka Farmasi adalah Jewim Minoxidil 5% Topical. Jika anda ketahui dengan lebih terpenrici tentang produk Jewim Minoxidil ini disediakan dengan dua jenis kandungan minoxidil iaitu 2% dan 5 %. Eureka farmasi juga mempunyai cawangan lain supaya mudah untuk anda dapatkan ubat-ubatan mereka di kawasan lain.

Alamat: 9, Jalan Seluang P8/7, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 9.30 malam

No Tel: 03-8861 7828

2. Farmasi BIG

https://www.instagram.com/p/CHWk3-GshkG/?utm_source=ig_web_copy_link

Merupakan farmasi yang terkenal di seluruh Malaysia dan mereka sentiasa adakan program yang berkaitan dengan kesihatan seperti ujian darah dan sebagainya. Farmasi yang eksklusif ini juga jual produk minoxidil iaitu jenama Regro dan Vello5. Buat anda yang tinggal di kawasan Sri Petaling, Kuala Lumpur. Ini adalah tempat yang sesuai untuk anda dapatkan produk minoxidil ni.

Alamat: 61G, Jalan Radin Tengah Bandar Baru, Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Setiap hari: 9 pagi – 10 malam

No Tel: +6012 989 6175

3. Farmasi OK

Credits: Facebook

Kepada penduduk Puchong lebih-lebih lagi yang berada di kawasan Puchong Utama. OK farmasi merupakan tempat yang disukai ramai orang Puchong, oleh kerana, harga ubat-ubatnnya yang murah berbanding tempat pembelian lain. Pekerja-pekerja mereka amat berpengetahuan mengenai ubat-ubatan yang dijual.

Selain itu, mereka juga menyediakan servis yang laju dan terpuji. Oleh itu, anda boleh mendapatkan nasihat bersesuaian dari mereka juga. Produk minoxidil yang dijual oleh mereka adalah jenama Regro dan Vello-5.

Alamat: No.32G, Jalan Bpu 1, Bandar Puchong Utama, 47100 Puchong, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 8.30 pagi – 8.30 malam, Ahad: 9 pagi – 7 malam

No Tel: +6011 6309 9261


4. Farmasi Alpha

Credits: Facebook

Kedai ubat-ubatan tersebut terletak di Jalan Maxwell. Ia juga berdekatan dengan pelbagai kedai di sekeliling. Mereka juga mempunya laman web mereka yang tersendiri iaitu Farmasi Alpha.

Setelah beroperasi selama beberapa tahun, mereka juga mempunyai cawangan di negeri-negeri lain. Mudah untuk setiap pelanggan yang hendak ke Farmasi Alpha. Produk minoxidil yang dijual oleh farmasi tersebut adalah Regro.

Alamat: 20, Jalan Maxwell, Pusat Bandar Rawang, 48000 Rawang, Selangor

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 9 pagi – 8 malam, Ahad: Tutup

No Tel: 03-6092 6712

5. Farmasi Alpro

https://www.instagram.com/tv/B8N78DjlZ9v/?utm_source=ig_web_copy_link

Selain itu, Alpro Farmasi mempunyai cawangan lain juga tetapi pada penduduk di kawasan Nilai. Anda boleh dapat produk minoxil di Farmasi ni. Mereka menjual dua jenama minoxil iaitu Regro dan Vello-5. Anda juga boleh mendapatkan potongan harga yang lebih banyak dengan pelbagai cara.

Paling istimewa tentang servis mereka, anda boleh dapatkan produk tersebut secara penghantaran pos dan juga beli terus dari kedai farmasi tersebut. Jika anda nak tahu dengan lebih banyak lagi, boleh cepat pergi ke farmasi tersebut!

Alamat: PT 1140 & 11401, Jalan BBN 6/2b, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Waktu Operasi: Setiap hari: 9.30 pagi – 9.30 malam

No Tel: +6013 286 1923

6. Farmasi Multicare

https://www.instagram.com/p/CH92_XBJSyh/?utm_source=ig_web_copy_link

Kedai MultiCare merupakan antara farmasi yang terbaharu dan terkenal di kawasan Sri Gombak. Cawangannya juga boleh dijumpai di kawasan lain. Oleh kerana, ubat-ubatan yang berkepelbagaian dan harga yang berpatutan. Farmasi ni pada asalnya sudah beroperasi untuk sekian masa.

Kini, telahpun mempunyai laman web tersendiri. Oleh itu, jika anda hendak mengetahui harga dan barang-barang yang dijual. Mereka juga ada menjual produk minoxidil jenama Regro 5%. Anda boleh kunjungi laman web mereka sekarang!

Alamat: No5, 7&9, Jalan SG 1/3, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor

Waktu Operasi: Setiap hari: 9 pagi – 9.30 malam

No Tel: 03-6181 1190

7. Farmasi Jion

https://www.instagram.com/p/CH-MnSRnLRK/?utm_source=ig_web_copy_link

Farmasi Jion merupakan farmasi di Georgetown, Penang yang terkenal dan sentiasa dikunjung ramai. Lebih-lebih lagi, pada waktu 12 tengah hari hingga 2 petang. Anda boleh ke sini dengan kenderaan awam yang sentiasa lalu di hadapan kedai farmasi ini.

Ia terletak bertentangan dengan Macalister Mansion dan mudah untuk ke sana. Selain itu, anda boleh dapatkan Regro dan Hairgrow yang sentiasa dijual di kedai mereka.

Alamat: 165-G-1, 10400, 1, Jalan Macalister, Georgetown, 11400 George Town, Penang

Waktu Operasi: Isnin – Sabtu: 9 pagi – 8 malam, Ahad: 9 pagi – 5 petang

No Tel: 04-228 0871


Author: Natalhia Mohd Nordin | Date: 23rd Dec 2020