Beauty News
Eyka Farhana dan Christinna Kuan Mewarnai Kempen #GlassSkinDuo Sebagai Duta Terbaharu AXIS-Y
#GlassSkinDuo
By: Balqis Ariffin / November 26, 2024
AXIS-Y, jenama terkemuka K-beauty telah mengumumkan bintang selebriti, Eyka Farhana dan Christinna Kuan sebagai duta terbaharunya.
Diangkat sebagai wajah terbaharu untuk kempen Glass Skin Duo, Eyka Farhana dan Christinna Kuan mencerminkan intipati kulit yang tampak sihat, dan berseri ala K-pop idol. Bersama-sama, mereka mempamerkan keberkesanan produk AXIS-Y dalam mendapatkan wajah glass skin idaman ramai.
Siapa lagi yang lebih sesuai untuk menyerlahkan kempen terbaharu AXIS-Y selain mereka? Kedua-dua figura ikonik ini mewakili ciri keunikan AXIS-Y yang cukup sinonim dengan keperibadian tersendiri, keyakinan dan swacinta.
Bukan hanya sekadar duta, mereka adalah simbol kecantikan yang mempersonakan dengan minat mendalam terhadap penjagaan wajah serta sifat autentik yang dikagumi oleh ramai.
Contents
Temui Kecantikan Anda dengan AXIS-Y Glass Skin Duo bersama Eyka Farhana dan Christinna Kuan
Nak tahu rahsia Eyka Farhana dan Christinna Kuan tampak camera ready selalu? Cubalah AXIS-Y Glass Skin Duo yang merangkumi dua produk utama iaitu Dark Spot Correcting Glow Serum dan Vegan Collagen Eye Serum. Kedua-dua produk ini yang menawarkan rumusan efektif dengan keberkesanan ketara merupakan produk wajib dalam rutin harian mereka.
AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum diperkaya dengan kombinasi 5% niacinamide, squalane, rice bran dan ekstrak betik. Serum ini dirumus khas untuk memudarkan bintik-bintik hitam, melembutkan kulit, menyekatakan tona kulit and mengunci kelembapan.
Dengan formulasinya yang memberikan pelbagai kebaikan dalam satu, dan tekstur yang cepat meresap tanpa meninggalkan kesan melekit, tidak hairanlah AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum disukai oleh Eyka Farhana dan Christinna Kuan. Produk cult-favourite ini membantu mereka mengekalkan kulit yang lembut, berseri dan flawless walaupun dengan jadual yang sibuk.
Atasi masalah mata panda dengan AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum yang mengandungi gabungan seperti asid hyaluronik, lima jenis peptida, dan tiga ekstrak botanikal yang kaya dengan vitamin C. Produk ini dirumus untuk memudarkan lingkaran hitam, bengkak di bahagian bawah mata dan garis-garis halus. Selain itu, serum mata ini juga meningkatkan keanjalan kulit dan memastikan mata kelihatan segar serta terhidrat dengan serta-merta.
Dilengkapi dengan aplikator CoolTouch, ciri khas ini bukan sahaja memastikan penjagaan 360 darjah untuk menyejukkan kawasan sekitar mata, namun ia turut memberikan urutan yang selesa. Eyka Farhana dan Christinna Kuan amat menyukai bagaimana serum mata ini memastikan mereka tampak segar dan bertenaga, sesuai untuk momen penting di hadapan kamera.
Kedua-dua produk powerful duo ini melengkapi satu sama lain dengan manfaatnya dan menjadi pilihan Eyka Farhana dan Christinna Kuan dalam regim kecantikan mereka untuk mendapatkan wajah glass skin yang diidamkan dengan mudah.
Cara Menggunakan AXIS-Y Glass Skin Duo
AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum begitu mudah untuk digunakan dalam rutin harian anda. Selepas membersihkan wajah menggunakan pembersih wajah dan toner, anda hanya perlu sapukan sebanyak dua hingga tiga titis serum ke wajah. Pastikan ia meresap ke dalam kulit sepenuhnya dan gunakan pada waktu pagi dan juga malam untuk kesan yang maksimum.
Manakala untuk AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum pula, anda hanya perlu menyapukannya secara perlahan-lahan di bahagian bawah mata menggunakan aplikator CoolTouch. Kemudiannya gunakan hujung jari manis anda untuk menekap-nekapnya secara lembut dalam gerakan bulatan.
Sertai Revolusi #GlassSkinDuo dan Alami Transformasinya
Bosan dengan kulit yang nampak kusam dan tidak bermaya? Dapatkan glass skin yang tampak berseri seperti Eyka Farhana dan Christinna Kuan dengan AXIS-Y Glass Skin Duo. AXIS-Y Dark Spot Correcting Glow Serum berharga RM79, manakala AXIS-Y Vegan Collagen Eye Serum pula ditawarkan pada harga RM65. Kedua-dua produk ini boleh didapati di Shopee.
Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.