Tidak dinafikan bahawa bedak muka antara produk yang harus dimiliki oleh setiap wanita. Terutamanya dengan kelebihan dengan menggunakan bedak muka, ianya alat solekan yang membantu anda mendapat wajah bebas cela dan flawless. Adakah anda sedang mencari bedak muka terbaik di pasaran agar wajah anda bebas minyak dan tampak berseri sepanjang hari? Beauty Insider telah menyenaraikan 11 bedak muka terbaik yang anda perlu miliki.

Apakah Kriteria dalam Memilih Bedak Muka Terbaik?

bedak-muka
Photo by Raphael Lovaski on Unsplash
  • Pastikan bedak muka tersebut bersesuaian dengan rona kulit anda dan ianya lebih mudah jika anda mengetahui warna tona kulit anda dengan tepat.
  • Apabila anda menguji keberkesanannya, pastikan ianya serap dan membantu menyerlahkan kulit wajah anda.
  • Sebelum anda memilih bedak muka, anda disarankan agar membaca kandungan dan elakkan membeli produk yang mengandungi bahan berbahaya.
  • Jika anda mempunyai masalah kulit, anda dicadangkan agar membuat kajian sebelum itu agar pengunaan bedak muka tersebut tidak memberikan sebarang reaksi pada kulit.
  • Anda disarankan membaca testimoni mengenai sesuatu produk tersebut sebelum membelinya.

11 Bedak Muka Terbaik di Pasaran

1. BNB Barenbliss Fine to Refine Compact Powder

Ingin kulit wajah kekal berseri sepanjang hari? BNB barenbliss Fine to Refine Compact Powder dari Korea merupakan pilihan utama orang ramai. Ianya membantu mengawal lebihan sebum sehingga 24 jam dan menyerikan wajah dengan kemasan matte umpama kesan airbrush. Diperkaya dengan Korean Miracle Bloom™, produk hybrid ini mengandungi campuran ekstrak botanik untuk memastikan kesihatan kulit berpanjangan. 

Bedak muka terbaik ini juga mempunyai formulasi ringan yang kalis air dan peluh, sesuai untuk cuaca Malaysia. Serbuk mikro halusnya berkesan melitupi cela di wajah termasuk liang pori dan garis halus serta-merta tanpa meninggalkan kesan capuk. Dengan formulasi terunggul SPF 25PA++, ianya melindungi kulit dari sinar matahari. 

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan minyak sehingga 24 jam
  • Kalis air dan peluh
  • Produk hybrid yang memberikan kelebihan alat solekan dan penjagaan wajah
  • Kesan airbrush yang tahan lama

Harga: RM45.90

Terdapat di: Shopee

2.L’oreal Infallible Pro-Matte Powder

Jika anda ingin mencari bedak muka terbaik di pasaran, anda harus mencuba L’oreal Infallible Pro-Matte Powder! Ianya merupakan antara produk pilihan ramai yang membantu memberikan liputan yang cukup dan kemasan matte. Tambahan lagi, ianya mampu mengurangkan kilauan pada wajah anda sehingga 16 jam tanpa mengeringkan kulit. Dengan formulasi ringannya, anda akan merasa selesa dan mendapati kulit anda lebih flawless.

Kelebihan:

  • Bertahan sehingga 16 jam
  • Kemasan matte
  • Ringan dan selesa

Harga: RM75.90

Terdapat di: Guardian

3. MAC Studio Fix Powder Plus Foundation

Dengan penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora, MAC Studio Fix Powder Plus Foundation merupakan bedak muka 2 dalam 1 yang boleh digunakan sebagai foundation juga. Ianya diformulasi agar memberikan kemasan matte pada wajah anda sehingga 12 jam. Selain itu, produk ini memberikan liputan sederhana sehingga kemasan sempurna tanpa menyebabkannya pudar atau tampak cakey.

Kelebihan:

  • Tahan lama
  • Kemasan sempurna
  • Kulit tampak lembut dan flawless

Harga: RM167.00

Terdapat di: Sephora

4.Maybelline Fit Me Matte

Seterusnya ialah Maybelline Fit Me Matte yang diketahui mampu menutupi liang pori anda agar wajah kelihatan poreless dan flawless. Dengan Teknologi Perlite Mineral, bedak muka pilihan ramai ini menyerap lebihan minyak di wajah dan memberikan kemasan matte selama 12 jam. Malahan ianya diformulasi agar bersesuaian untuk mereka yang mempunyai kulit normal dan berminyak.

Kelebihan:

  • Tidak komedogenik
  • Kemasan matte
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM52.90

Terdapat di: Guardian

5. Wardah Exclusive Two Way Cake Compact Face Powder Foundation

Wardah Exclusive Two Way Cake Compact Face Powder Foundation sesuai untuk mereka yang inginkan bedak muka yang memberikan kemasan sempurna. Dengan formulasi uniknya, ianya memastikan tompok hitam dan jerawat dilitupi. Tambahan lagi, ianya membuatkan kulit tampak tidak berminyak dan produknya senang diratakan agar bedak tidak nampak bercapuk.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan vitamin E
  • Mempunyai SPF 15
  • Kemasan sempurna yang tahan lama

Harga: RM35.50

Terdapat di: Watsons

6.Pixy UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit

Diperkaya dengan vitamin C dan minyak Squalene, Pixy UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit bukan sahaja membantu melitupi cela dan tompok hitam di wajah, malahan ianya mengandungi bahan yang membantu melindungi kulit. Selain itu, ianya juga memberikan kemasan pada kulit wajah anda dengan efek seperti foundation. Dengan SPF 15, bedak muka ini memastikan agar kulit anda terlindung daripada matahari.

Kelebihan:

  • Formulasi yang tahan lama
  • Berkesan melitupi cela pada wajah
  • Dengan bedak pemutihan

Harga: RM20.90

Terdapat di: Watsons

7.Laneige Powder Fit Cushion

Laneige Powder Fit Cushion diformulasi ringan dan selesa pada kulit wajah anda. Selain itu, ianya juga berkesan menyerap minyak dan peluh, menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang inginkan bedak muka yang tahan lama. Direka dengan penapis, ianya memastikan agar anda hanya mendapat jumlah produk yang mencukupi. Selain itu, ianya menyerap dengan pantas dan mudah diratakan.

Kelebihan:

  • Kemasan matte sepanjang hari
  • Berkesan menyerap minyak dan peluh
  • Sungguh lembut dan selesa pada kulit

Harga: RM120.00

Terdapat di: Shopee

8. Sephora Collection Mineral Foundation Compact

Sephora Collection Mineral Foundation Compact mendapat penilaian 4.5 bintang daripada penggunanya dan rata-ratanya memuji keberkesanan produk ini. Bedak muka berasaskan mineral ini memberikan kesan 2 dalam 1 iaitu kombinasi bedak muka dan foundation. Dengan formulasinya, ianya lembut pada kulit wajah dan teksturnya mudah diratakan pada wajah, mengelakkan bedak muka yang bercapuk.

Kelebihan:

  • Bebas minyak, paraben dan pewangi
  • Formulasi yang lembut pada kulit
  • Mudah diratakan
  • Berasaskan mineral

Harga: RM82.00

Terdapat di: Sephora

9. Etude House Secret Beam Powder Pact

Adakah anda ingin mendapat kulit yang kelihatan berseri? Rahsianya ialah Etude House Secret Beam Powder Pact. Dengan formulasi uniknya, bedak muka ini membantu anda mendapat wajah berseri sepanjang hari. Tambahan lagi, ianya juga menyerap lebihan minyak pada kulit agar wajah anda bebas minyak dengan kemasan matte. Ianya sesuai untuk mereka yang inginkan produk yang membantu menyerlahkan wajah dengan kesan berseri bagaikan mutiara.

Kelebihan:

  • Menyerap minyak dengan pantas
  • Kemasan matte
  • Membuatkan wajah tampak berseri

Harga: RM26.78

Terdapat di: Shopee

10. Nyx Professional Makeup No Filter Finishing Powder

Nyx Professional Makeup No Filter Finishing Powder merupakan antara produk terlaris daripada jenama ini. Bedak muka ini memberikan kemasan satin dan matte pada wajah anda sepanjang hari. Selain itu, ianya juga berkesan menutup cela dan parut pada wajah hanya dengan sekali pengunaan. Nyx Professional Makeup No Filter Finishing Powder diformulasi untuk memastiskan kulit kekal lembap dan ianya tidak menyumbat liang pori-pori.

Kelebihan:

  • Kesan yang serta merta
  • Menyerap lebihan minyak
  • Tidak mengeringkan kulit

Harga: RM55.00

Terdapat di: Shopee

11. Too Faced Born This Way Multi-Use Complexion Powder

Too Faced Born This Way Multi-Use Complexion Powder menawarkan sebanyak 20 warna untuk tona kulit yang berbeza. Tambahan lagi, bedak muka bebas minyak ini membantu mengurangkan minyak dan membuatkan cela tampak kurang kelihatan. Anda akan juda dapati kemerahan dan warna kulit tidak sekata juga akan hilang jika anda menggunakan Too Faced Born This Way Multi-Use Complexion Powder.

Kelebihan:

  • Formulasi yang tahan lama sehingga 12 jam
  • Bebas minyak
  • Menutupi cela, parut, dan kedutan dengan berkesan

Harga: RM169.57

Terdapat di: Amazon

Pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.