Feature image by Min An on Pexels

Rambut kusut? Kebanyakkan daripada kita hanya menggunakan syampu untuk memastikan rambut kekal bersih, namun conditioner rambut mungkin tidak dianggap begitu penting dan sering kali di skip, bukan? Untuk mendapat rambut yang kelihatan menawan dan sihat, sudah semestinya ianya memerlukan penjagaan yang rapi dan ini termasuk menggunakan produk untuk rambut yang penting.

Beauty Insider mencadangkan agar anda bermula dengan memilih conditioner rambut terbaik yang kami telah senaraikan untuk anda.

Apakah Kebaikan Conditioner Rambut?

conditioner-rambut
Photo by Mathilde Langevin on Unsplash

Tahukah anda bahawa conditioner rambut dapat memastikan makhkota anda kelihatan seperti apa yang anda impikan? Malahan ianya juga membantu memastikan segala masalah rambut anda dapat dielakkan serta dicegah.

  • Mengimbangkan tahap pH rambut
  • Membantu melembapkan rambut
  • Mengelakkan rambut menjadi kusut
  • Memastikan rambut kelihatan lembut dan sihat
  • Mencegah rambut mengembang

11 Conditioner Rambut Terbaik di Malaysia Yang Anda Perlu Cuba

1.TRESemmé Keratin Smooth Conditioner

TRESemmé Keratin Smooth Conditioner memberikan kelebihan 5 dalam 1 agar rambut anda kekal menawan dan lembut sentiasa. Conditioner rambut ini memastikan agar rambut anda bebas kusut dan kerinting. Diperkaya dengan minyak argan dan Keratin, ianya juga membantu agar rambut kelihatan lembut dan bersinar. Sekali gus, mencegah rambut daripada menjadi rosak.

Kelebihan:

  • Diformulasi dengan minyak argan dan keratin
  • Memastikan rambut kekal lembut
  • Menyuburkan rambut

Harga: RM13.88

Terdapat di: Guardian

2. Marc Anthony Macadamia Oil Conditioner

Jika anda masih mencari conditioner rambut terbaik, anda pasti ingin mencuba Marc Anthony Macadamia Oil Conditioner. Diformulasi dengan minyak kacang makadamia, ianya membantu mengekalkan kelembapan rambut dan membuatkan rambut lebih bersinar. Manakala, ekstrak buluh pula memastikan rambut anda lebih sihat. Marc Anthony Macadamia Oil Conditioner berkesan memastikan rambut subur dan mencegah rambut daripada rosak, menjadikan rambut anda lebih lembut.

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut
  • Bebas SLS, paraben, dan phthalates
  • Menyubur rambut secara efektif

Harga: RM44.12

Terdapat di: Watsons

3. Summerie Conditioner For All Hair Types

Conditioner atau perapi rambut dari jenama Summerie ini datang dengan formulasi bebas bahan tambahan yang merbahaya seperti SLS, silicones, parabens, alcohol, mineral oil, synthetic colourants dan MEA/DEA/TEA. Jenama Summerie ini semestinya menjadi pilhan ramai kerana ianya mengutamakan bahan organik seperti Jojoba Oil, Vitamin B, C dan E yang membantu menyihatkan, melembapkan serta menjaga tahap pH rambut anda. Tahap efisiennya melebihi daripada 94% berbanding jenama lain.

Selain itu, kami juga menyarankan jenama Summerie ini kerana conditioner nya yang sesuai digunakan oleh semua jenis rambut.

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan untuk semua jenis rambut
  • Bebas dari bahan merbahaya: SLS, silicones, parabens, alcohol, mineral oil
  • Tekstur yang ringan & lembut, tidak membebankan kulit kepala

Harga: RM13.90

Terdapat di: Guardian

4. L’oreal Paris Elseve Total Repair 5 Repairing Conditioner

L’oreal Paris Elseve Total Repair 5 Repairing Conditioner mengandungi Micro-Ceramide yang berkesan melawan lima tanda-tanda rambut rosak iaitu kusam, kering, kasar, rambut bercabang dan rapuh. Tambahan lagi, ianya juga memastikan rambut anda kekal sihat dengan menguatkkannya daripada dalam. Jika anda mempunyai rambut rosak, anda wajib mencuba produk ini.

Kelebihan:

  • Memperbaiki kerosakan rambut
  • Sesuai untuk rambut rosak
  • Diformulasi dengan Micro-Ceramide
  • Mencegah rambut bercabang

Harga: RM11.40

Terdapat di: Guardian

5. OUAI Leave In Conditioner

Dengan penilaian sebanyak 4 bintang di Sephora, OUAI Leave In Conditioner merupakan pilihan utama bagi mereka yang lebih menyukai conditioner rambut tanpa bilas. Ianya memberikan kelebihan yang komprehensif dengan berfungsi sebagai perapi tanpa bilas, melindungi rambut daripada haba akibat alat penggayaan rambut dan memastikan bebas kusut. Diperkaya dengan ekstrak cendana, bergamot dan bunga mawar, dengan hanya satu semburan rambut anda akan kelihatan menawan dan sihat.

Kelebihan:

  • Melembapkan rambut
  • Melindungi rambut daripada rosak
  • Bau yang wangi
  • Tidak perlu bilas

Harga: RM108.00

Terdapat di: Sephora

6. Safi Shayla Soft & Smooth Hair Conditioner

Diperkaya dengan ramuan yang membantu menyuburkan rambut, Safi Shayla Soft & Smooth Hair Conditioner memastikan rambut sihat dan melindunginya daripada kerosakan akibat sinaran UV serta bahan kimia. Ianya mengandungi ekstrak arang buluh, minyak habbatus sauda organik dan mutivitamin kompleks. Malahan conditioner rambut ini juga memastikan bau harumanya kekal sehingga 48 jam.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk yang bertudung
  • Memperbaiki rambut rosak dan bercabang
  • Rambut kelihatan lebih sihat dan bersinar
  • Harga yang murah

Harga: RM7.76

Terdapat di: Shopee

7. Yves Rocher Hair Conditioner Anti Pollution

Yves Rocher Hair Conditioner Anti Pollution diformulasi dengan ekstrak biji moringa yang berkesan secara efektif melindungi rambut dan melembutkan rambut yang kusut. Malahan, perapi rambut ini juga meningkatkan peredaran, membuatkan rambut anda lebih kuat dan sihat. Ianya juga berformulasi ringan dan meninggalkan rasa segar apabila digunakan.

Kelebihan:

  • Bebas silikon
  • Diuji secara dermatologi
  • 98% ramuan adalah daripada bahan semula jadi

Harga: RM29.00

Terdapat di: Shopee

8. Good Virtues Co. Anti-Dandruff Care Conditioner

Adakah anda mempunyai masalah rambut berkelemumur? Good Virtues Co. Anti-Dandruff Care Conditioner mengandungi minyak habbatus sauda organik yang membantu menyuburkan rambut serta mengawal iritasi kulit kepala. Manakala, ekstrak akar maca dan vitamin B5 menghalang rambut rapuh serta rambut gugur. Anda akan dapati bahawa rambut anda lebih kuat, sihat dan lembap.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kelemumur
  • Terdapat minyak habbatus sauda organik
  • Mengurangkan iritasi dan kegatalan kulit kepala

Harga: RM10.96

Terdapat di: Watsons

9. Sunsilk Collagen Filler Power Shine Super Conditioner

Sunsilk Collagen Filler Power Shine Super Conditioner diperkaya dengan collagen filler yang diketahui kebaikkannya dalam menyuburkan rambut kusam serta memastikan rambut anda kekal lembut dan bersinar hanya dengan sekali penggunaan. Jika anda ingin mendapatkan rambut yang kelihatan sihat dan menawan, kami pasti anda akan menyukai conditioner rambut ini!

Kelebihan:

  • Mengandungi collagen filler
  • Memperbaiki rambut rosak
  • Rambut lebih bersinar dan sihat

Harga: RM10.88

Terdapat di: Guardian

10. Pantene Treatment Damage Conditioner

Jika anda inginkan condtioner rambut yang mampu memperbaiki rambut rosak dalam masa tiga minit, anda harus mencuba Pantene Treatment Damage Conditioner. Ianya mengandungi Pro-V vitamins dan Histidine yang melindungi setiap helaian rambut agar ianya lebih kuat dan sihat. Manakala, keratin pula berfungsi untuk mencegah risiko rambut rosak.

Kelebihan:

  • Memperbaiki rambut rosak akibat kesan penggayaan rambut
  • Kesan serta merta
  • Diperbuat dengan menggunakan Advanced Conditioning Technology

Harga: RM6.89

Terdapat di: Guardian

11. Dove 1 Minute Keratin Repair Serum Conditioner

Dove 1 Minute Keratin Repair Serum Conditioner mengandungi kapsul serum yang membantu memperbaiki dan menyubur rambut rosak hanya dalam satu minit. Tambahan lagi, conditioner rambut ini berkesan menguatkan bahagian dalaman agar rambut anda kelihatan lebih sihat dan menawan. Dengan pengunaan berkala, anda akan dapati ianya juga mengurangkan rambut bercabang.

Kelebihan:

  • Melembutkan rambut yang rosak dan kusam
  • Kesan dapat dilihat hanya dalam satu minit
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak

Harga: RM11.88

Terdapat di: Guardian

 For more beauty infos, make sure to follow us on Instagram and Facebook. Also, visit our Insider Mall to shop and get rewarded!