Bagi kaum wanita, gaya solekan pasti terasa tidak lengkap tanpa eyeliner ataupun celak untuk menyerlahkan mata agar tampak lebih menawan. Walaupun produk ini nampak mudah untuk digunakan, anda sebenarnya perlu menguasai teknik solekan yang betul bersesuaian dengan jenis mata anda. Meskipun ia memerlukan sedikit trial and error, pelbagai rekaan garisan menggunakan eyeliner seperti wing, cat eye, reverse wing, dan smokey pastinya membuatkan mata anda kelihatan menonjol. Jika anda mengalami kesukaran dalam memilih eyeliner yang sesuai, usah risau kerana kami telah menyenarai pendek pilihan eyeliner yang terbaik.

Senarai Eyeliner Terbaik di Malaysia 2024

1. KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner

Facts in a Flash
KVD Beauty Tattoo Liner Liquid Eyeliner
Main Function: Produk ini menawarkan ketepatan berus yang halus dengan warna pigmen yang berintensiti tinggi untuk kemasan yang tahan lama tanpa kesan comot

Sebut sahaja eyeliner terbaik, pasti Tattoo Liner Liquid Eyeliner dari jenama terkemuka KVD Beauty menjadi pilihan ramai. Produk ini yang menampilkan formulasi terbaharu menawarkan teknologi aliran dakwat yang lebih baik dengan hujung ketepatan 0.01 mm untuk kesan kemasan yang tahan sepanjang hari. Kami amat menyukai hujung ketepatan berusnya yang memberikan kawalan maksimum untuk disesuaikan dengan rekaan garisan pilihan kami. Yang paling best, eyeliner ini bukan sahaja kalis air, namun tahan lama tanpa anda perlu risau akan kesan comot dan juga mempunyai pigmen yang berintensiti tinggi.

Harga: RM121.00

Terdapat di: Sephora

Final Verdict

4.5

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Kemasan matte yang tahan lama
  • Hujung ketepatan berus yang halus
  • Ditawarkan dalam empat variasi

Cons:

  • Harga yang agak mahal

2. Maybelline Tattoo Liner 48H Liquid Pen Black

Facts in a Flash
Maybelline Tattoo Liner 48H Liquid Pen Black
Main Function: Celak berasaskan cecair ini menawarkan rumusan yang tahan hingga 48 jam dengan kemasan pigmen hitam karbon dalam hanya satu kali penggunaan

Jika anda sedang mencari pilihan eyeliner di drugstore yang terbaik, kami sarankan anda mencuba Maybelline Tattoo Liner 48H Liquid Pen Black. Dengan rumusannya yang tahan hingga 48 jam, produk ini mempunyai berus nylon lembut yang memberikan kemasan garisan dengan ketepatan yang menakjubkan. Berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, eyeliner ini sesuai untuk mereka yang suka untuk bereksperimen dengan pelbagai rekaan celak yang grafik. 

Harga: RM36.90

Terdapat di: Watsons

Final Verdict

4

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Rumusan yang tahan hingga 48 jam
  • Sesuai untuk pemakai kanta lekap
  • Pigmen hitam karbon untuk kesan dramatik

Cons:

  • Kurang sesuai untuk mereka yang inginkan kemasan yang tampak semula jadi

3. Kaja Wink Stamp Eyeliner

Facts in a Flash
Kaja Wink Stamp Eyeliner
Main Function: Set produk ini didatangkan bersama wing stamp yang membolehkan anda untuk mendapatkan garisan wing dengan mudah dan cepat

Untuk mereka yang mengalami kesukaran dalam melukiskan garisan celak yang tampak kemas dan sekata, usah risau kerana Kaja Wink Stamp Eyeliner adalah rahsia untuk mendapatkan wing eyeliner dengan mudah.  Set produk ini yang ditawarkan dengan wing stamp dan juga liquid liner pen cukup mudah untuk digunakan pada semua jenis mata. Kami amat menyukainya kerana ia boleh digunakan untuk mendapatkan alis mata yang dramatik ataupun semula jadi dengan kemasan yang tahan lama dan juga kalis air.

Harga: RM131.00

Terdapat di: laman website Kaja

Final Verdict

4

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Didatangkan bersama wing stamp dan liquid liner pen
  • Mudah untuk ditanggalkan
  • Saiz wing stamp yang bersesuaian untuk semua jenis mata

Cons:

  • Hanya didatangkan dalam satu warna pilihan

4. Stila Stay All Day® Artistix Graphic Liner

Facts in a Flash
Stila Stay All Day® Artistix Graphic Liner
Main Function: Eyeliner grafik ini yang berfungsi sebagai pembayang mata menawarkan pilihan warna menarik dengan kemasan berkilau sesuai untuk mereka yang inginkan kelainan

Bosan dengan rekaan klasik eyeliner yang biasa? Jika anda ingin membuat statement dengan solekan mata yang tampak menonjol, Stila Stay All Day® Artistix Graphic Liner menawarkan kemasan berkilau dengan hasil pigmen yang berintensiti tinggi. Ditawarkan dalam lapan warna pilihan yang menarik, eyeliner ini membantu anda mencipta pelbagai rekaan menarik dan melangkaui kreativiti. Produk ini merupakan pilihan kami kerana ia cukup versatile kerana boleh digunakan sebagai pembayang mata dengan kemasan smudge yang nampak grudge

Kelebihan:

  • Pilihan warna yang menarik
  • Kemasan berkilau yang tahan hingga 16 jam
  • Berfungsi sebagai pembayang mata

Kekurangan:

  • Aplikasinya kurang lancar apabila digunakan

Harga: RM115.00

Terdapat di: Sephora 

5. Rare Beauty Perfect Strokes Longwear Gel Eyeliner 

Facts in a Flash
Rare Beauty Perfect Strokes Longwear Gel Eyeliner
Main Function: Produk eyeliner berasaskan gel ini mempunyai tekstur berkrim yang menawarkan aplikasi yang lancar dengan ketepatan yang tampak kemas

Senarai eyeliner terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Rare Beauty Perfect Strokes Longwear Gel Eyeliner yang menawarkan formulasi pelbagai kegunaan dalam satu. Dengan teksturnya yang berkrim, eyeliner ini terasa lancar apabila digunakan dan memberikan kemasan dengan ketepatan maksimum. Berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, produk ini amat mudah digunakan berbanding eyeliner lain serta boleh digunakan untuk mendapatkan kemasan smudge. Jika anda menyukai kemasan semula jadi, eyeliner ini adalah sesuai untuk anda.

Kelebihan:

  • Didatangkan bersama pengasah
  • Tekstur berkrim yang tahan lama
  • Kalis air

Kekurangan:

  • Pilihan warna yang ditawarkan adalah terhad

Harga: RM100.00

Terdapat di: Sephora

6. Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner

Facts in a Flash
Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner
Main Function: Eyeliner drugstore kegemaran ini menawarkan rumusan yang tahan hingga 20 jam dengan warna pigmen yang kaya

Anda tidak semestinya perlu berbelanja mahal hanya untuk dapatkan eyeliner terbaik kerana Silkygirl Perfect Stay 20HR Eyeliner juga setanding dengan jenama terkemuka. Diperbuat dengan teknologi inovatif yang menggabungkan silikon dan resin silikon, rumusannya tahan lama dan juga tidak meninggalkan kesan comot. Berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, eyeliner ini mempunyai tekstur yang berkrim dengan warna pigmen yang kaya, memberikan kepelbagaian dalam kemasan dan garisan ketepatan.

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Kalis air
  • Didatangkan bersama pengasah

Kekurangan:

  • Mudah patah

Harga: RM21.90

Terdapat di: Watsons 

7. Fenty Beauty Flypencil Longwear Pencil Eyeliner

Facts in a Flash
Fenty Beauty Flypencil Longwear Pencil Eyeliner
Main Function: Eyeliner pensil ini ditawarkan dalam 16 pilihan warna dengan pelbagai kemasan dari berkilau, metalik ke matte

Ditawarkan dalam 16 warna pilihan, Fenty Beauty Flypencil Longwear Pencil Eyeliner mempunyai pelbagai kemasan seperti matte, metalik dan berkilau. Eyeliner pensil ini menjadi pilihan kami kerana teksturnya yang berkrim dan rumusan kalis air yang tahan lama. Produk ini sesuai untuk anda yang suka untuk bereksperimentasi dengan rekaan garisan grafik. Anda juga boleh menggunakannya untuk kemasan dramatik dan semula jadi.

Kelebihan:

  • Pelbagai warna menarik
  • Pilihan kemasan yang pelbagai
  • Kalis air

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM121.00

Terdapat di: Sephora

8. Mac Cosmetics Pro Longwear Fluidline Eyeliner and Brow Gel

Facts in a Flash
Mac Cosmetics Pro Longwear Fluidline Eyeliner and Brow Gel
Main Function: Produk dua dalam satu untuk kening dan alis mata ini menawarkan kemasan yang lembut dan licin dengan kesan pigmen yang kaya

Mac Cosmetics Pro Longwear Fluidline Eyeliner and Brow Gel merupakan produk dua dalam satu yang boleh digunakan untuk kening dan juga alis mata. Produk ini memberikan kemasan garisan yang tampak lembut namun dramatik. Berbeza dengan eyeliner yang lain, anda perlu mencelup berusnya ke dalam bekas gel pigmennya.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Tahan hingga 16 jam
  • Kemasan garisan yang tampak lembut dan licin

Kekurangan:

  • Kurang sesuai untuk digunakan diluar untuk touch up

Harga: RM100.00

Terdapat di: Sephora 

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.