Selain produk penjagaan rambut, pengering rambut atau hair dryer juga amat penting dalam rutin harian anda. Seperti yang diketahui, pengering rambut merupakan alat elektromekanikal yang direka untuk membantu mempercepatkan proses penyejatan air untuk mengeringkan rambut. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan rambut menjadi terlalu lembap, terutamanya bagi wanita yang bertudung. Tambahan lagi, pengering rambut turut berfungsi sebagai alatan utama untuk menggayakan rambut dengan gaya pilihan anda. Namun, dengan lambakan pengering rambut yang terdapat di pasaran yang menawarkan pelbagai kelebihan tersendiri, ianya sudah semestinya agar sukar untuk anda membuat pilihan, bukan? Usah risau kerana senarai hair dryer terbaik ini dapat membantu anda membuat pilihan.  

Tips Memilih Hair Dryer Yang Bagus

Photo by RODNAE Productions on Pexels

Sebelum anda membeli alat pengering rambut, pastikan anda mengambil kira faktor-faktor berikut untuk memastikan produk tersebut sesuai untuk anda.

Kuasa Tinggi

Utamakan alat pengering rambut yang mempunyai watt yang tinggi sekurang-kurangnya 1800 jika anda mempunyai rambut yang nipis. Manakala, rambut yang lebat dan kerinting digalakkan untuk menggunakan hair dryer yang mempunyai watt setinggi 3600. 

Teknologi Seramik atau Turmalin

Pengering rambut yang diperbuat menggunakan teknologi seramik membantu mengawal haba untuk peredaran lebih sekata. Manakala, turmalin pula adalah mineral penting yang melitupi helaian rambut untuk mengekalkan kelembapan dan sekaligus mengawal masalah rambut mengerbang. 

Bunyi

Kebanyakan hair dryer mengeluarkan bunyi yang agak kuat dan juga bising apabila digunakan. Oleh itu, anda digalakkan untuk memilih yang mempunyai kurang daripada 60 decibel. 

Rekaan 

Rekaan sesuatu pengering rambut semestinya mempengaruhi pilihan anda. Jika anda seringkali melancong, pengering rambut yang yang bersaiz kompak dan mudah alih amat semua kerana ianya mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja. 

Senarai Hair dryer Terbaik Di Malaysia 2023

1. Dyson HD08 Supersonic Hair Dryer

Dyson HD08 Supersonic Hair Dryer merupakan salah satu hair dryer terbaik pilihan ramai. Diperbuat dengan menggunakan teknologi air multiplier dan motor digital, alat ini menghasilkan tekanan udara tinggi yang terkawal untuk pengeringan pantas dan penggayaan. Alat ini dilengkapi dengan lima aksesori tambahan seperti flyaway attachment, smoothing nozzle, dan diffuser. Selain ciri cold shot, terdapat empat tetapan haba dan tiga tetapan kelajuan. 

Kelebihan:

  • Putaran 360°
  • Lima aksesori tambahan
  • Dilengkapi dengan 1600W

Harga: RM2,299.00

Terdapat di: Laman website Dyson

2. Vidal Sassoon 1800W Ionic Foldable Dryer

Vidal Sassoon 1800W Ionic Foldable Dryer direka dengan pengering turbo seramik ionik untuk pengeringan pantas. Teknologi ini memastikan agar mahkota rambut anda kekal menawan tanpa kesan mengerbang. Terdapat dua jenis ketetapan yang anda boleh pilih untuk suhu dan kelajuan. Manakala, fungsi sejuk pula boleh digunakan sebagai sentuhan terakhir untuk penggayaan rambut. Yang paling best, hair dryer terbaik ini boleh dilipat, sesuai untuk mereka yang perlu travel

Kelebihan:

  • Boleh dilipat
  • Rekaan muncung inovatif untuk pengeringan pantas
  • Mempunyai 1800W

Harga: RM169.00

Terdapat di: Laman website Harvey Norman

3. Panasonic EH-ND57-H655 1500W Low Noise Hair Dryer

Dengan ciri bunyi rendah dan aliran udara yang kuat, Panasonic EH-ND57-H655 1500W Low Noise Hair Dryer amat sesuai bagi mereka yang sedang mencari hair dryer yang tidak bising. Anda boleh memilih ketetapan turbo untuk pengeringan pantas dan set untuk penggayaan rambut. Manakala ciri cool pula membantu memastikan penggayaan rambut anda tahan lebih lama. Saiznya bukan sahaja kompak, malahan rekaannya membolehkan anda untuk melipatnya dengan mudah. 

Kelebihan:

  • Bunyi yang rendah
  • Saiz kompak
  • Boleh dilipat

Harga: RM107.00

Terdapat di: Laman website Harvey Norman

4. Philips Prestige Hair Dryer BHD628

Philips Prestige Hair Dryer BHD628 mempunyai rating yang tinggi kerana keberkesanannya dan ciri-ciri inovatif. Dilengkapi dengan Teknologi SenseIQ, sensor inframerah berfungsi untuk mengimbas suhu rambut anda untuk perlindungan komprehensif. Oleh itu, ianya membantu mengekalkan kelembapan rambut sehingga 90% sewaktu dikeringkan. Produk ini juga didatangkan dengan tiga aksesori tambahan untuk pengguna, 

Kelebihan:

  • Dilengkapi dengan  sensor inframerah
  • Mengekalkan kelembapan rambut
  • Ketetapan cool shot

Harga: RM569.00

Terdapat di: Laman website Philips 

5. Braun Satin Hair 7 Professional SensoDryer with IONTEC and Diffuser HD785

Jika anda ingin dapatkan hasil menawan kesan blow dryer umpama di salon rambut, anda boleh memilih Braun Satin Hair 7 Professional SensoDryer with IONTEC and Diffuser HD785. Selain sistem motor yang professional, hair dryer ini mempunyai sensor termo untuk mengawal suhu secara aktif. IONTEC pula membuatkan rambut anda tampak bersinar dan juga mengelakkannya daripada mengerbang. Terdapat 10 jenis ketetapan suhu dan kelajuan udara untuk penggayaan yang sempurna. 

Kelebihan:

  • Sistem penyejukan
  • Sensor termo
  • Terdapat aksesori nozzle yang profesional

Harga: RM545.00

Terdapat di: Laman website Harvey Norman 

6. ELBA Hair Dryer EHD-G2037(BK)

ELBA Hair Dryer EHD-G2037(BK) merupakan antara hair dryer terbaik di pasaran. Peralatan pengering rambut ini dikuasakan dengan 1800 sehingga 2000W. Pengguna boleh memilih antara dua ketetapan untuk kelajuan dan tiga ketetapan untuk tahap haba. Produk ini turut mempunyai aksesori tambahan seperti diffuser dan styling concentrator yang anda boleh gunakan ketika menggayakan rambut. Selain itu, terdapat fungsi cool shot yang boleh digunakan untuk memastikan gaya rambut anda tahan lama. 

Kelebihan:

  • Terdapat aksesori tambahan
  • Harga yang mampu milik
  • Fungsi cool shot 

Harga: RM106.00

Terdapat di: Shopee 

7. REALME Hair Dryer

Direka dengan teknologi negatif ion, REALME Hair Dryer menghasilkan 20 juta ion bercas negatif ketika penggunaan agar rambut anda tampak sihat dan lembut. Alat ini juga memastikan pengeringan pantas dalam hanya lima minit dengan kelajuan motornya. Dengan suhu kawalan bawah 50 darjah, REALME Hair Dryer memastikan perlindungan jangka masa panjang untuk kesihatan rambut anda. Rekaannya juga kompak dan ergonomik untuk keselesaan. 

Kelebihan:

  • Dikuasakan dengan 1400W
  • Ciri perlindungan haba
  • Menghasilkan 20 juta ion bercas negatif

Harga: RM159.00

Terdapat di: Lazada 

8. XIAOMI Mi Ionic Hair Dryer

Jika anda seringkali mengalami masalah rambut kering setelah menggunakan pengering rambut, XIAOMI Mi Ionic Hair Dryer harus menjadi pilihan utama anda. Hair dryer terbaik di Malaysia ini diperbuat dengan teknologi dwi ion air untuk penjagaan rambut yang optimum. Ianya memastikan rambut kekal terhidrat dan tanpa bersinar tanpa kesan mengerbang. Muncungnya boleh berputar secara 360° untuk untuk pengeringan pantas dan pengayaan yang efektif. 

Kelebihan:

  • Tidak mengeluarkan bunyi yang bising
  • Boleh disangkut
  • Saiz yang ringan

Harga: RM199.00

Terdapat di: Watsons 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.