Adakah anda menghadapi masalah ketidakselesaan pada miss V? Sama juga seperti penjagaan kulit wajah, kawasan intim anda juga memerlukan penjagaan yang rapi untuk mengelakkan beberapa masalah seperti kerengsaan, ketidakselesaan, kegatalan dan juga kekeringan. Dengan menggunakan pencuci wanita, anda anda memastikan bahagian intim ini kekal segar dan selesa sepanjang hari. Tak pasti produk mana yang sesuai? Jom lihat senarai pencuci wanita terbaik untuk miss V anda ini. 

Apakah Fungsi Pencuci Wanita?

Photo by Monstera on Pexels

Pencuci wanita diformulasi secara khas untuk membersihkan bahagian intim iaitu vulva. Rangkaian produk penjagaan peribadi wanita ini menawarkan rumusan yang membantu melegakan kegatalan, kerengsaan dan kekering. Selain itu, pembersih wanita ini juga membantu mengekalkan pH normal pada faraj untuk mencegah jangkitan kuman. 

Cara-cara Memilih Jenama Pencuci Wanita Terbaik

Anda boleh mengutamakan pencuci wanita yang mempunyai rumusan bebas sabun, tidak mengandungi bahan perengsa dan hypoallergik. Untuk bahan-bahannya pula, anda boleh mengutamakan pencuci wanita yang mempunyai asid laktik, gliserin, natrium hidroksida, and cocamidopropyl betadine. 

Adakah Pencuci Wanita Boleh Digunakan Setiap Hari?

Photo by Armin Rimoldi on Pexels

Untuk produk pencuci wanita anda disarankan agar menggunakannya secara berkala dan tidak berlebihan. Penyelidikan yang dilakukan pada tahun 2018 mendapati bahawa terdapat hubung kait antara kekerapan seseorang menggunakan pembersih wanita dengan masalah vaginosis bakteria. Oleh itu, jika anda berasa was-was, anda boleh berunding terlebih dahulu dengan pakar perubatan. 

Senarai Jenama Pencuci Wanita Terbaik 2023 

1. LACTACYD All Day Care

Untuk mereka yang sedang mencari jenama pencuci wanita terbaik, LACTACYD All Day Care harus menjadi pilihan utama anda. Produk ini diperkaya dengan ekstrak susu dan asid laktik yang membantu membersihkan bahagian intim wanita. Rumusannya yang mengimbangi tahap pH, sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kegatalan, iritasi serta bau.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Mengandungi asid laktik
  • Aroma yang menyenangkan

Harga: RM27.25

Terdapat di: Watsons 

2. BETADINE Feminine Wash Foam Lemon Verbena Daily Use

BETADINE Feminine Wash Foam Lemon Verbena Daily Use diperbuat secara khas untuk memberikan kesegaran pada miss V serta mengimbangi tahap pH. Dengan formula Tri-Care+™, produk ini mengandungi probiotik yang mengawal penularan organisma berbahaya. Oleh itu pencuci wanita ini menghalang simptom-simptom akibat tahap pH yang tidak seimbang. Manakala, ekstrak lemon verbena pula memberikan sensasi yang sejuk pada sekitar kawasan intim.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi sabun, pewarna dan paraben
  • Mengekalkan tahap pH
  • Memberikan kelembapan

Harga: RM22.80

Terdapat di: Guardian 

3. Sebamed Feminine Intimate Wash pH 3.8 

Feminine Intimate Wash pH 3.8 keluaran jenama terkemuka Sebamed ini menampilkan rumusan dengan pH 3.8 yang lembut menyokong keseimbangan mikro-flora. Pencuci wanita terbaik ini diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan bisabolol yang membantu melembapkan serta melegakan kerengsaan pada kulit sensitif. Manakala,asid laktik pula memberi perlindungan daripada jangkitan. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi dan ginekologi
  • Sesuai untuk kegunaan harian
  • Diformulasi untuk kulit sensitif

Harga: RM40.70

Terdapat di: Guardian

4. Libresse SensitiV Feminine Wash

Libresse SensitiV Feminine Wash mempunyai tekstur gel yang menghasilkan busa untuk kebersihan yang optimal. Produk ini yang direka untuk mengekalkan tahap pH yang seimbang agar kawasan intim anda kekal bersih dan sihat. Malahan, rumusannya juga tidak mengandungi sebarang pewarna dan pewangi, membuatkannya antara jenama pencuci wanita terbaik di pasaran. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Hipoalergenik
  • Tidak mengandungi pewarna dan pewangi

Harga: RM19.17

Terdapat di: Watsons 

5. Cosmoderm Feminine Hygiene Soothing 

Cosmoderm Feminine Hygiene Soothing diperkaya dengan campuran bahan-bahan penting seperti ekstrak aloe vera, minyak tea tree dan kamomil. Dengan sifat antiseptik dan anti-kulatnya, pencuci wanita ini memastikan keseimbangan mikro-flora yang membantu mengelakkan iritasi dan kekeringan. Tambahan lagi, rumusannya mempunyai tahap pH 3.5 yang ideal.

Kelebihan:

  • Aroma wangian bunga
  • Harga yang murah
  • Bersifat antiseptik dan anti-kulat

Harga: RM10.90

Terdapat di: Guardian 

6. ALIA Feminine Whitening & Firming Feminine Wash

ALIA Feminine Whitening & Firming Feminine Wash diperkaya dengan kombinasi habbatus sauda, ​​Jeju peony, kayu rapet dan asid laktik. Ramuan ini membantu mengekalkan tahap pH yang seimbang, melembutkan kulit serta melegakan iritasi pada kawasan intim wanita. Pencuci wanita ini bukan sahaja membantu membersihkan secara mendalam, malahan ia turut mengawal bau serta mengurangkan ketidakselesaan. 

Kelebihan:

  • Mengawal bau
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
  • Diperkaya dengan bahan yang membantu mencerahkan dan menganjalkan kulit

Harga: RM11.90

Terdapat di: Watsons 

7. Summerie Fresh & Soothing Feminine Hygiene Wash

Diformulasi dengan tri V care, Summerie Fresh & Soothing Feminine Hygiene Wash dirumus dengan pelbagai bahan penting seperti asid laktik, minyak biji bunga matahari organik dan ekstrak cherry blossom. Ramuan ini bekerjasama untuk memastikan kebersihan yang menyeluruh dan memberikan kesegaran untuk jangka masa panjang. Manakala, ekstrak botanikal seperti calendula dan kamomil pula membantu melegakan iritasi akibat kulit sensitif dan kegatalan. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Memberikan kesegaran untuk jangka masa lama
  • Diperkaya dengan ekstrak botanikal

Harga: RM13.90

Terdapat di: Guardian

8. Sumber Ayu Kayu Rapet Manjakani

Kayu Rapet Manjakani oleh jenama Sumber Ayu ini merupakan antara pencuci wanita pilihan ramai. Dengan kayu rapet manjakani sebagai ramuan utamanya, produk ini membantu memastikan kebersihan menyeluruh. Produk ini turut dirumus dengan ekstrak daun sirih yang mempunyai sifat anti-bakteria untuk melindungi bahagian intim wanita. Dengan setiap kali penggunaan, anda akan berasa segar dan selesa.

Kelebihan:

  • Mempunyai nilai pH 3.5
  • Membersihkan secara menyeluruh
  • Melembutkan kulit di kawasan intim

Harga: RM11.00

Terdapat di: Watsons 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.