Apabila sebut sahaja jenama J-beauty yang terkenal, pasti ramai yang terfikirkan Hada Labo. Rangkaian produk penjagaan wajahnya menjadi pilihan ramai yang menyukai barangan drugstore. Malahan, ianya boleh dikatakan sebaris dengan jenama-jenama terkenal dari luar negara. Walaupun, terdapat lambakan jenama dan produk yang baharu, Hada Labo masih menjadi kesukaan beauty junkies. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat beberapa produknya mendapat status cult favoruite. Sama seperti jenama penjagaan wajah yang lain, Hada Labo menawarkan rangkaian produk yang berbeza. Koleksi ini diformulasi secara khas untuk membantu mengatasi masalah kulit secara efektif seperti kulit kusam, kering ataupun berjerawat. Kebanyakkan daripada kita sering kali mencuba produk yang disarankan oleh pengguna lain, namun ianya mungkin kurang bersesuaian dengan anda. Jika anda mahu mendapat kesan yang lebih efektif, produk yang anda gunakan haruslah bersesuaian dengan jenis kulit anda. Untuk mereka yang masih kurang pasti dengan koleksi Hada Labo ini usah risau kerana Beauty Insider telah menyenaraikan jenis produk Hada Labo dan fungsinya untuk anda.

Hada Labo

Jenis-Hada-Labo-Dan-Fungsinya

Hada Labo merupakan jenama produk keluaran Jepun yang mula membanjiri pasaran ketika tahun 2004. Inspirasi namanya bermaksud Skin Lab jika diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Hada merujuk kepada skin, manakala labo membawa maksud laboratory. Ianya diformulasi dan diperbuat oleh Rohto Pharmaceutical Company Ltd yang merupakan pengeluar besar produk kosmetik. Ramuan utama yang sering kali diformulasi dalam produk Hada Labo ialah empat jenis asid hyaluronik yang membantu memberikan kelembapan intensif dan menyerikan kembali wajah yang kusam. Selain itu, ianya turut mengandungi ramuan tradisional dan teknologi yang bermutu tinggi untuk memastikan kesan yang efektif kepada kulit wajah anda. Dengan falsafah ‘Perfect X Simple’ yang diterajuinya, ianya pasti membantu anda mendapat kulit wajah idaman anda.

Jenis Hada Labo Dan Fungsinya

Terdapat beberapa jenis rangkaian berbeza yang dikeluarkan oleh Hada Labo, seperti Koleksi Kouji, Koleksi Hydrating, Koleksi Premium Hydrating dan Koleksi Premium Whitening. Untuk memastikan anda memilih yang sesuai bagi kulit anda, kami telah mengumpul segala informasi yang anda perlu tahu mengenai jenis koleksi Hada Labo dan fungsinya.

1. Hada Labo Kouji Collection

https://www.instagram.com/p/CTTfpsOBBF_/

Koleksi Kouji menggunakan beras Jepun yang telah ditapai sebagai ramuan utama rangkaian produk ini. Kouji atau lebih dikenali sebagai raja beras sake merupakan ramuan rahsia yang membantu melembapkan kulit wajah dan menganjalkan kembali garis halus. Ianya diperkaya dengan vitamin, mineral, asid amino, seramide and peptide yang tinggi, menjadikannya berkesan untuk mengatasi masalah kulit. Malahan, produk penjagaan wajah Kouji ini juga sesuai bagi mereka yang berumuar 20an, terutamanya yang ingin memulakan rutin antipenuaan. Rangkaian produk Kouji ini mengandungi Hada Labo Kouji Treatment Enzyme Powder Wash, Hada Labo Kouji Treatment Cleansing Foam, Hada Labo Kouji Treatment Essence, Hada Labo Kouji Tightening & Hydrating Gel, Hada Labo Kouji Treatment Cream dan Hada Labo Kouji Treatment Sheet Mask.

Fungsi Utama: Melembapkan kulit dan mengatasi garis halus serta kedutan di wajah

Kesesuaian: Untuk kulit yang berminyak dan juga kombinasi

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit wajah
  • Anti penuaan
  • Ramuan yang berkualiti tinggi

Harga: Dari RM10.44

Terdapat di: Shopee

2. Hada Labo Hydrating Collection

https://www.instagram.com/p/CF8AaAqHh_p/

Hada Labo Hydrating Collection dirumus khas dengan empat jenis asid hyaluronik yang memberikan kelembapan intensif. Koleksi ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit kering kerana ianya meresap jauh ke dalam kulit dan mengunci kelembapan agar kulit anda lembap seharian. Selain itu, kulit anda juga akan tampak lebih berseri dan anjal. Rangkaian Hada Labo Hydrating mengandungi produk seperti pembersih wajah, pelembap, essence, losyen dan lip balm. Ianya juga merupakan antara koleksi yang best selling disebabkan keberkesananya.

Fungsi Utama: Memberikan kelembapan intensif dan menganjalkan kulit

Kesesuaian: Sesuai untuk kulit yang kering, kusam mahupun dengan tanda-tanda penuaan

Kelebihan:

  • Mengandungi empat jenis asid hyaluronik
  • Melembapkan kulit secara intensif
  • Melembutkan wajah

Harga: Dari RM4.50

Terdapat di: Watsons

3. Hada Labo AHA + BHA Collection

https://www.instagram.com/p/CRAG90hhTIL/

Seterusnya ialah koleksi Hada Labo AHA + BHA yang membantu proses eksfoliasi sel-sel kulit mati, menjadikan wajah anda kelihatan lebih berseri. Diperkaya dengan Alpha Hydroxy Acid (AHA) and Beta Hydroxy Acid (BHA), ramuan ini berkesan dalam menyingkirkan segala kotoran di wajah. Ianya juga membantu mencerahkan tona kulit dan mengelakkan kulit tampak kusam. Antara produk-produk yang anda boleh didapati dalam rangkaian wajah ini ialah AHA +BHA Mild Exfoliating Foaming Wash, AHA + BHA Acne Control Face Wash, AHA +BHA Mild Peeling Lotion dan AHA + BHA Mild Exfoliating Gel.

Fungsi Utama: Menyingkirkan sel-sel kulit mati dan mengelakkan kulit kusam

Kesesuaian: Untuk semua jenis kulit, namun mereka yang mempunyai kulit sensitif disarankan untuk membuat patch test terlebih dahulu.

Kelebihan:

  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati
  • Mencerahkan tona kulit
  • Melembutkan kulit yang kasar

Harga: Dari RM35.90

Terdapat di: Watsons

4. Hada Labo Premium Hydrating Collection

https://www.instagram.com/p/BlDbb1oFA9D/

Untuk mereka yang masih tercari-cari jenis produk Hada Labo dan fungsinya yang memberikan kelembapan intensif, anda harus mencuba koleksi rangkaian Hada Labo Premium Hydrating. Ianya mengandungi tujuh jenis asid hyaluronik berbeza, menjadikannya lebih berkesan berbanding produk lain yang terdapat di pasaran. Koleki ini mengandungi produk seperti Premium Hydrating Lotion dan Premium Hydrating Day Cream.

Fungsi Utama: Melembapkan kulit secara intensif dan melembutkan kulit yang kusam serta kasar

Kesesuaian: Rangkaian ini sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit yang normal ataupun kering

Kelebihan:

  • Dirumus dengan tujuh jenis hyaluronik
  • Melembapkan lapisan kulit
  • Bebas bahan berbahaya seperti alkohol, paraben dan pewangi

Harga: Dari RM12.90

Terdapat di: Watsons

5. Hada Labo Premium Whitening Collection

Adakah anda inginkan kulit wajah yang tampak lebih berseri? Rangkaian Hada Labo Premium Whitening diformulasi secara khusus untuk mencerahkan tona kulit anda. Koleksi iniperkaya dengan campuran ramuan seperti vitamin C, asid hyaluronik, arbutin dan niacinamide. Ianya membantu mengekalkan kelembapan wajah dan menyerikan kembali kulit yang kusam. Malahan ianya juga memastikan wajah anda bebas cela sentiasa. Koleksi ini merangkumi Premium Whitening Face Wash, Premium Whitening Lotion Rich, Premium Whitening Lotion Light, Premium Whitening Essence, Premium Whitening Mask, Premium Whitening Water Cream dan Premium Whitening Water Gel.

Fungsi Utama: Melembapkan kulit dan mencerahkan tona kulit

Kesesuaian: Ideal untuk semua jenis kulit

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Teknologi yang membantu mencerahkan sebanyak tiga kali ganda
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: Dari RM9.00

Terdapat di: Watsons

6. Hada Labo Sensitive Hydrating Collection

Bagi mereka yang mengalami kulit jenis sensitif, pasti sukar untuk anda mencari produk yang sesuai dan tidak menyebabkan sebarang iritasi. Usah risau kerana dengan rangkaian produk dari Hada Labo Sensitive Hydrating, anda boleh mendapat kulit idaman anda. Ianya diperkaya dengan ramuan yang membantu melegakan kerengsaan dan juga keradangan. Selain itu, koleksi ini juga berkesan melindungi serta menguatkan lapisan luar kulit. Antara produk yang merangkumi rangkaian Hada Labo Sensitive Hydrating ialah Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Creamy Wash, Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Lotion, Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Milk, Hada Labo+ Sensitive Skin Hydrating Cream, Hada Labo+ Brightening Mask, Hada Labo+ Firming Mask, Hada Labo+ Hydrating Mask, Hada Labo+ Nourishing Mask dan Hada Labo+ Oil Control Mask.

Fungsi Utama: Melegakan iritasi, melindungi lapisan luaran kulit serta melembapkan secara intensif

Kesesuaian: Boleh digunakan pada semua jenis kulit dan ianya amat sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif

Kelebihan:

  • Membantu melegakan kerengsaan dan keradangan
  • Melindungi kulit
  • Bebas ramuan berbahaya
  • Menguatkan lapisan luaran kulit

Harga: Dari RM9.90

Terdapat di: Watsons

7. Hada Labo Lifting + Firming Collection

https://www.instagram.com/p/BfKGwZwlOu7/

Koleksi seterusnya dalam senarai jenis Hada Labo dan fungisnya ialah rangkaian kesukaan ramai iaitu Hada Labo Lifting + Firming Collection. Ianya mengandungi tiga ramuan utama iaitu elastin, kolagen dan empat jenis asid hyaluronik yang diketahui keberkesanannya dalam menganjalkan kembali kulit secara efektif. Koleksi ini turut membantu meningkatkan pengeluaran kolagen dan mengatasi garis-garis halus serta kedutan di wajah. Terdapat tiga jenis produk yang anda boleh dapati untuk koleksi ini iaitu Lifting + Firming Lotion, Lifting + Firming Essence dan Lifting + Firming Cream.

Fungsi Utama: Membantu mengatasi tanda-tanda penuaan dan menganjalkan kulit

Kesesuaian: Sesuai untuk kulit normal dan kering, terutamanya bagi mereka yang mengalami kedutan di wajah

Kelebihan:

  • Mengatasi masalah kedutan dan garis halus
  • Melembapkan kulit
  • Diperkaya dengan antioksidan

Harga:Dari RM48.22

Terdapat di: Shopee

8. Hada Labo Blemish and Oil Collection

https://www.instagram.com/p/CHqunZ2l4Du/

Rangkaian Hada Labo Blemish and Oil sesuai untuk mereka yang mengalami kulit yang berminyak dan juga berjerawat. Ianya diperkaya dengan ekstrak hatomugi yang membantu mengawal masalah kulit jerawat serta melegakan iritasi. Tambahan lagi, koleksi ini juga diformulasi dengan campuran asid hyaluronik dan campuran ekstrak botanikal yang berkesan mengawal lebihan sebum. Koleksi Hada Labo Blemish and Oil merangkumi produk seperti Blemish & Oil Control Hydrating Foaming Wash dan Rangkaian Hada Labo Blemish and Oil sesuai untuk mereka yang mengalami kulit yang berminyak dan juga berjerawat. Ianya diperkaya dengan ekstrak hatomugi yang membantu mengawal masalah kulit jerawat serta melegakan iritasi. Tambahan lagi, koleksi ini juga diformulasi dengan campuran asid hyaluronik dan campuran ekstrak botanikal yang berkesan mengawal lebihan sebum. Koleksi Hada Labo Blemish and Oil merangkumi produk seperti Blemish & Oil Control Hydrating Foaming Wash dan lotion.

Fungsi Utama: Ianya membantu mengawal lebihan minyak dan juga mengurangkan jerawat

Kesesuaian: Ideal untuk mereka yang mempunyai kulit yang berminyak, berjerawat dan liang pori yang tersumbat

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan sebum
  • Mengecilkan saiz pori-pori
  • Mengurangkan jerawat

Harga: Dari 43.90

Terdapat di: Watsons

Adakah tips untuk memilih jenis koleksi Hada Labo dan fungsinya membantu anda? Sila komen di bawah! Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkini mengenai kecantikan!