Pernah tak anda terfikir tentang kandungan alat solek yang anda beli? Adakah sebenarnya halal atau tidak? Berdasarkan hukum Islam, terdapat beberapa syarat kosmetik halal yang mesti kita pantau. Kadang-kadang hal ini diremehkan oleh sesetengah individu.

Cuba kita bayangkan, kita harus meneliti bahan-bahan yang ditulis pada kotak produk. Selalunya, barang-barang yang dipilih akan terus diambil kemudian campak ke dalam troli segera selagi adanya cop halal. Tetapi, kalau anda fikir dengan lebih dalam. Apalah sangat jika kita bandingkan dengan kesan negatif di kemudian hari dari segi agama dan kesihatan.

Sebab itu, kita harus menitik beratkan perkara yang kecil. Walaupun, ia tidak sebegitu besar pada pandangan mata tetapi kesannya mungkin besar pada masa akan datang.

Syarat-syarat Halal Sesuatu Produk

Sebenarnya apakah syarat-syarat yang perlu ada supaya ianya dikira halal? Ada yang berpendapat ia tidak boleh dikandung haiwan khinzir sahaja. Ada pula berkata, kandungan alkohol diterima selagi tidak berkait dengan arak. 

Secara faktual, ia seharusnya tidak mempunyai sebarang elemen dari binatang. Alat solek itu juga tidak boleh mengandungi apa-apa bahan yang dianggap najis. Kita juga mesti ketahui bahawa alkohol adalah dilarang dalam konteks ini. Oleh kerana, bahan-bahan ini berpotensi untuk merosakkan kulit seseorang.

Walaupun, sesetengah pihak beranggapan bahawa bahan-bahan ini dapat menambahbaik kualiti produk. Ia masih dilarang dalam agama Islam. Kadang-kala penambahbaikan sesuatu produk tidak bermaksud elok pada kulit kita. Sebab itu, pentingnya juga untuk kita ketahui jenis kulit muka kita.

Oleh itu, Beauty Insider telah pun mencatatkan beberapa jenama alat solek yang halal dan harus anda catat dalam “To Buy List” anda!

Senarai Jenama Kosmetik Halal Yang Popular Di Malaysia 2022

1. Wawa Kosmetik

https://www.instagram.com/p/CIe23T_JFF6/

Anda tahu tak, Wawa Kosmetik adalah antara kosmetik yang dimiliki oleh artis tanah air kita sendiri. Produk ni telahpun berjaya menghasilkan berkepelbagaian alat solek. Beliau merupakan pelakon Malaysia dan juga usahawan berjaya yang dipandang tinggi oleh khalayak ramai.

Wawa Zainal adalah pengasas produk kosmetik ini dan menggunakan namanya tersendiri sebagai jenama produknya. Beliau telah berjaya menghasilkan produk yang berkualiti tinggi dan mendapat untung yang sungguh lumayan. Oleh kerana, produknya bukan sahaja mepunyai kualiti yang bertaraf tinggi. Tetapi, ia tidak mengandungi bahan kimia malah dijamin halal.

Wawa Kosmetik sebenarnya digilai ramai adalah sebab jenamanya yang sering “up to date” dengan tren hari ini. Kalau anda perhatikan, mereka aktif dalam mengeluarkan pelbagai edisi kosmetik. Contohnya, Wawa Glam Raya, Wawa Love Edition, Wawa Fantasy Dream dan lain-lain lagi. Sebab tu, kalau anda tengok Instagram page mereka. Pembeli-pembeli Wawa Kosmetik adalah dari wanita-wanita generasi muda.

Kalau anda nak tahu apa alat solek yang “special” tentang Wawa Kosmetik ni. Jawapan saya adalah mudah, eyeshadow dan gincu mereka! Disebabkan warna lipstick mereka yang terang dan senang kena dengan semua jenis warna kulit. Selain itu, eyeshadow mereka mengandungi pelbagai warna yang eksklusif.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

2. So.Lek Kosmetik

https://www.instagram.com/p/CHvBkwDDDuT/?utm_source=ig_web_copy_link

Diasaskan oleh adik beradik yang sangat kreatif dan bijak berniaga. Tahukah anda bagaimana nama “So.Lek” tersebut dicipta? Untuk pengetahuan anda, So.Lek adalah dari perkataan inggeris iaitu “So?” dan “Relax”. Walaupun dengan nama yang sangat ringkas, mereka telah berjaya mencapai beribu pengikut di Instagram.

Dengan mendapat sambutan yang dahsyat walaupun pada mulanya hanya kecil-kecilan. Mereka dapat menarik perhatian ramai wanita di luar sana untuk membeli produk kosmetik jenama mereka. Walaupun, produk mereka masih dalam proses untuk mendapatkan pengiktirafan halal. Produk mereka dijamin mesra wudhu dan selamat digunakan.

Setiap kosmetik atau produk mempunyai keunikan tersendiri sama seperti So.Lek kosmetik. Kosmetik mereka seperti gincu dan warna kuku antara yang paling hangat dijual sekarang ni. Warna gincu mereka ada dijual dalam dua jenis warna seperti warna “nude” dan warna terang.

Produknya yang tahan lama dan senang digunakan merupakan antara sebab perempuan di luar sana masih terus membeli. Selain itu, “BB cushion” dengan kandungan SPF 20 juga dijual dengan tiga jenis warna. Bukan itu sahaja, pelbagai lagi produk yang mereka hasilkan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

3. Amara Kosmetik Halal – U.S

https://www.instagram.com/p/BSeR-syA5ms/

Kosmetik Amara Halal sebenarnya ditemui oleh Mohamed, seorang lelaki yang mempunyai latar fesyen. Beliau telah melakukan pemerhatian bahawa tiada satu pun alat solek halal yang dijual di U.S. Pada waktu itu juga, kira-kira 1.7 juta muslimah sedang menetap di U.S.

Selepas kosmetik ini dilancarkan, ia merupakan satu-satunya kosmetik dari US yang telah diiktiraf halal kerana kandungannya yang bebas paraben, gluten, petrokimia, alkohol dan produk haiwan. Jenama ini menjual pelbagai jenis alat solek buat wanita-wanita di luar sana. Seperti eyeshadow, gincu, berus, nail polish dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, produk kosmetik ini hanya dijual online sahaja. Kepada anda yang terdetik untuk membeli produk mereka. Anda disyorkan untuk cuba eyeshadow mereka dan pewarna kuku yang telap air.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

4. Talent Kosmetik

https://www.instagram.com/p/BT5IfctgzSp/?utm_source=ig_web_copy_link

Talent kosmetik merupakan produk mewah yang asalnya adalah dari Korea. Jika anda berminat dengan “Korean skincare” yang kini menjadi minat ramai wanita di luar sana. Terutama adalah dari golongan wanita muda. Anda kini boleh membeli jenama korea ini di laman website mereka. Selain kosmetik, mereka juga menjual produk penjagaan wajah.

Jika anda berminat dengan produk yang dapat meningkatkan kesihatan kulit anda. Seterusnya, memutihkan kulit anda dan lindungi dari kesan sampingan yang kekal lama. Anda boleh dapatkan produk-produk yang bertanda halal dari mereka.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

5. Sampure Minerals U.K

https://www.instagram.com/p/CIOgeUklU_g/?utm_source=ig_web_copy_link

Produk kosmetik yang dijamin halal dan terkenal di U.K iaitu Sapure Minerals U.K. Kandungannya yang hanya diperbuat oleh produk vegetarian dan semula jadi yang telah pun disahkan Halal. Diperbuat daripada bahan semula jadi, kosmetik premium ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan semua peringkat usia.

Selain itu, ia mempunyai sifat perlindungan matahari SPF15 dan anti-radang semula jadi, tidak menyumbat liang dan membiarkan kulit bernafas, yang juga menjadikan produk ini sesuai untuk kulit yang berjerawat dan sensitif.

Sampure Minerals U.K menjual pelbagai jenis alat solek untuk kegunaan anda. Alat solek untuk mata,bibir, muka dan berus “makeup “ juga dijual. Untuk pengetahuan anda, “Mineral Foundation Liquid” mereka telah disenarai pendek untuk “2020 Pure Beauty Awards”.

Selain itu, anda disarankan untuk ikut mereka di laman Instagram Sampure Minerals U.K. Mereka kerap mengumumkan promosi dan potongan harga buat produk- produk mereka.

Kepada anda yang ingin mencuba produk mereka, anda boleh dapatkan sampel yang dijual oleh mereka. Harganya murah dan sesuai untuk permulaan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

6. Wardah Kosmetik

https://www.instagram.com/p/CINnvLrJq6P/?utm_source=ig_web_copy_link

Wardah merupakan kosmetik yang paling banyak mendapat sambutan oleh warga Indonesia dan kini semakin terkenal di Malaysia. Mempersembahkan pelbagai produk, termasuk penjagaan badan, penjagaan kulit, penjagaan tangan, solek, dan wangian, ia menjanjikan untuk membuat wanita merasa yakin dan terinspirasi. Jenama Wardah telah dianugerahkan pelbagai jenis penghargaan.

Sejujurnya, sebagai peminat produk kecantikan saya sarankan anda untuk membeli jenama tersebut. Oleh kerana, kebanyakan produk mereka berharga kurang dari RM50. Contohnya, produk mereka yang bernama Wardah Exclusive Two Way Cake berjumlah RM33.00 sahaja.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

7. Zahara Kosmetik

https://www.instagram.com/p/BrePtwDHzdZ/?utm_source=ig_web_copy_link

Zahara kosmetik merupakan jenama yang ditubuhkan oleh dua adik-beradik perempuan. Produk mereka adalah halal dan pada mulanya mereka tidak dapat jumpa produk halal di pasaran. Oleh itu, atas kerjasama dan titik peluh adik-beradik ini. Mereka berjaya mengeluarkan jenama alat solek sendiri.

Alat kecantikkan yang dijual oleh Zahara kosmetik semestinya nail polish mereka yang telah mendapatkan cop Halal. Mereka bahkan berusaha sedaya upaya untuk memastikan bahawa nail polish mereka telap air dengan menghantar produk mereka ke makmal pihak ketiga untuk diuji. Berkat usaha mereka, cat kuku mereka adalah salah satu dari sedikit di pasaran yang mesra wudhu!

Nail polish oksigen yang dirumus khas ini sangat berpigmen, namun lebih nipis daripada kebanyakan. Lebih-lebih lagi, mudah dilepaskan, menjanjikan kuku yang kelihatan lebih sihat! Sekiranya anda masih tidak yakin, Zahara telah membuat penghilang cat kuku mereka sendiri, menjadikan anda sangat mudah untuk mencuba warna baru.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

8. Tuesday In Love Kosmetik

https://www.instagram.com/p/CIyQ9s7Heoe/?utm_source=ig_web_copy_link

Kosmetik ini adalah syarikat Canada yang mengkhususkan nail polish yang talapr air dan juga kosmetik halal. Selain itu, mereka juga telah mula melancarkan produk penjagaan kulit untuk setiap jenis kulit. Kini, mereka sangat terkenal di Canada dan mempunyai beribu pengikut di laman Instagram mereka.

Nama jenama mereka juga sangat unik dan pengusaha jenama ini mendapatkan nama tersebut dari kisah pengalamannya sendiri bersama sang isteri. Oleh itu wujudlah nama “Tuesday in love” ini. Beliau telah memberikan nail polish berwarna pink pada isterinya dan senyuman isterinya membahagiakan beliau dan memori itu merupakan hari Selasa yang terindah buat beliau.

Selain itu, jenama ini juga mempunyai laman web mereka tersendiri. Terdapat banyak review dari pelanggan mereka yang didapati amat positif. Dan paling unik tentang kumpulan mereka, mereka juga menubuhkan pertubuhan amal mereka sendiri untuk membantu golongan orang miskin di seluruh negara.

Bukan itu sahaja, mereka juga kini menjual pakaian hijab buat golongan wanita islam. Anda boleh dapati pelbagai jenis hijab dan fesyen yang boleh anda gayakan setiap hari. Hijab mereka juga unik dan susah untuk dapati di luar. Contohnya, hijab bermagnet, hijab jersey dan juga hijab berkain lembut.

Dabn perkara yang menarik juga, mereka menjual barang-barang untuk lelaki juga. Ya! Ia halal juga. Produk yang dijual adalah tali leher, tali kasut, minyak untuk jambang dan juga produk penjagaan kulit.

Oleh itu, pelanggan mereka amat bahagia dengan jenama mereka yang berpatutan dan halal. Seterusnya, mereka bukan sahaja menyediakan produk kecantikkan atau alatan solek. Mereka membantu golongan wanita dan lelaki islam dengan pelbagai lagi jenis barang yang boleh digunakan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

9. SimplySiti

https://www.instagram.com/reel/Ckj-JiTpMVP/?igshid=MDJmNzVkMjY=

SimplySiti diasaskan oleh penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza pada tahun 2010. Rangkaian jenama SimplySiti yang diperbuat di Korea Selatan menawarkan pelbagai produk kecantikan seperti alat solekan, pewangi dan penjagaan wajah. Selain mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM, SimplySiti turut menawarkan produk yang berkualiti tinggi pada harga yang mampu milik. Anda boleh mendapatkan rangkaian produknya di atas talian dan juga farmasi yang berdekatan.

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

10. Orkid Cosmetics

https://www.instagram.com/p/CNPexYBF2bV/?utm_source=ig_embed&ig_rid=491a1a4b-f5b3-4355-b5ad-127700240409

Orkid Cosmetics merupakan jenama produk kecantikan yang diasaskan oleh Raeesa Sya and Fatin Johanna. Ditubuhkan pada tahun 2017, Orkid Cosmetics menjadi pilihan ramai orang dengan formulasinya yang bukan sahaja halal tetapi juga organik dan vegan. Pendek kata, produk-produk solekannya masih menjadi top di kalangan peminat gincu. 

Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.

Pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.