Apabila disebut sahaja masalah kulit berparut, pasti ramai yang mengeluh. Tidak kiralah jika ianya disebabkan jerawat, pembedahan mahupun luka, parut yang jelas kelihatan pasti mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa gusar. Terutamanya bagi golongan wanita, wajah yang bebas cela pastinya menjadi idaman. Walaupun solekan dapat menutupi segala cela di wajah anda, kulit yang tampak flawless sudah pastinya membantu meningkatkan keyakinan diri kita. Namun tidak dapat dinafikan kebanyakkan daripada kita mengalami masalah parut kekal dan ianya juga memerlukan penjagaan yang rapi kerana agak sukar untuk dirawat. Oleh itu, penggunaan krim hapus parut yang terbaik amatlah penting untuk mengatasi masalah ini. Adakah anda masih tercari-cari krim hapus parut yang berkesan memudarkan segala jenis cela? Usah risau kerana Beauty Insider telah menyenaraikan 14 krim hapus parut yang terbaik serta informasi penting mengenai parut yang anda harus ketahui.

Apakah Jenis-Jenis Parut?

Tahukah anda terdapat beberapa jenis parut? Iya, jika anda mahu memastikan anda memilih krim hapus parut yang berkesan, ianya amat penting untuk anda mengetahui jenis parut yang anda alami.

Parut Keloid

Mereka yang mempunyai parut keloid selalunya dapat mengenal pasti jenis parut ini melalui saiznya yang agak besar. Parut keloid akan terbentuk melebihi kawasan luka yang sepatutnya. Selain itu, ianya juga boleh dikategorikan sebagai parut timbul dan selalunya kekal. Peratusan mereka yang berkulit gelap untuk mendapat parut keloid adalah lebih tinggi berbanding yang berkulit cerah.

Parut Hypertrophic

Parut jenis hypertrophic dan keloid mungkin kelihatan agak sama namun sebenarnya kedua-kedua parut ini adalah berbeza. Parut hypertrophic selalunya tampak kemerahan, namun ianya tidak timbul atau terbentuk melebihi kawan luka seperti parut keloid.

Parut Jerawat

Parut jerawat merupakan masalah yang biasa dialami oleh kebanyakkan orang, terutamanya di bahagian wajah. Ianya terbahagi kepada beberapa jenis seperti boxscar, rolling dan ice pick.

Parut Contracture

Parut contracture berlaku kepada mereka yang mengalami kesan disebabkan melecur atau terbakar.

Cara Memilih Krim Hapus Parut Yang Terbaik

Photo by SHVETS production from Pexels

Walapun rata-rata daripada kita lebih menyukai untuk mencuba sesuatu produk disebabkan rekomendasi oleh influencer, kawan ataupun orang ramai, kadang kala tidak semuanya bersesuaian dengan kita. Oleh itu, terdapat beberapa tips yang anda perlu tahu jika anda ingin memilih krim hapus parut yang terbaik.

  • Utamakan krim hapus parut yang diformulasi dengan bahan aktif seperti silikon, ekstrak aloe vera, ekstrak teh hijau, vitamin E, retinol, madu, asid salisilik dan ekstrak bawang
  • Elakkan membeli krim hapus parut yang mengandungi bahan yang menyebabkan iritasi atau keradangan
  • Anda boleh mendapat saranan daripada dermatologist untuk mengetahui produk yang lebih bersesuaian dengan jenis parut anda

14 Krim Hapus Parut Terbaik Yang Berkesan Memudarkan Semua Jenis Parut Termasuk Kekal

1. Olumes The Satin Cream

Adakah anda alami masalah cela di wajah? Olumes The Satin Cream merupakan antara krim hapus parut terbaik yang menjadi pilihan utama ramai orang. Dirumus dengan 95% ramuan berasaskan semulajadi, ianya memberikan kelebihan komprehensif termasuk membantu memudarkan cela, mengecilkan liang pori dan menganjalkan kulit wajah. Dengan ekstrak kalalit, ramuan anti radang ini merupakan rahsia kecantikan turun temurun masyarakat Kadazan Dusun yang membantu melegakan iritasi. 

Malahan ianya mengandungi campuran 10 jenis peptide dan asid hialuronik yang diketahui keberkesanannya sebagai agen anti penuaan, menjadikan kulit wajah anda kelihatan awet muda. Diformulasi dengan ekstrak sel stem magnolia, krim ini memudarkan pigmentasi dan menggalakkan penjanaan sel kulit baharu agar tona kulit tampak sekata. Olumes The Satin Cream mempunyai tekstur yang ringan serta mudah meresap jauh ke dalam kulit memastikan kulit kekal terhidrat dan tampak berseri. Pastikan anda menggunakan Olumes The Satin Cream  secara konsisten dan anda akan pasti mendapat kulit wajah idaman. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Dirumus dengan ramuan semulajadi
  • Mengurangkan kedutan
  • Tidak komedogenik

Harga: RM40.00–RM300.00

  Add to cart

2. Hiruscar Silicone Pro

Hiruscar Silicone Pro diformulasi dengan ramuan penting yang membantu memudarkan parut keloid dan hypertrophic secara berkesan. Ianya diperkaya dengan campuran bahan seperti vitamin C, vitamin E dan juga gel silikon untuk melegakan sebarang kegatalan dan mencerahkan kawasan luka. Krim hapus parut ini meresap dengan jauh ke dalam kulit tanpa meninggalkan sebarang kesan berminyak. Hanya dalam 4 minggu, anda akan dapat melihat kesan yang ketara.

Kelebihan:

  • Mencerahkan kulit di kawasan parut
  • Melegakan iritasi dan kegatalan akibat parut
  • Meratakan parut timbul
  • Mengandungi gel silikon

Harga: RM62.50

Terdapat di: Watsons

3. Dermatix Advanced Scar Formula

Dermatix Advanced Scar Formula merupakan hapus parut serba guna yang boleh digunakan pada pelbagai jenis parut akibat, jerawat, melecur dan gigitan serangga. Diperbuat dengan teknologi CX5, ianya membantu mencerahkan kembali kulit, melembutkan dan meratakan parut yang timbul. Produk ini amat sesuai untuk mereka yang mengalami parut keloid ataupun hyperthropic. Anda hanya perlu salapkan pada kawasan parut, kemudian biarkannay kering seketika dalam satu atau dua minit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis parut, terutamanya parut timbul
  • Ramuan yang berkualiti tinggi
  • Meresap dengan pantas

Harga: RM88.00

Terdapat di: Guardian

4. Mederma Proactive Gel

Krim hapus parut yang menjadi pilihan orang ramai ialah Mederma Proactive Gel yang diketahui keberkesanannya dalam memudarkan parut dan cela. Ianya dirumus dengan campuran bahan berkualiti tinggi seperti ekstrak aloe vera, allantoin dan cepalin yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan parut. Selain itu ianya juga berkesan dalam melegakan kegatalan dan kemerahan hanya dalam satu sapuan. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapat melihat kesan yang anda inginkan.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Bau yang menyenangkan
  • Mudah digunakan

Harga: RM34.90

Terdapat di: Shopee

5. Blackmores Natural Vitamin E Cream

Blackmores Natural Vitamin E Cream diformulasi secara khas untuk membantu memberikan kelembapan intensif dan melindungi kulit daripada kesan luaran. Diperkaya dengan vitamin A, vitamin E, minyak avokado dan ekstrak minyak biji buah aprikot, ianya berkesan memperbaiki keadaan kulit secara keseluruhan. Krim hapus parut ini boleh disalap pada mana-mana bahagian tubuh badan anda, termasuk wajah.

Kelebihan:

  • Bebas bahan berbahaya
  • Melembapkan kulit secara intensif
  • Mengandungi vitamin E

Harga: RM42.00

Terdapat di: Shopee

6. Honeydew Scar Cream

Jika anda sering membeli belah secara atas talian di Amazon, pasti anda mengetahui mengenai Honeydew Scar Cream ini. Ianya merupakan salah satu produk krim hapus parut yang disukai oleh ramai orang kerana keberkesannya. Dengan campuran bahan seperti minyak kelapa, vitamin A, vitamin E, minyak avokado, minyak rosehip dan minyak omega 3, krim ini sesuai untuk digunakan pada parut yang lama dan juga baharu.

Kelebihan:

  • Membantu meningkatkan pengeluaran kolagen
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya seperti paraben, pewangi dan minyak mineral
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif
  • Berkesan untuk selulit dan tanda regangan

Harga: RM75.00

Terdapat di: Shopee

7. Rosken High Potency Vitamin E Cream

Adakah anda masih tercari-cari krim hapus terbaik di drugstore? Anda harus mencuba Rosken High Potency Vitamin E Cream! Produk yang diuji secara dermatologi ini mengandungi ekstrak cocoa butter, shea butter dan vitamin E untuk melembapkan kulit. Selain itu, ianya juga berkesan memudarkan parut, cela, tanda regangan dan juga tanda-tanda penuaan. Rosken High Potency Vitamin E Cream berfungsi dengan menggalakkan semula pertumbuhan sel-sel kulit baharu.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Mengimbangi tahap pH
  • Ideal untuk semua jenis kulit
  • Harga yang murah

Harga: RM 25.40

Terdapat di: Caring

8. Skinlabs Vitamin E Cream

Skinlabs Vitamin E Cream merupakan krim hapus parut yang memberikan pelbagai jenis kelebihan seperti memudarkan parut, mengatasi garis-garis halus di wajah, mengelakkan tanda regangan dan melembapkan kulit. Ianya mengandungi kadar vitamin E yang tinggi, sekali gus memberikan perlindungan yang komprehensif pada kulit anda. Malahan ianya juga berkesan melindungi kulit daripada selaran matahari.

Kelebihan:

  • Membantu melembapkan kulit secara intensif
  • Diperkaya dengan antioksidan
  • Sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif, kering dan normal

Harga: RM27.20

Terdapat di: Guardian

9. BREYLEE Acne Scar Removal Cream

Jika anda mempunyai masalah parut jerawat, ianya pasti sukar untuk mencari krim hapus parut yang berkesan. Usah risau kerana BREYLEE Acne Scar Removal Cream diformulasi secara spesifik untuk membantu mengatasi cela akibat jerawat. Dengan ramuan botanikalnya, produk ini mempercepatkan proses penyembuhan dan menggalakan pertumbuhan sel kulit yang baharu. Ianya juga membantu melembutkan dan meratakan parut yang timbul.

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi pada kawasan parut
  • Sesuai untuk mereka yang mengalami parut jerawat dan juga jenis-jenis parut yang lain
  • Mengelakkan pigmentasi

Harga: RM19.80

Terdapat di: Shopee

10. Quantum Health Scar Reducer Intensive Herbal & Nutrient Cream

Quantum Health Scar Reducer Intensive Herbal & Nutrient Cream mengandungi segala ramuan yang penting untuk memudarkan parut secara berkesan. Ianya diperkaya dengan ekstrak aloe vera, bawang, minyak zaitun, allantoin dan vitamin E, menjadikannya amat berkesan untuk parut yang lama dan baharu. Krim hapus parut ini juga sesuai untuk mereka yang mengalami kulit kering, selulit dan juga tanda regangan pada badan.

Kelebihan:

  • Dirumus dengan ramuan botanikal
  • Bebas bahan berbahaya
  • Melembutkan kulit

Harga: RM43.50

Terdapat di: iHerb

11. Rejuvasil Silicone Scar Gel

Diperkaya dengan silikon, vitamin C, squalane, dan minyak emu, Rejuvasil Silicone Scar Gel merupakan krim hapus parut terbaik yang boleh dikategorikan sebagai cult favourite. Ianya juga sesuai untuk digunakan pada semua jenis parut dari parut jerawat, pembedahan, parut keloid dan melecur. Hanya dengan sekali sapuan, produk ini meresap ke dalam kulit dan melegakan iritasi disebabkan kesan parut.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis parut dan juga kulit
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Melegakan iritasi, kegatalan dan keradangan

Harga: RM95.00

Terdapat di: Guardian

12. Murad InvisiScar Resurfacing Treatment

Murad InvisiScar Resurfacing Treatment dirumus khas untuk memudarkan saiz, kedalaman dan warna parut jerawat dalam lapan minggu. Produk ini mengandungi kombinasi bahan-bahan penting seperti vitamin C,ekstrak daun pegaga, dan asid salisilik. Selain memudarkan cela, krim hapus parut terbaik ini merawat untuk mengembalikan tekstur dan warna kulit anda yang semulajadi. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Memudarkan saiz, kedalaman dan warna parut jerawat
  • Mudah meresap

Harga: RM208.00

Terdapat di: Laman web Murad 

13. ACNE-AID Scar Care Gel

Masalah parut membelenggu anda? ACNE-AID Scar Care Gel diperkaya dengan campuran vitamin C, minyak zaitun, ekstrak aloe vera dan minyak biji bunga matahari. Rumusannya yang diuji secara dermatologi membantu memudarkan parut serta menyekatakan tekstur kulit yang tidak sekata. Produk ini juga meresap dengan mudah tanpa meninggalkan kesan melekit, memastikan agar kulit anda kekal lembap. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Mengekalkan kehidratan kulit
  • Tidak mengandungi pewarna, pewangi dan alkohol

Harga: RM47.50

Terdapat di: Watsons 

14. Derma-E Scar Gel

Derma-E Scar Gel telah terbukti berkesan dalam memudarkan parut dari segi teksturnya, warna dan juga penampilannya. Rumusannya yang diuji secara klinikal mengandungi kombinasi panthenol dan allantoin. Tambahan lagi, ia juga bebas daripada bahan-bahan berbahaya. Gunakannya secara berkala dan anda akan dapati parut anda tampak pudar. 

Kelebihan:

  • Vegan
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Melembutkan tekstur kulit

Harga: RM92.16

Terdapat di: iHerb

Pernahkah anda mencuba sebarang krim hapus parut yang kami senaraikan di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.