Wajah yang bebas cela dan tompok hitam sudah semestinya menjadi idaman bukan? Oleh itu jika ada mengalami masalah jeragat, ianya sudah tentu agak merunsingkan. Walaupun sebarang cela di wajah dapat ditutup dengan solekan terutamanya concealer, kulit yang kelihatan berseri dan sihat tanpa memerlukan solekan adalah skin goal setiap wanita! Oleh itu penjagaan kulit yang bagus adalah amat penting dan ianya bermula dengan menggunakan produk penjagaan kulit yang dapat mengatasi masalah jeragat. Beauty Insider telah menyenaraikan 18 krim jeragat terbaik di pasaran yang berkesan menghilangkan cela di wajah anda.

Apakah Jeragat dan Penyebabnya?

krim-jeragat
Photo by behrouz sasani on Unsplash

Jeragat merupakan cela atau tompok-tompok yang selalunya terdapat di beberapa kawasan di wajah seperti di pipi, hidung, dahi dan mulut. Disebabkan warna jeragat lebih gelap berbanding warna kulit asal, ianya menyebabkan kulit wajah tampak tidak sekata. Walaupun jeragat bukanlah sesuatu yang anda perlu risaukan, ianya akan memberi impak kepada keyakinan diri dan juga kulit anda.

Terdapat beberapa faktor yang menjadi punca berlakunya jeragat di wajah anda. Oleh itu, ianya amat penting anda mengetahui sebabnya agar anda dapat mengatasi masalah jeragat dengan berkesan.

  • Kulit yang terdedah kepada sinaran cahaya matahari
  • Faktor genetik
  • Perubahan hormon atau jika anda mendapat rawatan berkaitan hormon
  • Menggunakan kosmetik yang mempunyai bahan-bahan berbahaya

18 Krim Jeragat Terbaik di Malaysia 2023

1. Laneige Radian-C Cream

Anda pasti mengetahui jenama penjagaan kulit terkemuka daripada Korea ini. Laneige Radian-C Cream mengandungi 8.5 peratus vitamin C yang berkesan mencerahkan tompok hitam dan kulit seawal tiga hari. Tambahan lagi, ianya dirumus secara khas dengan teknologi Radian-C SuperblendTM yang membantu memastikan kulit wajah anda kekal berseri dan sihat.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak komedogenik
  • Mengandungi vitamin C dan E

Harga: RM220.00

Terdapat di: Sephora

2. Avene D-Pigment Light Dark Spot

Diformulasi secara khusus untuk mengatasi jeragat, Avene D-Pigment Light Dark Spot diperkaya dengan tiga ramuan iaitu Melanyde, Retinaldehyde dan Pre-tocopheryl yang membantu memudarkan jeragat. Tambahan lagi, produk ini juga membantu menghalang pembentukan jeragat baharu dan memastikan tona kulit tampak sekata. Malahan Avene D-Pigment Light Dark Spot membantu mengurangkan kilauan di wajah dan melembutkan kulit anda.

Kelebihan:

  • Bebas pewangi dan paraben
  • Sesuai untuk jenis kulit yang normal dan kombinasi
  • Berkesan memudarkan jeragat di wajah

Harga: RM99.00

Terdapat di: Shopee

3. Paula’s Choice Discoloration Repair Serum

Seterusnya, Paula’s Choice Discoloration Repair Serum merupakan produk yang membantu menyelesaikan semua masalah kulit anda. Ianya diperkaya dengan kombinasi 3% asid traneksamik, 5% niacinamide, 0.5% bakuchiol, tokoferol tulen (vitamin E) dan milk thistle yang bekerjasama untuk memudarkan jeragat. Anda hanya perlu sapukan pada wajah sebelum menggunakan pelembap muka.

Kelebihan:

  • Menyerap dengan pantas ke dalam kulit
  • Memastikan tona kulit sekata
  • Kulit tampak berseri

Harga: RM250.00

Terdapat di: Paula’s Choice

4. Garnier Skin Naturals Light Moisturizer

Garnier Skin Naturals Light Moisturizer diperkaya dengan ekstrak limau yuzu daripada Jepun dan ianya membantu mencerahkan kulit wajah dan serta memudarkan jeragat dalam tiga hari. Dengn formulasi tekstur ringannya, pelembap muka ini cepat menyerap ke dalam kulit, menjadikan wajah anda lebih berseri. Tambahan lagi, ianya membantu memastikan jeragat tampak lebih pudar dan menghalang pembentukan jeragat baharu.

Kelebihan:

  • Berkesan memudarkan jeragat baru dan lama
  • Diperkaya dengan ekstrak limau yuzu
  • Kesan seawal tiga hari

Harga: RM31.50

Terdapat di: Watsons

5. Drunk Elephant Protini Polypeptide Cream

Dengan penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora, Drunk Elephant Protini Polypeptide Cream diakui oleh ramai yang telah menggunakannya. Pelembap muka ini yang berasaskan protein membantu memperbaiki tona dan tekstur kulit. Selain itu, ianya juga mengandungi bahan penting seperti peptides, acid amino dan pygmy waterlily agar wajah anda tampak berseri dan awet muda. Ianya juga berkesan memudarkan kedutan dan jeragat di wajah.

Kelebihan:

  • Mempunyai tahap pH sebanyak 4
  • Tidak mengandungi pewangi, pewarna, SLS, silikon dan minyak pati
  • Berkesan secara efektif membuatkan kulit wajah tampak sihat dan berseri

Harga: RM315.00

Terdapat di: Sephora

6. Cosmoderm Vitamin E Cream 3000IU with Rosehip Oil

Diperkaya dengan vitamin E dan minyak Rosehip, Cosmoderm Vitamin E Cream 3000IU with Rosehip Oil memberikan kelembapan yang intensif untuk melindungi kulit anda dari kesan awal penuaan. Tambahan lagi, ianya membantu memudarkan parut dan jeragat dengan pantas. Hanya dengan sekali penggunaan, anda akan dapati wajah anda kekal lembap dan berseri sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit normal dan kering
  • Kelembapan intensif
  • Memudarkan parut dan jeragat

Harga: RM22.00

Terdapat di: Shopee

7. Meladerm Pigment Correction

Jika amda masih mencari krim jeragat terbaik di pasaran, anda haru mencuba Meladerm Pigment Correction. Ianya diformulasi dengan bahan-bahan yang penting untuk memastikan kulit tampak berseri dan flawless. Selain itu, krim ini juga berkesan memudarkan jeragat, parut jerawat dan tompok hitam. Dengan penggunaan berkala, anda akan dapati jeragat anda lebih pudar.

Kelebihan:

  • Vegan
  • Efektif untuk pudarkan cela
  • Berkesan meratakan tona kulit

Harga: RM439.00

Terdapat di: Shopee

8. L’Oréal Paris Revitalift Triple Action Day Cream

L’Oréal Paris Revitalift Triple Action Day Cream diformulasi dengan vitamin C, asid hyaluronik dan pro-retinol yang berkesan secara efektif mengatasi kedutan di wajah, memberikan kelembapan serta memastikan wajah kekal berseri. Tambahan lagi, ianya dirumus dengan bebas pewangi dan anda akan dapat melihat kesan perbezaan dalam tempoh satu minggu. Dapatkan L’Oréal Paris Revitalift Triple Action Day Cream sekarang untuk atasi masalah jeragat anda.

Kelebihan:

  • Mengatasi kesan penuaan
  • Bebas pewangi
  • Diformulasi dengan pro-retinol

Harga: RM98.00

Terdapat di: Watsons

9. Sendayu Tinggi Whitening Pearl Cream SPF15

Sendayu Tinggi Whitening Pearl Cream SPF15 mengandungi ekstrak serbuk mutiara yang berkesan memutihkan wajah dan memudarkan cela di wajah seperti jeragat, dan parut. Ianya juga mempunyai tekstur yang lembut dan mudah menyerap ke dalam kulit. Jika anda ingin dapatkan wajah yang flawless dan glowing, anda harus mencuba pelembap muka ini.

Kelebihan:

  • Melindungi kulit daripada sinaran matahari dengan SPF 15
  • Membuatkan wajah kelihatan lebih berseri
  • Berkesan memudarkan parut, cela dan jeragat

Harga: RM38.00

Terdapat di: Shopee

10. Eucerin Soothing Cream

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif, Eucerin Soothing Cream merupakan antara krim jeragat yang sesuai untuk kulit anda. Diperkaya dengan Licochalcone A dan minyak omega, ianya membantu memperbaiki dan melindungi kulit wajah, anda akan dapati kulit anda terasa lebih lembut dan sihat. Malahan ianya juga sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah hiperpigmentasi, menjadikannya krim jeragat yang terbaik di pasaran.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bebas pewangi, paraben dan pewarna
  • Sesuai digunakan untuk bayi

Harga: RM78

Terdapat di: Shopee

11. OLE HENRIKSEN Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème

OLE HENRIKSEN Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème merupakan krim malam yang mengandungi kombinasi 5% AHA dan ekstrak el stem edelweiss. Rumusannya bukan sahaja membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan, malahan ia turut memberikan kelembapan intensif dan memudarkan cela di wajah agar tona kulit anda tampak sekata. Produk ini diperkaya dengan asid glikolik dan asid laktik untuk menyingkirkan sel kulit mati serta mentega shea untuk kehidratan serta merta. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Memudarkan pigmentasi dan jeragat
  • Formulasi krim malam yang sesuai untuk jeragat

Harga: RM275

Terdapat di: Sephora

12. Clarins Bright Plus Dark Spot-Targeting Moisturizing Emulsion

Inginkan kulit wajah bebas jeragat? Clarins Bright Plus Dark Spot-Targeting Moisturizing Emulsion menampilkan kelebihan yang membantu memudarkan bintik-bintik hitam yang terjadi disebabkan oleh sinaran UV dan pencemaran. Produk ini mengandungi gabungan ekstrak botanikal dan bahan yang kaya dengan vitamin C. Ekstrak lili laut organik membantu mengekalkannya kelembapab untuk tempoh yang lama manakala minyak aprikot organik pula melegakan kerengsaan kulit. 

Kelebihan:

  • Menyerikan kulit yang kusam
  • Tona kulit kelihatan sekata
  • Tekstur yang menyerap dengan pantas

Harga: RM280.00

Terdapat di: Laman website Clarins

13. The Ordinary Azelaic Acid Suspension 10%

Seperti namanya, Azelaic Acid Suspension 10% keluaran The Ordinary ini mengandungi asid azelaic untuk mencegah kulit kusam, masalah tekstur kulit kasar dan tona kulit tidak sekata. Walaupun kandungan asid azelaicnya tinggi, produk ini tidak merengsakan kulit dan sesuai untuk digunakan setiap hari. Teksturnya juga amat ringan, memudahkannya menyerap dengan jauh ke dalam kulit. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan setiap hari
  • Tidak mengandungi alkohol dan minyak

Harga: RM51.93

Terdapat di: Laman website The Ordinary

14. Garden of Eden Rosa E Brightening Hydra Cream

Diformulasi dengan bahan-bahan dan ekstrak semulajadi yang terbukti berkesan untuk mencerahkan dan melembabkan kulit seperti; minyak biji Rosehip, mulberry, bunga raya, ekstrak benih timun, lapan jenis asid hyaluronik, dan Saccharide Isomerate, Garden of Eden Rosa E Brightening Hydra Cream merupakan pelembab muka yang sesuai bagi mencerahkan tanda jeragat sambil memberikan kelembaban berpanjangan pada kulit anda! 

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak bahan-bahan semulajadi
  • 8 jenis asid hyaluronik untuk memberikan kelembaban pada kulit
  • Tekstur ringan dan tidak melekit

Harga: RM69.90

Terdapat di: Watsons

15. Wardah LIGHT Night Cream

Diformulasi dengan 7 White Actives, Vitamin E, dan AHA (Alpha-Hydroxy Acid), Wardah Light Night Cream bukan sahaja dapat mencerahkan dan merawat pigmentasi pada kulit anda tapi turut mampu melembabkan kulit ketika anda tidur. Selain itu, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit – tak kira kering ataupun berminyak. 

Kelebihan:

  • Mencerahkan kulit secara lembut
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Melembabkan kulit

Harga: RM18.50

Terdapat di: Watsons

16. Murad Essential-C Firming Radiance Day Cream

Vitamin C antara bahan yang terbukti secara klinikal untuk mencerahkan pigmentasi pada kulit. Murad Essential-C Firming Radiance Day Cream merupakan krim mempunyai gabungan vitamin C dan ceramide yang bukan sahaja mampu mencerahkan kulit tapi juga untuk menegangkan dan melembabkan kulit. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tekstur ringan dan tidak melekit
  • Mengandungi vitamin C yang stabil dan tidak mudah rosak

Harga: RM448.00

Terdapat di: Murad

17. Goodal Green Tangerine Vita C Dark Spot Care Cream

3-dalam-1, Goodal Green Tangerine Vita C Dark Spot Care Cream bukan sahaja dapat bantu mengatasi masalah pigmentasi pada kulit tapi ia turut melembabkan dan merawat kecil. Mempunyai ekstrak Green Tangerine sebagai bahan utama untuk mencerahkan kulit, ia turut mempunyai 4% Niacinamide untuk meningkatkan keberkesanan bahan-bahan lain.  Rangkaian Green Tea ini turut terkenal di kalangan penggemar K-Beauty!

Kelebihan:

  • Mengandungi peratusan kandungan Niacinamide yang selamat dan berkesan
  • Campuran ekstrak bahan-bahan semulajadi
  • Tekstur ringan dan cepat diserap kulit

Harga: RM99.00

Terdapat di: Watsons

18. L’occitane Reine Blanche Bright Revealing Face Cream

Likouris antara bahan-bahan semulajadi yang sering digunakan dalam krim pencerahan wajah kerana ia dapat memberikan kesan yang mencerahkan dan membantu mengatasi masalah jerawat. L’occitane Reine Blanche Bright Revealing Face Cream merupakan krim yang diformulasi dengan ekstrak likouris dan ekstrak scutellaria bagi mengurangkan tanda-tanda gelap dan jeragat pada kulit, memberikan anda kulit yang lebih cerah dan berseri. 

Kelebihan:

  • Bebas silikon
  • Membantu melembabkan kulit 
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM310.00

Terdapat di: L’Occitane

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.