Perlu ke pakai krim malam? Persoalan ini sudah semestinya antara perkara yang muncul apabila kita fikirkan tentang produk krim malam. Kebanyakkan daripada wanita dan juga lelaki selalunya hanya mempunyai satu jenis pelembap dalam rutin kecantikan mereka. Sama seperti krim siang, rangkaian produk yang khusus untuk krim malam ini memberikan manfaat tersendiri untuk memperbaiki kulit wajah anda. Oleh kerana fungsi serta manfaatnya berbeza dengan krim siang, produk ini amat penting dalam rutin penjagaan wajah anda. Jika anda berasa kurang pasti krim malam mana yang sesuai untuk anda, jom tengok senarai krim malam terbaik pilihan kami. 

Apakah Fungsi Krim Malam? 

Photo by SHVETS production on Pexels

Krim malam diformulasi secara khas sebagai produk perawatan wajah pada waktu malam. Oleh itu, manfaatnya juga berbeza dengan krim siang yang selalunya membantu melindungi kulit wajah daripada sinaran UV. Manakala, krim malam pula memberikan pelbagai kebaikkan untuk merawat kulit apabila anda sedang tidur seperti memberi kelembapan jangka masa lama, merangsang pertumbuhan sel kulit baru dan melambatkan tanda-tanda penuaan. 

Cara Memilih Krim Malam Yang Sesuai Untuk Anda

Tekstur

Pastikan anda memilih krim malam yang mempunyai tekstur yang sesuai dengan jenis kulit anda. Untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau berjerawat, utamakan krim malam yang mempunyai tekstur ringan seperti gel. Sekiranya anda mempunyai kulit jenis kering, anda disaran untuk menggunakan produk yang mempunyai tekstur berkrim untuk kelembapan intensif.

Aroma

Dengan penggunaannya khusus untuk waktu malam, aroma sesuatu produk juga memainkan peranan penting untuk kesan relaksasi. Wangian citrus amat sesuai buat mereka yang ingin kesan yang menyegarkan. Manakala wangian flora pula memberikan aroma herba yang membuatkan anda berasa tenang. 

Ramuan

Jika anda sedang mencari krim malam yang terbaik, ramuan produk tersebut amatlah penting untuk kesan efektif. Antara bahan-bahan yang perlu ada adalah retinol, AHA, BHA, vitamin E, asid laktik, asid hyaluronik, ceramide, gliserin dan resveratrol. Setiap ramuan ini merungkaikan masalah kulit dengan pelbagai jenis manfaatnya. 

Senarai Krim Malam Terbaik Di Malaysia 2023

1. Y.O.U The Radiance White Active Night Gel 

Y.O.U The Radiance White Active Night Gel mengandungi campuran vitamin C, niacinamide dan snow mushroom. Ramuan ini bekerjasama untuk melindungi kulit daripada radikal bebas, memudarkan pigmentasi dan memastikan kulit kekal terhidrat. Tambahan lagi, krim malam ini juga mengandungi aroma minyak lavender untuk kesan relaksasi. 

Kelebihan:

  • Tekstur gel yang ringan
  • Aroma minyak lavender 
  • Mengawal lebihan minyak  

Harga: RM29.90

  Add to cart

2. OLEHENRIKSEN Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème

Dewtopia 5% Acid Firming Night Crème dari jenama OLEHENRIKSEN ini merupakan antara krim malam terbaik yang anda patut cuba. Produk ini mengandungi bahan penting seperti 5% AHA dan sel stem edelweiss untuk melembapkan kulit wajah, mencegah tona tidak sekata serta mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Manakala, mentega shea pula berfungsi sebagai emolien untuk melembapkan kulit wajah. Walaupun teksturnya agak berkrim, ianya menyerap dengan pantas ke dalam kulit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Memudarkan pigmentasi
  • Mencerahkan kulit kusam

Harga: RM275.00

Terdapat di: Sephora 

3. Olay Regenerist Retinol24 Night Moisturiser Fragrance-Free

Sekiranya anda ingin mencari krim malam terbaik di drugstore, Olay Regenerist Retinol24 Night Moisturiser Fragrance-Free harus menjadi pilihan utama anda. Diperkaya dengan Retinol24 Complex, niacinamide dan juga peptide, krim malam ini membantu melembapkan wajah selama 24 jam. Selain itu, ia turut mencerahkan kulit yang kusam, serta memudarkan garis-garis halus, bintik-bintik hitam dan cela. Dengan penggunaan secara konsisten, anda akan dapati kulit anda tampak lebih anjal. 

Kelebihan:

  • Bebas pewangi
  • Memberikan kelembapan intensif
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus

Harga: RM109.90

Terdapat di: Guardian 

4. L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Night Cream

Dengan ramuan utama asid glikolik, L’Oreal Paris Glycolic Bright Glowing Night Cream dirumus khas untuk mencegah kulit kusam agar wajah anda tampak berseri. Dengan partikel AHA yang kecil, ianya menyerap dengan pantas dan jauh ke dalam kulit untuk kesan optimum. Krim malam ini bukan sahaja membantu memudarkan bintik hitam dan cela, malahan ianya turut membuatkan tona kulit sekata. 

Kelebihan:

  • Mengandungi vitamin E dan AHA
  • Menguatkan lapisan perlindungan kulit
  • Memudarkan cela

Harga: RM92.90

Terdapat di: Watsons 

5. Wardah Hydra Rose Moisture Rich Night Gel

Masalah kulit kering? Wardah Hydra Rose Moisture Rich Night Gel dirumus untuk memberikan kehidratan secara intensif selama 72 jam. Oleh itu, ianya amat sesuai jika anda sedang mencari krim malam yang terbaik untuk kulit kering. Diperkaya dengan minyak bunga mawar, ianya diekstrak menggunakan teknologi yang dipatenkan untuk mengekalkan kualitinya. Selain itu, formulasinya turut direka menggunakan Stress Relief Agent untuk melindungi kulit daripada kerosakan akibat persekitaran. 

Kelebihan:

  • Tekstur yang ringan
  • Kelembapan selama 72 jam
  • Halal

Harga: RM35.70

Terdapat di: Guardian 

6. Simple Kind to Skin Vital Vitamin Night Cream

Simple Kind to Skin Vital Vitamin Night Cream dirumus dengan bahan-bahan penting untuk memastikan kulit anda kekal sihat dan berseri. Krim malam ini diformulasi dengan vitamin E, gliserin, bisabolol dan pro-vitamin B5 untuk melembapkan kulit secara mendalam. Rumusannya juga bebas daripada bahan-bahan yang menyebabkan iritasi seperti pewarna, pewangi, alkohol, minyak mineral dan lain-lain. 

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengekalkan kelembapan

Harga: RM46.00

Terdapat di: Watsons 

7. Fenty Skin Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream With Niacinamide And Kalahari Melon Oil Refill

Dengan rating sebanyak 4.7 bintang, Fenty Skin Instant Reset Overnight Recovery Gel-Cream With Niacinamide And Kalahari Melon Oil Refill merupakan krim malam terbaik pilihan ramai. Ianya diperkaya dengan minyak baobab dan juga kalahari melon yang membantu memberi kelembapan, mencerahkan kulit kusam dan mengurangkan tanda-tanda penuaan. Produk ini mempunyai tekstur ringan yang meresap dengan jauh ke dalam kulit membuatkan wajah anda tampak berseri dan anjal.

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan-bahan iritasi
  • Pembungkusan yang boleh diisi semula
  • Memudarkan cela 

Harga: RM190.00

Terdapat di: Sephora

8. Elemis Superfood Night Cream

Elemis Superfood Night Cream merupakan krim malam yang kaya dengan kandungan omega yang tinggi. Diinspirasikan daripada makanan yang sihat, produk ini diformulasi dengan campuran barli, quinoa, susu badam serta prebiotik. Ia dirumus agar mikroflora kekal seimbang dan memberikan kelembapan kulit agar wajah anda berseri. Teksturnya seakan-akan campuran krim dan juga gel yang terasa amat ringan apabila disapu pada kulit. 

Kelebihan:

  • Mengandungi omega yang tinggi
  • Dirumus dengan prebiotik
  • Mengimbangi mikroflora 

Harga: RM300.00

Terdapat di: Sephora 

9. It Cosmetics Confidence In Your Beauty Sleep Cream

Dapatkan kulit wajah idaman anda dengan It Cosmetics Confidence In Your Beauty Sleep Cream. Diperbuat dengan Teknologi Rest & Restore, krim malam ini mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti garis halus, kedutan, kulit kering, kusam dan kehilangan keanjalan. Produk ini juga sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dari 20an, 40an sehingga melebihi 50an. Gunakannya secara konsisten dan anda akan dapati kulit wajah anda tampak anjal dan berseri. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Diperbuat dengan Teknologi MemoryBounce untuk meliputi kulit dengan teksturnya yang ringan

Harga: RM75.00

Terdapat di: Sephora 

10. Fresh Lotus Youth Preserve Dream Face Cream

Fresh Lotus Youth Preserve Dream Face Cream merupakan antara krim malam terbaik untuk mereka yang berusia 40 dan 50 tahun. Produk ini diperkaya dengan kombinasi ekstrak teratai, mentega shea, vitamin E dan ekstrak daun pic yang membantu mencegah kulit kusam dan kering. Selain memulihkan kulit wajah semalaman, krim ini turut memudarkan tanda-tanda penuaan agar anda tampak awet muda. 

Kelebihan:

  • Memudarkan tanda-tanda penuaan
  • Mengekalkan kehidratan kulit
  • Tekstur yang berkrim tetapi menyerap dengan pantas

Harga: RM285.00 

Terdapat di: Laman website Fresh

11. Tatcha Indigo Overnight Repair

Tatcha Indigo Overnight Repair memberikan kebaikan serum dan pelembap dalam sekali penggunaan. Produk hibrid ini mengandungi ekstrak indigo Jepun, ceramide, dan akar mondo grass. Ramuan ini bekerjasama untuk melegakan kerengsaan, menguatkan sistem penghalang kulit dan mengimbangi mikrobiom. Dengan ini, ia mempercepatkan proses pembaharuan kulit wajah agar tampak berseri apabila anda bangun pagi.

Kelebihan:

  • Memberikan kebaikan serum dan juga rawatan pelembap
  • Mengimbangi mikrobiom kulit
  • Melegakan kerengsaan dan iritasi

Harga: RM490.00

Terdapat di: Sephora

12. First Aid Beauty Ultra Repair Hydra-Firm Night Cream

First Aid Beauty Ultra Repair Hydra-Firm Night Cream amat sesuai untuk mereka yang mempunyai jenis kulit kering. Rumusan anti penuaannya yang inovatif meresap jauh ke dalam kulit untuk memudarkan garis-garis halus dan kedutan serta menganjalkan kembali kulit anda. Diperkaya dengan kombinasi niacinamide, asid hyaluronik, dan colloidal oatmeal, krim malam terbaik ini ideal untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif
  • Menganjalkan kulit

Harga: RM220.00

Terdapat di: Sephora 

13. Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Night Cream

Neutrogena Hydro Boost Hyaluronic Acid Night Cream diformulasi secara khas untuk memberikan kehidratan secara intensif dengan lima kali ganda penghidratan. Produk ini mengandungi asid hyaluronik, peptide dan asid amino yang menguatkan sistem pertahanan kulit dan memberikan kelembapan selama 72 jam. Malahan, formulasinya dirumus berdasarkan kitaran sirkadian waktu malam semulajadi kulit untuk kesan efektif. 

Kelebihan:

  • Tekstur gel yang menyerap dengan pantas
  • Kehidratan secara intensif
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM94.00

Terdapat di: Guardian

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.