Pernahkah anda mengalami masalah kulit panau? Jika ya, pasti anda mengetahui bahawa tompokan putih pada wajah memberi kesan kepada keyakinan diri. Tambahan lagi, tempoh jangka masa untuk merawat panau agak memakan masa jika anda tidak menggunakan krim yang bersesuaian. Walaupun segala cela di wajah dapat dilindungi dengan menggunakan alat solekan, kulit yang kelihatan sihat dan flawless merupakan idaman setiap wanita. Lagipun, sesiapa sahaja pasti ingin melangkah keluar dari rumah tanpa memerlukan solekan. Jika anda masih tercari-cari krim panau terbaik untuk mengelakkannya daripada berlaku lagi, teruskan membaca kerana Beauty Insider telah menyenaraikan 10 krim panau terbaik di Malaysia.

Apakah Itu Panau?

Tinea versicolor atau lebih dikenali sebagai panau merupakan masalah kulit yang terjadi akibat jangkitan kulat Malassezia. Ianya sering kali ditemui pada bahagian kulit yang menghasilkan minyak seperti di kulit kepala, muka, dada dan bahagian belakang badan. Walaupun ianya merupakan antara flora yang mendiami kulit, kulat Malassezia mampu menyebabkan berlakunya jangkitan.

Ciri-Ciri Kulit yang Mengalami Panau?

Jika anda mengalami masalah panau, terdapat beberapa ciri-ciri yang boleh dilihat pada kulit anda. Oleh itu, jika anda tidak pasti bahawa jika masalah kulit anda alami adalah disebabkan panau ataupun tidak, anda boleh lihat ciri-cirinya seperti di bawah.

  • Tompokan yang berwarna putih, hitam, kemerah jambuan, perang atau coklat
  • Berbentuk bujur, bulat atau ianya juga boleh bercantum
  • Terjadi di bahagian muka, belakang badan, leher, dada dan kulit kepala
  • Terasa gatal di kawasan jangkitan

Apakah Faktor-Faktor Berlakunya Panau?

Pasti anda pernah mendengar bahawa elakkan mandi selepas bersukan untuk mengelakkan panau, bukan? Namun kepercayaan tersebut ternyata salah kerana panau terjadi disebabkan beberapa faktor yang menyumbang kepada masalah jangkitan kulat ini. Jika anda seringkali menghadapi panau walaupun sudah mencuba pelbagai jenis cara, anda perlu mengetahui puncanya untuk mengelakkan masalah kulit ini daripada berulang.

  • Cuaca yang panas dan lembab
  • Memakai pakaian yang basah
  • Sistem imun badan yang lemah
  • Kulit yang berminyak
  • Peluh berlebihan
  • Menggunakan steroid
  • Tidak mempunyai nutrisi atau zat makanan secukupnya
  • Kebersihan diri yang kurang

Faktor-faktor yang kami telah senaraikan menyebabkan kulat Malassezia berubah ke fasa hyphae, sekaligus ianya menjadi punca berlakunya panau pada kulit anda.

10 Krim Panau Terbaik untuk Memudarkan Tompokan dan Kegatalan Kulit

1.Hurix’s Panau Salap & Gatal-Gatal Kecil

Hurix’s Panau Salap & Gatal-Gatal Kecil merupakan pilihan orang ramai yang mempunyai masalah kulit berpanau. Ianya diformulasi secara khusus untuk kulit yang kegatalan dan kurap. Anda hanya perlu sapukan pada kawasan jangkitan sebanyak tiga atau empat kali sehari. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati bahawa panau anda kelihatan pudar dan kulit tidak terasa gatal lagi.

Kelebihan:

  • Mengurangkan kegatalan kulit
  • Memudarkan tompokan panau
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak apabila disapu

Harga: RM14.31

Terdapat di: Watsons

2. Three Legs Tinea-Kare Anti-Fungal Cream

Jenama seterusnya tidak memerlukan pengenalan, Three Legs Tinea-Kare Anti-Fungal Cream dirumus dengan clotrimazole yang diketahui umum berkesan melawan jangkitan kulat pada kulit. Three Legs Tinea-Kare Anti-Fungal Cream sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami masalah kurap, kulat air dan panau. Hanya dengan satu kali sapuan, krim panau terbaik ini memberikan kelegaan yang berpanjangan. Malahan ianya juga tidak menyebabkan sebarang iritasi atau kesan kekeringan pada kulit anda.

Kelebihan:

  • Mempunyai ramuan clotrimazole
  • Tidak mengeringkan atau menipiskan kulit
  • Menghalang kegatalan

Harga: RM10.12

Terdapat di: Lazada

3. Creobic Antifungal Cream Clotrimazole 1%

Seterusnya, Creobic Antifungal Cream Clotrimazole 1% juga mengandungi ramuan yang berkesan mengurangkan jangkitan kulat. Krim ini boleh digunakan untuk semua jenis jangkitan kulit dan ianya sesuai disalap pada bahagian belakang, kaki, dada atau tangan. Anda hanya perlu sapukannya sebanyak tiga kali selama dua minggu atau satu bulan, sehinga semua simptomnya tiada untuk mengelakkan jangkitan berulangan.

Kelebihan:

  • Menghilangkan kegatalan serta merta
  • Melegakan kesan panau
  • Menghalang panau daripada berulang

Harga: RM22.24

Terdapat di: Shopee

4. Dermpolex Antifungal Cream

Diformulasi dengan bahan utama, Tolnaftate, Dermpolex Antifungal Cream berkesan melawan jangkitan kulat seperti kurap, panau, dan kaki makan air atau lebih dikenali sebagai athlete’s foot. Tolnaftate merupakan antara ramuan berkesan yang mampu merawat kulit yang dijangkiti kulat. Oleh itu, Tolnaftate Dermpolex Antifungal Cream sesuai untuk mereka yang inginkan krim panau yang berkesan memudarkan tompokan panau.

Kelebihan:

  • Mempunyai ramuan Tolnaftate
  • Mengurangkan iritasi dan kegatalan pada kulit
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kaki makan air atau jangkitan kulat pada lipatan peha

Harga: RM 10.20

Terdapat di: Caring

5. EUDERM Cream for Dry Scaly Itchy Skin

Untuk mereka yang mengalami masalah kulit kegatalan dan kekeringan, anda harus mencuba EUDERM Cream for Dry Scaly Itchy Skin. Ianya membantu mengekalkan kelembapan kulit untuk mengelakkan kulit tampak kekeringan dan kusam. Tambahan lagi, krim ini juga membantu melegakan kegatalan secara efektif. Tidak seperti krim panau yang lain, ianya mudah untuk dicuci dan tidak meninggalkan kesan melekit pada kulit.

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan melekit
  • Senang untuk dicuci
  • Membantu mengelakkan kelembapan kulit

Harga: RM9.00

Terdapat di: Shopee

6. Red Star Medical Aloe Vera Antifungal Cream

Red Star Medical Aloe Vera Antifungal Cream diperkaya dengan ekstrak aloe vera yang membantu mengekalkan kelembapan dan merawat segala masalah kulit akibat jangkitan kulat. Krim panau ini berkesan untuk mengubati semua jenis jangkitan kulat pada badan. Malahan, Red Star Medical Aloe Vera Antifungal Cream ini juga boleh digunakan untuk merawat tumit yang merekah.

Kelebihan:

  • Dirumus dengan ekstrak aloe vera
  • Memberikan kelembapan
  • Mengurangkan iritasi
  • Sesuai untuk semua jenis jangkitan kulat

Harga: RM13.00

Terdapat di: Shopee

7. MooGoo Irritable Skin Balm

Jika anda sedang mencari krim panau terbaik yang dirumus dengan bahan semula jadi, anda pasti menyukai MooGoo Irritable Skin Balm. Diformulasi dengan minyak badam, minyak zaitun, ekstrak aloe vera dan Centella Asiatica, ianya memastikan kulit anda kekal lembap sentiasa. Selain itu, krim ini juga membantu melegakan iritasi dan kegatalan. MooGoo Irritable Skin Balm cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan sebarang kesan. Ianya juga sesuai digunakan oleh kanak-kanak.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak mempunyai paraben dan phenoxyethanol
  • Boleh digunakan oleh kanak-kanak

Harga: RM82.00

Terdapat di: Laman website MooGoo

8. Ternafin Cream

Ternafin Cream juga merupakan antara pilihan orang ramai untuk merawat panau serta menghilangkan kegatalan kulit. Ianya dirumus dengan ramuan penting yang membantu melegakan kesan jangkitan kulat seperti panau, kaki makan air, kurap dan lain-lain. Anda boleh mendapat khidmat daripada pakar perubatan untuk mengetahui kesesuaian produk ini untuk anda.

Kelebihan:

  • Berkesan melegakan kegatalan
  • Sesuai untuk jangkitan kulat, kulit bersisik dan gatal
  • Kelegaan serta merta

Harga: RM13.30

Terdapat di: Shopee

9. Nixoderm Ointment

Nixoderm Ointment merupakan ubat salap yang berkesan merawat pelbagai jenis masalah kulit seperti kurap, panau, jerawat dan kulit yang kegatalan. Dengan formulasi asid salisilik dan asid benzoik, Nixoderm Ointment merupakan produk yang bersifat anti fungal. Malahan, anda juga boleh menggunakan Nixoderm Ointment pada kulit kepala anda. Anda hanya perlu sapukan pada kawasan yang dijangkiti dan dengan penggunaan berkala, masalah panau anda akan hilang.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis masalah kulit
  • Melegakan iritasi dan kegatalan
  • Menyerap dengan cepat ke dalam kulit

Harga: RM14.50

Terdapat di: Guardian

10. Candazole Anti Fungal Lotion

Yang terakhir sekali dalam senarai ini ialah Candazole Anti Fungal Lotion, yang sesuai digunakan pada kulit yang terasa gatal, kering dan pedih. Ianya sesuai digunakan untuk semua jenis masalah kulit yang dijangkiti kulat termasuk pada bahagian kuku. Dengan saiz kecilnya, Candazole Anti Fungal Lotion mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan senang untuk disapu pada kawasan yang dijangkiti.

Kelebihan:

  • Senang untuk digunakan
  • Mudah untuk dibawa ke mana-mana sahaja
  • Berkesan untuk masalah kuku yang dijangkiti kulat
  • Memberikan kesan lega serta merta

Harga: RM 13.50

Terdapat di: Caring

Pernahkah anda mencuba salah satu krim panau terbaik yang kami senaraikan di atas? Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkni mengenai kecantikan!