Aduhh, mestilah tu lah ungkapan pertama anda apabila kulit anda sedang melecur. Semua yang pernah mengalaminya pasti tahu bagaimana tahu pedihnya. Ianya bukan hanya terasa pedih, malahan tahap kecedaraannya juga boleh menjadi agak membimbangkan jika tidak dirawat dengan betul. Oleh itu, pertolongan cemas dan penggunaan krim untuk kulit melecur amatlah penting apabila ianya terjadi. Iya, rata-rata daripada kita sering meletakkan ubat gigi pada kawasan yang tercedera. Namun tahukah anda bahawa ianya boleh membuatkan luka tersebut lebih melarat? Usah ambil risiko tersebut dan anda boleh mempertimbangkan krim untuk kulit melecur ini yang Beauty Insider telah senaraikan.

Apakah Ciri-Ciri Kulit Melecur dan Terdapat Berapakah Tahap Kecederaan?

Kulit melecur seringkali terjadi disebabkan beberapa kemalangan seperti melepuh disebabkan terkena cecair panas ataupun percikan api. Kecedaraan kulit ini selalunya memberi efek pada lapisan pertama kulit anda. Walaupun kulit melecur tidak dianggap sebagai kecederaan yang serius, jika anda mengalami tahap melecur di tahap yang lebih ekstrem ianya memerlukan rawatan pakar. Oleh itu pastikan anda mendapat rawatan yang segera jika kecederaan yang anda alami adalah serius. Terdapat tiga jenis peringkat untuk kulit melecur dan tahap pertama dapat dikenal pasti dengan tanda kulit yang kelihatan kemerahan dan juga kekeringan. Anda juga akan terasa sakit dan kulit biasanya akan membengkak.

Manakala untuk tahap dua pula kulit anda akan membengkak dan anda akan dapati bahawa terdapat gelembung cecair di dalamnya. Selalunya, tahap dua kulit melecur akan meninggalkan parut pada kulit anda. Untuk mereka yang mengalami kulit melecur tahap tiga, ianya bukan sahaja melukakan lapisan kulit, malahan kawasan yang tercedera terasa seakan kebas atau tiada rasa sebarang kesakitan. Hal ini berlaku disebabkan terdapat kerosakan pada saraf deria dan anda juga akan dapati bahawa kulit anda tampak putih.

10 Krim Untuk Kulit Melecur yang Berkesan Merawat Luka dan Melegakan Kepedihan

1.BETADINE Antiseptic Cream

BETADINE Antiseptic Cream merupakan pilihan utama mereka yang inginkan krim yang berkesan untuk kulit melecur. Ianya diformulasi dengan ramuan penting yang membantu membasmi kuman dan mengelakkan berlakunya jangkitan pada kawasan yang tercedera. Krim antiseptik ini juga berfungsi untuk membantu mempercepatkan proses sembuh. BETADINE Antiseptic Cream sesuai digunakan pada kulit yang tercedera akibat luka, melecur atau terbakar. Yang paling penting ialah, krim untuk kulit melecur ini mudah untuk didapati di farmasi ataupun kedai.

Kelebihan:

  • Membasmi kuman
  • Mengelakkan jangkitan pada kulit
  • Mempercepatkan proses sembuhan pada bahagian kulit yang rosak
  • Harga yang murah
  • Mudah didapati

Harga: RM14.75

Terdapat di: Watsons

2. Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing & Moisture Gel

Kami pasti produk tersebut ini ramai yang menyukainya, bukan? Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing & Moisture Gel merupakan cult favoruite yang diperkaya dengan 92% esktrak gel aloe vera yang organik. Ianya membantu memberikan penghidratan yang intensif dan membantu melembapkan kulit untuk jangka masa panjang. Selain itu, Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing & Moisture Gel menyerap dengan pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Produk serbaguna ini harus dimiliki oleh setiap orang kerana ianya bukan sahaja efektif untuk melegakan kulit melecur, malahan anda boleh menggunakannya sebagai pelembap muka juga.

Kelebihan:

  • Memberikan kelegaan serta merta
  • Serbaguna
  • Bahan yang berkualiti tinggi
  • Melembapkan kulit

Harga: RM57.52

Terdapat di: Shopee

3. HIMALAYA Wellness Antiseptic Cream

Produk seterusnya yang tersenarai dalam krim untuk kulit melecur ialah HIMALAYA Wellness Antiseptic Cream. Ianya mengandungi ekstrak aloe vera dan juga Yashad Bhasma yang membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu kulit yang rosak. Tambahan lagi, krim ini juga mempunyai fungsi sebagai anti bakteria dan anti kulat. HIMALAYA Wellness Antiseptic Cream boleh digunakan jika anda mengalami luka, melecur, jangkitan kulat atau kulit terbakar. Dengan campuran ramuan herba ayurveda, ianya merupakan antara krim untuk kulit melecur yang terbaik.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis luka
  • Bersifat anti bakteria
  • Mengelakkan jangkitan kulat pada kulit

Harga: RM18.00

Terdapat di: Shopee

4. Dermoplex Burn-Aid Cream

Dermoplex Burn-Aid Cream diformulasi secara khusus untuk merawat luka akibat terbakar, oleh itu ianya amat bersesuaian untuk mereka yang mengalami kulit melecur. Ianya mengandungi acriflavine iaitu bahan antiseptik yang membantu mengelakkan jangkitan kuman dan menyembuhkan luka. Tambahan lagi, Dermoplex Burn-Aid Cream turut melegakan kepedihan dan terasa sejuk apabila disapu pada kulit. Krim untuk kulit melecur ini boleh digunakan jika anda mengalami ruam, luka, gigitan serangga dan luka.

Kelebihan:

  • Memberikan sensasi yang menyejukkan
  • Krim yang diperbuat khusus untuk kulit melecur dan terbakar
  • Menghalang jangkitan kuman

Harga: RM 6.50

Terdapat di: Laman website Big Pharmacy

5. Bepanthen Plus Antiseptic Cream

Bepanthen Plus Antiseptic Cream dirumus dengan ramuan yang berkualiti tinggi serta ianya tidak mempunyai sebarang penambahan bahan pewangi atau pewarna. Krim ini membantu menyembuhkan luka dan juga menyahjangkit kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan kuman. Ianya mempunyai tekstur yang berkrim, namun senang disalap pada kulit. Jika anda mengalami kulit melecur, Bepanthen Plus Antiseptic Cream berkesan memberikan kelegaan pada luka tersebut.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi pewarna dan pewangi
  • Melegakan luka
  • Disinfeksi kawasan yang luka

Harga: RM 8.90

Terdapat di: Laman website Big Pharmacy

6. Secret Nature From Jeju Aloe Vera Gel 

Diperkaya dengan 99% esktrak aloe vera organik khas dari Jeju, Secret Nature From Jeju Aloe Vera Gel membantu melembapkan kulit dan menyejukkan kawasan yang disapu serta merta. Ianya mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral dan asid amino yang diperlukan untuk anda mendapatkan kulit yang sihat. Secret Nature From Jeju Aloe Vera Gel boleh digunakan untuk pada seluruh tubuh badan anda termasuk wajah.

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya
  • Produk yang serbaguna
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak atau melekit
  • Harga yang murah

Harga: RM10.00

Terdapat di: Shopee

7. Dettol Antiseptic Cream

Jenama seterus ini tidak memerlukan pengenalan kerana rata-rata daripada anda pasti mengenalinya. Dettol Antiseptic Cream mempunyai formulasi unik iaitu terdapat dua jenis ramuan antiseptik, menjadikannya lebih efektif dalam menghalang risiko jangkitan kuman. Ianya sesuai untuk digunakan untuk rawatan kecemasan dan boleh digunakan pada kecedaran akibat luka, gigitan serangga dan kulit melecur.

Kelebihan:

  • Terdapat dua jenis bahan antiseptik
  • Sesuai untuk kecemasan
  • Berkesan mengelakkan jangkitan
  • Merawat luka secara efektif

Harga: RM25.00

Terdapat di: Lazada

8. Mebo Burn Ointment 

Mebo Burn Ointment dirumus dengan ramuan yang secara efektifnya berkesan merawat dan melegakan kecederaan akibat terbakar atau melecur. Tambahan lagi, ianya membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan menggalakkan pembentukan tisu kulit yang baru. Mebo Burn Ointment juga menyingkirkan sel-sel kulit mati tanpa sebarang iritasi. Jika anda risau akan parut, anda patut mencuba produk ini kerana ianya mengandungi ramuan semula jadi yang menghalang parut di kulit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit melecur dan terbakar
  • Mengelakkan kulit daripada berparut
  • Memastikan kulit kekal lembap
  • Diformulasi dengan ramuan semula jadi

Harga: RM45.00

Terdapat di: Shopee

9. Drapolene Cream

Walaupun Drapolene Cream digunakan untuk merawat ruam akibat lampin, ianya juga sebenarnya berfungsi untuk melegakan luka disebabkan kulit melecur, terbakar serta selaran cahaya matahari. Diformulasi dengan bahan antiseptik seperti cetrimide dan benzalkonium chloride, Drapolene Cream berkesan membunuh bakteria, sekali gus menghalang jangkitan daripada berlaku. Pastikan anda membersihkan kawasan yang luka dan kemudiannya sapukan satu lapisan krim ini.

Kelebihan:

  • Bersifat antiseptik
  • Melegakan kepedihan dan iritasi pada kulit
  • Berkesan merawat luka akibat melecur

Harga: RM20.75

Terdapat di: Watsons

10. HURIX’S Krim Luka Aloe Vera Plus

HURIX’S Krim Luka Aloe Vera Plus sesuai untuk mereka yang inginkan krim yang bersifat antiseptik dan juga membantu mengurangkan kepedihan akibat melecur. Ianya sesuaid digunakan untuk semua jenis kecederaan seperti luka, kulit terbakar dan juga kulit melecur. Diperkaya dengan aloe vera, krim ini terasa sejuk apabila disapu dan memastikan kulit anda sembuh dengan segera. Dengan saiznya yang kecil, HURIX’S Krim Luka Aloe Vera Plus mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja.

Kelebihan:

  • Saiz yang kecil
  • Berkesan melegakan kepedihan dengan serta merta
  • Sesuai untuk disalap pada semua jenis luka

Harga: RM12.47

Terdapat di: Watsons

Pernahkah anda mencuba krim untuk kulit melecur di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.