Bibir yang tampak merekah dan hitam sememangnya sesuatu perkara yang agak menggusarkan, terutamanya bagi wanita. Tidak dinafikan jika berbanding lelaki, bentuk bibir mahupun keadaannya memainkan peranan penting dalam fizikal seseorang. Selain mata, bibir juga menjadi titik penolak untuk wajah. Oleh itu, anda juga harus menitikberatkan rutin penjagaan untuk bibir anda. Bayangkan bibir yang kusam dan kering, sudah tentu anda nampak kurang bermaya dan tidak berseri. Usah risau kerana Beauty Insider telah menyenarai pendek 12 lip balm terbaik yang terbukti berkesan untuk mereka yang mengalami masalah bibir hitam.

Apakah Fungsi Lip Balm?

Lip balm selalunya diformulasi dengan ramuan penting yang membantu melembapkan bibir seperti petroleum jelly, lanolin dan shea butter. Malahan terdapat sesetengah lip balm yang memberikan perlindungan daripada sinaran UV yang berbahaya serta tanda-tanda penuaan. Oleh itu, formulasi untuk lip balm juga berbeza-beza mengikut jenis penggunaanya dan kebaikkan. Tambahan lagi, lip balm amat penting untuk melindungi bibir kita dari kesan perubahan cuaca. Tahukah anda bahawa bibir tidak menghasilkan sebarang sebum? Oleh sebab itu, lip balm merupakan produk penjagaan bibir yang harus dimiliki oleh semua.

Apakah Kebaikkan Menggunakan Lip Balm?

Photo by Enci Mousavi on Unsplash

Jika disebut lip balm, perkara pertama yang terlintas semestinya adalah untuk melembapkan bibir sahaja. Namun, tahukah anda pemakaian lip balm turut memberikan pelbagai kebaikkan lain? Untuk mereka yang mengalami masalah bibir hitam, kemungkinan anda tidak menggunakan lip balm yang sesuai dengan anda. Lagipun, lip balm yang mengandungi SPF juga amat penting untuk menghalang sinaran UV. Sekali gus, mengelakkan bibir tampak hitam dan tidak bermaya. Jika anda salah seorang yang masih tidak mempunyai lip balm, sudah tiba masanya anda miliki produk ini!

  • Melindungi bibir daripada sinaran UV
  • Melembapkan bibir sepanjang hari
  • Merawat kulit bibir akibat kering atau hitam
  • Membuatkan bibir tampak lebih merah dan mungil

12 Lip Balm Terbaik untuk Bibir Hitam yang Berkesan Mencerahkan serta Melembapkan

1.Holika Holika Holi Pop Jelicious Lip Balm

Holika Holika Holi Pop Jelicious Lip Balm merupakan pilihan utama beauty junkies! Jenama popular dari Korea ini diketahui keberkesanannya dalam melembapkan bibir. Ianya diformulasi dengan campuran bahan yang melembapkan serta merawat bibir termasuk shea butter. Lip balm ini juga sesuai untuk mereka yang inginkan bibir tampak lebih menawan dan berseri. Ianya juga mempunyai warna yang amat menarik dan amat sesuai untuk yang mengalami masalah bibir hitam.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan aroma buah pic
  • Menyerikan bibir yang kusam dan hitam
  • Melembutkan bibir

Harga: RM21.00 (Harga asal RM27.90)

  Add to cart

2. MKUP Lip Essence Reawakening Balm

Diperbuat dengan teknologi pelembap molekul, MKUP Lip Essence Reawakening Balm memastikan bibir kekal lembap untuk jangka masa yang lama. Dengan ramuan minyak jojoba dan shea butter, lip balm untuk bibir hitam ini membantu melembapkan bibir sebanyak 95%. Malahan ianya juga memudarkan tanda-tanda penuaan pada bibir hanya dengan sekali sapuan. MKUP Lip Essence Reawakening Balm memberikan kesan warna pink yang tampak semula jadi pada bibir.

Kelebihan:

  • Memberikan kelembapan intensif
  • Kesan serta merta
  • Mencerahkan bibir hitam

Harga: RM50.00 (harga asal RM59.00)

  Add to cart

3. Lips Carpenter Tinted Lip Balm

Lips Carpenter Tinted Lip Balm diperkaya dengan minyak kelapa dan mentega koko untuk melembapkan bibir agar kelihatan lembut dan berseri. Terdapat tiga jenis warna yang anda boleh pilih iaitu New Day Pink, Passion Red dan Humble Brown. Malahan lip balm ini juga bebas daripada bahan berbahaya seperti paraben, alkohol, dan pewangi. Jika anda sedang mencari lip balm terbaik untuk bibir hitam, Lips Carpenter Tinted Lip Balm pasti sesuai untuk anda.

Kelebihan:

  • Ramuan yang berkualiti tinggi
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Melembapkan bibir yang merekah
  • Terdapat dalam tiga jenis warna berbeza

Harga: RM28.00

  Add to cart

4. Uriage Moisturizing Lip Balm

Seterusnya, lip balm untuk bibir hitam yang menjadi pilihan ramai ialah Uriage Moisturizing Lip Balm. Ianya diformulasi secara khusus untuk merawat dan melembapkan bibir anda. Lip balm yang bersifat hipoalergenik ini mengandungi campuran vitamin, shea butter dan minyak borage. Vitamin C dan E membantu melegakan iritasi pada bibir serta merta. Manakala, shea butter pula memberikan kelembapan intensif dan memastikan bibir kekal lembap sentiasa. Minyak borage berkesan untuk merawat bibir yang tampak kusam dan hitam.

Kelebihan:

  • Hipoalergenik
  • Kelembapan intensif
  • Melindungi bibir daripada radikal bebas

Harga: RM29.90

  Add to cart

5. AK by AthishaKhan Read My Lips Moisturising Lip Balm

Read My Lips Moisturising Lip Balm merupakan produk pertama keluaran AK by AthishaKhan yang disukai oleh orang ramai. Ianya diperkaya dengan ramuan penting seperti minyak kelapa, minyak almond dan minyak peppermint yang membantu melembapkan bibir anda serta merta. Malahan, lip balm ini juga diformulasi khas untuk menghalang jangkitan dan bengkak pada bibir yang merekah. Hanya dengan sekali sapuan, ianya memberikan sensasi yang menyejukkan dan membuatkan bibir anda kelihatan lebih menawan.

Kelebihan:

  • Membantu melembapkan bibir secara intensif
  • Menghalang jangkitan pada bibir merekah
  • Sensasi yang menyejukkan

Harga: RM45.00

Terdapat di: Shopee

6. Mentholatum Kitty Cat Therapy Lip Balm

Mentholatum Kitty Cat Therapy Lip Balm merupakan antara lip balm untuk bibir hitam yang menjadi kesukaan ramai! Ianya mengandungi lanolin yang diketahui fungsinya dalam melembapkan bibir. Tambahan lagi, ianya turut diformulasi dengan ramuan bersifat anti-keradangan seperti Minyak Daun Eucalyptus Globulus dan Minyak daun Pinus Sylvestris. Dengan perlindungan SPF sebanyak 15, anda tidak perlu risau akan bibir anda apabila berada di luar.

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi
  • Mengelakkan bibir hitam
  • Melindungi dan melembapkan bibir

Harga: RM14.90

Terdapat di: Watsons

7. Vaseline Lip Therapy Rosy

Senarai ini pasti tidak lengkap tanpa jenama ini yang sudah cukup sinonim dengan produk penjagaan bibirnya. Vaseline Lip Therapy Rosy diformulasi khas untuk melembapkan dan memerahkan bibir, menjadikannya lebih menawan. Lip balm kegemaran ramai ini membantu melembapkan bibir secara intensif sepanjang hari. Ianya mempunyai aroma bunga ros yang amat menyenangkan juga.

Kelebihan:

  • Aroma bunga ros
  • Memerahkan bibir
  • Membuatkan bibir tampak lebih lembut dan berseri

Harga: RM14.30

Terdapat di: Watsons

8. Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30 

Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30 sesuai untuk mereka yang ingingkan perlindungan komprehensif. Lip balm ini dirumus dengan minyak jojoba dan vitamin E untuk merawat bibir yang kering dan merekah. Malahan, ianya juga melindungi bibir daripada kerosakan dan juga luka akibat sinaran UV. Dengan ramuan berkualiti tingginya, Sebamed Lip Defense Triple Protection SPF 30 s membantu menyerikan kembali bibir anda dengan hanya sekali penggunaan.

Kelebihan:

  • Melindungi bibir dari sinaran UV dengan SPF 30
  • Perlindungan yang komprehensif
  • Sesuai untuk mereka yang mengalami bibir sensitif

Harga: RM13.52

Terdapat di: Watsons

9. Maybelline New York Baby Lip Love Color Pink

Jika anda mencari kelainan, Maybelline New York Baby Lip Love Color Pink harus menjadi pilihan utama anda. Ianya memberikan kelembapan pada bibir sehingga lapan jam. Malahan ianya membantu menonjolkan warna bibir anda agar tampak semula jadi. Hanya dalam seminggu, anda akan dapati bibir anda kelihatan lebih berseri dan lembut. Dapatkan bibir selembut kulit bayi dengan Maybelline New York Baby Lip Love Color Pink.

Kelebihan:

  • Membantu memerahkan warna bibir hanya dengan sekali sapuan
  • Melembutkan bibir
  • Kelembapan sehingga lapan jam

Harga: RM11.90

Terdapat di: Maybelline

10. NIVEA Lip Ultra Care & Protect Caring Lip Balm

NIVEA Lip Ultra Care & Protect Caring Lip Balm terbukti berkesan melindungi bibir dari sinaran UV yang berbahaya dan mengelakkan bibir hitam. Dengan kandungan minyak jojoba dan shea butter, ianya memastikan bibir anda lembap sentiasa sehingga 24 jam. Lip balm yang diuji secara dermatologi ini mempunyai aroma yang amat menyenangkan dan memberikan perlindungan sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Dirumus dengan SPF 30
  • Kelembapan selama 24 jam
  • Sapuan yang menyerap dengan pantas

Harga: RM15.10

Terdapat di: Guardian

11. Fresh Sugar Peach Hydrating Lip Balm 

Fresh Sugar Peach Hydrating Lip Balm diperkaya dengan aroma buah pic yang amat menyenangkan. Ianya diformulasi untuk memberikan kelembapan sehingga 24 jam, agar bibir anda tampak lembut dan berseri. Diperkaya dengan ramuan yang melembapkan, lip balm ini membantu mengunci kelembapan dan memberikan kehidratan serta merta. Ianya sesuai untuk mereka yang inginkan bibir tampak glossy dan plump seperti Kylie Jenner!

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan yang melekit
  • Aroma buah pic
  • Melembapkan untuk jangka masa panjang

Harga: RM113.00

Terdapat di: Zalora

12. Burt’s Bee Moisturizing Lip Balm

Dengan penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora, Burt’s Bee Moisturizing Lip Balm merupakan cult favourite yang membantu melembapkan bibir dengan intensif. Ianya terdapat dalam pelbagai jenis pilihan seperti mangga, madu, buah ceri, dan delima. Yang paling penting sekali, Burt’s Bee Moisturizing Lip Balm tidak diformulasi dengan bahan berbahaya seperti paraben dan SLS.

Kelebihan:

  • Terdapat dalam pelbagai pilihan
  • Ramuan yang semula jadi
  • Bebas daripada bahan berbahaya

Harga: RM27.00

Terdapat di: Sephora

Pastikan anda ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini!