Adakah anda sedang mencari mask muka terbaik? Tidak dapat dinafikan semenjak pandemik melanda, rata-rata daripada kita pasti berasa gusar akan keadaan kulit wajah dan juga badan. Dengan penutupan spa dan juga salon kecantikan, kebanyakkan daripada kita hanya bergantung kepada produk penjagaan wajah. Oleh itu, tidak hairanlah terdapat lambakan produk dan juga informasi yang dikatakan dapat membantu rutin kecantikan anda di rumah. Selain menggunakan produk penjagaan wajah yang terbaik, kita seharusnya juga mengutamakan produk lain seperti pupur rambut, lip mask dan juga mask muka terbaik! Malahan, Jisoo dari Blackpink juga telah berkongsi rutin kecantikan beliau dan menyatakan bahawa mask muka adalah salah satu rahsia rutin kecantikannya. Jika anda inginkan kulit tampak berseri seperti artis Kpop pilihan anda, menggunakan mask muka yang terbaik di pasaran adalah suatu kewajipan! Beauty Insider telah menyenaraikan 10 mask muka terbaik yang membantu mengembalikan semula seri muka anda.

Jenis Mask Muka dan Tips untuk Memilih yang Sesuai Bagi Anda

Photo by Monstera from Pexels

Tahukah anda terdapat beberapa jenis mask muka? Selain formulasinya, setiap jenis mask muka memberikan kebaikkan berlainan. Oleh itu, anda haruslah memilih jenis mask muka yang bersesuaian dengan keadaan kulit wajah anda. Kami telah senaraikan pelbagai jenis mask muka di bawah.

Sheet Mask

Mask muka yang berasaskan sheet sememangnya amat popular terutamanya di Korea. Ianya selalunya diperbuat daripada fiber atau gel yang telah direndam dalam serum wajah. Sheet mask mempunyai formulasi yang membantu melembapkan kulit wajah dan mencerahkan tona kulit hanya dalam beberapa minit. Ianya sesuai untuk mereka yang inginkan hasil yang cepat dan juga mudah.

Clay Mask

Mask muka yang diperbuat daripada lumpur selalunya mempunyai tekstur yang agak pekat dan melekit. Ianya amat berkesan untuk membersihkan liang pori-pori dan mengelakkan kulit tampak berminyak. Anda harus membiarkannya selama 20 minit sebelum mencuci wajah anda.

Sleeping Mask

Seperti namanya, sleeping mask perlu digunakan sebagai mask muka semasa tidur. Ianya mempunyai tekstur yang agak berkrim dan membantu memperbaiki kulit wajah anda semasa anda tidur. Mask muka ini sesuai untuk anda yang inginkan wajah kelihatan berseri sewaktu pagi.

Peel-off Mask

Bagi mereka yang mengalami masalah kulit berjerawat dan saiz liang pori yang tampak kelihatan, peel-off mask amat sesuai untuk anda. Ianya membantu dalam proses eksfoliasi dan menyingkirkan sel-sel kulit mati secara efektif tanpa menyebabkan iritasi.

Gel Mask

Gel mask berkesan untuk melegakan iritasi pada kulit dan ianya juga memberikan sensasi yang sejuk. Jika anda mempunyai kulit yang sensitif atau kering, anda seharusnya mengutamakan gel mask.

Cream Mask

Untuk mereka yang mempunyai kulit kering atau mengalami masalah tanda-tanda penuaan, cream mask amat sesuai untuk anda. Malahan ianya juga boleh digunakan pada sesetengah bahagian muka untuk mereka yang mempunyai kulit kombinasi.

Apakah Kebaikkan Menggunakan Mask Muka?

Buat para Beauties yang menggunakan mask muka pasti anda tidak boleh membayangkan rutin penjagaan wajah anda tanpa produk ini, bukan? Jika anda masih tergolong dalam kalangan mereka yang belum mencubanya, anda wajib menggunakan mask muka setiap muka! Kebaikkan mask muka:

  • Membantu melembapkan kulit wajah secara intensif
  • Mengelakkan kulit tampak kusam
  • Memperbaiki kulit wajah
  • Menyerikan kembali kulit
  • Membantu anda relaks dan manjakan diri
  • Membersihkan lapisan dalam kulit

11 Mask Muka Terbaik di Pasaran Dari Jenis Sheet Mask dan Cream Mask

1.Aztec Secret Indian Healing Clay

Aztec Secret Indian Healing Clay merupakan pilihan utama beauty junkies! Malahan ianya juga amat popular dikalangan beauty community. Diformulasi dengan tanah liat kalsium bentonit yang semula jadi, ianya berkesan membersihkan kulit wajah dan mengawal lebihan sebum. Selain itu, mask muka terbaik ini juga mampu mengelakkan masalah jerawat, whitehead dan juga blackhead. Anda akan juga dapati saiz pori-pori di wajah anda tampak lebih kecil. Jika anda sedang mencari mask muka terbaik yang dapat menyerikan kembali wajah anda, Aztec Secret Indian Healing Clay seharusnya menjadi produk wajib anda.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Ramuan yang semula jadi dan berkualiti tinggi
  • Mengawal lebihan minyak

Harga: RM55.20

  Add to cart

2.Holika Holika Watermelon Aqua Sleeping Mask

Holika Holika Watermelon Aqua Sleeping Mask amat sesuai untuk mereka yang lebih menyukai sleeping mask. Ianya diperkaya dengan ekstrak tembikai dan juga Red Lycopene Complex, iaitu merupakan campuran ekstrak botanikal. Mask muka ini memberikan kelembapan intensif pada wajah dan mencerahkan tona kulit. Ianya juga mempunyai tahap antioksidan yang tinggi dan melindungi kuli daripada tanda-tanda penuaan seperti kedutan.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit wajah
  • Melindungi kulit daripada radikal bebas dan cahaya matahari
  • Melegakan iritasi

Harga: RM70.00 (Harga asal, RM99.90)

  Add to cart

3.UTENA Premium Puresa Beauty Mask

UTENA Premium Puresa Beauty Mask ditawarkan dalam tiga jenis berbeza iaitu ceramide, kolagen dan asid hyaluronik. Ianya diformulasi dengan bahan yang berkualiti tinggi dan membantu memperbaiki kulit wajah secara efektif. Selain itu, ianya juga bebas daripada ramuan yang berbahaya dan menyebabkan iritasi seperti alkohol, minyak mineral, silikon, pewangi tiruan dan pewarna tiruan. Sheet masknya juga amat selesa digunakan dan melitupi setiap bahagian wajah dengan sempurna

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Kesan serta merta
  • Terdapat dalam pelbagai jenis

Harga: RM79.80 untuk 4 set

  Add to cart

4. AXIS-Y New Skin Resolution Gel Mask

Ingin dapatkan kulit wajah idaman anda? Cubalah New Skin Resolution Gel Mask dari jenama terkemuka AXIS-Y ini. Mask muka terbaik ini merangkumi kombinasi unik seperti 2% niacinamide sebagai bahan utama, enam ekstrak ramuan botanikal serta teknologi Shield Meadow. Diperkaya dengan 2% niacinamide, ia membantu untuk menyerikan dan menyekatakan kulit wajah kusam. Campuran enam botanikal seperti heartleaf, pegaga, buah tin, dan mugwort bekerjasama untuk melegakan iritasi, menguatkan lapisan luaran dan menghidratkan kulit. Satu tub mask muka ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam hanya sekali penggunaan.

Kelebihan:

  • Mencerahkan kulit kusam
  • Melegakan kerengsaan pada kulit secara serta-merta
  • Memberikan sensasi yang sejuk

Harga: RM89.00

Terdapat di: Shopee, Watsons dan TikTok

5. Face Republic Sleeping Beauty Face Mask Nourishing Snail Essence

Umum mengetahui bahawa K-beauty telah memperkenalkan kita dengan pelbagai jenis bahan baharu termasuk lendir siput. Untuk peminat K-Beauty, anda semestinya menyukai Face Republic Sleeping Beauty Face Mask Nourishing Snail Essence. Ditambah dengan asid hyaluronik, ianya membantu melembapkan kulit wajah. Manakala, allantoin membantu melegakan iritasi secara serta merta.

Kelebihan:

  • Mengelakkan tanda-tanda penuaan
  • Melembapkan kulit yang kering
  • Bahan yang premium

Harga: RM3.70 (Harga asal RM4.60)

  Add to cart

6. Hatherine Deep Clean Tea Tree Peel Off Face Mask

Adaka anda sedang mencari mask muka peel-off terbaik? Hatherine Deep Clean Tea Tree Peel Off Face Mask merupakan mask muka serba guna yang membantu merawat pelbagai jenis masalah kulit. Ianya diperkaya dengan campuran pelbagai jenis bahan seperti serbuk beras, asid hyaluronik, minyak tea tree, kolagen, dan serbuk teh hijau. Mask muka terbaik ini berkesan membuang sel-sel kulit mati, membersihkan liang pori-pori dan mengawal lebihan minyak.

Kelebihan:

  • Ideal untuk mereka yang berkulit sensitif
  • Menyediakan kulit untuk rutin penjagaan wajah atau solekan
  • Membersihkan kulit secara mendalam

Harga: RM49.00

  Add to cart

7. BBLab Sleeping Moist Gel Mask

Diperkaya dengan pelbagai jenis ramuan penting, BBLab Sleeping Moist Gel Mask membantu memperbaiki dan melembapkan wajah anda secara intensif. Ianya dirumus dengan bahan seperti ceramide dan juga ekstrak plasenta. Selain itu, dengan bau haruman bunga rosnya, anda akan berasa lebih relaks dan tenang. Hanya sapukan mask muka ini sebelum tidur dan anda akan nampak perubahan ketara.

Kelebihan:

  • Bau yang wangi
  • Melembapkan wajah jauh ke dalam lapisan kulit
  • Menyerikan wajah

Harga: RM125.00 (Harga asal RM220.00)

  Add to cart

8. Faith in Face Jelly Facial Mask Bundle

Dengan bungkusan produk yang retro, Faith in Face Jelly Facial Mask Bundle sesuai untuk mereka yang inginkan mask muka yang memberikan kelebihan yang berlainan. Terdapat dalam tiga jenis sheet mask iaitu, Hydra Jelly Essence Mask, Hydra Jelly Essence Mas dan Vita Jelly Essence Mask. Ianya mengandungi bahan yang penting untuk kulit wajah anda dan bebas daripada ramuan berbahaya. Mask muka terbaik ini juga menyerap dengan jauh ke dalam kulit untuk memberikan kesan efektif.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Melembapkan wajah

Harga: RM23.70

  Add to cart

9. Garnier Serum + Sakura White Mask

Jika anda masih tercari-cari mask muka terbaik di Watsons, jenama seterusnya cukup sinonim dengan produk drugstore! Garnier Serum + Sakura White Mask diformulasi dengan asid hyaluronik dan ekstrak bunga Sakura yang membantu menyerikan kembali kulit wajah yang kusam. Ianya juga memberikan kelebihan kepada kulit wajah anda seakan satu minggi penggunaan serum.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Kesan serta merta

Harga: RM6.98

Terdapat di: Watsons

10. Neutrogena Deep Hydrating Mask

Neutrogena Deep Hydrating Mask sangat sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan kusam. Ianya berkesan melembapkan wajah secara intensif dan membantu anda mendapat kulit yang tampak berseri. Diperkaya dengan rumusan vitamin C, ianya juga membantu mencerahkan tona kulit anda dan memudarkan cela-cela secara efektif.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Melembapkan kulit secara intensif
  • Mengandungi vitamin C

Harga: RM50.89

Terdapat di: Shopee

11. Some By Mi Brightening Ampoule Mask

Some By Mi Brightening Ampoule Mask mengandungi ekstrak mutiara dan serbuk berlian yang membantu membuatkan kulit wajah anda tampak lebih bersinar. Selain tu, ianya juga membantu melindungi dan melembapkan kulit wajah jauh ke dalam lapisan kulit. Mask muka terbaik ini sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kusam. Jika anda inginkan kesan serta merta, Some By Mi Brightening Ampoule Mask sesuai untuk anda!

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak mutiara dan berlian
  • Diuji secara dermatologi
  • Mencerahkan tona kulit

Harga: RM7.90

Terdapat di: Watsons

Pernahkah anda mencuba mask muka terbaik yang kami senaraikan di atas? Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkni mengenai kecantikan!