Makeup
8 Maskara Terbaik Pilihan Kami Untuk Dapatkan Bulu Mata Lentik dan Lebat
Rahsia mata tampak menawan
By: Balqis Ariffin / July 6, 2024

Bulu mata yang tampak melentik bukan sahaja mampu memberikan menyerlahkan mata anda, malahan seluruh wajah juga. Oleh itu, tidak hairanlah penggunaan maskara adalah antara langkah yang wajib dalam rutin solekan setiap wanita. Namun dengan lambakan maskara di pasaran yang menawarkan formulasi, dan rekaan bentuk berus yang berbeza, pemilihan produk yang sesuai dengan anda amatlah penting. Menurut Dr. Inna Lazar dalam temu bualnya bersama Cosmopolitan, beliau mengatakan bahawa maskara tubing adalah sesuai jika anda ingin memastikan bulu mata anda kelihatan lebat dan panjang untuk jangka masa lama dari pagi hingga malam. Jika anda berasa kurang pasti akan produk maskara yang sesuai, usah risau kerana kami telah menyenaraikan maskara terbaik yang pasti membuatkan mata anda tampak menawan.
Contents
- Bagaimanakah Cara Memilih Maskara Yang Terbaik Untuk Anda?
- Senarai Maskara Terbaik di Malaysia 2024
- 1. Too Faced Better Than Sex Mascara
- 2. L’Oréal Paris Voluminous Panorama Waterproof Mascara
- 3. Maybelline Lash Sensational Sky High Waterproof Mascara
- 4. Benefit Cosmetics BADgal Bang! Mascara
- 5. KVD Beauty Full Sleeve Long + Defined Tubing Mascara
- 6. MAC Cosmetics M·A·CStack Waterproof Mascara
- 7. Huda Beauty 1 Coat Wow! Extra Volumizing And Lifting Mascara
- 8. Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara
Bagaimanakah Cara Memilih Maskara Yang Terbaik Untuk Anda?

Terdapat beberapa faktor yang anda perlu menitikberatkan untuk memastikan maskara tersebut mempunyai ciri-ciri yang anda inginkan. Antaranya adalah:
Kebaikan:
- Pemilihan maskara haruslah berdasarkan keadaan bulu mata anda, jika anda mempunyai bulu mata yang tidak melentik, anda boleh memilih maskara tubing untuk kemasan yang tampak lebat dan panjang. Manakala, mereka yang mempunyai bulu mata melentik dan panjang, boleh mempertimbangkan untuk menggunakan maskara yang menawarkan kelebatan maksimum.
Formulasi:
- Utamakan maskara yang mengandungi bahan-bahan penting untuk kesihatan bulu mata. Selain itu, pastikan anda memilih maskara yang mempunyai tekstur yang ringan dan formulasi yang kering, kerana maskara yang mempunyai rumusan basah selalunya membuatkan bulu mata tampak berat dan tidak lentik.
Rekaan Berus:
- Seperti formulasi, rekaan berus sesuatu maskara juga memainkan peranan penting kerana ia memastikan kesan akhir yang terhasil. Jika anda inginkan kesan dramatik, kami sarankan anda memilih bulu berus maskara yang besar. Manakala, mereka yang mempunyai bulu mata yang pendek dan halus, utamakan berus maskara yang dilengkapi dengan bulu yang nipis dan panjang untuk meliputi setiap helaian bulu mata.
Senarai Maskara Terbaik di Malaysia 2024
1. Too Faced Better Than Sex Mascara

Sebut sahaja maskara terbaik di pasaran, pasti anda akan nampak Too Faced Better Than Sex Mascara tersenarai. Kami amat menyukai produk ini kerana ia cukup berbeza dari maskara lain dari segi kesan dramatik yang diberikannya dalam satu sapuan. Rekaan bentuk berusnya yang seakan jam pasir membantu untuk menyalut setiap helaian bulu mata dengan ramuan penting seperti ekstrak Acacia Senegal dan juga peptida. Hasil penggunaan maskara ini amat menakjubkan, kami dapati bulu mata tampak lentik dengan kesan kepanjangan, dan kelebatan yang maksimum. Namun formulasinya sedikit basah, oleh itu ia membuatkan proses aplikas sedikit sukar dan juga agak comot. Kami cadangkan anda menggunakan tisu untuk menyerap lebihan produk pada berusnya sebelum menggunakannya.
Kelebihan:
- Mudah untuk dibersihkan
- Kemasan dramatik
- Meliputi setiap helaian bulu mata
Kekurangan:
- Tidak kalis air
Harga: RM149.12
Terdapat di: Revolve
2. L’Oréal Paris Voluminous Panorama Waterproof Mascara

Untuk mereka yang menyukai produk drugstore, L’Oréal Paris Voluminous Panorama Waterproof Mascara adalah sesuai untuk anda. Dikuasakan dengan kompleks 5% StretchFlex, rumusan teknologi ini membantu meregangkan dan memanjangkan setiap helaian bulu mata. Berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, berusnya menampilkan rekaan yang berperingkat. Oleh itu, ia amat efektif dalam melentikkan bulu mata dengan kemasan yang semula jadi. Kami juga amat menyukai kerana maskara terbaik ini tahan sehingga 24 jam tanpa kesan comot, dan juga ketulan.
Kelebihan:
- Diuji oleh pakar oftalmologi
- Kesan dramatik yang tahan lama
- Harga mampu milik
Kekurangan:
- Perlu mengambil masa untuk membersihkannya
Harga: RM72.00
Terdapat di: Watsons
3. Maybelline Lash Sensational Sky High Waterproof Mascara

Senarai maskara terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Maybelline Sky High Mascara yang menjadi kegemaran ramai para wanita. Dilengkapi dengan berus maskara Flex Tower, kami dapati ia mempunyai ciri fleksibel yang boleh dilentur untuk meliputi bulu mata dari akar hingga ke hujung. Selama kami menggunakannya, formulasi kalis airnya juga membantu agar maskara ini tahan lama serta mengelakkan kesan comot tanpa risiko smudge atau flaking meskipun dalam cuaca yang panas serta lembap seperti di Malaysia. Jika anda mempunyai mata sensitif atau memakai kanta sentuh, anda tak perlu risau kerana maskara keluaran Maybelline ini sesuai untuk anda.
Kelebihan:
- Kalis air
- Rekaan berus yang boleh dilentur
- Sesuai untuk mata yang sensitif
Kekurangan:
- Agak sukar untuk dibersihkan
Harga: RM63.90
Terdapat di: Watsons
4. Benefit Cosmetics BADgal Bang! Mascara

BADgal Bang! Mascara dari jenama terkemuka Benefit Cosmetics adalah rahsia untuk mendapatkan bulu mata yang lebat dan lentik. Kami amat menyukai maskara ini kerana ia menyerlahkan bulu mata kami agar kelihatan lebat, dan panjang secara dramatik. Yang paling best, ia juga tahan lama sehingga 36 jam tanpa anda perlu risau akan kesan flaking pada bulu mata anda. Namun kami cadangkan agar anda menggunakan primer bulu mata terlebih dahulu kerana ramai pengguna mengatakan bahawa ia tidak tahan begitu lama dan mudah comot. Jika anda inginkan kelainan, produk ini turut ditawarkan dalam warna biru.
Kelebihan:
- Melentikkan bulu mata secara dramatik
- Ditawarkan dalam dua warna
- Meliputi dari akar hingga ke hujung bulu mata
Kekurangan:
- Mudah comot
Harga: RM152.00
Terdapat di: Sephora
5. KVD Beauty Full Sleeve Long + Defined Tubing Mascara

Diinspirasikan dari tatu, KVD Beauty Full Sleeve Long + Defined Tubing Mascara merevolusikan dunia kecantikan dengan rumusan teknologinya yang memberikan definisi, dan kesan kelebatan yang dramatik yang tahan sehingga 24 jam. Secara peribadi, kami amat menyukai maskara ini kerana ia tahan begitu lama, manakala rekaan berusnya membuatkan aplikasi penggunaannya mudah. Berbeza dengan maskara lain, ia juga mudah untuk ditanggalkan dengan air suam tanpa menyebabkan iritasi pada mata kami.
Kelebihan:
- Formulasi yang tahan lama
- Ditawarkan dalam dua saiz berbeza
- Tidak mudah comot
Kekurangan:
- Terdapat penggunaan mengatakan bahawa meskipun ia tahan lama, terdapat kesan flaking dan clumping
Harga: dari RM84.00
Terdapat di: Sephora
6. MAC Cosmetics M·A·CStack Waterproof Mascara

Untuk mereka yang sedang mencari maskara terbaik yang kali air, kami cadangkan anda mencuba M·A·CStack Waterproof Mascara. Produk ini adalah antara maskara kegemaran kami kerana ia menawarkan rumusan yang boleh dibina tanpa masalah gumpalan pada bulu mata. Dengan Teknologi Drench-Defense, ia memastikan setiap helaian bulu mata diliputi agar kekal kalis air dalam masa yang lama. Kami juga amat menyukai rekaan bulu berusnya yang memisahkan bulu mata sambil melebatkannya dengan berkesan.
Kelebihan:
- Kalis air
- Rumusan yang boleh dibina
- Mudah untuk dibersihkan
Kekurangan:
- Bulu berusnya agak sedikit tajam
Harga: RM175.00
Terdapat di: laman website MAC Cosmetics
7. Huda Beauty 1 Coat Wow! Extra Volumizing And Lifting Mascara

Huda Beauty 1 Coat Wow! Extra Volumizing And Lifting Mascara menawarkan ciri-ciri idaman yang kami inginkan dalam maskara terbaik. Dengan sekali penggunaan, bulu mata kami tampak lebih lebat dan lentik dalam hanya beberapa saat. Jika anda lebih dengan lebih teliti, anda akan dapati berusnya mempunyai kombinasi dwi-bentuk bulu pendek dan panjang untuk memisahkan serta memanjangkan helaian bulu mata. Maskara ini menjadi pilihan kami kerana ia mempunyai rumusan yang ringan namun kesan dramatik pada bulu mata.
Kelebihan:
- Ditawarkan dalam dua saiz berbeza
- Ringan
- Memanjangkan bulu mata
Kekurangan:
- Terdapat beberapa pengguna mengatakan bahawa ia comot dan bergumpal
Harga: dari RM71.00
Terdapat di: Sephora
8. Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara

Dengan rating yang tinggi, Rare Beauty Perfect Strokes Universal Volumizing Mascara merupakan pilihan ramai dengan rumusannya yang membantu melentikkan, melebatkan dan memanjangkan bulu mata. Berdasarkan pengalaman kami menggunakan maskara ini ia cukup ringan serta rumusannya boleh dibina tanpa kesan gumpalan. Oleh itu, kami dapati ia amat sesuai jika anda inginkan kesan dramatik dengan beberapa kali lapisan maskara. Selain itu, berusnya turut direka untuk pelbagai jenis bulu mata untuk kesan optimum seperti jarang, halus dan tebal.
Kelebihan:
- Rekaan berus untuk pelbagai jenis bulu mata seperti halus, jarang dan tebal
- Dua saiz berbeza
- Tiga fungsi utama iaitu melentikkan, melebatkan dan memanjangkan bulu mata
Kekurangan:
- Teksturnya agak sedikit tebal
Harga: dari RM55.00
Terdapat di: Sephora
Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.