Wellness
9 Minyak Ikan Omega 3 Terbaik Di Malaysia Untuk Kesihatan Yang Optimum
Amalkan gaya hidup yang sihat
By: Balqis Ariffin / December 8, 2022

Kesibukan kehidupan seharian membuatkan ramai golongan masyarakat terikat dengan komitmen yang tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah rata-rata dari kita kurang cenderung dalam mengamalkan gaya hidup yang sihat. Walaupun anda sibuk bekerja, waktu terluang yang ada haruslah digunakan sebaiknya untuk menjaga kesihatan anda. Selain beriadah dan pemakanan yang sihat, pengambilan suplemen tambahan dapat memberikan manfaat kepada kesihatan anda. Jika corak pemakanan anda tidak menentu dengan kurang hidangan berasaskan ikan, suplemen minyak ikan omega 3 dapat membantu anda mendapat nutrien yang mencukupi.
Contents
- Apakah Sebenarnya Minyak Ikan Omega 3?
- Manfaat Minyak Ikan Omega 3
- Senarai Minyak Ikan Omega 3 Terbaik Di Malaysia 2022
- 1. Blackmores Fish Oil 1000mg
- 2. Megalive Omega 600/300 Fish Oil
- 3. Swisse Ultiboost Odourless Fish Oil 1000mg
- 4. Kordel’s Fish Oil 1500 mg + Vitamin D
- 5. Total Health Pristin Omega-3 Fish Oil 1200mg
- 6. Nature’s Way Fish Oil 1000MG
- 7. Vita Health Epa Fish Oil 1000mg
- 8. Nature’s Bounty Omega-3 Fish Oil
- 9. Bio-Life Fish Oil 1000mg
Apakah Sebenarnya Minyak Ikan Omega 3?

Omega 3 merupakan kumpulan asid lemak poli tak tepu yang diketahui kebaikkannya untuk kesihatan. Asid lemak omega 3 terbahagi kepada tiga jenis iaitu alpha-linolenic acid (ALA), eicosapentanoic acid (EPA) and docosahexanoic acid (DHA). Oleh kerana tubuh badan manusia tidak dapat menghasilkan asid lemak omega-3, anda haruslah mengambil sumber makanan yang tinggi kandungan asid lemak omega 3 dalam diet harian. Ikan laut dalam diketahui mengandungi omega 3 yang tinggi seperti ikan tuna, ikan parang, ikan sardin, ikan kembung and ikan bilis.
Manfaat Minyak Ikan Omega 3
Dengan khasiat yang banyak, minyak ikan omega 3 berperanan dalam mencegah penyakit serius. Antara kebaikan minyak ikan omega 3 adalah:
- Menurunkan tahap kolesterol dalam darah
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Memastikan keadaan jantung sihat
- Mencegah penyakit seperti kanser, angin ahmar, kencing manis, dementia, kemurungan, arthritis atau sakit pada sendi
- Menggalakkan perkembangan kognitif kanak-kanak
- Meningkatkan tahap kesuburan
Senarai Minyak Ikan Omega 3 Terbaik Di Malaysia 2022
1. Blackmores Fish Oil 1000mg

Untuk mereka yang ingin mengutamakan pengambilan omega 3, Blackmores Fish Oil 1000mg harus menjadi pilihan utama anda. Suplemen ini yang mengandungi 1000mg minyak ikan, menawarkan 180mg EPA dan 120mg DHA. Malahan, ianya juga dirumus dengan vitamin E untuk kebaikan tambahan. Formulasinya juga bebas daripada bahan pengawet, pewarna tiruan, perasa tiruan dan pemanis tambahan agar anda hanya mendapat kelebihan yang optimum.
Kelebihan:
- Mengandungi vitamin E
- Mudah didapati
- Bebas daripada pengawet, yis, gluten, pewarna tiruan, perasa tiruan dan pemanis tambahan
Harga: RM38.00
Terdapat di: Watsons
2. Megalive Omega 600/300 Fish Oil

Suplemen minyak ikan omega 3 terbaik seterusnya ialah Megalive Omega 600/300 Fish Oil. Supplemen ini mengandungi sebanyak 1200mg minyak ikan dengan 600mg EPA dan 300mg DHA. Ditawarkan dalam kapsul gel lembut, ianya diperbuat dengan teknologi salutan enterik untuk menghalang ianya dimusnahkan oleh asid lambung. Tambahan lagi, ianya juga memastikan kadar penyerapan nutrien yang tertinggi oleh badan.
Kelebihan:
- Tiada bau hanyir
- Kandungan minyak ikan omega 3 yang tinggi
- Disuling secara molekul
Harga: RM321.90
Terdapat di: Laman website Megalive
3. Swisse Ultiboost Odourless Fish Oil 1000mg

Swisse Ultiboost Odourless Fish Oil 1000mg diperkaya dengan asid lemak omega 3 yang mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA. Suplemen ini diformulasi khas dengan ekstrak ikan yang semula jadi yang diperoleh secara mampan. Tambahan lagi, ianya juga telah diuji agar bebas merkuri. Jika anda kurang menyukai bau ikan, suplemen ini dirumus tanpa sebarang bau. Oleh itu, anda tidak perlu risau akan bau hanyir. Harganya juga murah kerana terdapat 200 kapsul di dalam satu tub.
Kelebihan:
- Formulasi khas tanpa bau
- Tidak mengandungi laktosa, gluten, yis, telur atau pewarna tiruan
- Ekstrak ikan semula jadi yang diuji bebas merkuri
Harga: RM100.00
Terdapat di: Watsons
4. Kordel’s Fish Oil 1500 mg + Vitamin D

Kordel’s Fish Oil 1500 mg + Vitamin D merupakan antara jenama minyak ikan terbaik di Malaysia. Dengan 1500mg ekstrak minyak ikan, suplemen ini memberikan kebaikkan 450mg trigliserida marin omega 3, 270mg EPA dan 180mg DHA. Manakala, vitamin D pula yang bersifat larut dalam lemak membantu memberikan pelbagai kelebihan untuk pertumbuhan tulang, imun badan dan kardiovaskular.
Kelebihan:
- Mengandungi vitamin D
- Tiada bau hanyir
- Kandungan minyak ikan omega 3 yang tinggi
Harga: RM69.00
Terdapat di: Lazada
5. Total Health Pristin Omega-3 Fish Oil 1200mg

Total Health Pristin Omega-3 Fish Oil 1200mg dirumus khas untuk memberikan 660mg asid minyak omega 3 dengan setiap kapsul. Produk ini juga menawarkan 396mg EPA, 264mg DHA serta vitamin E. Sebotol suplemen ini mengandungi 150 kapsul dengan ekstrak minyak ikan omega 3 yang telah disuling secara molekul menggunakan teknologi Omatech. Anda hanya perlu makan satu kapsul gel selepas makan setiap hari untuk kesan yang lebih efektif.
Kelebihan:
- Mengandungi vitamin E
- Disuling secara molekul menggunakan teknologi Omatech
- Tiada bahan pengawet
Harga: RM197.85
Terdapat di: Watsons
6. Nature’s Way Fish Oil 1000MG

Nature’s Way Fish Oil 1000MG merupakan antara suplemen minyak ikan omega 3 terbaik yang memberikan pelbagai kebaikan kesihatan. Ianya mengandungi 1000mg dos minyak ikan berserta dengan 300mg trigliserida marin omega 3, 180mg EPA dan 120mg DHA. Suplemen ini juga mudah untuk ditelan dan tidak mempunyai sebarang bau hanyir ikan. Malahan, harganya juga berbaloi kerana sebotol mengandungi 100 kapsul.
Kelebihan:
- Tiada bau hanyir ikan
- Harga yang murah
- Mudah didapati di semya farmasi
Harga: RM49.90
Terdapat di: Laman website Nature’s Way
7. Vita Health Epa Fish Oil 1000mg

Vita Health Epa Fish Oil 1000mg mengandungi 300mg asid minyak omega 3 yang tinggi, menjadikannya antara pilihan utama orang ramai. Tambahan lagi, ianya turut diperkaya dengan EPA dan juga DHA. Ramuannya disuling secara molekul untuk memastikan ketulenan optimum untuk keberkesannya yang efektif. Walaupun harganya mahal, satu tub Vita Health Epa Fish Oil 1000mg mengandungi 150 kapsul untuk penggunaan jangka masa panjang.
Kelebihan:
- Kapsul berasaskan sayuran
- Disuling secara molekul
- Harga yang murah
Harga: RM99.00
Terdapat di: Laman website Vita Health
8. Nature’s Bounty Omega-3 Fish Oil

Dengan formulasi yang berkualiti tinggi, Nature’s Bounty Omega-3 Fish Oil diketahui keberkesanannya untuk memastikan kesihatan tubuh badan. Diperkaya dengan 950mg asid minyak omega 3, suplemen ini mengandungi 625mg EPA dan 244mg DHA. Selain ekstraknya disuling secara molekul, suplemen ini menawarkan kapsul lembut yang mudah untuk ditelan. Ianya juga bebas daripada pemanis, bahan pengawet, pewarna tiruan, gula, garam dan banyak bahan lain.
Kelebihan:
- Kapsul gel yang mudah ditelan
- Bebas daripada ramuan seperti pemanis pengawet dan pewarna tiruan
- Disuling secara molekul
Harga: RM121.90
Terdapat di: Watsons
9. Bio-Life Fish Oil 1000mg

Bio-Life Fish Oil 1000mg dirumus dengan ekstrak minyak ikan laut dalam seperti sardin, ikan bilis dan tenggiri. Dengan kandungan 1000mg asid minyak ikan omega 3, suplemen ini memberikan sebanyak 180mg EPA dan 120mg DHA. Selain kandungan yang tinggi, ianya juga ditawarkan dengan kapsul berasaskan gel yang lembut untuk memudahkan anda menelannya. Meskipun harganya mahal, satu botol suplemen ini mengandungi 200 kapsul.
Kelebihan:
- Halal
- Tanpa bau hanyir
- Jumlah kapsul yang banyak
Harga: RM106.00
Terdapat di: Watsons
Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.