Berbanding dengan produk penjagaan wajah atau alat solekan, minyak wangi mungkin tampak kurang penting dalam rutin seharian. Namun, hari kita pastinya tidak lengkap jika tidak menggunakan minyak wangi, bukan? Minyak wangi bukan sahaja menggambarkan personaliti seseorang melalui bau yang dipilih, malahan ianya mampu meningkatkan mood serta keyakinan diri anda. Oleh itu tidak hairanlah, minyak wangi dianggap produk yang penting terutamanya bagi para wanita di luar sana. Tetapi dengan lambakan minyak wangi perempuan yang ditawarkan oleh pelbagai jenama, sesiapa sahaja akan menjadi rambang mata. Usah risau, kerana kami telah menyenaraikan minyak wangi perempuan yang paling top tahun ini dan juga tips untuk anda memilih yang bersesuaian dengan anda. 

Kategori Minyak Wangi

Gambar oleh mh .a dari Pexels

Bagi penggemar minyak wangi, anda pasti perasan terdapat beberapa kategori minyak wangi di pasaran seperti parfum, Eau de Toilette (EDT) dan Eau de Cologne (EDC). Untuk makluman anda, minyak wangi boleh dikategorikan kepada lima kod dan setiap produk ini menawarkan kepekatan yang berbeza. Oleh sebab itu, anda akan dapati minyak wangi yang mempunyai kepekatan yang tinggi mempunyai bau yang lebih kuat serta tahan lebih lama.

Parfum

Exrait de Parfum atau lebih dikenali sebagai Parfum mengandungi kepekatan minyak wangi antara 20% sehingga 30%. Selain itu, baunya juga tahan lama sehingga tujuh jam, menjadikan harganya mahal berbanding jenis minyak wangi yang lain. 

Eu de Parfum (EDP)

Eu de Parfum (EDP) mempunyai kepekatan minyak wangi sebanyak 10% sehingga 20% dan baunya tahan hingga lima jam. Walaupun formulasinya sama seperti parfum, ianya mempunyai jumlah air dan alkohol yang lebih tinggi. 

Eu de Toilette (EDT)

Eu de Toilette (EDT) diformulasi dengan kepekatan minyak wangi antara 4% sehingga 15%. Disebabkan ianya mengandungi alkohol yang lebih banyak, baunya tidak tahan lama. Tetapi ianya sesuai jika anda menyukai bau yang ringan serta tidak kompleks. 

Eu de Cologne (EDC) 

Eu de Cologne (EDC) mengandungi 2% sehingga 5% kepekatan minyak wangi. Walaupun begitu, aromanya jauh lebih segar dan ringan kerana ianya diperbuat menggunakan minyak pati buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan. Penggunaan cologne lebih sinonim dengan lelaki, oleh itu kebanyakkan produk yang dijual adalah untuk kaum adam. 

Eau de Fraiche (EDF)

Eau de Fraiche (EDF) mempunyai kepekatan minyak wangi yang terendah iaitu 1% sehingga 3% sahaja. Ramuan utamanya ialah air dan ianya mampu tahan sehingga dua jam. Produk ini seringkali dijual dalam bentuk body mist atau body splash

Tips Untuk Memilih Minyak Wangi Perempuan

Gambar oleh Ion Ceban @ionelceban dari Pexels

Jika anda berasa kurang pasti dengan pilihan minyak wangi yang ada, tips ini pasti membantu anda membuat pilihan.

Aroma yang Bersesuaian

Minyak wangi akan menjadi sebahagian daripada identiti anda, oleh itu kami cadangkan agar anda memilih aroma yang anda sukai. Untuk pengetahuan anda, minyak wangi mempunyai beberapa lapisan berbeza iaitu nota teratas, nota tengah dan nota asas. Apabila beberapa aroma berbeza bergabung, anda akan dapati minyak wangi tersebut memberikan wangian berbentuk lembut ataupun kuat. 

Kepekatan Minyak Wangi

Jenis kepekatan minyak wangi adalah berdasarkan kategorinya seperti yang kami telah huraikan di atas. Pendek kata apabila sesuatu produk mengandungi kepekatan minyak wangi yang tinggi, baunya tahan lebih lama dan harganya juga mahal. Oleh itu, ianya bergantung kepada citarasa seseorang.

Pastikan Anda Uji Sebelum Membeli

Sebelum anda membuat pilihan, pastikan anda uji minyak wangi tersebut terlebih dahulu. Anda hanya perlu calitkan pada kulit anda dan tunggu beberapa saat untuk mengetahui aromanya.

Senarai Minyak Wangi Perempuan Yang Terbaik

1. Chanel N°5 Eau De Parfum Spray

minyak wangi perempuan chanel
Facts in a Flash
Chanel N°5 Eau De Parfum Spray
Main Function: Wangian popular yang klasik ini menawarkan aroma feminin yang lembut dan segar
Star Ingredients: Jasmine, may rose, vanilla dan aldehydes

Sebut sahaja Chanel N°5 Eau De Parfum Spray pasti ramai terbayangkan wangian yang cukup klasik. Diinspirasikan daripada aroma bunga-bungaan, ianya mengandungi pati jasmine, may rose, vanilla dan aldehydes. Jika anda menyukai minyak wangi perempuan yang memberikan bau feminin yang lembut tetapi segar, ianya sesuai untuk anda. Walaupun harganya mahal, jenama ini cukup popular dengan wangian yang menarik. 

Harga: RM825.00

Terdapat di: Laman website Chanel

Final Verdict

4.5

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Terdapat dalam tiga saiz kecil
  • Wangian yang berasaskan floral
  • Tahan lama

Cons:

  • Harga yang mahal

2. Miss Dior Absolutely Blooming Eau De Parfum

minyak wangi perempuan miss dior
Facts in a Flash
Miss Dior Absolutely Blooming Eau De Parfum
Main Function: Minyak wangi kegemaran ramai ini dirumus dengan kombinasi nota wangian umpama sejambak bunga segar yang diperhalusi dengan rasa yang manis
Star Ingredients: Grasse rose, damascus rose dan peony

Dengan rating sebanyak 4.8 bintang di Sephora, Miss Dior Absolutely Blooming Eau De Parfum seringkali muncul dalam senarai teratas bagi minyak wangi perempuan yang top. Wangian bunganya mempunyai campuran grasse rose, damascus rose dan peony. Dirumus dengan pati berry merah, ianya memperhalusi aroma yang lembut dan white musk pula ditambah sebagai nota asas. Wangiannya cukup wangi umpama bunga yang sedang mekar.

Harga: RM795.00

Terdapat di: Luxury Perfume

Final Verdict

4.5

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Wangian bunga dan manis
  • Tahan lama
  • Rekaan botol yang menarik

Cons:

  • Sukar didapati

3. Chloe Signature Eau De Parfum

minyak wangi perempuan chloe
Facts in a Flash
Chloe Signature Eau De Parfum
Main Function: Produk ini menggabungkan wangian bungaan dan juga nota pedas untuk menampilkan aroma segar serta manis, namun musky yang menggoda
Star Ingredients: Madu, amber cedarwood, peony, freesia, laici, bunga rose, magnolia dan lily of the valley

Chloe Signature Eau De Parfum menggabungkan wangian bungaan dan juga nota pedas yang menampilkan ciri-ciri feminin. Ianya merangkumi madu, amber dan cedarwood sebagai nota asas. Campuran peony, freesia dan laici merangkumi nota teratas, manakala bunga rose, magnolia dan lily of the valley berfungsi sebagai nota tengah untuk kesan floral. Jika anda lihat dengan teliti, botol kacanya direka untuk menggambarkan sifat feminin dan kekuatan. 

Harga: RM480.00

Terdapat di: Sasa

Final Verdict

4

Insider Ratings

price:
ingredients:
performance:

PROS:

  • Rekaan botol yang menarik
  • Wangian bungaan
  • Aroma yang agak kuat kepedasan tetapi halus

Cons:

  • Sukar didapat di atas taliani

4. Gucci Beauty The Alchemist’s Garden  Love At Your Darkest EDP

minyak wangi perempuan gucci beauty
Facts in a Flash
Gucci Beauty The Alchemist’s Garden Love At Your Darkest EDP
Main Function: Minyak wangi uniseks ini yang diinspirasikan daripada seni alkimia menawarkan gabungan aroma kayu-kayuan dan pedas
Star Ingredients: Lada hitam, kemenyan, dan kayu cedar

Gucci Beauty Love At Your Darkest EDP merupakan wangian baharu untuk rangkaian The Alchemist’s Garden. Koleksi minyak wangi ini diinspirasikan daripada seni alkimia dengan campuran nota pedas dan kayu-kayuan, sesuai bagi anda yang menyukai minyak wangi perempuan yang lebih ke arah maskulin. Formulasinya dirumus khas dengan campuran lada hitam, kemenyan dan cedarwood. Walaupun harganya boleh dikatakan paling mahal, produk ini amat berbaloi.

Kelebihan:

  • Bauan yang sesuai untuk perempuan dan lelaki
  • Aroma kayu-kayuan dan pedas
  • Tahan

Kekurangan:

  • Harga yang mahal

Harga: RM1,587.00

Terdapat di: Butik Gucci Beauty di KLCC and Mid Valley Megamall

5. Bvlgari Rose Goldea Blossom Delight Eau De Toilette

minyak wangi perempuan bvlgari
Facts in a Flash
Bvlgari Rose Goldea Blossom Delight Eau De Toilette
Main Function: Dengan aroma bunga ros yang menggoda, minyak wangi ini menawarkan wangian yang terasa manis dan segar
Star Ingredients: Lily of the valley, grapefruit, peony, rosebud, white musk dan kayu cedar

Jika anda masih tercari-cari minyak wangi perempuan yang sesuai untuk anda, Bvlgari Rose Goldea Blossom Delight Eau De Toilette merupakan pilihan orang ramai. Aromanya merangkumi bauan bunga ros yang akan membaluti anda dengan wangian yang manis dan segar. Dengan white musk dan cedarwood sebagai nota asas, ramuan ini memastikan keharuman bunga dan kayu-kayuan yang seimbang. 

Kelebihan:

  • Aroma manis dan segar
  • Wangian bunga ros
  • Wangian bunga ros yang lembut dan manis

Kekurangan:

  • Aromanya tidak tahan lama

Harga: RM479.00

Terdapat di: Sephora 

6. Jo Malone Wood Sage & Sea Salt Cologne

minyak wangi perempuan jo malone
Facts in a Flash
Jo Malone Wood Sage & Sea Salt Cologne
Main Function: Minyak wangi ini direka dengan komposisi gabungan nota aromatik dan kayu-kayuan yang memberikan wangian musk yang segar
Star Ingredients: Biji ambrette, garam laut, dan sage

Jo Malone Wood Sage & Sea Salt Cologne merupakan jenama minyak wangi yang disukai oleh ramai wanita. Ianya memberikan wangian menarik dengan wood sage dan juga sea salt yang membangkitkan aroma segar. Jika anda ingin kelainan, anda boleh menggabungkannya dengan Lime Basil & Mandarin untuk wangian segar. Black Cedarwood & Juniper pula membantu memberikan kesan memikat dengan aroma kayu-kayuan.

Kelebihan:

  • Boleh digabungkan dengan rangkaian minyak wangi lain untuk kelainan
  • Aroma segar
  • Bau yang tidak terlalu kuat

Kekurangan:

  • Tidak tahan lama

Harga: RM335.00

Terdapat di: Sephora 

7. Enchanteur Chic Eau De Toilette Belle Amour 

minyak wangi perempuan enchanteur

Facts in a Flash
Enchanteur Chic Eau De Toilette Belle Amour
Main Function: Minyak wangi mampu milik ini menyerlahkan si pemakai dengan aroma wangian yang berasaskan bungaan
Star Ingredients: Buah epal, bunga ros, jasmine, kayu cendana, dan musk

Anda tidak semestinya perlu berbelanja besar kerana terdapat lambakan minyak wangi perempuan murah yang setanding dengan yang berjenama. Enchanteur Chic Eau De Toilette Belle Amour mengandungi aroma wangian segar yang mampu membuatkan sesiapa sahaja jatuh cinta. Wangiannya dirumus dengan campuran lapisan nota seperti buah epal, bunga ros, jasmine, kayu cendana, dan musk. 

Kelebihan:

  • Harga yang berpatutan
  • Tahan lama
  • Aroma segar dan manis

Kekurangan:

  • Ditawarkan dalam satu saiz sahaja

Harga: RM32.70

Terdapat di: Watsons 

8. Estee Lauder Pleasures Eau de Parfum Spray

minyak wangi perempuan estee lauder
Facts in a Flash
Estee Lauder Pleasures Eau de Parfum Spray
Main Function: Wangian terkemuka ini merupakan pilihan klasik yang menawarkan aroma bunga dengan kesegaran yang menakjubkan
Star Ingredients: Ros baie, lily, jasmine dan peony

Estee Lauder Pleasures Eau de Parfum Spray pasti tidak terlintas dalam fikiran anda, namun wangiannya cukup menarik sesuai bagi golongan wanita semua usia. Aromanya menggambarkan wangian bunga sewaktu musim hujan dengan campuran pati seperti ros baie, lily, jasmine dan peony. Ianya cukup ringan dan tidak keterlaluan untuk penggunaan harian. 

Kelebihan:

  • Wangian yang ringan
  • Bau bunga-bungaan
  • Sesuai untuk penggunaan harian

Kekurangan:

  • Sukar didapati di atas talian

Harga: RM295.00

Terdapat di: Laman website Estee Lauder 

9. BOSS ALIVE Eau de Parfum

minyak wangi perempuan boss alive
Facts in a Flash
BOSS ALIVE Eau de Parfum
Main Function: Dengan nota berasaskan buah-buahan dan kayu-kayuan, minyak wangi ini menawarkan kelainan dengan wangian yang aromatik
Star Ingredients: Buah epal, kayu manis, plum, blackcurrant, Indian Jasmine Sambac, cedarwood, sandalwood, olivewood dan Alaskan Goldenwood

Bagi peminat wangian yang berasaskan buah-buahan dan kayu-kayuan, BOSS ALIVE Eau de Parfum sesuai untuk anda. Ianya mengandungi lapisan nota seperti buah epal, kayu manis, plum dan blackcurrant yang segar. Manakala, nota tengahnya merangkumi bunga Indian Jasmine Sambac yang memberikan kelainan dengan aroma thyme. Dengan pati cedarwood, sandalwood, olivewood dan Alaskan Goldenwood, ramuan ini memberikan bau kayu-kayuan yang intensif. 

Kelebihan:

  • Aroma kayu-kayuan
  • Bau yang ringan dan tidak kompleks
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Kurang sesuai bagi mereka yang tidak menyukai wangian yang maskulin

Harga: RM345.00

Terdapat di: Metrojaya, Sogo and Isetan Online and gedung serbaneka

10. YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum

minyak wangi perempuan ysl beauty
Facts in a Flash
YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum
Main Function: Minyak wangi yang popular ini menawarkan aroma sensual yang menggamit suasana dengan aroma yang berani
Star Ingredients: Kopi, vanila bourbon dan jasmine

YSL Beauty Black Opium Eau De Parfum sesuai jika anda ingin wangian yang meningkatkan lagi personaliti misteri anda. Wangiannya bermula dengan aroma kopi dan diikuti dengan gabungan bunga. Anda akan dapati ianya mempunyai wangian kayu-kayuan dan manis seakan vanila. Aromanya cukup membuatkan si dia ketagih akan perhatian anda!

Kelebihan:

  • Bau yang kuat dan sensual
  • Aroma kayu-kayuan dan pedas
  • Diformulasi dengan pati kopi

Kekurangan:

  • Ditawarkan dalam satu saiz sahaja

Harga: RM635.00

Terdapat di: Laman website YSL Beauty

11. Lancôme La Vie Est Belle Eau De Parfum

minyak wangi perempuan lancome
Facts in a Flash
Lancôme La Vie Est Belle Eau De Parfum
Main Function: Wangian feminin yang ditawarkannya memberikan kemanisan yang berbeza yang terasa segar apabila dipakai
Star Ingredients: Bunga iris, patchouli dan vanila

Lancôme La Vie Est Belle Eau De Parfum mempunyai wangian yang feminin, sesuai jika anda sedang mencari minyak wangi perempuan yang lelaki suka. Dengan sekali calitan, anda akan dapati terdapat pelbagai lapisan nota berbeza seperti bunga iris, patchouli dan vanilla. Walaupun baunya manis, ianya terasa amat segar dan sesuai untuk penggunaan seharian.

Kelebihan:

  • Wangian yang feminin
  • Sesuai untuk penggunaan seharian
  • Terdapat sedikit aroma manis dan kepedasan yang seimbang

Kekurangan:

  • Kemanisan aromanya hilang setelah beberapa jam 

Harga: RM325.00

Terdapat di: Laman website Lancôme 

12. Issey Miyake A Drop D’Issey Eau De Parfum

minyak wangi perempuan issey miyake
Facts in a Flash
Issey Miyake A Drop D’Issey Eau De Parfum
Main Function: Haruman minyak wangi ini menawarkan aroma bunga-bungaan yang manis yang diseimbangkan dengan nota musky
Star Ingredients: Susu badam, ros damask, melati, bunga lawang, bunga oren, kasturi, vanila, ambroxan dan Atlas cedar

A Drop D’Issey Eau De Parfum oleh Issey Miyake mengandungi nota flora yang diserlahkan dengan campuran musky dan susu badam. Setiap ramuan untuk minyak wangi ini dipilih dengan teliti untuk mengurangkan kesannya pada alam sekitar. Haruman bunga ros merupakan nota utamanya yang diadun dengan bunga lilac dan orange blossom serta susu badam. Manakala aroma musky dari kayu cedar dan vanila pula merangkumi nota asasnya. Walaupun minyak wangi ini berbau bunga-bungaan, haruman tersebut diseimbangkan dengan nota musky. 

Kelebihan:

  • Haruman flora
  • Terdapat nota musky
  • Ramuan yang dipilih untuk mengurangkan kesan pada alam sekitar

Kekurangan:

  • Aromanya agak kuat bagi sesetengah orang

Harga: RM450.00

Terdapat di: Luxury Perfume

13. Marc Jacobs Fragrance Daisy Eau De Toilette

minyak wangi perempuan marc jacobs
Facts in a Flash
Marc Jacobs Fragrance Daisy Eau De Toilette
Main Function: Seperti namanya, minyak wangi ini merangkumi nota bunga yang memberikan pemakainya haruman floral yang manis
Star Ingredients: Buah beri liar, bunga violet putih, bunga jasmine dan kayu cendana

Dengan 4.5 rating bintang di Sephora, Marc Jacobs Fragrance Daisy Eau De Toilette minyak wangi yang popular untuk perempuan. Seperti namanya, produk ini dirumus dengan haruman bunga yang dicipta oleh Alberto Morillas. Nota minyak wangi ini merangkumi buah beri liar, bunga violet putih dan bunga jasmine untuk memberikan aroma flora yang lembut. Manakala, kayu cendana pula memastikan nota wangian ini kekal lama dengan aroma ala musky. 

Kelebihan:

  • Wangian berasaskan flora yang manis
  • Rekaan botol yang menarik
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Terdapat pengguna mengatakan bahawa haruman bunga tidak begitu kuat

Harga: RM480.00

Terdapat di: Sephora

14. Victoria’s Secret Bombshell Eau de Parfum

minyak wangi perempuan victoria's secret
Facts in a Flash
Victoria’s Secret Bombshell Eau de Parfum
Main Function: Minyak wangi ini memberikan haruman yang seksi dengan kombinasi nota bunga dan buah-buahan
Star Ingredients: Buah markisa, bunga shangri-la peony, orkid vanila dan sunstruck pine

Untuk mereka yang lebih menyukai aroma yang agak seksi, Victoria’s Secret Bombshell Eau de Parfum harus menjadi pilihan utama anda. Minyak wangi yang disukai oleh ramai wanita ini dirumus khas untuk memberikan haruman bunga yang diselitkan dengan aroma buah-buahan. Semasa semburan awal, anda akan dapati terdapat nota buah markisa dan sitrus. Kemudiannya, ianya diikuti dengan  nota utamanya iaitu bunga shangri-la peony sebelum disusuli dengan manisan orkid vanila. Manakala, sunstruck pine memastikan kelainan pada aromanya tanpa tandingan.

Kelebihan:

  • Aroma campuran flora dan buah-buahan
  • Wangian yang seksi
  • Dirumus dengan konsentrasi yang pekat

Kekurangan:

  • Ditawarkan dalam satu saiz sahaja

Harga: RM459.00

Terdapat di: Laman website Victoria’s Secret

15. L’Occitane Verbena Eau de Toilette

minyak wangi perempuan l'occitane
Facts in a Flash
L’Occitane Verbena Eau de Toilette
Main Function: Haruman ini menawarkan kelainan dengan wangian herba yang segar dan lembut
Star Ingredients: Ekstrak daun verbena organik, lemon, dan geranium

Meskipun minyak wangi untuk perempuan cukup sinonim dengan wangian flora, L’Occitane Verbena Eau de Toilette memberikan kelainan untuk mereka yang menyukai aroma herba yang segar. Dirumus dengan ekstrak daun verbena organik dari Provence, wangian ini mempunyai kesegaran seakan buah lemon dengan bau yang agak lembut tetapi tahan lama. Walaupun harganya agak mahal, ianya amat berpatutan kerana sukar untuk anda mendapat wangian yang manis dan segar seperti minyak wangi ini.

Kelebihan:

  • Bau yang lembut dan segar
  • Tahan lama
  • Aroma herba

Kekurangan:

  • Produk ini hanya ditawarkan dalam saiz 100 ml

Harga: RM290.00

Terdapat di: Laman website L’Occitane 

16. Hermès Un Jardin à Cythère

minyak wangi perempuan hermes
Facts in a Flash
Hermès Un Jardin à Cythère
Main Function: Diinspirasikan daripada pulau Kythira, Greece, ia memberikan wangian yang sensual namun segar serta tahan lama
Star Ingredients: Rumput, kayu zaitun, dan pistachio

Hermès Un Jardin à Cythère diinspirasikan daripada pulau Kythira yang terletak di Peloponnese, Greece. Minyak wangi ciptaan Christine Nagel ini menampilkan nota wangian yang sensual dan sitrus seperti kayu zaitun dan pistachio yang segar, menyelubungi anda dengan aroma segar. Selain rekaan botol kacanya yang cukup unik, ilustrasi kotak luarannya menggambarkan elemen Un Jardin à Cythère. Minyak wangi perempuan ini mempunyai bau yang lembut dan tahan lama. 

Kelebihan:

  • Aroma sensual dan sitrus
  • Rekaan botol kaca berbentuk tanglung yang ikonik
  • Terdapat dalam beberapa variasi saiz

Kekurangan:

  • Hanya boleh didapati di kedai Hermes sahaja

Harga: RM390 (30ml), RM538 (50ml) dan RM766 (100ml)

Terdapat di: Boleh didapati di kedai Hermès yang terpilih

17. Rabanne Fame Eau De Parfum

minyak wangi perempuan rabbane
Facts in a Flash
Rabanne Fame Eau De Parfum
Main Function: Haruman ini menawarkan wangian yang mewah ala avant-garde dengan komposisi nota yang manis dan segar
Star Ingredients: Melati, mangga dan kemenyan

Rabanne Fame Eau De Parfum merupakan wangian feminin yang menampilkan aroma ala wanita parisian. Dengan wangian kemewahan avant-garde, notanya mengandungi kombinasi melati, mangga dan kemenyan yang amat menggoda. Minyak wangi ini amat sesuai bagi mereka yang meminati aroma feminin yang tidak terlampau manis, kerana ia diseimbangkan dengan sitrus dan juga flora. 

Kelebihan:

  • Ramuan berasaskan semula jadi
  • Bahan-bahan yang mampan
  • Aroma feminin yang seksi

Kekurangan:

  • Wangian yang agak maskulin

Harga: RM510.00

Terdapat di: Sephora

18. Penhaligon’s Solaris Eau de Parfum

minyak wangi perempuan penhaligons
Facts in a Flash
Penhaligon’s Solaris Eau de Parfum
Main Function: Wangian yang diilhamkan dari kosmik alam semesta ini menawarkan kombinasi kemanisan dari bunga dan buah-buahan serta aroma yang elegan
Star Ingredients: Blackcurrant, bunga ylang ylang yang berkrim, kayu cendana dan vanila

Seperti namanya, Penhaligon’s Solaris Eau de Parfum diilhamkan dari kosmik alam semesta. Aroma wangiannya dimulai dengan blackcurrant dan diikuti dengan sejambak bunga ylang ylang yang berkrim. Kemudian, anda akan diselubungi dengan aroma kayu cendana dan kemanisan vanila. Rekaan botolnya yang elegan dihiasi dengan reben pada penutup dan kemasan emas. 

Kelebihan:

  • Aroma elegan dengan haruman manis serta sensual
  • Wangian yang tahan lama
  • Rekaan botol yang unik

Kekurangan:

  • Harga yang mahal

Harga: RM950.00

Terdapat di: Escentials KLCC

19. Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum

minyak wangi perempuan maison francis kurkdjian
Facts in a Flash
Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum
Main Function: Minyak wangi eksklusif ini mempunyai haruman yang mewah dengan gabungan aroma flora dengan kayu-kayuan
Star Ingredients: Melati, saffron, dan ambergris

Maison Francis Kurkdjian Baccarat Rouge 540 Eau de Parfum merupakan antara minyak wangi wanita yang amat popular. Meskipun harganya agak mahal, produk ini menjadi pilihan kerana aromanya yang menakjubkan serta keluarannya yang terhad. Nota wangiannya menggabungkan ramuan unik seperti melati, saffron, dan ambergris, menawarkan aroma flora dengan kayu-kayuan. 

Kelebihan:

  • Aroma wangian yang mewah
  • Keluaran terhad
  • Sesuai untuk semua acara

Kekurangan:

  • Harga yang agak mahal namun ramuannya berkualiti tinggi

Harga: RM1,250.00

Terdapat di: Laman website Maison Francis Kurkdjian

20. Le Labo Santal 33 Eau de Parfum

minyak wangi perempuan le labo
Facts in a Flash
Le Labo Santal 33 Eau de Parfum
Main Function: Wangian misteri dan sensualnya sesuai untuk lelaki dan wanita yang menyukai haruman haruman dan musky
Star Ingredients: Buah pelaga, bunga iris, bunga violet, cendana Australia, dan kayu cedar

Le Labo Santal 33 Eau de Parfum mempunyai haruman misteri yang sensual dan sesuai untuk semua jantina. Minyak wangi viral ini diperkaya dengan nota wangian dari pelaga dan floral seperti bunga iris dan violet. Manakala, kayu cendana dan cedar menggamit wangannya lagi dengan aroma musky.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jantina
  • Terdapat dalam empat jenis saiz
  • Boleh diperibadikan dengan ukiran

Kekurangan:

  • Julat harga yang tinggi

Harga: RM833.50

Terdapat di: Strawberrynet

21. Syahirah Vitalis Eau De Royale Couture

minyak wangi perempuan syahirah
Facts in a Flash
Syahirah Vitalis Eau De Royale Couture
Main Function: Minyak wangi yang tahan lama ini menampilkan haruman bunga-bungaan yang manis dan sensual
Star Ingredients: Bunga melati, oren, Lily of the valley, vanila dan orris

Adakah anda sedang mencari minyak wangi perempuan yang tahan lama di Watsons? Kami sarankan anda mencuba Syahirah Vitalis Eau De Royale Couture yang diilhamkan dari minyak wangi Chanel Coco Mademoiselle Eau De Toilette. Produk ini diwarnai dengan nota flora seperti bunga melati, oren dan Lily of the valley. Manakala, vanila dan orris mengimbangi haruman agar terasa sensual dan elegan. Meskipun harganya mampu milik, haruman yang ditawarkan adalah berkualiti tinggi.

Kelebihan:

  • Harga mampu milik
  • Wangian flora manis dan sensual
  • Tahan lama

Kekurangan:

  • Hanya ditawarkan dalam satu saiz botol sahaja

Harga: RM28.90

Terdapat di: Watsons

Pernahkah anda menggunakan minyak wangi perempuan yang kami senaraikan di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti Beauty Insider di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.