Adakah anda mengalami masalah kulit berminyak? Ternyata dengan keadaan cuaca seperti di Malaysia dan juga kulit berminyak membuatkan ramai daripada kita yang mengelakkan untuk menggunakan moisturizer. Namun tahukah anda bahawa moisturizer atau pelembap muka merupakan antara rutin penjagaan yang penting? Moisturizer dan kulit berminyak, mungkin dianggap kombinasi yang kurang baik. Namun, ianya ternyata salah kerana moisturizer merupakan produk penjagaan wajah yang amat penting untuk semua jenis kulit, termasuk yang berminyak.

Walaupun anda mungkin menganggapnya sebagai musuh, moisturizer terbukti berkesan memastikan wajah anda tampak flawless. Malahan, masalah pengeluaran sebum berlebihan juga dapat diatasi dengan penggunaan moisturizer yang sesuai bagi kulit berminyak. Walapun anda mengalami masalah sedemikian, kulit yang berminyak masih memerlukan moisturizer yang membantu mengatasi masalah kulit tersebut. Oleh itu, Beauty Insider telah menyenaraikan 18 moisturizer untuk kulit berminyak yang dapat membantu anda mendapatkan kulit wajah yang berseri.

Apakah Cara Memilih Moisturizer yang Sesuai untuk Kulit Berminyak?

Moisturizer-untuk-kulit-berminyak
Photo by Content Pixie on Unsplash

Sebelum anda membeli sesuatu moisturizer, ianya amatlah penting agar produk tersebut bersesuaian dengan wajah anda. Walaupun anda ingin mencuba pelbagai jenis moisturizer yang top di pasaran, tidak semuanya diformulasi untuk kulit jenis berminyak. Oleh itu, anda para beauties haruslah membuat perbandingan ramuannya agar segala masalah kulit wajah anda dapat diatasi. Tidak tahu apa kriteria dalam memilih moisturizer untuk kulit berminyak? Kami telah senaraikan beberapa point yang anda perlu utamakan apabila mencari moisturizer.

  • Memilih moisturizer untuk kulit berminyak yang dilabel non-comedogenic dan non-acnegenic
  • Mengandungi bahan yang membantu mengawal pengeluaran sebum seperti asid salisilik, asid laktik, acid glikolik, retinoid, asid hyaluronik, niacinamide, benzoyl peroksida dan sulfur.
  • Berasaskan gel atau air dengan formulasi bebas minyak
  • Elakkan menggunakan moisturizer untuk kulit berminyak yang mengandungi alkohol, petroleum, minyak mineral, vitamin E, lanolin dan minyak semula jadi

18 Moisturizer untuk Kulit Berminyak Yang Anda Perlu Cuba

1. SK-II Facial Treatment Essence

Dengan formulasi yang berkualiti tinggi, SK-II Facial Treatment Essence merupakan produk yang disukai oleh orang ramai termasuk barisan selebriti dan influencer. Dirumus dengan 90% Pitera, ramuan ajaib ini diperkaya dengan lebih 50 jenis mikronutrien seperti  vitamin, mineral, asid amino, dan asid organik yang membantu menyerikan kembali kulit wajah secara berkesan. Malahan, ianya juga memberikan kelebihan secara komprehensif dengan memudarkan cela dan tanda-tanda penuaan di wajah. Hanya dalam 14 hari, anda akan dapati kulit wajah anda tampak lebih anjal, lembut dan berseri. Jika anda impikan untuk mendapat kulit idaman anda, kami sarankan anda mencuba SK-II Facial Treatment Essence sekarang. 

Kelebihan: 

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Memudarkan cela 
  • Menganjalkan kulit wajah
  • Ramuan yang berkualiti tinggi

Harga: RM253.00 (75ml ), RM539.00 (160ml) dan RM759.00 (230ml) 

Terdapat di: Laman website SK-II 

2. Benton Aloe Propolis Soothing Gel

Dengan formulasinya yang berkualiti tinggi, Benton Aloe Propolis Soothing Gel merupakan pelembap muka untuk kulit berminyak yang diketahui keberkesanannya. Produk ini diperkaya dengan campuran propolis, 80% ekstrak aloe vera dari Jeju, ekstrak houttuynia cordata, ekstrak portulaca oleracea, dan ekstrak buah psidium guajava. Rumusannya diformulasi secara khas untuk memastikan kulit kekal hidrat untuk jangka masa lama tanpa kesan berminyak. Selain memberikan sensasi penyejukan, pelembap berasaskan gel ini juga membantu melegakan kerengsaan kulit dengan serta-merta. Anda juga tidak perlu risau akan sebarang iritasi kerana produk ini bersifat hipoalergenik, oleh itu ianya sesuai untuk semua jenis kulit. Hanya dengan sekali sapuan, ianya menyerap dengan jauh ke dalam kulit agar kulit wajah anda tampak berseri. 

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit wajah tanpa meninggalkan kesan berminyak atau melekit
  • Diuji secara dermatologi
  • Melegakan kerengsaan
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 

Harga: RM75.56 (Gunakan kod baucar BENTDFDAC untuk mendapat potongan sebanyak 20%)

Terdapat di: Shopee

3. Neutrogena Hydro Boost Water Gel

Neutrogena Hydro Boost Water Gel menjadi pilihan utama ramai yang mempunyai kulit berminyak kerana ianya diperkaya dengan asid hyaluronik yang memastikan kulit kekal lembap dan lembut selama 72 jam. Pelembap muka bebas minyak ini tidak diformulasi dengan alkohol dan tidak menyebabkan liang pori tersumbat, menjadikannya antara moisturizer untuk kulit berminyak yang terbaik di pasaran. Selain itu, ianya cepat diserap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan sebarang kesan berminyak.

Kelebihan:

  • Diuji oleh dermatologi
  • Bebas minyak
  • Sesuai digunakan sebelum memakai alat solekan
  • Melembapkan kulit selama 72 jam

Harga: RM73.40

Terdapat di: Watsons

4.La Roche Posay Effaclar Mat Moisturizer

La Roche Posay Effaclar Mat Moisturizer diperkaya dengan sebulyse yang membantu mengetatkan liang pori dan memberikan kemasan matte pada wajah anda. Tambahan lagi, ianya membantu membuatkan kulit tampak kurang berminyak sepanjang hari dan membuatkan pori kurang kelihatan. Dengan penggunaan berkala, kulit wajah anda akan nampak lebih berseri dan lembut.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji oleh dermatologi
  • Kesan serta merta

Harga: RM94.99

Terdapat di: Watsons

5.CORSX Oil-Free Ultra-Moisturizing Lotion with Birch Sap

Untuk mereka yang menyukai K-beauty, pasti anda mengetahui tentang kebaikkan CORSX Oil-Free Ultra-Moisturizing Lotion with Birch Sap. Pelembap wajah yang diformulasi bebas minyak ini, mengandungi vitamin dan antioksidan yang penting untuk memperbaiki kulit wajah. Selain itu, ianya juga diperbuat dengan getah pokok birch yang mampu mengekalkan lembapan kulit wajah pada tahap optimum.

Kelebihan:

  • Cepat diserap jauh ke dalam kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Formulasi bebas minyak
  • Mengekal lembapan kulit

Harga: RM83.00

Terdapat di: Watsons

6.Kiehl’s Ultra Facial Oil Free Gel Cream

Kiehl’s Ultra Facial Oil Free Gel Cream diformulasi secara khusus untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak. Malahan, ianya diuji bersesuaian untuk keadaan cuaca seperti di Malaysia. Pelembap berasakan gel ini, memastikan kulit wajah kekal lembap dalam tempoh 24 jam dan bebas minyak. Inaya juga mudah diserap dan membantu membuatkan liang pori tampak kurang kelihatan. Wajah anda akan terasa lebih segar, sihat dan lembut dengan Kiehl’s Ultra Facial Oil Free Gel Cream.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi alkohol, paraben dan pewangi
  • Memberikan lembapan intensif
  • Memastikan kulit kekal segar

Harga: RM136.00

Terdapat di: Laman website Kiehl’s

7.The Body Shop Seaweed Oil-Control Gel Cream

Jika anda masih mencari moisturizer untuk kulit berminyak, anda harus mencuba The Body Shop Seaweed Oil-Control Gel Cream. Diperkaya dengan rumpai laut dan vitamin E, krim pelembap muka ini membantu melembutkan serta melindungi kulit dan memastikan kemasan matte agar wajah tidak berkilat. Tambahan lagi, ianya mudah meresap ke dalam kulit dan menghidratkan wajah, menjadikan wajah anda kelihatan berseri dan sihat.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi
  • Mengandungi rumpai laut
  • Membantu atasi kulit berminyak
  • Bebas minyak

Harga: RM72.00

Terdapat di: Laman website The Body Shop

8. Laneige Water Bank Hydro Cream EX

Laneige Water Bank Hydro Cream EX merupakan rahsia kulit kekal berseri untuk mereka yang mempunyai kulit berminyak atau kombinasi. Diformulasi dengan ‘Green Mineral Water’ yang didapati dari sayuran seperti selada air, kale dan buah bit dan kemudiannya diekstrak menggunakan air laut, krim pelembap ini membantu melembapkan kulit secara efektif. Selain itu, ianya membantu mengekalkan kelembapan selama 24 jam dan tidak menyebabkan kulit berminyak.

Kelebihan:

  • Kulit tampak lebih berseri dan anjal
  • Mengandungi antioksidan
  • Sesuai untuk kulit berminyak

Harga: RM155.00

Terdapat di: Laman website Laneige

9. AIKEN Tea Tree Oil Moisturiser

Dirumus dengan minyak tea tree, AIKEN Tea Tree Oil Moisturiser berkesan mengawal pengeluaran sebum yang berlebihan dan membantu kulit agar bebas jerawat. Tambahan, krim pelembap muka ini tidak mengandungi pewarna, alkohol dan paraben. Ianya juga mudah meresap ke dalam kulit dan melembapkan kulit, agar kulit wajah anda lebih segar dan sihat.

Kelebihan:

  • Untuk kulit berminyak dan kombinasi
  • Bebas minyak
  • Mengawal pengeluaran sebum
  • Harga yang murah

Harga: RM15.80

Terdapat di: Guardian

10. Kora Organics By Miranda Kerr Purifying Moisturizer

Dengan penilaian sebanyak 4 bintang oleh pembeli di Sephora, Kora Organics By Miranda Kerr Purifying Moisturizer menjadi pilihan beauty junkie yang inginkan moisturizer untuk kulit berminyak yang terbaik. Ianya dirumus khas untuk mengawal kelembapan kulit, sekali gus membantu memastikan kulit anda bebas minyak. Diperkaya dengan ekstrak buah delima, lemon, aloe vera dan teh hijau, kulit wajah anda akan tampak lebih berseri dan bersih.

Kelebihan:

  • Mengandungi antioksidan
  • Mengawal kelembapan kulit wajah
  • Cepat diserap dan bertekstur ringan
  • Tidak mengandungi bahan yang berbahaya

Harga: RM190.00

Terdapat di: Sephora

11. Cetaphil Moisturizing Lotion

Sebut sahaja jenama ini, pasti ramai yang mengetahuinya, bukan? Cetaphil Moisturizing Lotion diformulasi dengan vitamin E and B5 yang membantu melembutkan kulit. Tambahan lagi pelembap ini juga tidak bersifat komedogenik, oleh itu ianya tidak menyumbat pori muka dan merengsakan kulit. Cetaphil Moisturizing Lotion juga memberikan kelembapan sehingga tempoh 24 jam.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi dan klinikal
  • Bebas pewangi dan paraben
  • Boleh digunakan sebagai krim pelembap badan

Harga: RM67.00

Terdapat di: Guardian

12. First Aid Beauty Ultra Repair Oil-Control Moisturizer

First Aid Beauty Ultra Repair Oil-Control Moisturizer mendapat penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora oleh mereka yang pernah menggunakannya. Untuk makluman, moisturizer untuk kulit berminyak ini diformulasi untuk memberikan kelembapan yang optimum tanpa menyebabkan kulit berminyak. Ianya juga mengandungi bahan yang membantu membuatkan liang pori tampak kurang kelihatan dan kulit wajah kekal matte sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Bebas dari ramuan yang berbahaya
  • Krim bebas minyak

Harga: RM202.00

Terdapat di: Ubuy

13. COSRX Aloe Vera Oil-Free Moisture Cream

Seterusnya ialah jenama K-Beauty yang merupakan cult favourite untuk mereka yang mencari moisturizer terbaik untuk kulit berminyak. Moisturizer bebas minyak ini mengandungi ekstrak aloe vera dan asid hyaluronik yang berkesan memberikan kelembapan intensif. COSRX Aloe Vera Oil-Free Moisture Cream juga melegakan kerengsaan dan iritasi kulit dalam sekelip mata. Ianya juga boleh digunakan pada tubuh badan anda atau sebagai masker muka.

Kelebihan:

  • Bersifat hipoalergenik
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Melegakan iritasi

Harga: RM69.00

Terdapat di: Shopee

14. Simple Water Boost Hydrating Gel Cream

Simple Water Boost Hydrating Gel Cream juga merupakan antara moisturizer untuk kulit kering yang efektif dan juga murah. Diformulasi dengan ekstrak botanikal dan vitamin, moisturizer bertekstur ringan ini membantu menyerikan kembali kulit wajah yang kusam. Ianya juga memberikan kelembapan selama 24 jam dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit termasuk kulit berminyak.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak mengandungi bahan yang merengsakan
  • Menyerap dengan pantas

Harga: RM35.50

Terdapat di: Watsons

15. Innisfree Green Tea Balancing Lotion EX

Untuk mereka yang sedang mencari moisturizer untuk kulit kering yang mempunyai konsistensi ringan dan berair, pastikan anda mencuba Innisfree Green Tea Balancing Lotion EX. Diperkaya dengan ekstrak daun teh hijau dari Jeju, moisturizer ini mengandungi tahap asid amino yang tinggi. Sekali gus, membantu menghidratkan kulit anda untuk tempoh yang lama. Dengan pengunaan konsisten, kulit wajah anda tampak lebih sihat, anjal dan berseri.

Kelebihan:

  • Bebas minyak
  • Konsistensi yang amat ringan
  • Ramuan yang berkualiti tinggi
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak atau melekit

Harga: RM70.00

Terdapat di: Laman website Innisfree

16. Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel

Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel mendapat rating sebanyak 4.5 bintang oleh 422 pengulas di Sephora dan rata-ratanya memuji kebaikkan moisturizer untuk kulit berminyak ini. Ianya diformulasi bebas minyak dan mengandungi ramuan penting yang membantu melembapkan kulit wajah anda. Tambahan lagi, Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel membantu menghalang tanda-tanda penuaan pada wajah seperti kedutan dan memastikan kulit anda tampak lebih anjal.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • Membantu menyerikan wajah

Harga: RM152.00

Terdapat di: Sephora

17. Ole Henriksen Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer

Dengan penilaian di Sephora sebanyak 4.5 bintang, Ole Henriksen Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer adalah rahsia kulit tampak lembap tanpa sebarang kesan kilauan. Moisturizer bebas minyak ini mengandungi asid salisilik dan LHA yang membantu mengecilkan liang pori-pori. Ianya juga berfungis untuk mendetokskan kulit agar bebas cela dan jerawat. Ole Henriksen Cold Plunge Pore Remedy Moisturizer juga memastikan kulit tampak lebih lembut dan awet muda.

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi kulit
  • Bertekstur ringan
  • Tidak mengandungi ramuan yang berbahaya
  • Mengawal pengeluaran sebum

Harga: RM245.00

Terdapat di: Sephora

18. Farmacy Daily Greens Oil-Free Gel Moisturizer with Moringa and Papaya

Farmacy Daily Greens Oil-Free Gel Moisturizer with Moringa and Papaya memberikan segala kebaikan dan kelebihan yang diperlukan jika anda mempunyai kulit jenis yang berminyak. Diperkaya dengan ekstrak betik dan moringa, moisturizer ini membantu mengawal lebihan sebum dan menyingkirkan kotoran di wajah. Manakala, asid hyaluronik memberikan kelembapan intensif. Dengan tekstur gelnya, Farmacy Daily Greens Oil-Free Gel Moisturizer with Moringa and Papaya melegakan iritasikulit dengan serta merta.

Kelebihan:

  • Vegan
  • Dirumus bebas minyak
  • Tidak mengandungi bahan yang merengsakan

Harga: RM200.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.