Sekarang ni, kalau anda baca apa-apa tentang rutin penjagaan wajah, produk dari Korea sememangnya antara pilihan orang ramai. Bagaimana orang kita tak suka dengan produk Korea? Kadangkala apabila menonton filem mereka, rasanya kita lebih khusyuk mengamati wajah barisan pelakon yang kelihatan lembut, halus dan boleh dikatakan perfect lah!

Produk penjagaan kulit dari Korea juga rata-ratanya dirumus untuk kesihatan kulit dan juga merawat masalah kulit agar tampak berseri. Tambahan lagi, rangkaian produk keluaran mereka cukup inovatif, membuatkan mereka antara negara yang menjadi peneraju industri kecantikan. Jika anda ingin tampak flawless macam idola K-pop kegemaran anda, jom tengok senarai produk penjagaan wajah Korea yang terbaik di pasaran.

Kenapa Rutin Penjagaan Kulit Wajah Mereka Unik?

Photo by Sora Shimazaki on Pexels

Untuk pengetahuan anda, kesihatan kulit bukan sahaja bergantung pada produk penjagaan kulit, malahan ia memerlukan lebih dari itu. Di negara mereka, lelaki dan perempuan melabur lebih kepada kulit mereka. Ia tidak bermakna membeli produk-produk yang mahal. Tetapi, perkara-perkara kecil yang diambil remeh pada orang kita. Itulah, kunci kepada kulit yang anjal dan sihat. Mereka masih menggunakan payung untuk melindungi kulit mereka dari matahari. The antioksidan juga membantu kulit mereka dari kelihatan tua.

Seterusnya, orang Korea jarang menggunakan sesuatu jenama produk sahaja. Oleh itu, syarikat-syarikat yang menghasilkan produk penjagaan kulit sentiasa cekap dan pantas. Mereka akan sentiasa menghasilkan produk yang berkuali tinggi. Ini kerana mereka tahu, pembeli produk penjagaan kulit di negara mereka akan sentiasa berwaspada akan produk-produk yang baru dan berkesan.

Anda tahu tak kenapa kulit mereka sangat licin dan sihat? Sebab mereka sentiasa mengutamakan penjagaan kulit dan bukan barangan kosmetik, terutamanya alat solek. Oleh itu, mereka berpegang teguh dengan konsep “skin first, makeup second”. Jadi, kita kena sama-sama amalkan konsep ini.

Senarai Produk Korea Terbaik Untuk Penjagaan Muka

1. The Face Shop Rice Water Bright Foaming Cleanser

“Cleansing foam” merupakan salah satu produk yang digunakan sebagai “double cleanser”. Produk ini memang disyorkan kepada anda yang sentiasa mengamalkan “double cleansing” dan tidak suka terasa kering pada permukaan kulit selepas cuci. Ia berhasil untuk mencuci segala kekotoran pada muka termasuk solekan dan minyak.

Selain itu, produk ini dipercayai dapat memberi “brightening effect” kepada pengguna. Jika anda kerap menggunakan pada setiap minggu dan secara konsisten. Produk yang dikhaskan untuk cucian muka ini juga dapat memberi penghidratan yang berkekalan. Dengan kesan penglembutan dan mengelak jerawat untuk tumbuh adalah sesuai untuk kulit yang sensitif juga.

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak beras
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menghasilkan busa yang kaya

Harga: RM 64.90

Terdapat di: The Face Shop

2. AXIS-Y CALAMINE Pore Control Capsule Serum

Dengan formulasinya yang berkualiti tinggi, tiada produk yang setanding dengan AXIS-Y CALAMINE Pore Control Capsule Serum. Rumusannya mengandungi gabungan ramuan penting seperti CALAMINE dan Tannin Complex HR yang merupakan ekstrak botanikal yang dipatenkan. Ramuan ini bekerjasama untuk mengecilkan liang pori serta mengurangkan lebihan sebum. Manakala, kapsul kelembapan pula berfungsi untuk meningkatkan keseimbangan minyak-air dalam kulit. Gunakan secara konsisten dan anda akan dapati kulit wajah anda tampak berseri tanpa cela.

Kelebihan:

  • Formulasi hipoalergenik
  • Mengawal lebihan sebum
  • Melegakan iritasi kulit

Harga: RM63.00

Terdapat di: Shopee dan TikTok

3. Dear Klairs Rich Moist Soothing Cream

Untuk memastikan kulit kita sentiasa lembap adalah kunci kepada kulit yang sihat. Oleh itu, Klairs Rich Moist Soothing Cream memberi anda kelembapan yang setimpal untuk kulit. Krim ini juga memberi kesan optimum yang berbeza-beza kepada setiap kulit yang berlainan jenis. Contohnya, untuk kulit kering, ia berkesan mengembalikan keseimbangan penghidratan untuk membantu menstabilkan kulit. Untuk kulit yang terasa panas, ia dapat menurunkan suhu untuk mengurangkan kemerahan dan mengurangkan penampilan pori-pori untuk menjadikan anda selesa pada kulit anda sendiri.

Kelebihan:

  • Melegakan kerengsaan dan iritasi
  • Mengunci kelembapan
  • Sesuai untuk kulit sensitif

Harga: RM110.00

Terdapat di: Sa Sa

4. Corsx Centella Water Alcohol-Free Toner

Antara toner yang bebas alkohol dan boleh diguna pakai oleh setiap orang yang mempunyai kulit yang berbeza jenis. Selalunya, produk yang canggih ini digunakan untuk merawat kulit yang rosak dan sensitif. Oleh kerana, ia dikandungi bahan-bahan botanik. Kebaikan bahan-bahan ini, ia dapat merawat keradangan selain memberi penghidratan kepada kulit. Sebab tu, bila anda guna toner yang bebas alkohol ini, ia dapat melembapkan dan melembutkan kulit.

Hal yang paling disukai kepada pengguna toner yang berkualiti tinggi ini adalah kesannya yang laju pada kulit muka anda. Berdasarkan review, ia dapat mengeringkan jerawat dengan sekali pakai sahaja. Jerawat anda akan kering dan yang paling best jerawat bernanah juga akan mudah kecut.

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi pada kulit
  • Tidak mengandungi alkohol
  • Kaya dengan ramuan yang memberikan kelembapan

Harga: RM65.00

Terdapat di: Watsons

5. Chobs Organic Rose Anti-Wrinkle Mask Pack

Face mask memainkan peranan yang besar untuk menghasilkan kulit yang lembap. Justeru itu, setiap mask mempunyai peranan yang tersendiri. Oleh itu, Chobs Organic Rose Anti-Wrinkle Mask Pack dikhaskan untuk merawat wajah bebas dari kedut. Ia adalah jaminan untuk mengetatkan dan memulihkan permukaan kulit. Kepada sesiapa yang ingin kekalkan awet muda anda, ini adalah face mask kepada wajah anda. Paling best, ia juga sesuai untuk setiap jenis kulit yang berbeza.

Sebab kenapa mereka meletakkan nama “Rose” kepada produk ini, adalah kerana ia mengandungi ekstrak mawar. Kegunaan ekstrak ini adalah sebenarnya untuk menjaga kulit anda dari gatal-gatal, kemerahan. Untuk pengetahuan anda, ekstrak mawar sering digunakan untuk merawat kulit yang sensitif.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan ekstrak bunga mawar
  • Memudarkan tanda-tanda penuaan
  • Melembapkan kulit serta-merta

Harga: RM156.75

Terdapat di: Shopee

6. Banila Co Clean It Zero Cleansing Balm

Cleansing balm merupakan produk yang dapat membuang sisa kotoran makeup dengan mudah. Kadang-kadang untuk membuang makeup ni perlukan beberapa cara supaya ia betul-betul bersih. Ada yang harus menggunakan kapas, ada yang harus menggunakan produk pembersih makeup dan seterusnya cuci muka sekali lagi dan macam-macam cara lagi. Tetapi, jenama Korea ni berjaya menghasilkan produk yang dapat mencairkan makeup pada muka anda.

Keunikkan produk ini, pada mulanya ia adalah dalam bentuk balm. Bentuk balm adalah seperti Vaseline atau lip balm. Selepas anda gesek padak tapak tangan, ia akan berubah kepada minyak dan kemudian cair pada muka anda. Selain itu, ia sesuai pada setiap jenis kulit dan tidak mengandungi warna tiruan.

Produk ini memang disyorkan untuk anda yang kerap menggunakan makeup dan ingin mencuci dengan cepat. Saya sebagai seseorang wanita yang selalu menggunakan makeup, memang kadang-kadang terasa malas untuk mencucinya. Lebih-lebih lagi, selepas penat bekerja sepanjang hari. Oleh itu, produk ini memang sesuai untuk anda yang sentiasa menggunakan makeup.

Kelebihan:

  • Menyingkirkan kesan solekan
  • Sesuai untuk rutin double cleansing
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi

Harga: RM109.00

Terdapat di: Sa Sa

7. COSRX Low pH Good Morning Gel Cleanser

Antara produk pencuci muka yang memang best dan sesuai untuk pelbagai jenis kulit kerana kandungannya yang rendah pH. Kulit mula rasa segar dan sangat mudah untuk buang kotoran. Pengguna setia produk ni pun dah memberi pelbagai review yang terbaik! Ramai bersetuju bahawa satu botol pencuci muka yang hanya 150ml ni boleh tahan lebih dari tiga bulan! Memang menjimatkan. Lebih-lebih lagi, produk ni berharga bawah dari RM50. Dan anda boleh menggunakan untuk jangka masa berbulan-bulan.

Dan paling best tentang produk CORSX ni. Mereka memang menitik beratkan permintaan pelanggan mereka. Ini kerana, pelanggan mereka memang suka akan produk pencuci muka yang rendah pH dan mereka telah mengeluarkan produk ni untuk beberapa bulan kemudian.

Selain itu, Iman Abdul Rahim merupakan peminat produk skincare yang sentiasa membuat review tentang produk penjagaan kulit di blognya juga ada mengatakan produk ni memang mesra dengan kilit sensitif. Ia tidak menggatalkan kulit anda dan melembutkan kulit wajah tanpa mengeringkannya.

Perkara yang best tentang produk ni juga ia dapat menanggalkan sunscreen dan juga makeup dengan mudah. Bukan senang untuk mencari produk pencuci muka yang boleh menanggalkan pelbagai sisa pada wajah kita. Kadang-kala, ada masanya kita harus menggunakan pelbagai produk pencuci untuk menanggalkan sisa produk pada wajah kita. Contohnya, sisa makeup harus menggunakan makeup remover dan kemudian menggunakan pencuci muka. Oleh itu, produk ni memang tepat sekali jika anda mencari pencuci muka yang boleh mencuci segala sisa kotoran pada muka anda.

Kelebihan:

  • Nilai pH yang rendah
  • Tidak menyebabkan kulit terasa kering setelah dibersihkan
  • Membersihkan secara mendalam

Harga: RM49.00

Terdapat di: Watsons

8. Beauty Of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics SPF50+ PA++++ 

Rutin kecantikan anda pasti tidak lengkap tanpa pelindung suria dan Beauty Of Joseon Relief Sun : Rice + Probiotics SPF50+ PA++++ adalah antara produk Korea yang viral di media sosial. Diperkaya dengan 30% ekstrak beras dan ekstrak bijirin yang ditapai, ramuan ini membantu melembapkan kulit. Produk ini juga tidak meninggalkan kesan melekit atau kemasan putih, malahan ia memastikan kulit anda tampak berseri ala glass skin

Kelebihan:

  • Mengandungi SPF50
  • Tidak meninggalkan kesan putih
  • Melembapkan kulit

Harga: RM69.90

Terdapat di: Watsons 

9. Laneige Water Sleeping Mask EX Sleeping Micro Biome™

Senarai produk penjagaan kulit dari Korea terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Laneige Water Sleeping Mask EX Sleeping Micro Biome™. Produk kegemaran ramai ini mengandungi kompleks pro-biotik dan biom mikro yang bekerjasama untuk menguatkan sistem pertahanan kulit agar tampak berseri. Masker ini memberikan kelembapan intensif semalaman dan melembutkan kulit apabila anda terjaga pada waktu pagi.

Kelebihan:

  • Formulasi hipoalergenik
  • Menguatkan sistem lapisan pertahanan kulit
  • Melembapkan kulit

Harga: dari RM55.00

Terdapat di: Sephora

10. INNISFREE Collagen Green Tea Ceramide Bounce Cream

Ingin kulit wajah tampak anjal? INNISFREE Collagen Green Tea Ceramide Bounce Cream dikuasakan dengan 60 billion liposom kolagen berkapsul yang meresap jauh ke dalam kulit. Manakala, ceramide yang diekstrak daripada biji minyak teh hijau pula membantu melembapkan kulit wajah. Tekstur krimnya juga amat ringan dan tidak meninggalkan kesan berminyak.

Kelebihan:

  • Menganjalkan kulit
  • Memastikan kulit kekal lembap
  • Tidak menyebabkan iritasi 

Harga: RM170.00

Terdapat di: laman website INNISFREE

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.