Ingin dapatkah kulit badan yang tampak berseri dan lembut? Walaupun rutin penjagaan wajah penting, anda haruslah menitikberatkan penjagaan badan dengan seimbang juga. Meskipun rutin tersebut cukup sekadar sabun badan, skrub dan pelembap, produk-produk yang anda miliki haruslah berkualiti tinggi untuk memastikan kesan yang efektif. Memang nampak mudah tetapi produk pencuci badan bukan sahaja membantu menyingkirkan kotoran, malahan ianya juga berkesan membuatkan kulit anda tampak berseri dan lembut. Sudah tiba masanya anda menukar produk penjagaan badan anda khususnya sabun badan dengan yang lebih baik. Kami telah menyenaraikan produk pencuci badan terbaik di Malaysia yang berkesan membersihkan kulit secara mendalam dan memastikan badan anda kekal wangi sentiasa. 

Cara Memilih Produk Pencuci Badan Yang Sesuai

Photo by Matthew Tkocz on Unsplash

Meskipun ramai orang lebih suka memilih pencuci badan yang direkomendasikan oleh orang lain. Kadang-kala produk tersebut mungkin tidak sesuai untuk anda. Oleh itu, terdapat beberapa tips untuk memilih produk pencuci badan yang sesuai dengan anda.

Jenis Kulit Anda 

Walaupun terdapat banyak produk pencuci badan di pasaran, tidak semuanya sesuai dengan jenis kulit anda. Oleh itu, anda haruslah menitik beratkan masalah kulit yang anda hadapi apabila memilih produk yang bersesuaian. Dengan cara ini juga, anda dapat mengurangkan risiko berlakunya kesan sampingan seperti iritasi atau kulit kering. 

Formulasi 

Rumusan sesuatu produk memainkan peranan yang penting dalam keberkesanannya. Anda perlu menjauhi produk yang mengandungi bahan-bahan sintetik. Selain mengutamakan produk yang mempunyai formulasi pH seimbang,  pastikan pencuci badan tersebut tidak dirumus dengan paraben, pewangi tiruan, sulfat dan lain-lain. Sebaliknya, pencuci badan yang anda guna haruslah mengandungi bahan-bahan yang melembapkan seperti mentega shea, minyak kelapa dan lain-lain untuk membantu membersihkan kulit dengan lembut. 

Bersifat Anti Bakteria

Adakah masalah bau badan membelenggu anda? Antara fungsi untuk produk pencuci badan adalah untuk mengurangkan bau badan. Oleh itu anda disarankan untuk menggunakan produk yang mempunyai kelebihan anti-bakteria  untuk membunuh kuman yang  menjadi penyebab utamanya bau badan. 

Senarai Produk Pencuci Badan Terbaik di Malaysia 2022

1. Summerie Passion Fruit Refreshing Body Wash 

Summerie Passion Fruit Refreshing Body Wash merupakan antara pencuci badan yang menjadi pilihan orang ramai. Produk ini diperkaya dengan ramuan yang penting untuk kulit seperti ekstrak buah markisa dan minyak biji bunga matahari yang organik. Dengan ekstrak buah markisa sebagai ramuan utamanya, bahan ini mengandungi antioksidan untuk memastikan kulit badan kekal anjal dan mempercepatkan pertumbuhan semula sel kulit. Manakala  minyak biji bunga matahari organik pula mengandungi omega 9 yang membantu melembutkan dan menyerikan kembali kulit yang kusam. Yang paling best, produk ini turut mempunyai sifat anti-bakteria yang mampu membuatkan badan anda kekal wangi walaupun seharian di luar. 

Kelebihan:

  • Dirumus dengan 98% bahan semula jadi
  • Berkesan membersihkan kulit badan dari segala kotoran
  • Menghilangkan bau badan

Harga: RM17.90

Terdapat di: Guardian 

2. The Body Shop British Rose Shower Gel

The Body Shop British Rose Shower Gel dirumus dengan 92% peratus bahan semula jadi termasuk ekstrak bunga ros dan ekstrak aloe vera yang organik. Gel mandian ini mempunyai aroma flora yang wangi dengan campuran bunga ros, musk dan bergamot. Produk ini menghasilkan busa sabun banyak yang membantu menyingkirkan segala kotoran dengan mudah. Selain itu, botolnya yang diperbuat daripada plastik yang dikitar boleh dikitar semula.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diuji secara dermatologi
  • Diperakui oleh The Vegan Society

Harga: RM38.00

Terdapat di: Laman website The Body Shop

3. Lux Magical Orchid Body Wash 

Lux Magical Orchid Body Wash merupakan antara sabun mandi yang paling wangi dari jenama terkemuka ini. Diperbuat dengan Teknologi Lux Everscent Fragrance, produk ini memberikan bau wangian yang tahan lama sehingga 24 jam. Ciri-ciri harumannya diwakili dengan nota bunga orkid hitam, bunga peony dan vanilla. Anda hanya perlukan setitik pencuci badan ini, kemudiannya gunakannya bersama penggosok tubuh atau loofah.

Kelebihan:

  • Wangian yang tahan sehingga 24 jam
  • Berkesan mengawal bau badan
  • Membersihkan secara mendalam 

Harga: RM19.90

Terdapat di: Watsons 

4. Dettol Shower Gel Original

Sebut sahaja produk pencuci badan terbaik, Dettol Shower Gel Original pastinya muncul di buah fikiran orang ramai. Formulasinya bukan sahaja bebas sabun, malahan ianya mempunyai pH yang seimbang untuk kesihatan kulit. Selain perlindungan terhadap kuman yang optimal, pencuci badan ini turut memberikan sensasi mentol yang menyejukkan agar badan anda segar sentiasa.  Dengan perlindungan bau selama 12 jam, anda tidak perlu risau akan bau badan yang tidak menyenangkan apabila anda di luar. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Formulasi bebas sabun
  • Diperkaya dengan bahan semula jadi

Harga: RM22.30

Terdapat di: Watsons 

5. Shokubutsu Shok Mochi Hada Glow Radiance Body Shower Lotion

Shokubutsu Shok Mochi Hada Glow Radiance Body Shower Lotion menampilkan formulasi inovatif yang membolehkan produk ini digunakan pada wajah dan juga badan hanya dalam sekali langkah. Dirumus dengan Teknologi Japanese Moisture-Lock, ianya  berkesan mengunci kelembapan agar kulit kekal terhidrat walau dibersihkan secara mendalam. Produk ini diperkaya dengan tiga bahan iaitu minyak tsubaki, ekstrak beras yang ditapai dan minyak dedak beras agar kulit lembut umpama mochi. Sabun mandi ini juga sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan pada wajah dan badan
  • Tidak komedogenik 

Harga: RM21.80

Terdapat di: Watsons 

6. Ginvera Spa Shower Scrub Lavender 

Ginvera Spa Shower Scrub Lavender diperkaya khas dengan campuran cecair bio-tenaga, asid amino bio mineral (BMA), ekstrak lavender dan chamomile. Ramuan ini berkesan membantu membersihkan kulit secara lembut. Malahan, ianya juga mengandungi kelebihan anti bakteria untuk menghalang bau badan. Ekstrak lavender dan chamomile bekerjasama untuk melembutkan kulit yang kasar, menyerikan kusam, melegakan kerengsan dan memastikan kulit kekal lembap. Produk pencuci badan ini juga didatangkan dengan mircobeads untuk membuang sel kulit mati. 

Kelebihan:

  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Bersifat anti-bakteria
  • Melembutkan kulit badan yang kasar

Harga: RM16.90

Terdapat di: Guardian 

7. Fenty Skin Cocoa Cleans’R Soothing All-Over Cleansing Bar

Produk pencuci badan terbaik seterusnya yang menjadi pilihan ramai adalah Fenty Skin Cocoa Cleans’R Soothing All-Over Cleansing Bar. Sabun buku ini serba boleh kerana boleh digunakan untuk membersihkan kulit wajah dan juga badan tanpa menyebabkan kekeringan. Ianya diperkaya dengan campuran bahan penting seperti minyak kelapa, minyak baobab, mentega shea, mentega koko,vitamin E dan ekstrak plantain. Hanya dengan sekali penggunaan, anda akan dapati kulit anda tampak bersih, berseri dan lembut. 

Kelebihan:

  • Boleh digunakan untuk kulit wajah dan badan
  • Melembapkan kulit kering
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora 

8. Dove Shower Sensitive Skin

Dove Shower Sensitive Skin merupakan sabun mandi yang diformulasi khas untuk kulit sensitif. Ianya mengandungi teknologi NutriumMoisture™ yang berfungsi melembapkan kembali kulit dengan nutrien yang hilang. Selain menguatkan sistem perlindungan kulit, pencuci badan ini juga memastikan kulit tampak lembut dan berseri dengan hanya sekali penggunaan. Dengan formulasi hipoalergenik, anda tidak perlu risau akan sebarang kesan sampingan seperti kekeringan atau kegatalan kulit. 

Kelebihan:

  • Khas untuk kulit sensitif
  • Melembapkan kulit secara intensif
  • Hipoalergenik

Harga: RM25.90

Terdapat di: Watsons 

9. Lifebuoy Total 10 Body Wash 

Lifebuoy Total 10 Body Wash memberikan perlindungan komprehensif terhadap bakteria dengan efektif. Diperkaya dengan Active5, ramuan anti-septik ini membasmi kuman sebanyak 99.9%.  Produk ini turut menyingkirkan kotoran dan lebihan minyak pada liang pori kulit agar bersih. Jika anda lebih menyukai produk pencuci badan yang berasaskan anti-bakteria, Lifebuoy Total 10 Body Wash  amat sesuai untuk anda. 

Kelebihan:

  • Membasmi kuman
  • Membersihkan kotoran dan lebihan sebum
  • Sesuai untuk mereka yang melakukan aktiviti lasak

Harga: RM21.50

Terdapat di: Watsons 

10. SAFI Antibacterial Shower Serai Lime Splash

Dengan ekstrak limau dan serai, SAFI Antibacterial Shower Serai Lime Splash memastikan segala kotoran pada kulit badan disingkirkan dengan berkesan. Bahan semula jadi termasuk serai dan ekstrak limau membantu melegakan kerengsaan pada kulit. Malahan, aromanya turut membuatkan badan anda terasa segar untuk jangka masa yang lama. Anda juga tidak perlu risau akan iritasi kerana produk ini tidak mengandungi alkohol dan juga paraben.

Kelebihan:

  • Bebas alkohol dan paraben
  • Membasmi kuman
  • Melegakan kerengsaan pada kulit 

Harga: RM19.80

Terdapat di: Shopee 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.