Sebut sahaja jerawat pasti ramai yang stress, bukan? Yelah, masalah kulit berjerawat ini bukan sahaja dialami oleh para remaja tetapi golongan dewasa juga. Pasti semua orang mahukan kulit wajah yang tampak flawless dan tanpa cela. Namun, jerawat yang tumbuh secara tiba-tiba pastinya memberi kesan pada diri kita. Ditambah pula dengan parut kekal dan kesan kemerahan, ianya sudah semestinya memberi impak pada tahap keyakinan diri kita. Usah risau kerana anda tidak keseorangan. Untuk memastikan jerawat berkurangan, anda haruslah mempunyai rutin penjagaan wajah yang lengkap terutamanya pencuci muka, toner dan pelembap yang sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat.

Pendek kata, produk kecantikan yang anda gunakan perlu bersesuaian dengan jenis kulit anda. Pencuci wajah merupakan rutin pertama dalam proses ini dan ianya juga amat penting. Walaupun dianggap kurang penting, pencuci muka untuk jerawat yang terbaik mampu memberikan kesan jangka panjang pada keadaan kulit anda. Untuk memastikan anda memilih pembersih wajah yang tepat, Beauty Insider telah menyenaraikan 20 pencuci muka untuk jerawat yang disukai kerana keberkesanannya.

Apakah Punca-Punca Berlakunya Kulit Berjerawat?

Tahukah anda terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada terjadinya jerawat? Walaupun, kulit berjerawat sering disalahertikan sebagai kurang penjagaan pembersihan, namun ianya ternyata salah. Malahan terdapat juga kepercayaan bahawa jerawat berlaku disebabkan pengambilan makanan seperti coklat atau makanan yang berminyak. Untuk makluman anda, makanan tersebut tidak memberikan kesan pada pertumbuhan jerawat di wajah. Jika anda ingin mengelakkan masalah jerawat daripada berulang, anda haruslah mengenal pasti faktor utamanya.

  • Suka memicit jerawat
  • Rutin penjagaan wajah yang tidak sesuai atau teratur
  • Menggunakan alat solek seperti berus yang kotor
  • Stress atau tekanan perasaan
  • Kerap menyentuh wajah dengan tangan
  • Diet pemakanan yang tidak seimbang
  • Perubahan hormon
  • Pengambilan sesetengah ubatan

Selalunya, jerawat muncul disebabkan empat perkara iaitu lebihan sebum pada wajah, bakteria, keradangan dan juga pori yang tersumbat akibat sel-sel kulit mati atau minyak. Faktor-faktor ini menyebabkan terjadinya masalah jerawat pada wajah anda tidak kira blackhead, whitehead ataupun akne.

Apakah Kebaikkan Menggunakan Pencuci Muka untuk Jerawat?

Produk penjagaan wajah yang bersesuaian dan masalah kulit dan juga jenis kulit kita mampu memberikan kesan yang ketara. Oleh itu, penggunaan pembersih muka unuk kulit yang berjerawat juga berkesan kerana ianya memberikan kelebihan tertentu.

  • Membersihkan wajah dari kotoran dan juga sebum
  • Memastikan produk penjagaan wajah dapat diserap jauh ke dalam kulit
  • Menyediakan wajah untuk rutin seterusnya
  • Mengurangkan risiko jerawat berulang
  • Memudarkan kemerahan atau keradangan

Tips Memilih Pencuci Muka untuk Jerawat

Photo by Sarah Chai from Pexels

Pencuci muka untuk jerawat amat berkesan untuk mengurangkan risiko jerawat berulang dan simptomnya. Oleh itu, anda haruslah memastikan anda memilih produk yang terbaik. Kami telah senaraikan beberapa tips yang anda perlu mengambil kira dalam pemilihan pencuci muka untuk jerawat.

  • Utamakan produk yang mengandungi asid salisilik, asid glikolik dan benzoyl peroksida
  • Untuk mereka yang mengalami masalah jerawat dan juga kulit kering, pastikan anda menggunakan pencuci muka untuk jerawat yang dirumus dengan ceramide
  • Pastikan produk tersebut dilabel tidak komedogenik
  • Jauhi pencuci muka untuk jerawat yang mengandungi bahan-bahan iritasi seperti alkohol atau paraben
  • Gunakannya beberapa kali seperti yang disarankan oleh produk tersebut
  • Pilihlah pencuci muka untuk jerawat yang bertekstur gel mahupun mengandungi tanah liat

20 Pencuci Muka untuk Jerawat yang Berkesan Membersihkan Wajah dan Mengawal Lebihan Sebum

1. Biretix Cleanser

Biretix Cleanser diformulasi secara khusus untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan berminyak. Diperkaya dengan Teknologi RetinSphere, ianya mengandungi retinol tanpa mengakibatkan kesan iritasi pada kulit. Manakala, BIOPEP-15 pula membantu menghalang pembiakan bakteria. Pencuci muka untuk jerawat ini berkesan memebrsihkan wajah dengan efektif tanpa mengeringkan kulit. Ianya juga mengawal lebihan minyak pada wajah dan memastikan kulit kekal segar.

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan sebum
  • Menghalang bakteria
  • Tidak mengeringkan kulit

Harga: RM90.00 (Harga asal RM120.00)

  Add to cart

2. Exuviance Professional Clarifying Facial Cleanser

Exuviance Professional Clarifying Facial Cleanser mengandungi ramuan penting seperti asid salisik, asid mandelik dan asid glikolik. Campuran bahan-bahan ini berkesan merawat dan juga mengelakkan jerawat berulang. Pencuci muka untuk jerawat ini tidak dirumus dengan sabun dan pewangi. Ianya menghasilkan busa yang membersihkan wajah secara lembut tanpa kesan iritasi.

Kelebihan:

  • Bahan yang penting
  • Bebas sabun dan pewangi
  • Mengecilkan liang pori
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati

Harga: RM150.00 (Harga asal RM200.00)

  Add to cart

3. Face Republic Calming Acne Salicylic Cleanser

Jenama seterusnya merupakan pilihan ramai para Beauties! Face Republic Calming Acne Salicylic Cleanser diperkaya dengan campuran bahan penting yang berkesan membersihkan segala kotoran dan juga sebum pada wajah. Dengan formulasi yang melegakan iritasi dan keradangan, ianya amat sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat. Ianya juga memastikan tahap pH wajah yang seimbang dan mengawal lebihan minyak pada kulit.

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi dan keradangan akibat jerawat
  • Dirumus dengan asid salisilik
  • Mengurangkan jerawat

Harga: RM45.90

  Add to cart

4. Garden of EDEN Rosa T Mild Gel Cleanser

Untuk mereka yang tercari-cari pencuci untuk jerawat yang travel friendly, anda pasti menyukai Garden of EDEN Rosa T Mild Gel Cleanser! Diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan witch hazel, ianya membantu membersihkan wajah dan mengawal lebihan sebum. Selain itu, produk ini juga memastikan kulit segar dan bebas cela. Dengan formulasi uniknya, pencuci muka ini sesuai untuk mereka yang mengalami kulit sensitif mahupun berjerawat.

Kelebihan:

  • Saiz yang kecil
  • Bebas bahan berbahaya
  • Mengawal lebihan minyak

Harga: RM20.60

  Add to cart

5. Daughters Of Malaya Charcoal Oil Cleansing Gel

Daughters Of Malaya Charcoal Oil Cleansing Gel merupakan produk lokal yang menjadi pilihan ramai. Ianya mempunyai tekstur campuran minyak dan juga gel yang berkesan membersihkan segala kotoran di wajah. Malahan, ianya juga sesuai untuk membuang kesan solekan yang degil. Anda boleh menggunakan produk ini sebagai pembersih pertama untuk double cleansing.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Membersihkan kotoran dan solekan
  • Tidak meninggalkan kesan kekeringan dan iritasi

Harga: RM52.00

  Add to cart

6. HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash

HADA LABO Super Hyaluronic Acid Hydrating Face Wash merupakan kesukaan buat peminat J-beauty! Dirumus dengan asid hyaluronik, ianya membantu mengekalkan kelembapan intensif pada wajah. Sekaligus, membuatkan kulit anda tampak lebih berseri dan anjal. Ianya juga membersihkan wajah dari kotoran dan sebum yang menyumbatkan liang pori-pori dengan berkesan.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit
  • Bebas bahan berbahaya seperti alkohol, pewarna dan pewangi
  • Mengekalkan tahap pH yang seimbang

Harga: RM28.89

Terdapat di: Shopee

7. Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Foam

Some By Mi 30 Days Miracle Acne Clear Foam merupakan antara pencuci muka untuk jerawat yang terbaik di watsons. Ianya dirumus dengan tiga jenis ramuan penting iaitu AHA, BHA dan PHA yang membantu membuang sel kulit mati dan menyerikan kembali wajah yang kusam. Ianya menghasilkan buih yang membantu membuang segala kotoran di wajah secara mendalam.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati
  • Melembapkan kulit

Harga: RM79.00

Terdapat di: Watsons

8. COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser

Ingin dapatkan kulit flawless sepert K-pop artis? Anda harus cuba COSRX Salicylic Acid Daily Gentle Cleanser! Produk ini diformulasi dengan asid salisik dan juga bahan botanikal yabg membantu membersihkan kotoran serta lebihan minyak. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati kulit anda bebas cela dan juga jerawat. Ianya diformulasi dengan ramuan yang terasa sungguh lembut pada wajah tanpa kesan iritasi.

Kelebihan:

  • Dirumus dengan asid salisik
  • Melegakan iritasi
  • Bau yang menyenangkan

Harga: RM49.00

Terdapa di: Watsons

9. CETAPHIL Gentle Skin Cleanser For Face Body

CETAPHIL Gentle Skin Cleanser For Face Body merupakan pencuci muka untuk jerawat yang terbaik di pasaran. Ianya juga disukai oleh ramai orang dan juga dianggap cult favourite. Ianya membersihkan kotoran di wajah secara lembut tanpa menyebabkan kulit terasa kering. Produk serbaguna ini juga boleh digunakan untuk badan dan juga wajah. Tanpa sebarang ramuan berbahaya, ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk bayi.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Serbaguna
  • Melembutkan kulit
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya

Harga: RM25.12

Terdapat di: Shopee

10. Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash

Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash diperkaya dengan ramuan herba seperti ekstrak neem dan juga kunyit yang diketahui keberkesannya dalam membunuh bakteria. Pencuci muka untuk jerawat yang bebas sabun ini membersihkan wajah anda secara lembut. Ianya juga berkesan menghalang masalah jerawat berulang. Jika anda sedang mencari produk yang terbaik untuk jerawat, anda seharusnya mencuba pembersih wajah ini.

Kelebihan:

  • Antibakteria
  • Ramuan herba
  • Mengawal lebihan sebum

Harga: RM33.30

Terdapat di: Watsons

11. Tatcha The Deep Cleanse

Tatcha The Deep Cleanse merupakan gel pembersih muka 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai skrub wajah. Ianya diperkaya dengan ekstrak bunga mawar dari Jepun dan asid amino yang membantu membersihkan liang pori-pori secara mendalam sambil memastikan kulit kekal terhidrat. Dengan ekstrak buah luffa, pencuci muka ini menyingkirkan sel kulit mati agar kulit wajah kekal lembut dan bebas parut. Formulasinya amat sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis normal, kombinasi, kering dan juga berminyak.Malahan ianya juga sesuai digunakan oleh lelaki. 

Kelebihan:

  • Boleh dikitar semula
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Membuang lebihan minyak

Harga: RM185.00

Terdapat di: Sephora 

12. Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser

Drunk Elephant Beste™ No. 9 Jelly Cleanser dirumus secara khas untuk menyingkirkan kotoran, solekan dan lebihan minyak pada wajah, menjadikannya antara pencuci muka untuk kulit berjerawat yang terbaik. Dengan nilai pH 5.5, formulasinya amat lembut pada kulit tanpa menyebabkan kekeringan. Selain itu, produk ini juga tidak mengandungi bahan yang menyebabkan kerengsaan kulit seperti SLS, alkohol, silikon dan juga pewangi tiruan. 

Kelebihan:

  • Mengunci kelembapan kulit
  • Formulasi yang lembut
  • Berkesan membersihkan solekan dan kotoran

Harga: RM80.00

Terdapat di: Sephora 

13. Garnier Men Acno Fight Foam

Garnier Men Acno Fight Foam diperkaya dengan ekstrak herba dan asid salisilik yang membantu melawan enam tanda pertumbuhan jerawat. Pencuci muka yang diformulasi secara khas untuk lelaki ini juga mempunyai dwifungsi sebagai skrub muka untuk mengurangkan lebihan minyak, bintik hitam, mengecilkan liang pori dan parut jerawat. Ianya juga memberikan sensasi yang sejuk apabila digunakan agar kulit wajah anda terasa segara. 

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Diformulasi khas untuk lelaki
  • Mengecilkan liang pori-pori

Harga: RM11.63

Terdapat di: Watsons 

14. Mentholatum Acnes Creamy Wash

Mentholatum Acnes Creamy Wash merupakan pencuci muka yang dirumus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan berjerawat. Ianya mengandungi asid salisilik untuk membersihkan liang pori dan mencegah jerawat. Manakala ekstrak avokado pula membantu melegakan kerengsaan. Campuran vitamin C dan E pula memudarkan parut jerawat dan mencerahkan kulit kusam agar wajah anda tampak berseri. 

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan minyak
  • Tahap pH semula jadi
  • Mengandungi asid salisilik

Harga: RM19.90

Terdapat di: Watsons 

15. Fresh Soy Face Cleanser

Dengan rating yang tinggi, Fresh Soy Face Cleanser adalah pencuci muka untuk kulit berjerawat yang digemari oleh orang ramai. Ianya dirumus dengan ekstrak protein soya yang membantu membersihkan wajah secara berkesan dari kotoran dan juga solekan yang kali air. Formulasinya terbukti mengekalkan nilai pH wajah dan memastikan kulit kekal lembap setelah dibersihkan. 

Kelebihan:

  • Berkesan membersihkan solekan
  • Melembutkan kulit wajah
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora 

16. Philosophy Purity Pore Purifying Foam Cleanser

Dapatkan kulit bebas cela dengan Philosophy Purity Pore Purifying Foam Cleanser. Rumusannya merangkumi asid glikolik dan enzim betik yang membantu membersihkan kotoran pada liang pori serta sel kulit mati. Manakala, campuran gliserin, witch hazel yang disuling dan sodium PCA pula memastikan kulit kekal terhidrat dan liang pori tampak kecil. Pencuci muka terbaik ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan juga jerawat.

Kelebihan:

  • Menyingkirkan kotoran dalam liang pori
  • Memastikan kulit kekal lembap
  • Bebas daripada bahan iritasi

Harga: RM109.00

Terdapat di: Sephora 

17. Clinique For Men Face Wash 

Dengan rating yang tinggi di Sephora, Clinique For Men Face Wash merupakan antara pencuci muka terbaik untuk jerawat bagi lelaki. Produk ini menampilkan formulasi yang membantu membersihkan wajah dari kotoran dan lebihan sebum dengan berkesan. Anda juga boleh menggunakannya sebagai langkah pertama untuk membersihkan wajah sebelum mencukur. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak menyebabkan kulit terasa kering
  • Rumusan khas untuk lelaki

Harga: RM104.00

Terdapat di: Sephora 

18. Safi Acne Solutions 3-in-1 Cica Micellar Gel Cleanser

Adakah anda sedang mencari pencuci muka untuk jerawat bagi remaja? Safi Acne Solutions 3-in-1 Cica Micellar Gel Cleanser dirumus untuk menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan kulit dari segala kotoran agar wajah anda tampak berseri. Diperbuat dengan teknologi rapid action, produk ini mengandungi campuran PHA, BHA, cica dan ekstrak neem yang membantu mengawal jerawat serta melegakan kerengsaan pada kulit. 

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Diuji secara dermatologi
  • Mengekalkan kelembapan kulit

Harga: RM8.80

Terdapat di: Shopee

19. Farmacy Green Clean Makeup Meltaway Cleansing Balm 

Jika anda lebih meminati pembersih muka yang bertekstur balm, kami sarankan anda mencuba Farmacy Green Clean Makeup Meltaway Cleansing Balm. Produk ini berkesan menanggalkan solekan serta kotoran pada wajah tanpa membuatkan kulit anda terasa kering. Ia diperkaya dengan ramuan penting untuk kesihatan kulit seperti ekstrak minyak bunga matahari, akar halia, ekstrak betik serta campuran minyak pati limau, bergamot dan oren. Anda juga boleh menggunakannya untuk double cleansing sebelum diikuti dengan pembersih wajah yang bersifat foam atau gel. 

Kelebihan:

  • Berkesan menanggalkan solekan
  • Rumusan bebas bahan iritasi
  • Membersih tanpa kesan berminyak

Harga: RM115.00

Terdapat di: Sephora

20. Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Foaming Wash

Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Foaming Wash dirumus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak dan berjerawat. Pencuci muka untuk jerawat ini membersihkan kulit dari kotoran dan lebihan sebum agar liang pori anda kekal bersih. Selain mengawal jerawat, produk ini juga berkesan untuk melegakan kerengsaan pada kulit akibat jerawat. 

Kelebihan:

  • Khas untuk kulit berminyak dan berjerawat
  • Rumusan yang lembut pada kulit tetapi efektif
  • Membersihkan kulit secara mendalam

Harga: RM105.00

Terdapat di: Sephora

Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkini mengenai kecantikan!