Kulit kering and bersisik semestinya terasa kurang menyenangkan, selain itu ianya juga menyebabkan wajah anda tampak kurang berseri. Oleh itu, rutin penjagaan wajah yang bersesuaian dengan jenis kulit anda adalah sangat penting, ini termasuk menggunakan pencui muka yang terbaik. Pernahkah anda para ladies merasa bahawa kulit wajah anda terasa sangat kering selepas mencuci muka? Awas kerana ianya menunjukkan bahawa pencuci muka tersebut tidak bersesuaian dengan anda. Tidak perlu risau kerana Beauty Insider telah menyenaraikan 17 pencuci muka untuk kulit kering agar wajah anda kekal lembap sentiasa.

Pencuci Muka Untuk Kulit Kering Yang Anda Perlu Cuba

1.Cetaphil Gentle Skin Cleanser

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Dirumus khas untuk kulit sensitif, Cetaphil Gentle Skin Cleanser merupakan antara pencuci muka untuk kulit kering yang terbaik di pasaran. Malahan ianya disyorkan oleh ahli dermatologi dan tidak mengandungi sebarang bahan yang merengsakan kulit serta ianya bersifat tidak komedogenik. Hanya dengan satu cucian, Cetaphil Gentle Skin Cleanser menyingkirkan kotoran dari wajah anda dan melembapkannya juga.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan pada wajah dan badan
  • Bebas pewangi

Harga: RM25.12

Terdapat di: Watsons

2. Dermatory Pro Hyalshot Low pH Amino Cleanser 

Adakah masalah kulit kering membelenggu anda? Dermatory Pro Hyalshot Low pH Amino Cleanser menampilkan rumusan pH rendah yang mengekalkan kelembapan kulit. Produk ini diperkaya dengan kombinasi 10 jenis kompleks asid amino yang menguatkan lapisan penghalang kulit dan membersihkan kulit wajah dari kotoran tanpa kesan kekeringan. Manakala, asid hyaluronik dan PHA pula menyingkirkan sel kulit mati agar kulit wajah anda tampak lembut berseri. Dengan formulasi dan keberkesanannya, produk ini merupakan antara pencuci muka untuk kulit kering terbaik. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Tidak mengandungi 20 bahan-bahan yang menyebabkan iritasi 
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM49.00

Terdapat di: Shopee dan Lazada

3. Faith in Face Egg White Whip Cleansing Foam

Faith in Face Egg White Whip Cleansing Foam mengandungi ekstrak telur putih dan kuning yang membantu membersihkan wajah anda secara efektif. Diperkaya dengan ekstrak telur putih, ianya membantu mengurangkan jerawat pada wajah serta mengecilkan liang pori-pori. Manakala, ekstrak telur kuning menganjalkan kulit dan memastikannya kekal lembap. Faith in Face Egg White Whip Cleansing Foam berkesan membuang segala kotoran dan minyak di wajah anda tanpa mengeringkan kulit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Memastikan kulit kekal lembap
  • Membersihkan kotoran secara efektif

Harga: RM29.90

  Add to cart

4. NUViT DermaCalm Amino Acid Micro-Foam Cleanser

Masalah kulit kering membelenggu anda? Cubalah NUViT DermaCalm Amino Acid Micro-Foam Cleanser. Pembersih wajah 2-dalam-1 ini menampilkan formulasi khas  dengan surfaktan lembut yang efektif serta emolien yang membersihkan solekan. Rumusannya menggabungkan ramuan asid amino dari ekstrak botanikal yang membantu mengekalkan kelembapan kulit agar tampak lembut dan berseri. Selain membersihkan kulit wajah dari kotoran, produk ini juga menyingkirkan lebihan sebum dan solekan dengan mudah. Dengan kombinasi mekanik asid amino yang inovatif dan berasaskan semula jadi, pencuci muka terbaik ini membersihkan secara mendalam tanpa menyebabkan kulit anda terasa kering. 

Kelebihan:

  • Formulasi hipoalergenik – tidak menyebabkan alergi
  • Mengekalkan kelembapan kulit
  • Berkesan membersihkan lebihan minyak dan solekan

Harga: RM39.70

Terdapat di: Watsons dan NUViT Partnered Pharmacies

5. Alpha Refreshing Face Wash

Alpha Refreshing Face Wash diperkaya dengan bahan berkualiti tinggi yang membersihkan wajah dari segala jenis kotoran termasuk solekan. Pencuci muka berasaskan gel ini memastikan kulit kekal lembap dan lembut selepas dibersihkan. Tambahan lagi, ianya juga boleh digunakan pada bahagian mata tanpa sebarang kesan iritasi. Hanya dengan sekali penggunaan, kulit anda terasa lebih lembut dan berseri.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Berasaskan gel
  • Berkesan membersihkan solekan

Harga: RM55.25 (Harga asal RM65.00)

  Add to cart

6. Asis-tobe Ph Balancing Gel Cleanser

Jika anda masih mencari-cari produk pencuci muka untuk kulit kering yang terbaik, Asis-tobe Ph Balancing Gel Cleanser harus menjadi pilihan utama anda. Pembersih wajah yang diuji secara dermatologi ini diperkaya dengan allantoin serta panthenol untuk memastikan kulit kekal lembap. Manakala, ekstrak aloe vera dan buah kelapa berfungsi untuk membersihkan wajah dari kotoran.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Memastikan tahap pH kulit yang stabil

Harga: RM152.00

  Add to cart

7. Chemist Confessions Blank Slate: Low pH Gentle Cleanser

Chemist Confessions Blank Slate: Low pH Gentle Cleanser sesuai untuk mereka yang inginkan pembersih wajah yang berkesan menyingkirkan kotoran dan solekan tanpa mengeringkan kulit. Ianya mempunyai tahap pH yang sesuai untuk kulit iaitu 5.8. Pencuci muka ini juga tidak menyebabkan sebarang iritasi pada kulit dan sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif.

Kelebihan:

  • Untuk semua jenis kulit
  • Tidak diformulasi dengan bahan yang berbahaya
  • Melegakan iritasi pada kulit

Harga: RM105.00

Terdapat di: Go Shop

8. Exuviance Professional Gentle Cleansing Creme

Exuviance Professional Gentle Cleansing Creme diformulasi secara khusus untuk mereka yang berkulit sensitif dan kering. Dengan Polyhydroxy Acid (PHA), ianya membantu melembutkan kulit wajah agar tampak lebih berseri. Pencuci muka ini juga membersihkan kotoran di wajah yang menyumbatkan liang pori-pori. Malahan, ianya juga berkesan membersihkan solekan tanpa kesan iritasi.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Berkesan membersihkan solekan pada wajah
  • Melembutkan kulit

Harga: RM142.50 (Harga asal RM190.00)

  Add to cart

9. Fresh Soy Face Cleanser

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Dengan penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora, Fresh Soy Face Cleanser merupakan pencuci muka yang menjadi pilihan ramai. Diperkaya dengan ekstrak timun, air mawar dan protein soya, ianya membantu membersihkan wajah daripada sebarang kotoran, solekan dan juga maskara. Tambahan lagi, Fresh Soy Face Cleanser tidak membuatkan kulit wajah anda kering selepas dibersihkan.

Kelebihan:

  • Mampu membersihkan maskara
  • Melembutkan wajah
  • Mengandungi protein soya

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora

10. SIMPLE Water Boost Micellar Facial Gel Wash

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

SIMPLE Water Boost Micellar Facial Gel Wash mengandungi ekstrak tumbuhan dan bahan mineral yang berkesan membersihkan wajah secara lembut dan membantu agar kulit kekal lembap sentiasa. Dengan formulasi gel, ianya berkesan untuk mencegah kulit yang tampak kusam, kering, dan kasar. Anda akan dapati bahawa kulit wajah anda sihat dan mulus dengan penggunaan berkala.

Kelebihan:

  • Berkesan menanggalkan kesan solekan
  • Bebas pewarna, pewangi tiruan dan bahan kimia
  • Terdapat ekstrak tumbuhan dan mineral
  • Harga yang murah

Harga: RM26.90

Terdapat di: Shopee

11. Hada Labo Mild & Sensitive Face Wash (Thermal Spring Water)

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Jika anda masih mencari pencuci muka untuk kulit kering yang mempunyai harga yang berpatutan, anda perlu memilih Hada Labo Mild & Sensitive Face Wash Thermal Spring Water. Diformulasi dengan mata air terma dari Perancis, asid hyaluronik dan ekstrak gingko biloba, pencuci muka ini membantu menyingkirkan kotoran dari wajah secara efektif. Tambahan lagi, ianya juga melindungi lapisan kulit dari sebarang kerengsaan dan pencemaran alam sekitar.

Kelebihan:

  • Memberikan lembapan yang intensif
  • Dengan ramuan mata air terma
  • Membersihkan dan melindungi kulit

Harga: RM 28.00

Terdapat di: Caring

12.Clinique All About Clean Liquid Facial Soap

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Seterusnya, Clinique All About Clean Liquid Facial Soap sesuai digunakan untuk semua jenis kulit seperti kulit berminyak, kering atau kombinasi. Selain itu, ianya juga mengandungi ramuan penting yang membantu membersihkan kulit wajah tanpa mengeringkan lapisan lipid kulit. Adakah anda tahu bahawa pencuci muka ini juga boleh dikitar semula?

Kelebihan:

  • Untuk semua jenis kulit
  • Membantu melembapkan kulit
  • Bebas pewangi, paraben dan phthalates

Harga: RM102.00

Terdapat di: Sephora

13. Cerave Hydrating Cleanser

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Jika sebut sahaja Cerave Hydrating Cleanser, pasti ramai yang tahu. Diperkaya dengan tiga jenis ceramides serta asid hyaluronik, ianya membersihkan wajah dari segala kotoran dan mengekalkan kelembapan kulit. Walaupun pencuci muka ini lembut pada wajah, ianya menyingkirkan minyak dan solekan secara efektif. Anda akan mendapati kulit anda tampak berseri dan mulus.

Kelebihan:

  • Tidak menyebabkan keradangan
  • Memastikan kulit kekal lembap
  • Bebas pewangi dan tidak komedogenik

Harga: RM45.00

Terdapat di: Shopee

14. COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

COSRX Good Morning Low pH Gel Cleanser merupakan pencuci muka gel yang berkesan membersihkan dan menyegarkan wajah anda daripada kotoran dan solekan. Dirumus dengan nilai pH yang rendah, ianya memastikan agar kulit wajah kekal sihat dan berseri. Tambahan lagi, ianya diperkaya dengan bahan yang membantu mengekalkan kelembapan kulit, menjadikannya antara pilihan untuk mereka yang mempunyai kulit kering.

Kelebihan:

  • Nilai pH rendah
  • Pembersih jenis gel
  • Kulit tampak bersih dan lembap

Harga: RM45.08

Terdapat di: Watsons

15. First Aid Beauty Face Cleanser

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Diformulasi secara khusus untuk kulit sensitif, First Aid Beauty Face Cleanser mengandungi campuran bahan botani yang mempunyai antioksidan. Tambahan lagi, ianya membantu mengurangkan keradangan kulit dan memastikan nilai pH kulit kekal seimbang. First Aid Beauty Face Cleanser membantu membersihkan wajah daripada minyak, solekan dan kotorang yang tersumbat di liang pori.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan antioksidan
  • Menghalang kerosakan kulit akibat radikal bebas
  • Mengurangkan keradangan dan kegatalan kulit

Harga: RM60.00

Terdapat di: Sephora

16. Kora Organics By Miranda Kerr Gentle Cleanser

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Kora Organics By Miranda Kerr Gentle Cleanser mendapat penilaian sebanyak 4 bintang di Sephora dan rata-ratanya memuji keberkesanan pencuci muka untuk kulit kering ini. Diperkaya dengan ekstrak buah mengkudu, chamomile, kalendula dan minyak avokado, ianya membantu membersihkan dan melembutkan kulit anda, Selain itu, ianya membersihkan wajah secara lembut tanpa mengeringkan dan merengsakan kulit.

Kelebihan:

  • Tidak mengeringkan kulit wajah
  • Organik
  • Mengandungi ekstrak buah mengkudu

Harga: RM186.16

Terdapat di: Laman web David Jones

17. Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin

pencuci-muka-untuk-kulit-kering

Sebamed Facial Cleanser Normal to Dry Skin merupakan pencuci wajah yang mempunyai nilai pH 5.5 untuk melindungi kulit daripada kering, mikroorganisma berbahaya dan faktor luaran yang mampu merosakkan kulit. Tambahan lagi, ianya mengandungi sodium laktat untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit kering
  • Melindungi kulit daripada kekeringan
  • Berkesan membersihkan kotoran di wajah

Harga: RM53.80

Terdapat di: Guardian