Sebagai seorang muslimah, menunaikan solat merupakan salah satu kewajipan yang dituntut dalam agama. Ibadat ini memerlukan seseorang untuk mengambil wudhu sebelum mengerjakan sembahyang. Dengan kepentingannya agar solat menjadi sah, rata-rata daripada kaum hawa elak menggunakan pewarna kuku yang diketahuinya tidak telap air. Namun, dengan pasaran untuk kosmetik halal yang sedang berkembang pesat di seluruh dunia, terdapat lambakan produk termasuk pewarna kuku yang membolehkan pengguna untuk tampak bergaya tanpa menjejaskan ibadat mereka. Ingin dandan kuku anda? Cuba pewarna kuku halal ini agar anda tampak trendy!

Perbezaan Pewarna Kuku Halal dan Mesra-Wudhu

Photo by RODNAE Productions on Pexels

Ramai daripada muslimah yang keliru dengan konsep pewarna kuku halal dan juga mesra-wudhu. Seperti yang diketahui, produk kosmetik termasuk pewarna kuku yang dilabel dan disahkan halal oleh jabatan yang diperakui menunjukkan bahawa sumber bahan-bahannya adalah halal. Oleh itu, walaupun pewarna kuku tersebut dijamin halal mengikut sudut syariah, ianya tidak bermaksud anda boleh menggunakannya sewaktu solat. 

Pewarna kuku yang dilabel sebagai mesra-wudhu pula diformulasi secara khas agar telap air, membolehkannya digunakan sewaktu anda mengambil wudhu. Oleh itu, pastikan anda menggunakan pewarna kuku yang mempunyai sifat kalis air atau breathable. Tetapi jika anda masih berasa was-was, ianya adalah lebih mudah jika anda menggunakan pewarna kuku ketika menstruasi sahaja. 

Apakah Hukum Menggunakan Pewarna Kuku Ketika Wudhu?

Menurut laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, terdapat fatwa Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi yang berkaitan dengan hukum menghilangkan cat di kuku ketika berwudhu.

Syeikh Muhammad Mutawalli Sya’rawi ditanya: “Adakah wajib bagi saya menghilangkan cat kuku ketika berwudhu? Maka Syeikh menjawab: “Ya! Sesungguhnya engkau telah pun menjawab dengan sendirinya! Selagi mana engkau mengatakan ia adalah cat yang menghalang air daripada sampai ke kulit maka wajib engkau menghilangkan ketika mengangkat hadas kecil atau besar. Adapun inai tidak mengapa. Wallahu’alam.” Lihat Fatawa al-Mar’ah al-Muslimah (198).

Kesimpulannya, jika produk kosmetik mesra wudhu menghalang air wudhu menyentuhi kulit dan mengalir, maka wudhu adalah tidak sah. Manakala, jika produk yang digunakan mudah dibersihkan, telap air dan tidak menghalang air mengalir, wudhunya adalah sah meskipun terdapat sedikit kesan daripada penggunaan produk tersebut. 

Pewarna Kuku Halal Di Malaysia 2023

1. Zahara Breathable Nail Polish Athena

Zahara Breathable Nail Polish merupakan koleksi khas yang menampilkan formulasi telap air dan oksigen. Dengan rona nude, Athena mempunyai warna seakan coklat lembut yang sesuai digayakan untuk setiap hari. Selain formulasinya yang vegan, pewarna kuku ini juga tidak mengandungi bahan kimia yang berbahaya seperti paraben, formaldehyde, acetone, camphor, TPHP, TBHP dan banyak lagi. Zahara Breathable Nail Polish Athena memberikan kemasan berkilat yang tampak sekata dan licin. 

Kelebihan:

  • Diperakui halal oleh RACS (UAE)
  • Vegan
  • Telap air dan oksigen

Harga: RM70.00

Terdapat di: Glitz Nail Supply 

2. Orly Breathable All Tangled Up Diamond Potential

Jika anda mencari pewarna kuku halal yang top, pastinya anda akan nampak jenama Orly tersenarai. Orly Breathable All Tangled Up Diamond Potential amat sesuai bagi mereka yang menyukai tona warna hitam arang. Dengan warna yang tampak misteri, kemasan kilat membuatkannya tampak mewah. Formulasinya diperkaya dengan bahan-bahan seperti minyak argan, vitamin C dan pro-vitamin B5 yang membantu menguatkan kuku rapuh. Ianya juga diperakui oleh badan penilai halal di Amerika Syarikat.

Kelebihan:

  • Tidak memerlukan lapisan asas dan atas
  • Diperkaya dengan bahan penting
  • Tahan lama

Harga: RM 74.50

Terdapat di: Shins 

3. INGLOT O2M Breathable Nail Enamels 625

Koleksi INGLOT O2M Breathable Nail Enamels telah merevolusikan dunia kosmetik dengan teknologi polimernya yang telap air dan juga udara. Formulasi ini memastikan agar kuku kekal dalam keadaan yang baik. Terdapat 79 pilihan warna yang anda boleh pilih, namun rona kemerahan gelap yang ditawarkan oleh 625 amat sesuai untuk mereka yang mempunyai citarasa feminin. Hanya dengan satu lapisan, warnanya mempunyai kemasan berkilat yang tahan lama. 

Kelebihan:

  • Formulasi vegan dan diperakui halal
  • Kemasan kilat yang tahan lama
  • Telap air

Harga: RM80.00

Terdapat di: Shopee 

4. Mersi Cosmetic Ibiza Halal Nail Polish Breathable  

Mersi Cosmetic merupakan salah satu jenama pewarna halal yang menjadi pilihan utama ramai muslimah kerana formulasinya yang berkualiti tinggi. Diinspirasikan daripada pantai Conta dan Bassa di Ibiza, Mersi Cosmetic Ibiza Halal Nail Polish Breathable menampilkan warna putih lut sinar dengan kemasan berkilau. Ianya tampak cukup menarik untuk digayakan tanpa nampak terlalu keterlaluan. 

Kelebihan:

  • Formulasi telap air
  • Bebas daripada bahan kimia
  • Vegan

Harga: RM55.79

Terdapat di: Laman website Mersi Cosmetic

5. Kester Black Babe

Dengan rating yang tinggi, Kester Black Babe menawarkan warna merah jambu pastel yang tahan lama. Intensiti warnanya boleh ditambah dengan setiap lapisan pewarna kuku ini. Malahan, warnanya juga mudah dipadankan dengan pelbagai warna atau corak untuk kelainan. Selain cepat kering, formulasinya juga dirumus khas untuk memberikan kilauan tinggi apabila digunakan bersama lapisan asas dan atas. 

Kelebihan:

  • Cepat kering
  • Tahan lama
  • Mudah dipadankan dengan warna atau corak lain

Harga: RM112.29

Terdapat di: Laman website Kester Black

6. Karma Organic Malala Halal Certified Nail Polish

Malala Halal Certified Nail Polish dari Karma Organic mempunyai warna kehijauan biru yang amat menarik. Meskipun rona warnanya agak gelap, pewarna kuku halal teal ini nampak menyegarkan. Diperkaya dengan bahan-bahan organik, formulasinya membantu mengekalkan kuku dalam keadaan sihat. Ianya bukan sahaja diperakui halal, malahan pewarna kuku ini juga bersifat telap air. 

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan bahan organik
  • Telap air
  • Sesuai untuk semua termasuk kanak-kanak dan ibu mengandung

Harga: RM60.44

Terdapat di: Laman website Karma Organic

7. 786 Cosmetics Jakarta Breathable Nail Polish 

Diasaskan oleh pasangan suami isteri, 786 Cosmetics merupakan jenama yang popular dikalangan muslimah. Mereka menawarkan pelbagai rangkaian produk penjagaan kuku yang halal. Jakarta Breathable Nail Polish yang menampilkan warna ungu lembut adalah antara produk yang terlaris. Diilhamkan oleh kubah ungu Masjid At-Tin, warna pastelnya amat menarik, sesuai jika anda inginkan menonjolkan kuku anda.

Kelebihan:

  • Diperakui halal 
  • Telap air
  • Bebas kekejaman haiwan

Harga: RM57.00

Terdapat di: Laman website 786 Cosmetics

8. SO.LEK Cosmetic Kilat Gang Belimbing 

SO.LEK Cosmetic merupakan jenama tempatan yang menawarkan rangkaian khusus untuk pewarna kuku yang halal. Antara lapan pilihan warna yang anda, Kilat Gang Belimbing amat sesuai jika anda meminati pewarna kuku yang tampak simple tetapi masih elegan. Pengilat kuku jernih ini mengandungi kilauan berwarna turquoise. Untuk yang tidak mengetahuinya, produk ini adalah jenis peel off, oleh itu anda boleh kupaskannya dengan mudah jika tidak mempunyai penanggal pewarna kuku. 

Kelebihan:

  • Telap air
  • Cepat kering
  • Formulasi jenis peel off

Harga: RM49.00

Terdapat di: Laman website SO.LEK Cosmetic

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.