Uban yang tampak kelihatan jelas pada rambut pasti mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa gusar, tidak kira lelaki mahupun wanita. Tambahan lagi dengan penggayaan rambut yang sama, pasti hati anda juga terdetik untuk mengubah penampilan agar tampak lebih menarik daripada biasa. Rambut diibaratkan seperti mahkota, khususnya bagi golongan wanita. Oleh itu tidak hairanlah bagi mereka yang ingin menyerikan kembali penampilan selalunya akan memilih untuk mewarnakan rambut. Namun begitu, rata-rata daripada kita berasa was-was dengan lambakan pewarna rambut halal yang terdapat di pasaran. Selain mesra wuduk, produk pewarna rambut halal haruslah bersifat telap air dan formulasi yang bebas daripada kandungan yang haram. Bagi anda yang ingin mewarnakan rambut, kami telah menyenaraikan pewarna rambut halal terbaik.

Apakah Hukum Mewarnakan Rambut Mengikut Syarak?

Untuk mereka yang berasa sangsi, anda boleh melihat video PU Azman berkaitan hukum mewarnakan rambut. Menurutnya, hukum mewarnakan rambut menggunakan inai mahupun artificial colouring adalah harus. Namun, ianya juga perlulah bersandarkan kepada beberapa perkara iaitu niat, warna yang tidak mendatangkan fitnah serta jenis bahan yang digunakan, iaitu lut air, bebas kandungan haram dan tidak membahayakan nyawa. 

Selain itu untuk mereka yang ingin mewarnakan rambut dengan warna hitam terdapat hukum yang anda perlu mengetahui. Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan ianya adalah haram untuk mewarnakan rambut dengan warna hitam bagi lelaki dan wanita. Ianya adalah sunat untuk mewarnakan rambut dengan warna lain seperti merah atau kuning. Terdapat pandangan juga mengatakan bahawa hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam adalah makruh dan diharuskan semasa perang. Untuk informasi lebih tepat mengenai hukum mewarnakan rambut, anda amatlah digalakkan untuk melayari laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Senarai Pewarna Rambut Halal Yang Mesra Wuduk dan Sah Solat 2023

1. Radico 100% Certified Organic Hair Colour

Untuk mereka yang mencari pewarna rambut halal, kami cadangan anda membeli Radico 100% Certified Organic Hair Colour. Produk ini bukan sahaja bebas daripada bahan-bahan berbahaya malahan ianya juga disahkan organik oleh beberapa institusi ternama iaitu Cosmo dan USDA Organic. Terdapat dalam 19 warna, ianya mempunyai tona warna coklat, merah dan ungu yang sesuai untuk semua jenis pengayaan rambut. Diformulasi dengan inai, ianya mengandungi campuran herba yang membantu menyuburkan setiap helaian rambut.

Kelebihan:

  • Organik
  • Vegan
  • Dirumus dengan herba

Harga: RM89.90

Terdapat di: Laman website Radico 

2. Gumash Nourishing Hair Colour 

Gumash Nourishing Hair Colour merupakan salah satu produk pewarna rambut halal yang disukai ramai. Ramuan yang digunakan adalah mematuhi shariah dan ianya juga sah wuduk. Malahan, produk pewarna rambut mereka juga disahkan oleh panel shariah. Oleh itu anda tidak perlu berasa was-was. Antara pilihan warna yang terdapat ialah Auburn, Black, Burgundy, Chestnut, Copper, Dark Brown, Dark Red dan Ruby

Kelebihan:

  • Disahkan oleh panel shariah
  • Berasaskan inai
  • Mesra wuduk

Harga: RM52.90

Terdapat di: Laman website Gumash

3. Shurah Pewarna Rambut Pek Kompak

Bagi mereka yang seringkali mencari pewarna rambut halal terbaik, Shurah Pewarna Rambut Pek Kompak pasti tersenarai tinggi. Jenama ini cukup sinonim dengan produk-produk keluarannya yang halal dan mesra wuduk. Khususnya, Pewarna Rambut Pek Kompak diperkaya dengan ekstrak inai dan susu kambing untuk membantu melembutkan rambut serta menyuburkannya daripada kerosakan. Malahan ianya turut mengandungi pelindung UV untuk membantu melindungi rambut daripada sinaran matahari. Dengan harga yang murah, anda tidak perlu berbelanja besar untuk kelihatan bergaya.

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Warna yang tahan lama
  • Bebas daripada ammonia

Harga: RM10.98

Terdapat di: Lazada 

4. Garnier Colour Naturals Cream Hair Colour

Diperkaya dengan minyak zaitun, badam dan avokado, Garnier Colour Naturals Cream Hair Colour merupakan pewarna rambut halal yang bersifat telus air. Didatangkan dalam 11 warna menarik, ianya amat sesuai untuk tona kulit etnik Asia. Dirumus bebas tanpa ammonia, formulasinya membantu membuatkan rambut tampak sihat dan menawan. Malahan, warnanya juga tidak mudah pudar serta tahan lama. 

Kelebihan:

  • Mudah digunakan
  • Tanpa ammonia
  • Formulasi yang telus air
  • Warna yang tahan lama

Harga: RM24.90

Terdapat di: Shopee 

5. Revlon ColorSilk Beautiful Color

Dengan Teknologi  3D Color, Revlon ColorSilk Beautiful Color memastikan warna rambut kelihatan semula jadi. Selain membantu memudarkan uban, ianya turut memberikan hasil menawan setanding seperti di salun rambut kecantikan. Pewarna rambut halal ini ditawarkan dalam 41 warna, menjadikannya sesuai untuk semua tona warna kulit. Ianya juga mudah digunakan tanpa perlu mengambil masa yang lama.

Kelebihan:

  • Tidak mudah pudar
  • Hasil yang tampak semula jadi
  • Memudarkan uban

Harga: RM29.90

Terdapat di: Watsons 

6. V’Asia Inai Hitam & Herba

Jika anda mengalami rambut yang rosak, pewarna rambut halal yang diformulasi dengan ramuan berasaskan herba pastinya membantu mengurangkan risiko kerosakan. V’Asia Inai Hitam & Herba merupakan pilihan utama bagi mereka yang menyukai pewarna rambut dengan herba tradisional. Selain membantu rambut tampak berkilau, ianya juga menyuburkan dan menguatkan akar rambut. Produk ini juga ditawarkan dalam warna perang. 

Kelebihan:

  • Mengandungi inai dan buah noni
  • Rambut tampak berkilat
  • Memastikan rambut kekal lembap

Harga: RM26.00 

Terdapat di: Laman website V’Asia 

7. Inaidamia Inai Rambut Premium 

Inaidamia Inai Rambut Premium mengandungi ramuan inai asli yang diimport dari Rajasthan, India. Selain itu, pewarna rambut ini juga tidak mempunyai sebarang pewarna tambahan.Oleh itu, ianya halal dan juga mesra wuduk. Produk ini turut membantu mengawal masalah rambut termasuk kelemumur. Anda boleh menggunakannya berulang kali dan hanya perlu menyimpannya dalam peti sejuk bahagian sejuk beku. 

Kelebihan:

  • 100% ramuan inai tulen
  • Tanpa pewarna tambahan
  • Mudah digunakan

Harga: RM45.00

Terdapat di: Laman website Inaidamia 

8. L’Oreal Professionnel Majirel

Inginkan rambut menawan yang hasilnya seperti di salun kecantikan? L’Oreal Professionnel Majirel seharusnya menjadi pilihan utama anda. Pewarna rambut halal ini berkesan memudarkan uban dan tahan lama. Dengan teknologi khas, produk ini membantu melindungi setiap helaian rambut daripada kerosakan. Ianya juga ditawarkan dalam warna hitam, coklat dan perang. 

Kelebihan:

  • Warna yang tahan lama
  • Membantu melindungi struktur rambut daripada kerosakan
  • Telus air 

Harga: RM32.00

Terdapat di: Lazada 

9. Himalaya Natural Shine Henna 

Himalaya Natural Shine Henna diperkaya dengan campuran herba seperti inai, neem, teh hijau dan daun kari yang membantu mengurangkan pelbagai jenis masalah rambut. Selain membantu memudarkan uban, ianya juga menjadi pilihan ramai kerana keberkesanannya dalam melembutkan rambut dan menghilangkan kelemumur. Warnanya juga tahan lama dengan hasil yang tampak semula jadi. 

Kelebihan:

  • Ramuan herba
  • Melembutkan setiap helaian rambut
  • Melegakan kerengsaan pada kulit kepala 
  • Harga yang murah 

Harga: RM8.00

Terdapat di: Shopee 

10. Indus Valley 100% Botanical Hair Color

Indus Valley 100% Botanical Hair Color merupakan antara pewarna rambut halal terbaik yang diperakui organik. Rumusannya menampilkan kombinasi lapan jenis ekstrak botanikal seperti inai, fenugreek, amla, brahmi dan kamomil. Ramuan herba ini bukan sahaja membantu memberikan kesan warna yang menarik, malahan ia turut mengekalkan kesihatan rambut daripada kerosakan. Ditawarkan dalam tiga warna menarik, anda boleh memilih antara soft black, indus black dan dark brown

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan-bahan berbahaya
  • Diperakui organik
  • Mengekalkan kesihatan rambut

Harga: RM98.00

Terdapat di: Shopee

11. Liese Creamy Bubble Hair Color

Liese Creamy Bubble Hair Color menampilkan rumusan unik dengan tekstur buihnya yang meliputi setiap helaian rambut agar kesan sama rata. Pewarna rambut halal terbaik ini juga mempunyai pek rawatan rambut untuk digunakan setelah proses mewarnakan rambut anda. Selain itu, formulasinya juga diperkaya dengan bahan-bahan penting yang membantu mengekalkan kehidratan rambut dan mengelakkan kerosakan. 

Kelebihan:

  • Terdapat dalam pelbagai warna trendy
  • Mempunyai tekstur buih berkrim
  • Pek rawatan rambut 

Harga: RM41.80

Terdapat di: Shopee

12. Garnier Men Shampoo Color

Seperti namanya, Garnier Men Shampoo Color diperbuat secara khas untuk kaum lelaki yang inginkan pewarna rambut halal terbaik untuk menutupi uban. Dengan kesan ketara dalam lima minit penggunaan sahaja, produk ini memberikan penyelesaian yang cepat dan mudah. Rumusannya merangkumi campuran ekstrak kopi dan minyak argan tanpa ammonia. Anda hanya perlu gunakannya seperti syampu dan warnanya akan tahan lama sehingga lima minggu. 

Kelebihan:

  • Mudah digunakan
  • Menutupi uban dengan berkesan
  • Kesan dalam lima minit penggunaan 

Harga: RM12.90

Terdapat di: Guardian 

Pernahkah anda mencuba pewarna rambut halal yang tersenarai di atas? Pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.