Makeup
9 Rekomendasi Bulu Mata Palsu Terbaik Daripada Semula Jadi Ke Dramatik
Bulu mata tampak lentik sentiasa
By: Balqis Ariffin / May 20, 2024

Meskipun anda menggunakan maskara, solekan pasti terasa tidak lengkap tanpa penggunaan bulu mata palsu. Manakan tidak, bulu mata palsu mampu menyerlahkan seluruh wajah anda dengan kesan dramatik serta glam. Namun, anda haruslah memilih bulu mata palsu yang bersesuaian dengan anda. Menurut Jamie Greenberg, jurusolek professional, anda digalakkan untuk mengukur bulu mata palsu tersebut sebelum menggunakannya agar ia sesuai dengan anda. Jika anda memerlukan bantuan untuk memilih, jom tengok senarai rekomendasi bulu mata palsu terbaik pilihan ramai ini.
Contents
- Tips Memilih Bulu Mata Palsu Yang Sesuai Untuk Anda
- Senarai Rekomendasi Bulu Mata Palsu Terbaik di Malaysia
- 1. Ardell Demi Wispies
- 2. Lavie Lash Au natural Collection
- 3. Tarte Tarteist™ PRO Cruelty-Free Lashes
- 4. MAC Cosmetics M·A·C LASH / 30 ARTISTE LASH
- 5. bloop Basic Lash it 03
- 6. Velour Lashes Magnetic Effortless Lashes
- 7. Huda Beauty Eazy Lash Harmony
- 8. Koji Dolly Wink Eyelash 01
- 9. Sephora Collection Glitter Power Strass False Lashes
Tips Memilih Bulu Mata Palsu Yang Sesuai Untuk Anda

Sebelum anda membeli bulu mata palsu, pastikan anda menitikberatkan beberapa faktor-faktor untuk memastikan produk tersebut bersesuaian dengan anda. Antaranya adalah seperti berikut:
- Rekaan: Anda disarankan untuk memilih terlebih dahulu rekaan gaya bulu mata palsu yang bersesuaian dengan bentuk mata anda. Contohnya, mereka yang mempunyai mata berbentuk hooded, perlu memilih bulu mata palsu yang pendek atau didatangkan secara individu agar tampak tidak keterlaluan
- Bahan: Terdapat pelbagai produk bulu mata palsu yang diperbuat dengan bahan-bahan yang berbeza seperti utera PBT, sintetik dan banyak lagi.
- Harga: Jika anda sering menggunakan bulu mata palsu, kami cadangkan agar anda membeli produk yang boleh digunakan semula. Meskipun harganya sedikit mahal, bulu mata palsu ini selalunya berkualiti tinggi dan tahan lama.
Senarai Rekomendasi Bulu Mata Palsu Terbaik di Malaysia
1. Ardell Demi Wispies

Sebagai peminat dunia kecantikan, Ardell Demi Wispies adalah antara rekomendasi bulu mata palsu terbaik yang popular. Berdasarkan pengalaman kami, bulu mata palsu ini membuatkan mata kami kelihatan menonjol dengan rekaan gentian bersilangnya. Kami juga dapati produk ini membuatkan bulu mata tampak lentik. Berbeza dengan bulu mata lain, ia terasa ringan dan tidak terlalu kaku, sesuai untuk digunakan setiap hari.
Kelebihan:
- Rekaan gentian bersilang agar tampak lentik
- Ringan
- Tahan lama tanpa memerlukan banyak maskara
Kekurangan:
- Harga yang agak mahal
Harga: RM44.91
Terdapat di: Care to Beauty
2. Lavie Lash Au natural Collection

Jika anda lebih menyukai bulu mata yang tampak semula jadi, kami cadangkan anda mencuba Lavie Lash Au natural Collection. Bulu mata yang boleh digunakan semula ini dieperbuat menggunakan 100% rambut asli yang premium. Oleh itu, kami dapati ia terasa amat lembut dan juga ringan apabila dipakai. Terdapat lima pilihan rekaan iaitu Heather, Rosie, Chloe, Krystal, dan juga Hepburn. Secara peribadi, kami lebih menyukai Heather kerana ia mempunyai jalur dan gentian nipis yang mudah untuk dilekatkan bersama bulu mata agar tampak semula jadi.
Kelebihan:
- Terdapat lima pilihan rekaan
- Gentian bulu mata yang lembut dan ringan
- Disertakan bersama gam untuk bulu mata palsu
Kekurangan:
- Terdapat ulasan mengatakan bahawa ia mudah terkoyak kerana jalur yang nipis
Harga: RM29.00
Terdapat di: Sephora
3. Tarte Tarteist™ PRO Cruelty-Free Lashes

Tarteist™ PRO Cruelty-Free Lashes dari jenama terkemuka Tarte ini adalah antara rekomendasi bulu mata palsu terbaik pilihan kami. Produk ini bukan sahaja vegan, malahan ia menawarkan kemasan dramatik. Kami amat menyukainya kerana ia membuatkan bulu mata kami kelihatan penuh dengan lentik yang amat menonjol tanpa terasa berat apabila dipakai. Anda juga boleh memilih antara tiga pilihan rekaan iaitu Goddess, Center of attention dan Girl boss, yang menawarkan ciri-ciri kelebihan yang berbeza.
Kelebihan:
- Mudah untuk dipakai
- Kemasan dramatik
- Vegan serta jalur kapas
Kekurangan:
- Harga yang mahal
Harga: RM70.00
Terdapat di: Sephora
4. MAC Cosmetics M·A·C LASH / 30 ARTISTE LASH

M·A·C LASH / 30 ARTISTE LASH keluaran MAC Cosmetics ini menampilkan bulu mata palsu individu yang didatangkan bersama tiga kepanjangan berbeza. Jika anda lebih menyukai untuk customize bulu mata palsu sendiri seperti kami, produk ini amat sesuai untuk anda. Berdasarkan pengalaman kami menggunakannya, bulu mata palsu ini mempunyai rekaan dan bentuk unik yang sesuai untuk kemasan semula jadi ataupun dramatik. Oleh itu, penggunaannya bergantung kepada pilihan rupa anda. Yang paling best, setelah kami menggunakannya, jika anda menjaganya dengan betul bulu mata palsu ini sebenarnya boleh digunakan semula.
Kelebihan:
- Rekaan bulu mata palsu yang didatangkan secara individu
- Tiga kepanjangan berbeza
- Boleh digunakan untuk mendapat kemasan semula jadi atau dramatik
Kekurangan:
- Harganya agak mahal
Harga: RM74.00
Terdapat di: laman website MAC Cosmetics
5. bloop Basic Lash it 03

Untuk pilihan harga di bawah RM50 dalam senarai rekomendasi bulu mata palsu terbaik ini, kami sarankan anda membeli bloop Basic Lash it 03. Secara peribadi, kami pernah menggunakannya dan kami amat menyukai kemasan yang ditawarkannya. Bulu mata ini yang diperbuat menggunakan 100% sutera PBT yang premium terasa ringan apabila dipakai. Selain itu, kami dapati ia membuatkan bulu mata kami tampak lentik secara semula jadi dengan kemasan tiga dimensi.
Kelebihan:
- Boleh digunakan semula sebanyak 10 kali
- Bulu mata palsu yang lembut
- Kalis air
Kekurangan:
- Kurang sesuai jika anda lebih menyukai kemasan dramatik
Harga: RM38.00
Terdapat di: Watsons
6. Velour Lashes Magnetic Effortless Lashes

Seperti namanya, Velour Lashes Magnetic Effortless Lashes adalah bulu mata palsu magnetik yang menawarkan kemasan yang tidak dapat dikesan serta tahan lama. Kami dapati produk ini mempunyai jalur kapas yang disertakan bersama lapan magnet ringan, oleh itu produk ini sememangnya tahan lama apabila kami menggunakannya selama seharian. Kami juga amat menyukai kerana produk ini boleh digunakan lebih daripada 30 kali. Dari segi kemasan dan kepanjangannya pula, produk ini sesuai untuk semua bentuk mata.
Kelebihan:
- Tiga pilihan rekaan bulu mata palsu
- Tahan lama
- Sesuai untuk semua bentuk mata
Kekurangan:
- Tidak didatangkan bersama gam untuk bulu mata palsu magnetik
Harga: RM120.00
Terdapat di: Sephora
7. Huda Beauty Eazy Lash Harmony

Jika anda baru ingin mencuba bulu mata palsu secara pertama kali, kami cadangkan anda mencuba Huda Beauty Eazy Lash. Koleksi ini yang ditawarkan dalam dua pilihan iaitu Harmony dan Camille, direka secara khusus untuk mereka yang inginkan pemakaian produk mudah yang sesuai untuk kegunaan harian. Berdasarkan pengalaman kami menggunakan Harmony, ia amat mudah untuk digunakan kerana ia telah dipotong kepada empat bahagian. Oleh itu, ia memudahkan anda untuk menentukan rupa pilihan anda. Kami lebih menyukai menggunakan potongan bulu mata palsu pada bahagian sudut luar mata agar tampak lentik secara semula jadi.
Kelebihan:
- Mudah untuk digunakan kerana telah dipotong kepada empat bahagian
- Kepanjangan bulu mata palsu yang dramatik
- Jalur kapas yang selesa
Kekurangan:
- Harga satu setnya agak mahal
Harga: RM93.00
Terdapat di: Sephora
8. Koji Dolly Wink Eyelash 01

Ingin dapatkan bulu mata bak anak patung yang comel? Seperti namanya Koji Dolly Wink Eyelash 01 menawarkan rekaan bulu mata palsu dengan kemasan dramatik. Jika anda lihat dengan lebih dekat, anda akan dapati bulu mata palsu ini digumpalkan bersama dengan saiz kepanjangan yang berbeza. Kami juga amat menyukai produk ini kerana ia cukup mudah untuk digunakan, tahan lama dan juga mudah untuk ditanggal tanpa menyebabkan iritasi.
Kelebihan:
- Mudah untuk ditanggalkan tanpa menyebabkan iritasi
- Gamnya tahan lama
- Kemasan dramatik seperti anak patung
Kekurangan:
- Harganya mahal untuk satu set bulu mata palsu
Harga: RM62.90
Terdapat di: Watsons
9. Sephora Collection Glitter Power Strass False Lashes

Glitter Power Strass False Lashes dari Sephora Collection sebenarnya adalah antara bulu mata palsu terbaik pilihan kami. Dengan rekaan yang cukup glamour, bulu mata palsu yang boleh digunakan semula ini dihias dengan permata, sesuai untuk mereka yang inginkan kesan dramatik. Kami selalunya memilih untuk memakainya sewaktu majlis khas. Bulu mata yang diperbuat daripada fiber sintetik ini juga kelihatan lentik dan sesuai untuk semua bentuk mata.
Kelebihan:
- Boleh digunakan semula
- Dihiasi dengan permata
- Diperbuat daripada fiber sintetik
Kekurangan:
- Ulasan mengatakan bahawa ia terasa kurang selesa apabila dipakai
Harga: RM62.00
Terdapat di: Sephora
Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.