Masalah jerawat yang tampak kelihatan pada wajah pastinya membuatkan anda gusar, tetapi bagaimana pula jika masalah ini berlaku pada badan? Untuk anda yang tidak mengetahuinya, jerawat boleh timbul pada sekitar tubuh anda terutamanya pada bahagian dada, leher, bahu dan punggung.  Sama seperti wajah, jerawat pada badan juga sukar untuk dirawat. Namun begitu, anda tidak perlu berasa gusar kerana terdapat lambakan produk penjagaan kulit badan yang diformulasi secara khusus untuk mengurangkan jerawat. Jom tengok senarai sabun untuk jerawat badan pilihan kami ini yang berkesan untuk mencegah jerawat berulang. 

Apakah Penyebab Jerawat Badan? 

Photo by ShotPot on Pexels

Jerawat pada tubuh badan berlaku apabila liang atau folikel rambut tersumbat dengan kotoran dan lebihan peluh. Oleh itu, masalah keradangan akan menyebabkan terjadinya jerawat. Selalunya, masalah kulit ini berlaku disebabkan beberapa faktor seperti kelenjar minyak yang aktif, liang roma tersumbat dan kehadiran bakteria. Walaubagaimanapun, antara penyebab utama berlakunya jerawat badan adalah:

  • Memakai pakaian yang ketat
  • Berpeluh secara berlebihan
  • Melambatkan mandi setelah bersenam

Ramuan Penting Yang Perlu Ada Dalam Sabun Jerawat Badan

Walaupun terdapat ramuan penting yang berkesan mengurangkan jerawat, anda juga memerlukan rutin penjagaan kulit yang bagus untuk kesan jangka masa lama. Yang paling penting, anda harus mengelakkan daripada memicit jerawat tersebut kerana ia boleh meninggalkan kesan parut serta menyebabkan keradangan. Antara bahan-bahan yang diketahui keberkesannya dalam mencegah jerawat adalah:

  • Asid salisilik
  • Benzoyl peroksida
  • Tea tree oil
  • Lidah buaya atau ekstrak aloe vera

Senarai Sabun Terbaik Untuk Masalah Jerawat Badan 2023

1. Claire Organics Bamboo Charcoal Soap

Claire Organics Bamboo Charcoal Soap merupakan sabun yang diformulasi khas untuk mencegah jerawat badan. Diperkaya dengan ekstrak arang buluh, ramuan ini mempunyai ciri-ciri antimikrob, antibakteria, anti-kulat dan anti-bau. Selain membersihkan liang pori secara mendalam, bahan ini juga menyingkirkan sel kulit mati dan mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Sabun buatan tangan ini menampilkan ramuan yang penting untuk kesihatan kulit seperti minyak zaitun organik, minyak kelapa organik, susu kambing dan campuran minyak pati. 

Kelebihan:

  • Membersihkan liang pori secara mendalam
  • Bersifat anti jerawat
  • Memastikan kulit kekal terhidrat

Harga: RM23.00

  Add to cart

2. Cetaphil Gentle Skin Cleanser

Cetaphil Gentle Skin Cleanser membersihkan kulit wajah dan badan daripada kotoran tanpa menyebabkannya terasa kering. Rumusannya mengandungi campuran niacinamide, panthenol dan gliserin yang membantu menguatkan lapisan penghalang kelembapan semula jadi kulit. Diperbuat dengan teknologi micellar, ia membantu membersihkan kulit daripada segala kotoran, solekan dan lebihan minyak. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit wajah dan badan
  • Mencegah tanda-anda kulit sensitif
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM43.20

Terdapat di: Shopee 

3. The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Body Wash

The Body Shop Tea Tree Skin Clearing Body Wash menawarkan ekstrak minyak tea tree dari Kenya sebagai ramuan utamanya. Dengan kandungan anti jerawat dan anti radang, sabun terbaik untuk jerawat badan ini memastikan agar kulit anda bersih secara mendalam. Produk ini juga memberikan sensasi yang sejuk, membuatkan badan anda terasa segar serta merta. 

Kelebihan:

  • Diformulasi untuk mengurangkan jerawat badan
  • Memberikan sensasi sejuk
  • Ekstrak minyak tea tree dari Kenya

Harga: RM49.00

Terdapat di: Zalora

4. Mario Badescu A.H.A. Botanical Body Soap

A.H.A. Botanical Body Soap keluaran Mario Badescu ini dirumus untuk membersihkan dan menyingkirkan sel kulit mati agar tampak berseri. Sabun yang direka khas untuk mencegah jerawat badan ini diperkaya dengan enzim buah, ginseng dan linden. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati kulit badan anda terasa lebih lembut dan cerah. 

Kelebihan:

  • Vegan
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Campuran enzim buah untuk membuang sel kulit mati

Harga: RM56.00

Terdapat di: Shopee

5. Drunk Elephant Scrubbi Bamboes™ Body Cleanser

Drunk Elephant Scrubbi Bamboes™ Body Cleanser menawarkan formulasi mesra kulit dengan pH 5.5. Pencuci badan ini mempunyai tekstur jeli berbuih yang membersihkan kulit dari kotoran dan lebihan minyak dengan berkesan. Manakala, manik buluh halus membantu membuang sel kulit mati secara lembut. Diperkaya dengan campuran minyak marula, biji chia, biji rami, sodium PCA dan squalane mengekalkan kelembapan dan melegakan kerengsaan.

Kelebihan:

  • Wangian manis vanila
  • Formulasi yang membuang sel kulit mati
  • Vegan

Harga: RM105.00

Terdapat di: Sephora

6. Neutrogena Body Clear Oil-Free Body Acne Wash with Salicylic Acid

Jika anda sedang mencari sabun terbaik untuk jerawat badan, anda pasti akan lihat Neutrogena Body Clear Oil-Free Body Acne Wash with Salicylic Acid tersenarai. Produk ini mengandungi 2% asid salisilik yang membantu mengurangkan jerawat pada bahagian dada, belakang dan juga bahu. Manakala, gliserin pula memberikan kelembapan intensif agar kulit anda kekal terhidrat. Rumusannya yang tidak komedogenik membuatkan kulit anda terasa segar dan bersih dalam sekali penggunaan. 

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan  2% asid salisilik
  • Membersihkan secara mendalam tanpa menyumbatkan liang pori
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat

Harga: RM49.00

Terdapat di: Shopee

7. ALPHA-H Clear Skin Daily Face and Body Wash with 2% Salicylic and Tea Tree

Inginkan kulit badan anda bebas jerawat? Cubalah ALPHA-H Clear Skin Daily Face and Body Wash with 2% Salicylic and Tea Tree yang dirumus untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berjerawat. Pembersih serba guna ini mengandungi BHA dan campuran ekstrak botanikal seperti asid salisilik, thyme, kayu putih dan tea tree oil.  Ramuan ini bekerjasama untuk membersihkan liang pori tersumbat, melegakan kerengsaan, dan mengurangkan pembentukan jerawat. Dengan tekstur berasaskan gelnya, produk ini membersihkan kulit secara mendalam tanpa mengganggu lapisan lipid. 

Kelebihan:

  • Boleh digunakan pada kulit wajah dan badan
  • Bersifat anti-bakteria
  • Wangian yang segar

Harga: RM225.00

Terdapat di: Sephora

8. T3 Acne Body Wash

Dirumus dengan bahan-bahan anti-jerawat, T3 Acne Body Wash berkesan untuk untuk mengurangkan jerawat pada tubuh badan. Tambahan lagi, produk ini turut mengandungi campuran minyak tea tree dari Australia yang diketahui keberkesanannya dalam melegakan kerengsaan akibat jerawat, manakala gliserin pula membantu mengekalkan tahap kelembapan kulit. Produk ini bukan sahaja membantu membersihkan kulit, malahan ia juga mencegah pembentukan jerawat baru. 

Kelebihan:

  • Harga yang murah
  • Mencegah pembentukan jerawat baru
  • Sesuai untuk kegunaan harian

Harga: RM28.89

Terdapat di: Guardian 

9. SomeByMi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Acne Clear Body Cleanser

SomeByMi AHA BHA PHA 30 Days Miracle Acne Clear Body Cleanser merupakan sabun untuk jerawat badan pilihan kami. Rumusannya menampilkan kombinasi bahan seperti ekstrak kayu putih untuk mengawal lebihan sebum serta AHA, PHA dan BHA untuk proses eksfoliasi kulit. Ia turut mengandungi 10,000ppm ekstrak Truecica™ dan houttuynia cordata yang membantu melegakan kerengsaan dengan serta merta. 

Kelebihan:

  • Mengawal lebihan sebum
  • Merangsang proses eksfoliasi kulit
  • Mengelakkan pertumbuhan jerawat baru

Harga: RM 110.00

Terdapat di: Zalora 

10. Murad Acne Control Acne Body Wash

Murad Acne Control Acne Body Wash menampilkan formulasi inovatif dengan tiga tindakan yang membantu merawat dan mencegah jerawat badan. Produk ini juga mengandungi campuran ramuan penting seperti asid salisilik, asid glikolik, serbuk biji kurma, teh hijau dan akar likuoris. Rumusannya mempunyai kombinasi bahan pengelupasan fizikal dan kimia yang memastikan kulit anda lembut dan bersih. 

Kelebihan:

  • Bebas paraben dan sulfat
  • Mengandungi 1.0%  asid salisilik
  • Kombinasi bahan pengelupasan fizikal dan kimia

Harga: RM215.08

Terdapat di: Ulta Beauty 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.