Hair Salons
13 Salon Muslimah Di KL Dan Selangor Yang Menjadi Pilihan Kaum Hawa
Manjakan mahkota rambut anda
By: Beauty Insider Journalist / April 17, 2023

Sebagai seorang Muslimah, rambut merupakan aset diri yang ternilai buat kaum hawa. Lebih-lebih lagi, ia dapat menaikkan seri seseorang wanita, oleh itu mahkota ini seharusnya dijaga dengan rapi. Walaubagaimanapun, rutin penjagaan rambut yang bagus sahaja tidak mencukupi kerana bagi wanita yang bertudung, anda juga memerlukan rawatan rambut secara mingguan. Jika anda masih tercari-cari salon rambut yang sesuai untuk anda, senarai salon muslimah di kawasan KL dan Selangor pastinya membantu anda membuat keputusan.
Contents
- Senarai Salon Muslimah di KL dan Selangor
- 1. Aurora Muslimah Spa dan Salon
- 2. Chinta Hair Salon & Beauty Wangsa Maju
- 3. Salon dan Spa Muslimah Afiyah (Cawangan KL telah ditutup)
- 4. Muslimastation
- 5. Oasis Spa dan Salon
- 6. Hafizah Salon Rambut Muslimah
- 7. Mimie Ladies Spa dan Salon
- 8. D’ Elegan Spa dan Salon
- 9. Capello by Nina
- 10. Siti Salon Al-Zahrah
- 11. Safyra Salon
- 12. Scissors Magic Hair & Beauty Spa
- 13. KARVA Salon for Ladies by Nora Danish
Senarai Salon Muslimah di KL dan Selangor
1. Aurora Muslimah Spa dan Salon

Aurora Muslimah Spa dan Salon merupakan tempat manja diri yang menarik perhatian ramai wanita di luar sana. Oleh kerana, hiasannya yang mengikut cita rasa ramai kaum hawa terutamanya remaja hari ini. Dengan hiasan warna merah jambu sebagai warna utama kedai Aurora Muslimah Spa dan Salon. Ia telah menarik pelbagai lagi perempuan dari setiap peringkat umur.
Keunikkan salon muslimah ini, mereka bukan sahaja berpotensi untuk mengendalikan fesyen rambut yang anda inginkan malah pelbagai servis lain seperti:
- Urut aromaterapi
- Urut belakang
- Urut kaki
- Lulur badan
- Mandian herba
- Mandian garam Himalaya
- Dan banyak lagi yang boleh anda dapati sekarang di tempat mereka
Kepada warga Shah Alam, anda semestinya beruntung kerana salon rambut muslimah ini berada di kawasan tersebut!
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 2-1, 2-1, Jln Sungai Burung Y 32/Y, Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor |
Waktu Operasi | Selasa sehingga Ahad: 10 pagi – 7 malam |
Nombor Telefon | +6010 2356 855 |
2. Chinta Hair Salon & Beauty Wangsa Maju

Muslimah salon KL yang telah mendapat perhatian orang ramai juga adalah Chinta Hair Salon dan Beauty Wangsa Maju. Terdapat juga beberapa artis tanah air kita yang telah menerima servis di tempat salon tersebut. Salon rambut muslimah ini sangat mengutamakan privasi kaum hawa dengan penyediaan kawasan khas bertutup.
Oleh itu, wanita yang bertudung tidak perlu bimbang atas hal privasi mereka. Konsep kedai yang berwarna biru dan corak rona bunga ungu cukup membuktikan keutamaan wanita bagi mereka. Salon muslimah ini juga mendapat kepujian oleh beberapa individu kerana layanan dan servis mereka yang sungguh cekap. Selain itu, ia merupakan kedai gunting rambut muslimah murah juga.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | No. 33-1, Jalan Wangsa Delima 13, D’Wangsa, Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan, 53300 Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Selasa sehingga Ahad: 11 pagi hingga 9 malam |
Nombor Telefon | +603 4143 3084 |
3. Salon dan Spa Muslimah Afiyah (Cawangan KL telah ditutup)

Salon dan Spa Muslimah Afiyah mempunyai sudut khas untuk setiap servis yang disediakan di dalam salon muslimah tersebut. Jika anda berpeluang untuk memanjakan diri di sana, anda akan dapati muslimah salon tersebut mempunyai ruang khas untuk mencuci rambut, gunting rambut dan bilik khas untuk urut dan facial. Hal ini disukai ramai wanita di luar sana oleh kerana ia menyediakan lebih privasi buat pelanggan yang datang. Lebih-lebih lagi mereka berkonsepkan tradisional. Sesuai buat anda yang suka akan servis salon dan spa yang mengikut adat nenek moyang kita dahulu.
Selain itu, ia juga bukan berkonsep sebagai salon dan spa sahaja. Malah, mereka merupakan sebuah butik juga. Sambil anda bermanja diri di tempat tersebut. Anda boleh menggayakan diri dengan pakaian yang dijual di situ.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 52, Lor Dataran Wangsa, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Selasa sehingga Ahad: 9.30 pagi -7 malam |
Nombor Telefon | +6019 290 3529 |
4. Muslimastation

Pusat kecantikan ini merupakan premis yang menawarkan kepelbagaian perkhidmatan buat kaum hawa yang meminati dunia kecantikan. Harganya yang sangat berpatutan dan servis yang laju sungguh disyorkan kepada anda yang membaca. Anda boleh menelefon mereka dahulu untuk temu janji atau segera ke sana. Anda juga tidak perlu risau tentang waktu operasi premis tersebut kerana ia dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | JJ Hub, Lot 3242, Jalan Besar Banting Dengkil, Bukit Changgang, 42700, Banting,Selangor Darul Ehsan. |
Waktu Operasi | Isnin sehingga Ahad: 10 pagi – 6 petang |
Nombor Telefon | +603 3149 4010 |
5. Oasis Spa dan Salon

Spa dan salon muslimah ini dikenali dan disukai kaum wanita di luar sana, kerana produk halal yang digunakan oleh mereka. Kesemua produk mereka dibuktikan halal dan sesuai dipakai oleh semua kaum hawa dari pelbagai agama. Mereka juga menyediakan perkhidmatan gunting rambut, urutan badan dan pelbagai lagi. Tempat ini juga dikenali sebagai gunting rambut murah.
Anda boleh mendapatkan pelbagai rawatan dan perkhidmatan di bawah RM50. Perkhidmatan gunting rambut mereka juga boleh ditambah sekali gus dengan servis urutan bahu. Seterusnya, premis mereka menyediakan “happy hour” dari jam 12pm ke 4pm pada hari minggu sahaja dan pelbagai lagi promosi yang sentiasa dijalankan buat kaum hawa di luar sana yang suka akan konsep “budget friendly”.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 5-3, Jelatek Business centre, Jln Jelatek, Setiawangsa, KL |
Waktu Operasi | Setiap hari: 10 pagi hingga 7 malam |
Nombor Telefon | +60133614700 |
6. Hafizah Salon Rambut Muslimah

Hafizah Salon Rambut Muslimah merupakan kedai gunting rambut muslimah murah di kawasan Selangor. Pelanggan disyorkan untuk membuat temujanji terlebih dahulu sebelum ke salon mereka. Kedai gunting rambut muslimah ini diminati ramai oleh pelanggan mereka. Bukan sahaja kerana hasil mereka yang dapat menjaminkan kepuasan kepada pelanggan malah kesopanan pekerja pekerja juga disenangi. Selain itu, mereka didapati aktif di laman Facebook dan sentiasa mengemas kini dengan maklumat terbaharu tentang salon mereka. Pelbagai promosi sering diadakan demi kebahagiaan pelanggan mereka.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 10, Jalan Anggerik 1, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh |
Waktu Operasi | Setiap hari kecuali Sabtu: 11 pagi – 6 petang |
Nombor Telefon | +6014 999 2306 |
7. Mimie Ladies Spa dan Salon

Spa dan salon ini merupakan premis yang menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti
- Gunting rambut wanita, spa
- Sauna
- Urutan untuk kepala, bahu dan kaki.
Selain itu, mandi wap juga disediakan buat kaum hawa yang ingin memanjakan diri dengan lebih lama. Mimie Ladies Spa dan Salon dikenali ramai, lebih-lebih lagi mempunyai beribu pengikut di Instagram mereka. Kepada kaum hawa di luar sana yang gemar akan warna rambut yang berkepelbagaian warna.
Premis ini menyediakan perkhidmatan yang sesuai untuk anda menggayakan fesyen dan warna terbaru buat rambut anda. Bukan itu sahaja, kepada wanita di luar sana yang perlukan perkihdmatan solekan, mereka juga dapat menghasilkan solekan yang anda inginkan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Jalan Jelawat 1, Cheras, 56000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Selasa sehingga Ahad: 10 pagi hingga 8 malam |
Nombor Telefon | +6013 499 7878 |
8. D’ Elegan Spa dan Salon

Keistimewaan pusat kecantikan ini adalah tempatnya ditubuhkan khas buat wanita muslimah sahaja, ia merupakan salon rambut muslimah yang terkenal di kawasan Dengkil. Oleh kerana, aurat wanita merupakan keutamaan bagi wanita muslimah. Mereka sungguh mengutamakan hal tersebut. Muslimah salon ini juga menyediakan perkhidmatan seperti refleksologi, jacuzzi, sauna dan kecantikan selain salon dan rawatan rambut.
Tempat ini memang sesuai untuk wanita muslimah yang suka berehat di pusat kecantikan. Anda juga boleh membawa rakan atau ahli keluarga bersama. Kedai mereka mempunyai kawasan khas untuk orang lain juga yang datang menemani.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 3b, Tingkat, Pusat Perdagangan Deluxe, 2, Jalan Deluxe, Taman Kristal, 43800 Dengkil, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin sehingga Sabtu: 10 pagi hingga 7 malam |
Nombor Telefon | +6013 387 8506 |
9. Capello by Nina

Capello by Nina mempunyai tiga lokasi sekitar Selangor, termasuk Shah Alam, Bangi dan Ampang. Dikenali sebagai antara salon muslimah yang popular di KL, mereka menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti mewarnakan rambut, rawatan wajah dan banyak lagi. Salon ini juga dilengkapi dengan ruang solat untuk memudahkan pengunjung.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Shah Alam:7A, Jalan Plumbum S7/S, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Bangi:47a, Jalan Medan Pusat 2d, Persiaran Bangi, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Ampang:91, Lorong Mamanda 1, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor |
Waktu Operasi | Selasa sehingga Ahad: 10.30 pagi – 8 malam |
Nombor Telefon | +60193020060 |
10. Siti Salon Al-Zahrah

Dengan kepakaran yang tinggi, Siti Salon Al-Zahrah menjanjikan perkhidmatan yang terbaik buat pengunjung. Dekorasi ruangan dalamnya amat selesa serta lengkap dengan tempat menunggu dan televisyen. Antara perkhidmatan yang mereka tawarkan adalah gunting rambut, rawatan muka, resdung, urutan badan dan banyak lagi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 14, Jalan Plumbum Q7/Q, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin, Rabu sehingga Ahad: 10:30 pagi – 8:30 malam |
Nombor Telefon | +6019 571 9053 |
11. Safyra Salon

Dengan penggaya rambut yang berpengalaman serta harga yang murah, Safyra Salon merupakan antara salon muslimah yang anda wajib lawati. Safyra Salon menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti menggunting rambut, mewarnakan rambut, rebonding dan rawatan rambut seperti argan treatment, herbal scalp treatment, serta Goldwell keratin. Selain itu, mereka juga seringkali menawarkan promosi terhad buat pelanggan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | 35G, Jalan Bidara 9/3, Bandar Saujana Utama, 47000 Sungai Buloh, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin hingga Sabtu: 10 pagi – 7 malam. Ahad: 10 pagi – 5 petang |
Nombor Telefon | BIMY: +6011 1062 0906 |
12. Scissors Magic Hair & Beauty Spa

Jika anda sedang mencari salon muslimah di Shah Alam, pastikan anda ke Scissors Magic Hair & Beauty Spa. Mereka menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan kecantikan di bawah satu bumbung seperti rawatan wajah, rendaman kaki, sauna, creambath dan rawatan rambut. Tambahan lagi, terdapat juga pakej untuk pengantin iaitu Pakej Pukauan Bidadari yang ditawarkan dengan harga yang murah.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Ag, 7-B, Tingkat 1, U5, AG 1, Jalan Uranus Ah U5/Aj, Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor |
Waktu Operasi | Isnin hingga Jumaat: 10.30 am – 8.30 pm.Sabtu dan Ahad: 10.30 am – 8.30 pm.Khamis: Cuti |
Nombor Telefon | +603 7832 1332 |
13. KARVA Salon for Ladies by Nora Danish

Ingin manjakan diri anda? KARVA Salon for Ladies by Nora Danish menawarkan perkhidmatan kecantikan khas untuk wanita seperti rawatan rambut, kecantikan dan juga tata rias kuku. Penggaya rambut mereka amat berpengalaman dalam mewarnakan dan menggayakan rambut dengan trend yang terkini. Malahan, rangkaian produk yang mereka gunakan juga amat berkualiti tinggi.
Untuk informasi lebih lanjut, sila klik link ini.
Alamat | Desa Pandan, 55100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur |
Waktu Operasi | Open daily: 10.30 am – 8 pm |
Nombor Telefon | +603 9201 7526 |
Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.