Adakah kulit badan anda berdaki dan terasa kasar? Penjagaan badan kurang dititikberatkan berbanding wajah, oleh itu tidak hairanlah terdapat segelintir yang mengalami masalah kulit sedemikian. Produk penjagaan wajah termasuk scrub wajah sudah semestinya antara barangan yang harus dimiliki, bukan? Sama juga seperti scrub badan, produk ini juga membantu anda mendapatkan kulit badan yang halus, sihat dan lembut. Jika anda masih tidak mempunyai scrub badan, sudah tiba masanya anda miliki produk ini. Adakah anda masih tercari-cari scrub badan yang terbaik di pasaran? Teruskan membaca kerana Beauty Insider telah menyenaraikan scrub badan terbaik yang diketahui keberkesanannya.

Apakah Manfaat Scrub Badan?

Seperti dimaklumkan, scrub badan merupakan antara produk penjagaan kulit yang harus dimiliki dan apabila anda mengetahui tentang kelebihannya pasti anda ingin mendapatkannya dengan segera!

  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melembapkan kulit
  • Memastikan kulit lebih lembut
  • Membantu produk penjagaan badan seperti losyen menyerap dengan lebih optimal

19 Scrub Badan Terbaik di Malaysia Yang Anda Wajib Cuba

1. Odeon Face and Body Scrub Papaya & Cucumber

Diperkaya dengan ekstrak timun dan betik, Odeon Face and Body Scrub Papaya & Cucumber menjadi pilihan orang ramai yang inginkan kulit tampak lembut dan bersinar. Ekstrak betik membantu mencerahkan kulit secara efektif dan juga menghilangkan kesan-kesan penuaan. Manakala, timun memastikan kulit kekal lembap dan tampak lembut. Anda juga boleh menggunakan Odeon Face and Body Scrub Papaya & Cucumber pada wajah anda juga.

Kelebihan:

  • Boleh digunakan pada wajah dan badan
  • Bahan semula jadi
  • Membantu mencerahkan kulit

Harga: RM9.95 – RM10.95

Terdapat di: Shopee

2. La Maison Du Savon De Marseille Black Hammam Scrub

La Maison Du Savon De Marseille Black Hammam Scrub diperkaya dengan ramuan berkualiti tinggi yang berkesan menyingkirkan sel kulit mati. Minyak argan pula memastikan kulit tampak lebih lembut dan berseri. Walaupun produk ini berasaskan sabun, ianya mempunyai dwifungsi sebagai scrub badan yang membantu untuk detoks kulit anda dan membersihkan kotoran yang tersumbat pada liang pori-pori. Hanya dengan sekali penggunaan, anda akan dapati kulit anda lebih lembut dan cerah.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Menyingkirkan sel kulit mati
  • Melembutkan kulit
  • Membersihkan kotoran yang menyumbat liang pori-pori

Harga: RM149.00

Terdapat di: Laman website La Maison Du Savon De Marseille

3. Claire Organics Whitening Rose Hips Scrub with French Sea Salt

Claire Organics Whitening Rose Hips Scrub with French Sea Salt merupakan salah satu srcrub badan terbaik yang menjadi pilihan ramai. Ianya dirumus dengan bahan yang berkualiti tinggi seperti vitamin C, garam laut dan pinggul mawar atau lebih dikenali sebagai rose hips. Produk ini membantu menyerikan kembali kulit yang kusam. Tambahan lagi, ianya merangsang pembentukan kolagen, menjadikan kulit anda tampak lebih anjal.

Kelebihan:

  • Untuk semua jenis kulit
  • Ramuan yang berkualiti tinggi
  • Memutihkan kulit

Harga: RM36.00

  Add to cart

4. SCENTIO Milk Plus Whitening Q10 Salt Scrub

SCENTIO Milk Plus Whitening Q10 Salt Scrub dirumus dengan campuran ramuan Q10, vitamin E, witch hazel, dan susu yang membantu mencerahkan kulit dan menyingkirkan sel kulit mati. Malahan, ianya juga menjadi pilihan ramai kerana terbukti berkesan membuang daki dan mengelakkan kulit kusam. Sekaligus, menjadikan kulit anda lebih berseri dan sihat.

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi pada kulit
  • Memutihkan kulit
  • Mengelakkan kulit kusam

Harga: RM15.20 (Harga asal RM16.90)

  Add to cart

5. HIMECOTO Shiro Waki Hime Peeling Cream For Armpits

HIMECOTO Shiro Waki Hime Peeling Cream For Armpits diformulasi secara khusus untuk mereka yang ingin memutihkan bahagian ketiak. Ianya mengandungi tanah liat, asid hyaluronik dan serbuk penaik yang berkesan membuang sel kulit mati dan menyerap segala kotoran di kulit. Produk ini juga memastikan kulit kekal lembap dan tidak menyebabkan iritasi pada kulit.

Kelebihan:

  • Diformulasi secara spesifik untuk memutihkan bahagian ketiak
  • Tidak menyebabkan iritasi
  • Melembapkan kulit

Harga: RM55.20 (Harga asal RM69.00)

  Add to cart

6. Naturals By Watsons Olive Body Scrub

Untuk mereka yang mencari scrub badan yang dirumus dengan 100% bahan semula jadi, anda pasti menyukai Naturals By Watsons Olive Body Scrub. ianya membantu memyingkirkan sel kulit mati tanpa menyebabkan iritasi atau kulit kering. Ramuan utama scrub badan ini ialah ekstrak buah zaitun organik yang diketahui umum mempunyai kandungan vitamin yang tinggi serta memberikan kelembapan secara intensif.

Kelebihan:

  • Dirumus dengan ekstrak buah zaitun organik
  • Bebas daripada bahan berbahaya
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM23.71

Terdapat di: Watsons

7. Sephora Collection Brown Sugar Body Scrub

Seterusnya, Sephora Collection Brown Sugar Body Scrub mengandungi 96% bahan semula jadi yang membantu menyingkirkan sel kulit mati agar kulit anda tampak lembut dan halus. Diperkaya dengan gula perang, scrub badan ini membantu mengelupas sel kulit mati, manakala minyak moringa berkesan melembapkan kulit. Selain itu, ianya juga tidak meninggalkan sebarang kesan berminyak pada kulit.

Kelebihan:

  • Bungkusan yang mesra alam
  • Diuji secara klinikal
  • Mengandungi gula perang

Harga: RM75.00

Terdapat di: Sephora

8. The Body Shop Mango Body Scrub

Untuk mereka yang mempunyai kulit kering, penggunaan scrub badan daripada jenama terkemuka ini sesuai untuk anda. The Body Shop Mango Body Scrub dirumus dengan ekstrak minyak biji mangga yang mengandungi kandungan antioksidan tinggi serta vitamin A dan vitamin E. Tambahan lagi, scrub badan ini mempunyai bau menyenangkan dan mengharumkan.

Kelebihan:

  • Vegan
  • Sesuai untuk kulit kering
  • Memberi kelembapan pada kulit

Harga: RM34.50

Terdapat di: Lazada

9. Good Virtues Co. Radiant & Renewing Body Salt Scrub

Dirumus khas dengan minyak habbatus sauda organik, Good Virtues Co. Radiant & Renewing Body Salt Scrub membantu mencerahkan kulit anda serta memberikan nutrisi agar kulit tampak sihat dan anjal. Ianya juga bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya seperti paraben, SLES, pewarna tiruan dan minyak mineral. Jika anda ingin mendapatkan scrub badan terbaik yang berkesan membuang daki yang degil seperti di tengkuk dan siku, anda harus mencuba scrub badan ini.

Kelebihan:

  • Berkesan membuang daki yang degil
  • Membantu detok badan
  • Bebas daripada ramuan berbahaya

Harga: RM17.91

Terdapat di: Watsons

10. Dove Pomegranate Seeds & Shea Butter Moderate Exfoliating Body Polish

Dove Pomegranate Seeds & Shea Butter Moderate Exfoliating Body Polish diperkaya dengan ekstrak buah delima dan shea butter yang memastikan kulit anda kekal lembap sentiasa. Scrub badan ini juga mempunyai tekstur yang berasaskan krim, namun ianya berkesan membuang sel-sel kulit mati secara efektif. Ianya juga mempunyai bau yang menyenangkan, menjadikannya pilihan utama untuk mereka yang inginkan kulit yang lembut dan halus.

Kelebihan:

  • Diperbuat daripada krim pelembap
  • Memberikan kelembapan intensif
  • Melembutkan kulit
  • Tahap pH seimbang

Harga: RM59.00

Terdapat di: Lazada

11. St. Ives Apricot Exfoliating Body Wash & Scrub

Rata-rata daripada anda pasti mengetahui jenama ini yang sinonim dengan pelbagai jenis produk penjagaan muka dan badan. St. Ives Apricot Exfoliating Body Wash & Scrub mengandungi ekstrak aprikot dan serbuk jojoba yang berfungsi menyingkirkan sel kulit mati dan mengelakkan kulit tampak kusam. Tambahan lagi, scrub badan yang diuji secara dermatologi ini berkesan membersihkan kulit dari segala jenis kotoran.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Memastikan kulit tampak sihat dan bersinar
  • Membersihkan kulit dari kotoran dan daki

Harga: RM16.38

Terdapat di: Shopee

12. Frank Body Original Coffee Scrub

Dengan penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora oleh 163 pengulas, Frank Body Original Coffee Scrub merupakan pilihan ramai beauty junkie kerana keberkesanannya dalam memudarkan parut, tanda regangan atau stretch marks dan jerawat pada badan. Malahan, ianya juga bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya seperti paraben, phthalates dan PEG. Kebanyakkan daripada pengulas menyatakan bahawa scrub badan ini berkesan menyingkirkan daki degil dan juga membuatkan kulit lebih lembut.

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya
  • Diperbuat daripada ramuan semulajadi
  • Berkesan memudarkan parut dan tanda regangan

Harga: RM47.00

Terdapat di: Sephora

13. Sumber Ayu White Body Scrub Bengkoang

Diperbuat dengan ramuan utama iaitu ekstrak bengkoang dan teknologi Whitening Complex, Sumber Ayu White Body Scrub Bengkoang berkesan mencerahkan kulit dan memudarkan noda hitam. Selain itu, ianya juga mengandungi antioksidan yang tinggi, membuatkan kulit anda lebih halus dan lembut. Sumber Ayu White Body Scrub Bengkoang juga sesuai digunakan pada bahagian badan yang mempunyai daki yang degil seperti tengkuk, peha dan siku.

Kelebihan:

  • Berkesan mencerahkan kulit
  • Membantu menghilangkan daki degil
  • Bau yang wangi

Harga: RM8.00

Terdapat di: Shopee

14. First Aid Beauty KP Bump Eraser Body Scrub With 10% AHA

Jika anda mempunyai kulit sensitif, ianya pasti sukar untuk mendapatkan scrub badan yang tidak menyebabkan iritasi atau keradangan kulit. Oleh itu, anda harus mencuba First Aid Beauty KP Bump Eraser Body Scrub With 10% AHA yang diperkaya dengan asid laktik dan asid glikolik untuk menyingkirkan sel kulit mati secara efektif. Malahan, ianya juga bebas daripada bahan-bahan yang berbahaya. Dengan penilaian 4.5 bintang di Sephora oleh 818 pengulas, ianya sudah semestinya antara scrub badan terbaik di pasaran.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi bahan-bahan berbahaya
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Dirumus dengan AHA

Harga: RM122.00

Terdapat di: Sephora

15. Drunk Elephant Sugared Koffie™ Almond Milk Body Scrub

Dengan rumusannya yang diperkaya dengan ekstrak botanikal, Drunk Elephant Sugared Koffie™ Almond Milk Body Scrub merupakan antara scrub badan yang terbaik. Produk ini diperkaya dengan campuran bahan seperti biji kopi, gula perang, susu badam, minyak buah marula dan ekstrak buah markisa yang membantu menyingkirkan sel kulit mati. Formulasinya juga membantu mengekalkan kelembapan kulit tanpa merosakkan lapisan pelindung kulit, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif. 

Kelebihan: 

  • Vegan
  • Bebas daripada bahan yang menyebabkan iritasi seperti pewangi, alkohol, silikon, sulfat dan minyak pati 
  • Memastikan kulit kekal lembap

Harga: RM125.00

Terdapat di: Sephora 

16. GINVERA Real Spa Lavender Shower Scrub 

Untuk mereka yang lebih menyukai produk dwifungsi, iaitu gel mandian dan skrub badan, kami sarankan agar anda mencuba GINVERA Real Spa Lavender Shower Scrub. Produk ini mengandungi ramuan eksklusif iaitu Bio Mineral Acid (BMA) yang membantu memastikan kulit kekal hidrat dan merangsang peredaran darah. Dengan baunya yang wangi, ianya juga menghalang bau badan untuk jangka masa lama.  Pendek kata, ianya memberikan pengalaman yang menakjubkan seperti anda berada di spa. 

Kelebihan:

  • Bau yang wangi 
  • Merawat kulit kering
  • Formulasi yang lembut pada kulit 

Harga: RM16.90

Terdapat di: Watsons 

17. Fenty Skin Buff Ryder Exfoliating Body Scrub

Dapatkan kulit yang lembut dan berseri dengan Fenty Skin Buff Ryder Exfoliating Body Scrub. Formulasinya diilhamkan dari tropika dengan rumusan yang membantu melembutkan dan melembapkan kulit badan anda dengan serta merta. Campuran ramuan seperti enzim buah-buahn dan shea butter membuang sel kulit mati sambil memastikan kulit kekal hidrat. Dengan tekstur berasaskan krim, ianya tidak menyebabkan kulit anda rengsa seperti skrub badan yang lain. 

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan melekit
  • Bau yang wangi
  • Formulasi yang tidak menyebabkan kerengsaan

Harga: RM155.00

Terdapat di: Sephora 

18. Ouai Scalp & Body Scrub

Dengan rating yang tinggi, Ouai Scalp & Body Scrub merupakan scrub badan terbaik yang menjadi pilihan utama orang ramai. Produk ini bertindak dwifungsi sebagai skrub untuk rambut dan juga badan. Ianya menghasilkan busa yang membantu membersihkan kulit dan juga kulit kepala dari kotoran dan lebihan minyak. Diperkaya dengan probiotic, ramuan ini memastikan agar kulit anda kekal sihat sepanjang masa. Selain itu, formulasinya juga bebas daripada bahan yang menyebabkan iritasi seperti paraben dan natrium klorida.

Kelebihan:

  • Boleh digunakan untuk kulit kepala dan juga badan
  • Dirumus dengan probiotic
  • Menghasilkan busa untuk pembersihan yang lebih efektif 

Harga: RM178.00

Terdapat di: Sephora 

19. Dermalogica Thermafoliant Body Scrub

Dermalogica Thermafoliant Body Scrub amat sesuai bagi mereka yang ingin mencari produk untuk mencerahkan kulit kusam dan menghilangkan parut. Dengan campuran bahan asid laktik dan ekstrak betik, ianya merangsang proses pembaharuan kulit agar tampak berseri dan bebas cela. Manakala, garam laut membantu mengekalkan kehidratan kulit dan bio lipid pula membantu menguatkan lapisan pelindung kulit. Ekstrak botanikal seperti likuoris, teh putih, coffeeberry dan chamomile mengandungi antioksidan yang tinggi untuk memastikan kulit kekal sihat.

Kelebihan:

  • Vegan
  • Melegakan kerengsaan
  • Bebas daripada paraben, pewangi dan pewarna 

Harga: RM225.00

Terdapat: Laman website Dermalogica

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.