Kulit wajah yang terasa kasar dan tampak kusam semestinya membuatkan sesiapa sahaja berasa risau. Jika rutin pembersihan wajah anda hanya berasaskan pencuci muka sahaja, sudah tiba masanya agar anda menggunakan scrub muka. Produk ini bukan sahaja membantu membersihkan kotoran dan sel-sel kulit mati di wajah anda, malahan ianya turut memastikan produk penjagaan wajah yang lain dapat diserap ke dalam kulit dengan efektif. Tak pasti produk mana yang sesuai dengan anda? Beauty Insider telah menyenaraikan 13 scrub muka terbaik yang membantu anda mendapatkan kulit berseri dan bebas cela.

Apakah Kebaikkan Menggunakan Scrub Muka?

Photo by Polina Kovaleva from Pexels

Jika anda merupakan antara mereka yang tidak mempunyai scrub muka, pasti anda terfikir kelebihan menggunakan produk ini. Rata-rata daripada para Beauties amat menggemari scrub muka kerana ianya adalah rahsia untuk mendapat wajah yang berseri. Namun anda harus berhati-hati kerana scrub muka bukanlah sesuatu produk muka yang anda boleh gunkan hari-hari. Pastikan anda menggunakannya secara berkala iaitu dua atau tiga kali dalam seminggu sahaja untuk proses eksfoliasi. Masih ragu-ragu mahu mendapatkan scrub muka atau tidak?

Kebaikkan menggunakan scrub muka yang diketahui ramai adalah seperti berikut:

  • Membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati
  • Memastikan kulit wajah tampak lembut dan berseri
  • Mengelakkan kulit menjadi kasar
  • Berkesan membersih wajah dari minyak dan kotoran yang degil
  • Memutihkan kulit wajah
  • Sesuai untuk memudarkan parut di wajah

Bagaimanakah Cara Memilih Scrub Muka Terbaik Yang Sesuai Dengan Anda?

Photo by Pavel Danilyuk from Pexels

Walaupun proses eksfoliasi amatlah penting dalam rutin penjagaan wajah, anda harus juga memilih scrub muka terbaik yang sesuai untuk kulit anda. Kebanykkan daripada kita hanya menggunakan sesuatu produk setelah mendengar review orang ramai, bukan? Namun harus diketahui, setiap kulit wajah adalah berbeza, oleh itu anda harus mempertimbangkan jenis kulit anda dan juga masalah yang anda hadapi.

Kulit Wajah Normal

Untuk mereka yang mempunyai kulit wajah jenis normal, pastikan anda memilih scrub muka yang diformulasi dengan ramuan yang tidak menyebabkan iritasi. Selain itu, pilihlah scrub muka yang mengandungi bahan eksfoliasi yang halus.

Kulit Wajah Berminyak

Bagi anda yang mempunyai kulit wajah berminyak, utamakan scrub muka yang mengandungi ekstrak tumbuhan botanikal seperti nenas, aprikot atau bunga magnolia. Namun, anda harus elakkan menggunakan scrub muka secara kerap kerana ianya boleh membuatkan kulit wajah anda lebih berminyak.

Kulit Wajah Kering

Jika anda mencari scrub muka terbaik untuk kulit wajah jenis kering, kami sarankan anda membeli scrub muka yang mempunyai tekstur yang berkrim dan juga bahan eksfoliasi yang amat halus. Pastikan anda juga memilih scrub muka yang diperkaya dengan ramuan berasakan minyak kerana ianya membantu mengekalkan kelembapan wajah.

Kulit Wajah Sensitif

Untuk mereka yang berkulit sensitif, anda boleh mencari scrub muka yang diformulasi dengan ramuan yang amat lembut pada wajah. Selain itu, pastikan anda membuat patch test terlebih dahulu untuk mengelakan sebarang kesan sampingan. Ramuan oat juga diketahui umum bagus untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif.

13 Scrub Muka Terbaik Yang Disukai Oleh Para Editor!

1. Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub

Garden of EDEN Gentle Exfoliating Facial Scrub dirumus dengan campuran ramuan botanikal yang membantu memutihkan kulit wajah anda dan membuang sel-sel kulit mati. Ekstrak buah delima dan akar manis membantu mengelakkan kulit tampak kusam. Manakala, minyak buah zaitun dan jojoba mengekalkan kelembapan kulit. Tidak seperti scrub muka yang lain, produk bebas bahan kimia berbahaya ini mengandungi butiran beras yang halus untuk proses eksfoliasi.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak menyebabkan iritasi atau keradangan pada kulit
  • Melembutkan kulit wajah
  • Tidak dirumus dengan alkohol, paraben dan minyak mineral

Harga: RM21.70

  Add to cart

2. UTENA Everish Scrub Wash White Clay

Jika anda mempunyai masalah kulit berminyak, UTENA Everish Scrub Wash White Clay merupakan scrub muka terbaik untuk anda. Ianya mengandungi tanah liat putih yang berkesan menyerap lebihan sebum pada wajah. Selain itu, ianya juga mempunyai serdak kulit kacang walnut untuk membersihkan kotoran dan kulit mati. UTENA Everish Scrub Wash White Clay juga menjadi pilihan kerana ianya membantu menyingkirkan bintik hitam agar kulit anda sentiasa tampak flawless.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang kulit berminyak
  • Membantu menyerap minyak pada wajah
  • Mengelakkan bintik hitam

Harga: RM29.90 

  Add to cart

3. Exuviance Professional Glycolic Polish

Untuk mereka yang masih tercari-cari scrub muka terbaik, Exuviance Professional Glycolic Polish harus menjadi pilihan utama anda. Ianya memberikan dwicara untuk proses eksfoliasi kimia dan juga secara fizikal untuk membuang sel kulit mati secara efektif. Selain itu, Exuviance Professional Glycolic Polish turut mengandungi 10% asid glikolik dan 2% acid bionik. Dengan hanya sekali penggunaan, anda akan dapati kulit anda terasa lebih lembut dan berseri.

Kelebihan:

  • Diformulasi untuk semua jenis kulit
  • Proses eksfoliasi secara kimia dan juga fizikal
  • Membantu mengurangkan penuaan pada wajah

Harga: RM251.25 (Harga asal RM335.00)

  Add to cart

4. Mad Hippie 2-Minute Polishing Mask

Mad Hippie 2-Minute Polishing Mask merupakan cult favourite yang diperkaya dengan ramuan yang berkualiti tinggi, vegan dan juga bebas GMO. Produk 2 dalam 1 ini berfungsi sebagai masker wajah dan juga scrub muka, menjadikannya pilihan utama orang ramai. Dengan ramuan dua jenis tanah liat iaitu putih dan hijau, ianya membantu membersihkan wajah dari segala kekotoran yang membuatkan pori tersumbat. Manakala ekstrak organik teh hijau membantu menganjalkan semula kulit dan mengelakkan tanda-tanda penuaan.

Kelebihan:

  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada wajah
  • Formulasi yang mengandungi bahan semula jadi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Boleh digunakan sebagai masker

Harga: RM75.65 (Harga asal RM89.00)

  Add to cart

5. SOPH Banolish Face Polish

Scrub muka seterusnya yang menjadi pilihan para Beauties ialah SOPH Banolish Face Polish. Diperkaya dengan asid glikolik, ekstrak pisang, gula perang dan shea butter, ianya membantu anda memutihkan kulit wajah anda dan mengelakkan kulit kusam. Ianya terasa sungguh lembut pada wajah dan tidak menyebabkan sebarang kesan iritasi. Selain itu, scrub muka terbaik ini juga memastikan tahap kelembapan yang tinggi pada kulit.

Kelebihan:

  • Mengelakkan jerawat
  • Melembapkan wajah
  • Tekstur yang berkrim

Harga: RM35.00

  Add to cart

6. Fresh Sugar Face Polish

Dengan penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora oleh 1352 pengulas, Fresh Sugar Face Polish merupakan antara scrub muka terbaik di pasaran. Dirumus dengan gula perang dan juga biji buah strawberri, ianya membuang sel kulit mati secara efektif tanpa menyebabkan kekeringan. Tambahan lagi, produk ini juga boleh digunakan sebagi masker wajah. Dengan penggunaan secara konsisten, anda akan dapati kulit wajah anda kelihatan lebih berseri dan sihat.

Kelebihan:

  • Tekstur yang sangat berkrim
  • Tidak mengeringkan kulit
  • Diformulasi dengan ramuan yang tidak menyebabkan iritasi kulit

Harga: RM115.00

Terdapat di: Sephora

7. Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub

Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub diperkaya dengan ekstrak aloe vera dan butir beras yang organik. Ianya berkesan membersihkan kulit wajah secara mendalam dan sekali gus membuang sel-sel kulit mati. Tidak seperti scrub muka yang lain, ianya membantu eksfoliasi kulit secara lebut dan tidak menyebabkan sebarang kesan iritasi. Nivea Bio Aloe Vera Rice Scrub juga berkesan menyerap lebihan minyak dan mengurangkan bintik hitam.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit jenis kombinasi
  • Mengurangkan lebihan minyak pada wajah
  • Membantu detoks kulit wajah

Harga: RM22.50

Terdapat di: Watsons

8. St. Ives Apricot Scrub Invigorating & Smoothes Skin

St. Ives Apricot Scrub Invigorating & Smoothes Skin merupakan antara scrub muka terbaik di drugstore. Tambahan lagi sebut sahaja scrub muka, jenama ini sudah sinonim dengan rangkaian produknya yang diketahui umum amat terbaik. Diformulasi dengan ekstrak buah aprikot dan serbuk kulit kacang walnut, ianya membantu eksfoliasi kulit secara mendalam. Scrub muka bebas paraben ini turut membuang segala kotoran di wajah termasuk bintik hitam dan jerawat, menjadikkan kulit wajah anda tampak lebih bersih.

Kelebihan:

  • Membersih secara mendalam
  • Diuji secara dermatologi
  • Pilihan utama orang ramai

Harga: RM32.50

Terdapat di: Watsons

9. Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub

Khusus untuk anda yang mempunyai masalah bintik hitam atau blackhead, Neutrogena Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub merupakan antara scrub muka terbaik yang berkesan menyelesaikan masalah kulit ini. Ianya diformulasi dengan BHA Blackhead Fighting Complex, yang membantu secara efektif dengan meresap jauh ke dalam kulit untuk menyingkirkan kotoran yang tersumbat di dalam liang pori. Selain itu, ianya juga diperkaya dengan asid salisilik untuk merawat dan mengelakkan pertumbuhan jerawat.

Kelebihan:

  • Diformulasi secara khusus untuk mereka yang mempunyai masalah bintik hitam
  • Menghalang pembentukan jerawat
  • Mengurangkan bintik hitam

Harga: RM25.50

Terdapat di: Watsons

10. Palmer’s Cocoa Butter Formula Exfoliating Facial Scrub

Palmer’s Cocoa Butter Formula Exfoliating Facial Scrub mengandungi ramuan semula jadi yang penting seperti serbuk koko, kulit kacang walnut yang dtumbuk halus, dan shea butter. Ianya sungguh lembut pada kulit dan sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif. Selain itu, produk ini diketahui sebagai scrub muka terbaik kerana ianya membantu mencerahkan dan melembutkan kulit wajah.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif
  • Diuji secara dermatologi
  • Bebas daripada bahan berbahaya

Harga: RM28.40

Terdapat di: Caring

11. Galinée Face Mask & Scrub

Galinée Face Mask & Scrub merupakan produk 2-dalam-1 yang boleh digunakan sebagai masker dan juga skrub. Rumusannya mengandungi kompleks biotik iaitu campuran asid laktik dan prebiotik untuk melembutkan kulit wajah serta mengukuhkan ekosistem mikrobiom pada kulit. Manakala, tanah liat putih kaolin membantu membersihkan wajah daripada kotoran dan vitamin E pula kaya dengan antioksidan yang penting. Teksturnya seakan gel dan tidak menyeababkan iritasi pada kulit apabila digunakan.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Boleh digunakan sebagai masker dan skrub muka
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi

Harga: RM45.00

Terdapat di: Sephora

12. Tatcha The Rice Polish Foaming Enzyme Powder

Tatcha The Rice Polish Foaming Enzyme Powder diinspirasikan daripada bahan rahsia kecantikan wanita Jepun iaitu dedak beras yang mengandungi vitamin dan protein. Selain itu, ianya turut dirumus dengan Hadasei-3™ yang merupakan kompleks proprietari beras, teh hijau dan alga. Dengan campuran dedak beras dan juga enzim betik, ianya menghasilkan tekstur lembut berkrim untuk membersihkan sel-sel kulit mati dan kotoran pada wajah. Produk ini amat berkesan untuk kulit muka yang kusam dan juga tona kulit tidak sekata.

Kelebihan:

  • Berasaskan serbuk
  • Melembutkan kulit yang kasar
  • Mengecilkan liang pori

Harga: RM330.00

Terdapat di: Sephora

13. Dermalogica Daily Milkfoliant Exfoliator

Dengan rating sebanyak 4.8 bintang di Sephora,  Dermalogica Daily Milkfoliant Exfoliator menampilkan rumusan unik yang membantu melegakan kerengsaan pada kulit. Formulasinya mengandungi ekstrak oat, kelapa dan pelbagai bahan botanikal yang diperkaya dengan AHA serta BHA. Produk ini yang dipilih sebagai antara scrub muka yang terbaik membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati, manakala asid hyaluronik memberikan kelembapan agar kulit wajah anda kekal terhidrat.

Kelebihan:

  • Botol yang diperbuat daripada 50% plastik kitar semula
  • Melegakan kerengsaan
  • Sesuai digunakan setiap hari

Harga: RM89.00

Terdapat di: Sephora

Pernahkah anda mencuba sebarang scrub muka terbaik seperti yang tersenarai di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.