Kebanyakkan daripada kita hanya mengutamakan syampu dan perapi rambut sebagai produk penjagaan rambut harian, namun untuk pengetahuan anda ianya masih tidak mencukup. Rambut anda memerlukan produk penjagaan tambahan yang lain seperti tonik, masker dan juga serum rambut. Jika anda masih mengalami masalah rambut setelah mencuba pelbagai jenis produk, mungkin sudah tiba masanya anda mencuba serum rambut sebagai produk penjagaan harian anda. Adakah anda masih mencari serum rambut yang terbaik di pasaran? Beauty Insider telah menyenaraikan 17 serum rambut terbaik.

Apa itu Serum Rambut?

serum-rambut
Photo by Content Pixie on Unsplash

Serum rambut merupakan produk penjagaan rambut yang selalunya diformulasi dalam bentuk cecair dan mengandungi bahan seperti silikon. Ianya membantu melindungi setiap helaian rambut daripada penggunaan alat penggayaan rambut, pencemaran dan sinaran UV yang berbahaya. Terdapat pelbagai jenis serum rambut yang dirumus khas berdasarkan jenis rambut, seperti rambut rosak, kerinting atau kelemumur.

Apakah Manfaat Menggunakan Serum Rambut?

serum-rambut
Photo by Rendy Novantino on Unsplash

Jika anda masih tidak mempunyai serum rambut, kami sarankan anda mencubanya kerana produk penjagaan rambut ini diketahui mempunyai pelbagai kebaikkannya.

  • Memastikan rambut kelihatan lembut dan berseri
  • Mengelakkan rambut daripada menjadi kusut
  • Melindungi rambut daripada menjadi rosak akibat pencemaran, alat penggayaan rambut, dan sinaran UV
  • Membantu mengelakkan rambut keriting dan mengembang
  • Melembapkan rambut

Bagaimanakah Cara Menggunakan Serum Rambut dengan Tepat?

Untuk memastikan rambut anda menerima segala kebaikkan daripada produk ini, penggunaan yang tepat amatlah penting untuk memaksimakan kelebihannya. Oleh itu, kami sarankan anda menggunakan produk tersebut berdasarkan arahan yang telah disenaraikan di bungkusan.

  1. Titiskan satu atau dua produk tersebut pada tangan anda dan gosokkan kedua-dua belah tangan anda sebelum sapukan pada rambut yang telah dicuci
  2. Sapukan produk tersebut bermula di bahagian bawah rambut dan kemudian ratakan produk tersebut pada setiap helaian rambut. Elakkan menyapunya pada akar rambut kerana ianya akan membuat rambut kelihatan berminyak
  3. Pastikan anda meramas rambut anda dengan lembut untuk mengelakkan sebarang risiko kerosakan rambut
  4. Setelah itu, beruskan rambut anda menggunakan sikat yang bergigi jarang untuk memastikan setiap helaian rambut anda mendapat nutrisi dan vitamin
  5. Gayakan rambut dan anda juga boleh menggunakan serum rambut sebagai touchup

17 Serum Rambut Terbaik yang Popular di Malaysia

1.Mise En Scene Perfect Serum

Mise En Scene Perfect Serum merupakan antara serum rambut terbaik di Malaysia yang menjadi pilihan orang ramai. Diperkaya dengan tujuh jenis minyak semula jadi, ianya berkesan melawan tujuh ciri-ciri rambut yang rosak. Tambahan lagi, produk penjagaan rambut daripada Korea ini juga mengandungi ramuan yang diketahui kebaikkannya seperti air mawar, minyak argan dan royak jelly yang membantu mengekalkan nutrisi pada setiap helaian rambut. Hanya dengan satu kali sapuan, anda akan dapati rambut anda lebih lembut, dan bersinar. Ianya juga memastikan rambut anda berbau wangi sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Diuji secara klinikal
  • Menyuburkan rambut
  • Menghalang rambut daripada rosak

Harga: RM41.56

Terdapat di: Watsons

2. L’Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold

Jenama seterusnya sudah sinonim dengan produk penjagaan rambut yang terbaik di pasaran. L’Oreal Paris Elseve Extraordinary Oil Gold dirumus dengan enam ekstrak minyak bunga yang memberikan kelembapan intensif, sekali gus membantu menyuburkan rambut anda. Serum rambut berasaskan minyak ini bertekstur ringan dan menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan berminyak. Ianya juga membuatkan rambut terasa sungguh lembut dan terurus.

Kelebihan:

  • Diformulasi dengan ekstrak botanikal
  • Bertekstur ringan
  • Membantu melembutkan rambut dalam sekali penggunaan
  • Sesuai untuk semua jenis rambut

Harga: RM59.90

Terdapat di: Shopee

3. Gallinée Scalp And Hair Serum

Untuk mereka yang menyukai serum rambut yang bebas daripada bahan berbahaya atau yang merengsakan, Gallinée Scalp And Hair Serum adalah untuk anda. Produk ini dirumus dengan ramuan unik iaitu prebiotik yang membantu menguatkan lapisan luaran kulit anda. Selain itu, produk bebas silikon ini juga diperkaya dengan air beras yang telah ditapai, asid laktik, dan ekstrak artichoke untuk menyuburkan rambut secara efektif. Gallinée Scalp And Hair Serum juga memastikan rambut dan kulit kepala anda berada dalam tahap pH yang seimbang.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak mengandungi bahan berbahaya atau merengsakan seperti paraben, minyak mineral, silikon, pewarna dan sabun
  • Mengimbangi tahap pH rambut

Harga: RM128.00

Terdapat di: Sephora

4. Yves Rocher Anti-Breakage Serum 

Rambut anda mudah rapuh? Kami sarankan anda mencuba Yves Rocher Anti-Breakage Serum yang diformulasi secara khusus dengan minyak jojoba untuk menyuburkan rambut dan mengahalang rambut rapuh. Manakala, Agave Fructans membuatkan rambut anda kelihatan lebih kuat, lembut dan bersinar. Malahan serum rambut ini juga melindungi rambut daripada kerosakan akibat alat penggayaan rambut.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Bebas silikon
  • Vegan
  • 98 peratus bahan semula jadi

Harga: RM69.00

Terdapat di: Shopee

5. Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum

Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum mengandungi ramuan utama iaitu minyak habbatus sauda organik dan juga vitamin E untuk menghalang rambut bercabang dan rambut mengembang, menjadikan rambut anda lebih lembut dan mudah diurus. Tambahan lagi, serum rambut ini juga tidak diformulasi dengan ramuan yang menyebabkan iritasi atau berbahaya seperi paraben, minyak mineral, pewarna, SLES dan ALES.

Kelebihan:

  • Diperkaya dengan antioksidan
  • Tidak diuji pada haiwan
  • Bahan yang semula jadi

Harga: RM24.90

Terdapat di: Watsons

6. Kristin Ess Weightless Shine Working Serum

Dengan penilaian sebanyak 4 bintang di Sephora, Kristin Ess Weightless Shine Working Serum merupakan serum yang membantu anda mendapatkan rambut yang berseri dan lembut. Malahan ianya juga mempunyai bau khusus Kristin Ess agar rambut anda berbau harum sepanjang hari. Kristin Ess Weightless Shine Working Serum boleh digunakan untuk mengelakkan rambut mengembang dan anda juga boleh bereksperimentasi dengan pelbagi jenis stail menggunakan serum ini.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis rambut
  • Berbau harum
  • Boleh digunakan untuk pelbagai jenis stail rambut
  • Memastikan rambut lembut dalam sekali penggunaan

Harga: RM79.00

Terdapat di: Watsons

7. Innisfree Camellia Essential Hair Oil Serum

Innisfree Camellia Essential Hair Oil Serum merupakan cult-favorite yang diketahui kebaikkannya dalam menghalang rambut rosak. Diperkaya dengan ekstrak bunga Camellia, ianya membantu merawat rambut rosak sehingga ke akar. Ianya sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami masalah sedemikian akibat penggunaan alat penggayaan rambut yang berlebihan.

Kelebihan:

  • Menyerap dengan pantas
  • Untuk semua jenis stail rambut
  • Berkesan merawat rambut rosak
  • Menguatkan rambut

Harga: RM 43.00

Terdapat di: Laman website Innisfree

8. Kerastase Discipline Oleo Relax Serum

Kerastase Discipline Oleo Relax Serum diformulasi secara khas untuk memberikan rambut yang lembut dan bersinar bak sutera selama 24 jam. Ianya mengandungi tiga jenis minyak iaitu kelapa, rosehip dan sacha inchi untuk melembapkan dan melindungi rambut anda. Tambahan lagi ianya juga sesuai untuk mereka yang sering menggunakan alat penggayaan rambut atau berambut kering.

Kelebihan:

  • Kelembapan intensif
  • Melindungi rambut daripada rosak
  • Memastikan rambut bersinar

Harga: RM145  

Terdapat di: Shins

9. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum 

Jenama seterus ini pasti diketahui ramai, Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum merupakan produk terbaik untuk mereka yang mengalami masalah keguguran rambut. Ianya diformulasi dengan MicroMoisture Serum yang melindungi dan menyuburkan setiap helaian untuk mengurangkan potensi keguguran rambut sebanyak 98%. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum juga melindungi dan menguatkan akar secara efektif.

Kelebihan:

  • Mengelakkan rambut bercabang
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak pada rambut
  • Menguatkan rambut
  • Menyerap dengan pantas

Harga: RM19.90

Terdapat di: Big Pharmacy

10. KUNDAL Macadamia Ultra Hair Serum Cherry Blossom

Dirumus dengan 17 ekstrak minyak semula jadi, KUNDAL Macadamia Ultra Hair Serum Cherry Blossom mempunyai pelbagai nutrisi yang penting untuk anda. Malahan serum rambut ini juga dirumus tanpa penambahan alkohol, dan air. Dengan hanya sekali penggunaan, anda akan dapati rambut anda lebih lembut, halus dan berseri. Ianya juga diformulasi dengan teknologi penyerapan pantas agar tiada kesan berminyak.

Kelebihan:

  • Membantu menyuburkan rambut
  • Tanpa alkohol dan air
  • Melembutkan rambut

Harga: RM33.90

Terdapat di: Guardian

11. Lucido-L Argan Oil Hair Treatment Oil

Produk yang berasaskan minyak argan ini tidak terasa berat pada rambut. Malah, ia cepat meresap dan mampu membaiki kerosakkan pada rambut.

Jika anda gemar menggunakan mesin pengering rambut atau pelurus rambut, sapukan produk ini dahulu bagi mengelakkan kerosakkan. 

Kelebihan:

  • Mengandungi minyak argan untuk merawat dan menyihatkan rambut
  • Melindungi rambut dari sinaran UV
  • Tekstur ringan

Harga: RM32.90

Terdapat di: Watsons 

12. Coco & Eve Like A Virgin Miracle Hair Elixir Serum

Ingin rambut anda terus kelihatan sihat? Sapukan beberapa titisan Coco & Eve Like A Virgin Miracle Hair Elixir Serum! Teksturnya ringan dan tidak akan memberikan rasa berminyak pada rambut anda. 

Ia juga dirumus dengan kelapa, betik, manggis, dan pir berduri untuk membantu rambut anda kelihatan lebih sihat dan terurus. 

Kelebihan:

  • Mengandungi minyak dan ekstrak buah-buahan
  • Melindungi rambut dari suhu setinggi 220°C
  • Mengembalikan sinar pada rambut

Harga: RM144

Terdapat di: Sephora

13. Schwarzkopf BC Scalp Genesis Rebalancing Serum 

Rambut yang sihat dan bebas kelemumur bermula dengan kulit kepala yang sihat. Kaya dengan StemCode Complex, Vitamin B5, dan Vitamin E, Schwarzkopf BC Scalp Genesis Rebalancing Serum dapat bantu menyeimbangkan kulit kepala sambil mengalakkan pertumbuhan rambut dan mengelakkan kelemumur. 

Kelebihan:

  • Menghidratkan, melindungi, dan mengelakkan iritasi dan kegatalan pada kulit kepala
  • Mengandungi Niacinamide
  • Sesuai untuk kulit kepala sensitif

Harga: RM144.58

Terdapat di: Care to Beauty

14. Kiehl’s Silk Groom Serum

Dirumus dengan Vitamin E, Kiehl’s Silk Groom Serum mempunyai tekstur ringan namun mampu membekalkan rambut anda dengan kelembapan tanpa membuatkannya kelihatan dan rasa terlalu berminyak. Hasilnya? Rambut anda kelihatan lebih sihat dan mudah terurus. 

Kelebihan:

  • Mengandungi Vitamin E, minyak bijan dan bunga matahari
  • Rambut akan tampil lebih sihat dan bersinar
  • Tidak berat dan mudah diserap

Harga: RM100

Terdapat di: Kiehl’s 

15. The Ordinary Multi-Peptide Serum for Hair Density

Selain daripada pelbagai produk skincare, The Ordinary turut mempunyai beberapa rangkaian yang khusus untuk penjagaan rambut. Multi Peptide Serum for Hair Density merupakan serum rambut yang dirumus khas untuk menguatkan kulit kepala dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang lebih lebat dan sihat. 

Kelebihan: 

  • Membantu melebatkan rambut
  • Tekstur ringan
  • Mengandungi antioksida dan petides

Harga: RM125

Terdapat di: Sephora

16. TRESemme Keratin Smooth Hair Shine Anti-Frizz Serum

TRESemme Keratin Smooth Hair Shine Anti-Frizz Serum memberikan rambut anda lima kebaikan iaitu anti keriting, meleraikan rambut kusut, mengawal rambut yang tidak teratur, memberikan sinar,  dan meluruskan rambut.

Kelebihan:

  • Dirumus dengan Keratin dan minyak marula
  • Tidak melekit dan membuat kulit kepala terasa berat 
  • Sesuai disapu sebelum mesin pengering atau pelurus rambut bagi melindungi daripada suhu panas

Harga: RM44.90

Terdapat di: Guardian

17. OUAI Scalp Serum

Serum yang dirumus dengan teknologi dan bahan-bahan skincare, OUAI Scalp Serum dapat memberikan anda rambut yang kelihatan lebih kuat dan sihat. Selain itu, ia juga dapat melindungi kulit kepala anda dari sebarang iritasi dengan ekstrak bunga red clover. Tak cukup dengan itu, Adaptogens dan asid hyaluronik juga dapat memberikan kelembapan pada rambut dan kulit kepala. 

Kelebihan:

  • Mengalakkan pertumbuhan rambut yang lebih sihat dan lebat
  • Mengandungi asid glycolic, antioksida, vitamin, dan peptide
  • Bau yang nyaman

Harga: RM225

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.