Masalah kulit berjerawat pasti pernah dialami oleh kebanyakkan orang, tidak mengira usia mahupun jantina. Namun ianya pasti lebih menggusarkan terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak dan berjerawat. Tompokan kemerahan pada wajah akibat jerawat ini bukan sahaja mampu memberi implikasi pada keyakinan diri kita, malahan ianya turut membuatkan wajah kita tampak tidak flawless dan lebih kusam. Bayangkan jika sewaktu anda bangun pagi pada hari yang penting terdapat jerawat kemerahan yang besar. Keadaan tersebut sudah cukup pasti membuatkan sesiapa sahaja berasa risau, terutamanya jika anda perlu berhadapan dengan orang ramai. Walaupun anda mempunyai rutin penjagaan wajah yang terbaik, kadang kala terdapat sesetengah individu yang lebih cenderung untuk mendapat jerawat. Tambahan lagi, ianya juga memerlukan lebih daripada sekadar produk ataupun rutin penjagaan yang asas untuk menangani jerawat. Tetapi, yang paling merisaukan ialah jika terdapat parut selepas jerawat tersebut tumbuh. Untuk mereka yang pernah mengalaminya, anda pasti tahu ianya amatlah sukar untuk mengurangkan ketampakan parut jerawat ini. Usah risau kerana dengan serum untuk parut jerawat terbaik yang Beauty Insider senaraikan ini, anda pasti mendapat kulit yang flawless dan menawan. 

Apakah Tips Memilih Serum untuk Parut Jerawat yang Terbaik di pasaran?

Jenis Kulit 

Walaupun anda teringin untuk mencuba serum yang disukai oleh orang ramai, ianya amatlah penting agar anda memilih serum untuk parut jerawat yang sesuai dengan jenis kulit anda. Untuk yang tidak mengetahuinya pemilihan produk untuk hilangkan parut jerawat yang salah boleh menyebabkan keadaan jerawat menjadi lebih teruk. Terdapat serum yang diformulasi untuk boleh sesetengah jenis kulit, oleh itu ianya boleh membuatkan kulit anda menjadi lebih berminyak, kering ataupun iritasi.Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, anda perlu mengelakkan serum yang mempunyai kandungan asid yang tinggi. 

Ramuan

Meskipun pemilihan serum untuk parut jerawat bergantung pada jenis kulit anda, terdapat beberapa ramuan yang diketahui keberkesannya dalam membantu mengurangkan ketampakan cela tersebut. Secara umumnya, anda perlu menggunakan serum yang dapat membantu mengurangkan masalah liang pori tersumbat, mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baru dan juga diperkaya dengan antioksidan. Antara ramuan yang sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan parut jerawat ialah AHA, asid laktik, asid salisilik, dan retinol. Bagaimanapun seperti yan dimaklumkan di atas, anda disarankan memilih formulasi yang sesuai dengan jenis kulit anda untuk mengelakkan sebarang kesan sampingan. 

Serum untuk Parut Jerawat Terbaik yang Disukai Oleh Orang Ramai

1.Garden of EDEN ROSA T Acne Serum

Dengan kelebihan tiga tindakan, Garden of EDEN ROSA T Acne Serum diformulasi khusus untuk merawat jerawat, mengurangkan ketampakan cela dan mengekalkan kelembapan wajah. Ianya mengandungi campuran minyak Tea Tree dari Australia, vitamin E dan minyak rosehip seed untuk membantu menyerikan kembali kulit wajah anda. Selain itu, serum untuk parut jerawat ini juga mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan, sesuai untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat dan berminyak.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Mengurangkan jerawat, blackhead and juga whitehead
  • Formulasi dengan ekstrak botanikal

Harga:RM35.30 – RM69.40

  Add to cart

2.Garden of Wisdom Salicylic Acid 2% Serum

Garden of Wisdom Salicylic Acid 2% Serum mengandung ramuan utama iaitu asid salisik yang berkesan merawat liang pori-pori tersumbat dan jerawat. Ianya menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk membuang sel-sel kulit mati dan kotoran agar wajah anda bebas parut jerawat serta cela. Pengguna juga mendapati bahawa kulit mereka kelihatan lebih berseri dan bersih tanpa sebarang kesan jerawat. 

Kelebihan:

  • Mengurangkan jerawat
  • Membuang sel-sel kulit mati
  • Formulasi yang tidak menyebabkan iritasi

Harga: RM80.00

  Add to cart

3. Y.O.U AcnePlus Complete Solution Serum 

Y.O.U AcnePlus Complete Solution Serum diperkaya dengan ramuan penting untuk kulit anda seperti ekstrak botanikal, asid hyaluronik, vitamin A, B, C, D dan E. Selain itu, serum kegemaran ini turut dirumus dengan ekstrak Centella Asiatica untuk melegakan kerengsaan dan keradangan akibat jerawat. Dengan campuran vitamin dan asid hyaluronik, kulit anda akan kekal lembap dan anjal tanpa sebarang kesan iritasi. Malahan ianya turut berkesan memudarkan parut jerawat. 

Kelebihan:

  • Bertekstur ringan dan cepat menyerap
  • Sesuai untuk kulit berjerawat dan berparut
  • Melegakan iritasi serta merta

Harga: RM29.90

  Add to cart

4. Georganic Propolis Acne Care Serum

Untuk mereka yang masih mencari serum untuk parut jerawat berlubang atau hitam, anda harus mencuba Georganic Propolis Acne Care Serum. Ianya dirumus khas dengan ekstrak propolis, aloe vera dan Centella Asiatica yang berkesan mengurangkan jerawat seperti bintik hitam dan putih daripada berulang.  Dengan ramuan pentingnya, serum ini membantu menyingkirkan sel kulit mati dan membersihkan liang pori-pori. 

Kelebihan:

  • Melegakan keradangan akibat jerawat
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Diperkaya dengan antioksidan

Harga: RM129.00

  Add to cart

5. Alpha Intensive Renewal Serum with 14% AHA

Dengan kandungan AHA yang tinggi, Alpha Intensive Renewal Serum with 14% AHA memberi kesan efektif dalam proses eksfoliasi sel kulit mati dan mengecilkan liang saiz pori di wajah, memastikan kulit anda berseri dan bebas cela. Ianya juga membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan jeragat. Ditambah dengan ramuan seperti ekstrak aloe vera dan teh hijau, serum ini melegakan segala keradangan dan kerengsaan.

Kelebihan:

  • Kandungan AHA yang tinggi
  • Membuang sel kulit mati secara berkesan
  • Tidak menyebabkan iritasi

Harga: RM135.00

  Add to cart

6. Some By Mi Some By Mi Miracle Serum

Some By Mi Some By Mi Miracle Serum merupakan produk dari Korea yang menjadi kegilaan ramai. Ianya mengandungi campuran khas bahan-bahan yang penting untuk kulit seperti AHA, BHA, PHA, esktrak tea tree dan ekstrak Centella Asiatica untuk melawan jerawat dan menyerikan kembali kulit yang kusam. Ianya juga membantu meembuang sel kulit mati tanpa sebarang iritasi, menjadikannya antara serum untuk parut jerawat yang terbaik di pasaran. Malahan Serum ini juga mudah didapati di farmasi dan watsons. 

Kelebihan:

  • Tidak menyebabkan keradangan
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM79.00

Terdapat di: Watsons

7. Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum

Cosmoderm Tea Tree Oil Refining Oil Control Serum merupakan produk yang berasaskan air yang menyerap dengan jauh ke dalam kulit untuk mengurangkan jerawat dan lebihan sebum pada wajah. Diperkaya dengan esktrak minyak tea tree tulen dari Australia yang diketahui sifatnya yang anti bakteria, serum ini memastikan jerawat tidak lagi berulang. Tambahan, ianya turut membantu membersihkan liang pori-pori daripada tersumbat.

Kelebihan:

  • Memastikan kulit kekal lembap
  • Mengawal lebihan minyak
  • Mengelakkan jerawat daripada berulang
  • Menyerap dengan pantas

Harga: RM26.93

Terdapat di: Shopee

8. Palmer’s Cocoa Butter Formula Scar Serum

Palmer’s Cocoa Butter Formula Scar Serum mengandungi vitamin E, mentega koko serta ramuan lain yang berkesan memudarkan segala jenis tanda parut pada kulit. Dirumus dengan mentega koko, ianya membantu melembapkan kulit wajah serta merta dan mengelakkan kulit tampak kusam. Manakala Vitamin E mempunyai tahap antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan parut, cela, luka, gigitan serangga dan tanda regangan. Hanya sapukan 3 sehingga 4 kali pada kawasan parut jerawat dan anda akan dapati kulit anda kelihatan flawless.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis parut
  • Dirumus dengan vitamin E
  • Melembapkan kulit

Harga: RM50.88

Terdapat di: Guardian

9. The Ordinary Retinol Serum 0.2% in Squalane

Jika anda lebih menyukai ramuan retinol, anda harus mencuba The Ordinary Retinol Serum 0.2% in Squalane. Dirumus dengan 0.2% retinol, ianya mempunyai teksture yang amat ringan serta menyerap dengan pantas ke dalam kulit tanpa kesan berminyak. Serum ini amat berkesan untuk melawan tanda-tanda penuaan dan cela pada wajah termasuk parut jerawat. Selain itu, ianya turut mengandungi squalane untuk melindungi kulit dari sinaran matahari dan menyerikan kembali kulit kusam.

Kelebihan:

  • Formulasi vegan
  • Melawan tanda-tanda penuaan
  • Ramuan yang berkualiti tinggi
  • Harga yang murah

Harga: RM24.50

Terdapat di: Lookfantastic

10. La Roche Posay Effaclar Serum Anti-Acne Concentrate

Diformulasi secara khas untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat, La Roche Posay Effaclar Serum Anti-Acne Concentrate membantu menangani cela, liang pori tersumbat dan kulit kusam. Ianya mengandungi ramuan penting seperti asid salisilik untuk mengelakkan jerawat berulang dan pori tersumbat. Manakala LHA dan asid glikolik pula membantu membuang sel kulit mati serta melembutkan wajah agar kelihatan berseri. Jika anda mencari serum untuk parut jerawat terbaik, kami sarankan anda mencuba produk ini.

Kelebihan:

  • Membersihkan liang pori-pori
  • Merawat dan mengelakkan jerawat
  • Melembutkan kulit wajah

Harga: RM149.90

Terdapat di: Shopee

11. Mario Badescu Anti Acne Serum

Mario Badescu Anti Acne Serum boleh dikatakan sebagai produk cult favourite yang membantu menangani segala masalah kulit akibat jerawat dan minyak. Dengan ramuan utama asid salisilik, ianya menyerap dengan jauh ke dalam kulit untuk membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat pada wajah. Malahan ramai pengguna yang menyukai serum ini kerana ianya membanty menghalang jerawat daripada berulang.

Kelebihan:

  • Menghalang jerawat berulang
  • Mengurangkan lebihan minyak
  • Sesuai untuk kulit berminyak dan kombinasi

Harga: RM115.00

Terdapat di: Sephora

Pernahkah anda mencuba sebarang serum untuk parut jerawat yang kami senaraikan di atas? Jika ya, kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.