Masalah jerawat pasir sudah pastinya cukup sinonim dengan sesetengah orang yang mempunyai kulit berminyak. Dengan rutin penjagaan wajah yang tidak konsisten serta penggunaan produk yang tidak bersesuaian, perkara-perkara ini membuatkan masalah kulit anda lebih teruk. Walaupun sesetengah orang beranggapan bahawa jerawat pasir tidaklah sebegitu teruk berbanding jerawat biasa, kulit wajah yang tampak seakan menggerutu pasti membuatkan keyakinan diri anda merundum. Jika anda sedang mencari cara untuk menghilangkan jerawat pasir dengan cepat dan berkesan, senarai produk skincare untuk jerawat pasir ini amat sesuai untuk anda.

Apakah Jerawat Pasir? 

Photo by cottonbro studio on Pexels

Jerawat pasir atau comedonal acne merupakan masalah kulit yang berlaku akibat lebihan sebum dan sel-sel kulit mati yang tersumbat di dalam liang pori. Walaubagaimanapun masalah kulit ini tidak sama seperti jerawat biasa yang selalunya berkaitan jangkitan bakteria. Perbezaan ketara jerawat pasir dengan jerawat biasa adalah ianya tampak tertimbul dengan jumlah yang agak banyak di sesuatu kawasan di wajah. 

Selain itu, jerawat pasir juga boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu jerawat pasir jenis terbuka yang tampak seakan bintik hitam akibat sel kulit mati yang telah teroksida. Manakala, jerawat pasir tertutup pula berlaku apabila lebihan sebum tersumbat di bawah folikel, membuatkannya nampak seperti warna kulit. 

Cara Mengatasi Masalah Jerawat Pasir

Selain rutin penjagaan wajah yang konsisten, terdapat beberapa cara yang anda boleh praktikan untuk mengatasi masalah jerawat pasir. 

  • Pastikan anda tidak memicit jerawat tersebut kerana tabiat ini boleh meninggalkan kesan parut
  • Utamakan produk penjagaan wajah muka yang diformulasi khas dengan asid azela, bicenzoyl peroksida, asid glikolik, asid salisilik, retinod dan sulfur
  • Gunakan pelindung suria atau sunscreen yang mempunyai minimum SPF30 untuk mengelakkan kerosakan kulit wajah, terutamanya pada bahagian yang mempuyai jerawat daripada sinaran UV

Senarai Produk Skincare Untuk Jerawat Pasir

1. Y.O.U AcnePlus Complete Solution Serum 

Dapatkan kulit wajah idaman anda dengan Y.O.U AcnePlus Complete Solution Serum. Produk kegemaran orang ramai ini mengandungi bahan-bahan penting seperti ekstrak centella asiatica and Herbal Fusion Actives untuk melegakan iritasi akibat jerawat. Asid hyaluronik dan vitamin pula memastikan kelembapan untuk jangka masa lama dan juga pemulihan sel kulit untuk mengurangkan masalah jerawat. 

Kelebihan:

  • Menyerap dengan pantas
  • Diuji secara dermatologi
  • Bahan yang berkualiti tinggi

Harga: RM29.90

  Add to cart

2. CeraVe Foaming Cleanser Normal to Oily Skin

CeraVe Foaming Cleanser dirumus untuk mereka yang mempunyai kulit jenis normal dan berminyak. Pembersih wajah ini membantu membersihkan kotoran dan lebihan sebum pada wajah tidak menyebabkan kerengsaan. Produk ini mempunyai campuran bahan yang penting seperti ceramide yang membantu menguatkan penghalang kulit dan asid hyaluronik untuk melembapkan kulit secara mendalam. Malahan, produk ini turut melegakan kerengsaan pada wajah terutamanya jerawat yang kemerahan. 

Kelebihan:

  • Tidak menyebabkan kulit terasa kering 
  • Bersifat komedogenik
  • Melegakan kerengsaan

Harga: RM59.82

Terdapat di: Laman website Care to Beauty 

3. Caudalie Vinopure Clear Skin Purifying Toner

Caudalie Vinopure Clear Skin Purifying Toner diformulasikan secara khas untuk membersihkan kulit wajah secara mendalam. Diperkaya dengan asid salisilik, ramuan ini membersihkan liang pori yang tersumbat dan menyingkirkan sel-sel kulit mati. Manakala, ekstrak air anggur dan air mawar melegakan kerengsaan akibat iritasi pada kulit. Toner bebas pewangi ini amat sesuai untuk menghalang jerawat daripada berulang. 

Kelebihan:

  • Mengelakkan bintik-bintik hitam
  • Bebas pewangi dan bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
  • Tidak meninggalkan kesan melekit

Harga: RM150.00

Terdapat di: Sephora 

4. Mentholatum Acnes Oil-free Gel Lotion

Mentholatum Acnes Oil-free Gel Lotion merupakan antara produk skincare yang terbukti berkesan untuk jerawat pasir. Ianya dirumus dengan kandungan asid hyaluronik dan centella asiatica yang tinggi untuk melembapkan serta melegakan kerengsaan. Selain itu, pelembap wajah ini diperkaya dengan 10 hydroxydecanoic acid, asid salisilik dan pionin yang membantu mencegah jerawat dengan efektif. Dengan tekstur yang ringan, ianya menyerap dengan jauh ke dalam kulit untuk memberikan penghidratan serta-merta. 

Kelebihan:

  • Dwi-tindakan sebagai losyen dan pelembap
  • Bebas minyak
  • Mencegah pembentukan jerawat

Harga: RM35.90

Terdapat di: Watsons 

5. Origins Spot Remover™ Acne Treatment Gel 

Masalah jerawat pasir membelenggu anda? Origins Spot Remover™ Acne Treatment Gel pastinya membantu mencegah jerawat tersebut. Diperbuat dengan teknologi anti-tompok, produk ini mempercepatkan proses penyembuhan untuk mengelak parut jerawat. Kedua-dua ekstrak kafein dan alga merah pula  berkesan mengurangkan iritasi. Yang paling best, dengan penggunaan konsisten anda akan dapati liang pori anda tidak tersumbat dan kurang lebihan sebum seperti biasa.

Kelebihan:

  • Kandungan bahan aktif yang tinggi
  • Mencegah pembentukan jerawat
  • Sesuai untuk semua jenis kulit 

Harga: RM92.00

Terdapat di: Sephora 

6. Hada Labo Blemish & Oil Control Gel

Dapatkan kulit bebas cela dengan Hada Labo Blemish & Oil Control Gel. Produk skincare untuk jerawat pasir ini merangkumi semua ramuan penting untuk memastikan kulit tampak licin dan bersih. Selain asid hyaluronik, pelembap wajah ini diperkaya dengan ekstrak tumbuhan semula jadi seperti barli mutiara asli, ekstrak hatomugi, centella asiatica, houttuynia cordata dan ekstrak bunga chamomile untuk menguatkan penghalang kulit. Tekstur gelnya yang amat ringan memastikan penyerapan segera agar kulit anda tampak segar.

Kelebihan:

  • Formulasi pH kulit seimbang
  • Bebas pewangi, pewarna dan minyak mineral
  • Tekstur ringan

Harga: RM75.90

Terdapat di: Watsons 

7. Skinlycious Multi Protection Mineral Sunscreen SPF47 PA+++

Skinlycious Multi Protection Mineral Sunscreen SPF47 PA+++ diformulasi tanpa kesan berminyak dan melekit, menjadikannya sesuai bagi mereka yang mempunyai kulit jenis berjerawat. Diperkaya dengan ekstrak daun zaitun dan bahan yang tinggi kandungan antioksida, pelindung suria ini turut melindungi kulit wajah anda daripada pencemaran alam sekitar. Anda juga tidak perlu risau akan kesan berminyak ataupun white cast.

Kelebihan:

  • Tanpa kesan berminyak dan melekit
  • Diperkaya dengan antioksidan
  • Sesuai untuk kulit berjerawat

Harga: RM186.00

Terdapat di: Laman website Skinlycious

8. Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Booster

Dengan formulasinya yang efektif, Dermalogica Clear Start Breakout Clearing Booster amat sesuai untuk mereka yang ingin hilangkan jerawat pasir di muka. Produk ini dirumus dengan niacinamide, asid salisilik, dan ekstrak rumpai laut untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati dan juga menguatkan sistem penghalang kulit. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, produk ini juga membantu membunuh bakteria yang menyebabkan berlakunya jerawat. Anda boleh menggunakannya sebagai spot treatment atau campurkannya bersama  Dermalogica Clear Start Blackhead Clearing Fizz Mask. 

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi bahan yang menyebabkan iritasi
  • Cepat meresap
  • Membunuh bakteria penyebab jerawat

Harga: RM119.00

Terdapat di: Sephora 

9. Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50

Jika anda masih tercari-cari produk skincare yang sesuai untuk jerawat pasir, pastikan anda mencuba Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50. Pelindung suria yang berasaskan kimia dan mineral ini menampilkan formulasi inovatif dengan kelebihan untuk penjagaan kulit. Ianya mengandungi campuran ekstrak tembikai, asid hyaluronik, niacinamide dan ekstrak aloe vera untuk menyerikan wajah kusam serta melembapkan kulit yang kering. Walaupun sepanjang hari, produk ini tidak membuatkan kulit anda berminyak. 

Kelebihan:

  • Tanpa white cast
  • Dirumus dengan bahan aktif untuk penjagaan kulit wajah
  • Berasaskan kimia dan mineral

Harga: RM159.00

Terdapat di: Sephora

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.