Adakah anda mengalami masalah tompok hitam dan tanda-tanda penuaan? Anda sudah semestinya mencuba pelbagai jenis produk penjagaan muka tetapi masih tiada perubahan, bukan? Rata-rata daripada kita sering kali hanya mengutamakan produk kecantikan wajah tanpa mengambil berat keperluan pemakaian sunblock. Iya, dengan penggunaan sunblock secara konsisten, segala masalah kulit yang anda alami dapat diatasi. Tambahan lagi dengan cuaca seperti di Malaysia, pemakaian sunblock adalah amat penting. Beauty Insider telah menyenaraikan 17 sunblock terbaik yang sesuai untuk cuaca di Malaysia.

17 Sunblock Terbaik Agar Kulit Wajah Anda Terlindung Sentiasa

1. Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+

sunblock-terbaik-

Sunplay Skin Aqua Physical Sunscreen SPF50+ dirumus dengan Teknologi InvisShield, yang membantu agar produk tersebut menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan putih yang sinonim dengan pemakaian sunblock. Tambahan lagi, ianya diperkaya dengan ceramide dan ekstrak botani semula jadi yang berkesan melembapkan kulit serta menguatkan penghalang semula jadi kulit

Kelebihan:

  • Bertekstur ringan
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Diformulasi bebas daripada 6 perengsa utama

Harga: RM63.84

Terdapat di: Guardian

2. Benton – Air Fit UV Defense Sunscreen (50ml)

Dilengkapi dengan SPF 50+ PA++++ serta dicipta dengan formula lightweight atau ringan, pelindung matahari dari Benton ini telah diuji secara klinikal untuk menangkis sinaran UV sambil meninggalkan sifat putih. Dicipta dengan bahan penenang kulit atau skin friendly—seperti ekstrak Cica, Panthenol, Dipotassium Glycyrrhizate dan Tocopherol, memastikan kulit anda sentiasa diajaga dalam keadaan terbaik. 

Kelebihan:

  • Ramuan blok UV dengan gred Hijau EWG tanpa OMC
  • Centella Asiatica dan Panthenol melembapkan dan menenangkan kulit
  • Didatangkan dalam formula penghidratan dan dalam tekstur krim yang tidak meninggalkan ruangan putih

Harga: Bermula dari RM46.00

Terdapat di: Shopee

3. Jumiso Waterfull Hyaluronic Sunscreen 50ml

Jika anda mempunyai kondisi kulit kombinasi hingga berminyak, maka anda harus mencuba Pelindung Matahari Asid Hyaluronik dari Jumiso ini. Pelindung matahari ini bertindak sebagai pelindung matahari hibrid yang berpotensi menghalang kedua-dua sinaran UVA serta UVB. Kami menyukai produk ini kerana ia memberikan perlindungan matahari menyeluruh SPF50+ dan PA++++. Ia adalah pelindung matahari berasaskan air dan ia diserap dengan lembut dan lembap. Kulit terasa bebas minyak! 

Kelebihan:

  • Memberikan perlindungan matahari SPF50+, PA++++.
  • Pelindung matahari berasaskan air untuk semua jenis kulit
  • Sesuai untuk kegunaan setiap hari

Harga: RM49.90

Terdapat di: Stylekorean

4. Kyut Sunscreen Stick with SPF 50 PA++++

Memperkenalkan Kyut Sunscreen Stick dengan SPF 50 PA++++. Produk pelindung matahari yang mudah digunakan dan sesuai untuk digunakan semula atau reapply pada bila bila masa. Ia juga memberi anda perlindungan spektrum luas yang anda perlukan, tanpa sebarang bahan kimia yang keras. Apa yang membuatkan kami selesa memakai produk ini ialah ia sangat ringan dan memiliki tekstur yang tidak melekit. Juga diperkaya dengan bahan penguat kulit seperti Jojoba Oil, Sunflower Seed Oil, Rosehip Oil  dan Vitamin A and E.

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan putih pada kulit
  • Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB
  • Sangat mudah digunakan pada bila bila masa

Harga: Bermula dari RM79.00

Terdapat di: KyutSkin

5. TOCOBO Cotton Soft Sun Stick SPF50+ PA++++

Tocobo Cotton Soft Sun Stick SPF50+ PA++++ ialah tongkat matahari matte biru muda untuk kulit seperti sutera dan lembut. Formula mengandungi kompleks herba AC, untuk membantu menenangkan kulit sensitif. Selain itu, ia juga membantu mengawal rembesan sebum. Ia mempunyai kemasan yang tidak melekit dan licin yang membantu untuk menenangkan dan melembapkan kulit. Dengan bantuan Anti Sebum P, pelindung matahari ini juga membantu mengimbangi kelembapan minyak dalam kulit.

Kelebihan:

  • Perlindungan UV
  • Vegan
  • hipoalergenik

Harga: RM101.99

Terdapat di: StyleKorean

6. SUPERGOOP! Glowscreen Broad Spectrum Sunscreen Primer SPF 40 PA+++

Jenama seterusnya sudah sinonim sebagai sunblock terbaik di pasaran dan kami pasti anda juga sudah mengetahui tentang kelebihan SUPERGOOP! Glowscreen Broad Spectrum Sunscreen Primer SPF 40 PA+++. Sunblock yang bertekstur ringan ini mempunyai formula yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Tambahan lagi, ianya juga boleh digunakan sebagai highlighter. Tidak seperti sunblock yang lain, ianya juga melindungi kulit dengan daripada blue light dan berfungsi sebagai primer.

Kelebihan:

  • Memberikan kulit wajah yang tampak berseri
  • Mempunyai pelbagai fungsi
  • Tidak mempunyai bahan-bahan berbahaya

Harga: RM110.00

Terdapat di: Sephora

7. COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+

COSRX Aloe Soothing Sun Cream SPF 50+ dirumus dengan ekstrak aloe vera agar kulit wajah kekal lembap dan lembut sentiasa. Selain itu, sunblock ini juga cepat menyerap ke dalam kulit dan tidak meninggalkan kesan berminyak. Ianya juga sesuai untuk cuaca yang terik seperti di Malaysia. Dengan saiznya yang kecil, anda boleh membawanya kemana-mana sahaja.

Kelebihan:

  • Memberikan kelembapan
  • Seperti pelembap muka
  • Bertekstur ringan

Harga: RM36.00

Terdapat di: Shopee

8. Cetaphil UVA / UVB Defense Face & Body Skin Protection

Diperbuat dengan teknologi Mexoryl, Cetaphil UVA / UVB Defense Face & Body Skin Protection memberikan perlindungan daripada cahaya matahari dengan sistem lapan penapisan. Sunblock yang bersifat hipoalergenik ini membantu melembapkan kulit dan mengelakkan iritasi. Malahan ianya juga boleh digunakan pada wajah dan juga seluruh badan.

Kelebihan:

  • Bebasi pewangi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mudah diserap

Harga: RM119.06

Terdapat di: Watsons

9. La Roche-Posay Anthelios Pocket SPF 50+

La Roche-Posay Anthelios Pocket SPF 50+ memberikan perlindungan maksima terhadap sinaran UVA dan UVB untuk mengelakkan kerosakkan kulit. Tambahan lagi, sunblock ini juga tahan air dan tidak meninggalkan kesan berminyak pada wajah anda. La Roche-Posay Anthelios Pocket SPF 50+ mengandungi air mata air terma yang berkesan melegakan iritasi kulit dan mengekalkan kelembapan.

Kelebihan:

  • Tidak bersifat komedogenik
  • Bebas daripada paraben, lanolin, pewarna dan pewangi
  • Perlindungan maksima

Harga: RM125.90

Terdapat di: Shopee

10. Innisfree Intensive Triple-shield Sunscreen SPF50+ PA++++ 50ml

Jika anda peminat K-Beauty, anda pasti mengetahui jenama seterus ini! Innisfree Intensive Triple-shield Sunscreen SPF50+ PA++++ 50ml merupakan sunblock tahan air yang sesuai digunakan untuk aktiviti-aktiviti di luar. Ianya juga diformulasi untuk memberikan tiga fungsi utama iaitu mencerahkan wajah, mengurangkan tanda-tanda penuaan dan melindungi kulit daripada sinaran matahari.

Kelebihan:

  • Tahan air
  • Cepat menyerap dan mudah untuk disapu
  • Memberikan tiga kelebihan

Harga: RM65.00

Terdapat di: Laman website Innisfree

11. Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50

Diperkaya dengan ekstrak royal jelly dan asid hyaluronik, Biore UV Aqua Rich Watery Essence SPF 50 memastikan kulit anda lembap tanpa kesan berminyak. Ianya diformulasi dengan World’s First Technology yang memberikan perlindungan daripada sinaran UV pada tahap mikro. Sunblock ini juga mudah menyerap dengan pantas ke dalam kulit dengan tekstur berasaskan airnya.

Kelebihan:

  • Memberikan kelembapan
  • Memberikan perlindungan menyeluruh
  • Pantas menyerap ke dalam kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM35.00

Terdapat di: Watsons

12. L’Oreal UV Perfect Super Aqua Essence

L’Oreal UV Perfect Super Aqua Essence bukan sahaja membantu melindungi kulit daripada matahari, malahan ianya juga mengelakkan tompok hitam, kulit kusam dan tanda-tanda penuaan seperti kedutan. Ianya mempunyai tekstur yang seakan air dan mudah menyerap ke dalam kulit dengan hanya satu kali sapuan. Tambahan lagi, L’Oreal UV Perfect Super Aqua Essence mengawal minyak berlebihan dan melindungi kulit daripada kesan akibat pencemaran.

Kelebihan:

  • Mengandungi antioksidan
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Menyerikan kulit wajah

Harga: RM24.90

Terdapat di: Laman website L’Oreal

13. Soleil Toujours Organic Sheer Sunscreen Mist SPF 30

Soleil Toujours Organic Sheer Sunscreen Mist SPF 30 sesuai untuk mereka yang menggemarkan sunblock yang bersifat mist. Diperkaya dengan ramuan seperti vitamin C, Vitamin E, bisabolol dan alga merah yang melindungi kulit daripada matahari, kulit kusam dan tanda-tanda penuaan. Selain itu, sunblock tahan air ini tidak mengandungi oxybenzone dan octinoxate yang diketahui umum menggangu tahap hormon.

Kelebihan:

  • Tahan air
  • Bebas bahan kimia berbahaya
  • Mengandungi antioksidan

Harga: RM152.83

Terdapat di: Selfridges

14. ELTA MD UV Clear Facial Sunscreen SPF 46

ELTA MD UV Clear Facial Sunscreen SPF 46 merupakan pilihan utama beauty junkie! Sunblock ini merupakan antara yang terbaik di pasaran. Diperkaya dengan niacinamide, asid hyaluronik dan vitamin E, sunblock ini membantu memastikan kulit wajah anda tampak berseri dan sihat. Ianya juga bertekstur ringan dan menyerap pantas ke dalam kulit. Jika anda mempunyai masalah kulit berjerawat dan rosacea, sunblock ini sesuai untuk anda.

Kelebihan:

  • Tidak bersifat komedogenik
  • Bebas minyak, pewangi, dan paraben
  • Sesuai untuk kulit berjerawat dan rosacea

Harga: RM160.00

Terdapat di: Lazada

15. Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50

Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Sunscreen SPF 50 merupakan pelindung suria pertama keluaran jenama ini yang dirumus dengan manfaat untuk penjagaan kulit. Formulasinya diperkaya dengan campuran niacinamide, ekstrak aloe vera, asid hyaluronik dan ekstrak tembikai yang membantu melembapkan serta mencerahkan wajah agar tampak berseri. Sunblock berasaskan penapis mineral dan kimia mempunyai tekstur yang amat ringan tanpa meninggalkan kesan melekit. Sunblock terbaik ini juga amat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif, kering, berminyak mahupun kombinasi. 

Kelebihan:

  • Tidak komedogenik.dan aknegenik
  • Diperkaya dengan bahan yang penting untuk masalah kulit jeragat dan tanda-tanda penuaan
  • SPF 50

Harga: RM159.00

Terdapat di: Sephora 

16. NUDESTIX Nudescreen Daily Mineral Veil SPF30

NUDESTIX Nudescreen Daily Mineral Veil SPF30 menampilkan formulasi yang membolehkannya digunakan sebagai sunblock, pelembap wajah dan juga solekan primer. Ditawarkan dalam tiga jenis warna, pengguna boleh memilih antara hot, cool dan warm. Rumusan vegannya mengandungi campuran non-nano zinc oxide, ekstrak alga hijau  yang vegan, PassionFlower and Purple Tea. Produk ini bukan sahaja melindungi kulit daripada sinaran UV, malahan ianya turut menghalang kerosakan akibat cahaya biru. 

Kelebihan:

  • Serba guna
  • Bebas daripada bahan iritasi
  • Formulasi yang tidak mencemarkan terumbu karang 

Harga: RM162.00

Terdapat di: Sephora 

17. Anessa Perfect UV Sunscreen Skincare Milk

Diperbuat dengan Teknologi Auto Booster, Anessa Perfect UV Sunscreen Skincare Milk dirumus untuk bertindak balas dengan peluh, haba, air dan lembapan di udara. Oleh itu, ia merupakan antara sunblock terbaik yang sesuai untuk kegunaan seharian dan juga semasa aktivit. Produk ini juga memberikan perlindungan UV yang lama untuk kesan optimum. Ianya juga diperkaya dengan bahan-bahan yang penting untuk kulit seperti ekstrak teh hijau dan juga bunga kuning yang membantu tanda-tanda penuaan. Anda juga boleh gunakannya sebagai primer sebelum solekan. 

Kelebihan:

  • Mudah dibersihkan menggunakan sabun
  • Diperkaya dengan ramuan untuk kulit
  • Boleh digunakan sebagai primer

Harga: RM135.00

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk turut ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk perkembangan semasa mengenai kecantikan dan produk terkini.