Adakah anda mengalami masalah rambut gugur? Ternyata masalah rambut gugur mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa rungsing dan gusar! Tidak mengira jantina ataupun had umur, rambut gugur pasti memberikan kesan kepada keyakinan diri kita. Terutamanya bagi para wanita, rambut diibaratkan mahkota dan sudah tentunya ianya amat penting bagi kejelitaan seseorang. Walaupun anda berhijab, pasti anda inginkan rambut yang tampak sihat dan berkilau sentiasa. Tidak dapat dinafikan, rambut gugur merupakan masalah yang kebanyakkan daripada kita alami. Jika perkara ini dibiarkan berlarutan tanpa sebarang solusi, ianya mampu mengakibatkan tompokan botak dibeberapa bahagian di kepala. Oleh itu, rutin penjagaan rambut yang sesuai amatlah penting untuk mengelakkan masalah rambut gugur yang lebih teruk. Usah risau, kerana Beauty Insider telah menyenaraikan 20 syampu untuk rambut gugur yang disukai oleh orang ramai kerana keberkesannya.

Apakah Puncanya Berlaku Rambut Gugur?

Photo by Element5 Digital from Pexels

Seperti yang anda sudah ketahui, punca berlakunya rambut gugur adalah disebabkan beberap faktor. Ianya juga boleh terjadi akibat penggunaan ubat-ubatan, mahupun selepas bersalin. Disebabkan hal sedemikian, anda haruslah mengenal pasti faktornya untuk memastikan anda dapat menyelesaikan masalah rambut gugur. Antara beberapa faktor yang menyumbang kepada terjadinya masalah rambut gugur adalah seperti berikut:

  • Ubat-ubatan
  • Rawatan
  • Stress ataupun tekanan
  • Perubahan hormon
  • Merokok
  • Berat badan yang menurun secara mendadak
  • Kelemumur
  • Penggayaan rambut seperti menggunakan bahan kimia atau alatan yang panas
  • Membiarkan rambut basah atau lembap setelah mandi
  • Penggunaan produk penjagaan rambut yang kurang sesuai
  • Tidak mendapat vitamin atau nutrisi yang secukupnya

Tips dalam Memilih Syampu untuk Rambut Gugur yang Terbaik

Dengan lambakan syampu untuk rambut gugur di pasaran, ianya sudah tentu sukar untuk anda mengetahui sama ada ianya berkesan ataupun tidak. Untuk memastikan agar ianya benar-benar sesuai untuk anda, terdapat beberapa kriteria yang perlu dititiberatkan.

Ramuan yang Penting

Pastikan anda membeli syampu untuk rambut gugur yang dirumus dengan bahan penting seperti biotin, ekstrak akar yucca, hidrokortison, vitamin B3, histidine dan phyto-caffeine. Ramuan ini terbukti berkesan mengelakkan rambut yang menipis atau gugur.

Baca label Produk

Jauhi produk yang dirumus dengan bahan berbahaya seperti alkohol, sulfate, pewarna tiruan, pewangi tiruan, bahan pengawet. Malahan bahan-bahan ini juga mampu menyebabkan iritasi dan sekaligus memburukkan lagi kondisi rambut anda.

Pilihlah yang Sesuai dengan Jenis Rambut Anda

Tahukah anda bahawa pemilihan produk penjagaan rambut juga sama seperti wajah? Iya, anda harus juga mengambil kira jenis kulit kepala anda dan juga rambut untuk memaksimakan kelebihannya. Untuk mereka yang mempunyai rambut yang agak kering, anda disarankan untuk memilih syampu untuk rambut gugur yang mampu mengekalkan kelembapan. Manakala, syampu yang mempunyai tahap pH yang seimbang sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang berminyak. Jika anda hanya mempunyai rambut jenis normal tetapi terdapat masalah gugur, anda boleh utamakan syampu yang diformulasi secara lembut dan sesuai untuk rambut yang sederhana.

20 Syampu untuk Rambut Gugur yang Terlaris di Pasaran

1. RAE Professional Energize Shampoo

Diperkaya dengan ramuan penting yang membantu mengelakkan rambut gugur, RAE Professional Energize Shampoo menjadi pilihan utama orang ramai. Ianya mengandungi campuran bahan botanikal seperti lavender, adas, burdock, kayu putih dan equiseto. Setiap ramuan ini memberikan kelebihan tersendiri dalam membersihkan rambut anda secara efektif dan juga merangsang pertumbuhan rambut baru. Malahan ianya juga melegakan iritasi pada kulit kepala dan menguatkan akar rambut.

Kelebihan:

  • Bahan yang berkualiti tinggi
  • Sesuai untuk penggunaan harian
  • Menguatkan kembali rambut yang rosak dan rapuh
  • Dirumus dengan ramuan botanikal

Harga: RM69.00

  Add to cart

2. Iraltone Fortifying Shampoo

Iraltone Fortifying Shampoo mempunyai tekstur yang agak berkrim dan membersihkan kulit kepala secara mendalam. Ianya juga mengekalkan kelembapan rambut tanpa meninggalkan kesan iritasi atau kekeringan. Dengan formulasi berteknologi tinggi, syampu untuk rambut gugur untuk menguatkan kembali struktur rambut dan folikel untuk mengurangkan risiko rambut rapuh. Hanya gunakan secara konsisten dan anda akan dapat melihat kesan yang serta merta.

Kelebihan:

  • Menguatkan struktur rambut
  • Mengalakkan pertumbuhan rambut baharu
  • melembapkan rambut
  • Sesuai untuk rambut rosak

Harga: RM128.25 (Harga asal RM171.00)

  Add to cart

3. MARO 3D Volume Up Shampoo

MARO 3D Volume Up Shampoo mengandungi campuran ramuan botanikal dan juga ekstrak royal jeli yang membantu menyerikan kembali rambut yang rosak. Syampu ini juga menjadi pilihan ramai terutamanya kaum adam kerana ianya membantu melebatkan rambut secara efektif tanpa sebarang kesan sampingan. Selain itu, ianya juga membantu membersihkan kulit kepala dan memastikan keseimbangan tahap pH.

Kelebihan:

  • Melembapkan kulit kepala
  • Melebatkan serta melembutkan rambut
  • Menguatkan akar rambut

Harga: RM39.90 (Harga asal RM49.90)

  Add to cart

4. TRESemme Hair Fall Control Shampoo

Untuk mereka yang sedang mencari syampu terbaik untuk rambut gugur di Watsons, anda pasti menyukai TRESemme Hair Fall Control Shampoo. Diperbuat dengan Teknologi Tresplex Fall Control, syampu ini mengurangkan peratusan rambut gugur sebanyak 98%. Malahan ianya juga mengandungi ekstrak minyak biji chia dan vitamins yang membantu menyuburkan setiap helaian rambut.

Kelebihan:

  • Mengurangkan rambut gugur
  • Bahan yang penting
  • Bau yang wangi

Harga: RM35.90

Terdapat di: Watsons

5. Alpecin Caffeine Shampoo C1

Alpecin Caffeine Shampoo C1 merupakan antara syampu terbaik untuk rambut gugur yang diketahui keberkesannya. Dirumus dengan ramuan penting seperti kafein, zink dan niacin, ianya meresap jauh dan menyuburkan rambut secara efektif. Syampu ini membantu menyegarkan kembali kulit kepala dengan harumannya. Tambahan lagi, ianya juga merupakan cult favoruite kerana mempu memberikan kesan hanya dalam seminggu.

Kelebihan:

  • Merangsang pertumbuhan rambut baru
  • Bau yang menyenangkan
  • Melegakan kulit kepala

Harga: RM35.90

Terdapat di: Watsons

6. OGX Thick & Full Biotin & Collagen Shampoo

Seterusnya ialah OGX Thick & Full Biotin & Collagen Shampoo sarat dengan pelbagai jenis ramuan penting yang rambut anda perlukan seperti kolagen, biotin, dan vitamin B7. Campuran ini berkesan menyuburkan setiap helaian rambut agar ianya tampak sihat, berkilau dan lebat. Malahan syampu untuk rambut gugur ini juga dikatakan terbaik kerana membantu mengekalkan kelembapan rambut.

Kelebihan:

  • Melebatkan rambut
  • Menyubur setiap helaian rambut
  • Membersihkan kulit kepala secara mendalam

Harga: RM52.80

Terdapat di: Shopee

7. L’Oreal Fall Resist 3X Anti-Dandruff Shampoo 

Jenama seterus ini pasti ramai yang mengenalinya, bukan? L’Oreal Fall Resist 3X Anti-Dandruff Shampoo memberikan kebaikkan tiga fungsi yang membantu menyuburkan kulit kepala serta menguatkan akar dan struktur rambut. Untuk mereka yang mempunyai masalah kelemumur, syampur untuk rambut gugur ini juga dapat membantu mengurangkannya. Hanya dengan sekali penggunaan, rambut anda akan berbau wangi sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Bau yang harum dan wangi
  • Mengurangkan rambut gugur
  • Menyerikan kembali rambut kusam
  • Menguatkan akar rambut

Harga: RM35.50

Terdapat di: Guardian

8. Shiseido Sublimic Adenovital Shampoo

Shiseido Sublimic Adenovital Shampoo diformulasi secara khusus untuk membantu merawat masalah rambut gugur. Syampu ini memastikan kondisi kulit kepala yang sihat dengan membersihkannya secara mendalam. Malahan, ramuannya juga meresap jauh ke dalam kulit untuk memaksimakan keberkesannya. Tidak seperti syampu yang lain, ianya mengekalkan kelembapan rambut anda. Oleh itu, anda tidak perlu risau mengenai sebarang iritasi.

Kelebihan:

  • Mengekalkan kelembapan rambut
  • Diformulasi untuk rambut gugur
  • Membuatkan rambut tampak lebih lebat dan berseri

Harga: RM200.00

Terdapat di: Shopee

9. Briogeo Blossom & Bloom™ Ginseng + Biotin Hair Thickening + Volumizing Shampoo

Dengan rating sebanyak 4 bintang, Briogeo Blossom & Bloom™ Ginseng + Biotin Hair Thickening + Volumizing Shampoo menjadi pilihan ramai beauty junkies. Ianya dirumus tanpa bahan berbahaya seperti sulfate dan paraben. Selain itu, ianya juga mengandungi 98% ramuan yang berasaskan semula jadi. Syampu untuk rambut gugur ini membersihkan rambut secara efektif tanpa meninggalkan kesan berminyak mahupun iritasi. Anda akan juga dapati rambut anda tampak lebih lebat dan sihat berbanding selalu.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi bahan berbahaya
  • Melebatkan rambut
  • Mengurangkan masalah rambut gugur

Harga: RM131.00

Terdapat di: Sephora

10. Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo

Himalaya Herbals Anti-Hair Fall Shampoo sesuai untuk mereka yang menyukai syampu untuk rambut gugur berasaskan herba. Ianya mengandungi campuran ramuan seperti kafein dan minyak kastor untuk membantu merangsang pertumbuhan rambut baru. Ianya juga membantu menguatkan kembali akar rambut dan mengelakkan rambut rapuh akibat rosak.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis rambut
  • Berasaskan herba
  • Mengelakkan rambut rapuh

Harga: RM33.80

Terdapat di: Watsons

11. Kundal Caffeine Scalp Shampoo Cherry Blossom 

Kundal Caffeine Scalp Shampoo Cherry Blossom dirumus secara khas untuk membantu masalah rambut gugur. Produk ini iperkaya dengan tiga campuran bahan utama iaitu panthenol, niacinamide, dan asid salisilik yang membantu meningkatkan keanjalan rambut. Manakala, kafein yang diekstrak daripada kacang hijau pula menyuburkan kulit kepala secara mendalam. Selain ekstrak kelapa, syampu ini turut mengandungi 24 jenis ekstrak tumbuhan untuk membersihkan kulit kepala dari kotoran dan lebihan sebum. 

Kelebihan:

  • Bebas daripada 13 bahan berbahaya
  • Mengandungi ekstrak kafein
  • Membersihkan rambut dan kulit kepala secara mendalam

Harga: RM46.90

Terdapat di: Guardian 

12. Dove Hair Fall Rescue Shampoo

Masalah rambut gugur membelenggu anda? Cubalah Dove Hair Fall Rescue Shampoo yang diformulasi untuk menguatkan rambut rapuh dengan berkesan. Dengan bahan penting seperti dinazink, trichazole dan ekstrak biji anggur, syampu ini menguatkan setiap helaian rambut untuk mengurangkan rambut gugur sehingga 98%. Dengan aroma syampu yang wangi, ianya memastikan rambut anda kekal segar sepanjang hari. 

Kelebihan:

  • Menguatkan rambut rapuh
  • Sesuai digunakan setiap hari
  • Membuatkan rambut tampak lebat

Harga: RM15.90

Terdapat di: Guardian 

13. Herbal Essences Aloe & Bamboo Shampoo

Aloe & Bamboo Shampoo oleh Herbal Essences merupakan produk daripada rangkaiannya yang membantu menguatkan serta membaiki rambut rosak. Syampu untuk rambut gugur ini bukan sahaja bebas daripada bahan berbahaya, malahan ianya juga diperkaya dengan ramuan botanikal yang diperakui oleh Royal Botanic Gardens, Kew. Dengan formulasi pH-seimbang, syampu ini sesuai untuk rambut berwarna juga. 

Kelebihan:

  • Botol yang boleh dikitar semula
  • pH-seimbang
  • Aroma flora yang wangi 

Harga: RM47.50

Terdapat di: Watsons

14. Italy Modos Green Tea Repair Shampoo 

Anda sering alami masalah rambut kering dan kurang bermaya? Beralih kepada syampu ITALY Modos Green Tea Repair Shampoo yang dirumus khas dengan minyak pati asli teh hijau untuk memberikan nutrien yang mencukupi pada rambut anda agar kelihatan lebih sihat dan bersinar. Mempunyai nilai PH 5.5 yang sama seperti kulit, syampu ini juga dapat membantu menyimbangkan kadar PH kulit kepala anda. 

Kelebihan:

  • Campuran sembilan jenis ekstrak herba
  • Sesuai untuk pelbagai jenis rambut dan kulit kepala
  • Meyeimbangkan PH kulit kepala

Harga: RM78.00

  Check on Insider Mall

15. KRISTIN ESS Fragrance Free Daily Cleansing Shampoo

Bagi anda yang mempunyai kulit kepala sensitif, KRISTIN ESS Fragrance Free Daily Cleansing Shampoo merupakan syampu yang ideal untuk anda. Bebas dari pewangi, sulfat, parabens, phthalates, silikon dan gluten, syampu ini mampu membersihkan kulit kepala dan rambut anda tanpa menyebabkan iritasi. Ia juga dapat mengembalikan sinar pada rambut anda!

Kelebihan:

  • Sesuai diguna secara harian
  • Tidak mengeringkan rambut
  • Sesuai untuk kulit kepala yang sensitif

Harga: RM69.00

Terdapat di: Watsons

16. & HONEY Melty Moist Repair Shampoo

Dengan tiga jenis campuran madu iaitu madu Manuka, madu mawar, dan madu asli, & Honey Melty Moist Shampoo bukan sahaja mampu melembabkan rambut hingga ke hujung akar tapi ia juga mempunyai packaging yang sangat comel! Turut dirumus dengan mentega shea, syampu ini dapat mengelakkan rambut anda daripada kekeringan dan kerosakkan dengan setiap cucian. 

Kelebihan

  • Campuran tiga jenis madu
  • Wangian madu mawar asli Bulgarian dari Bulgaria
  • Tidak mengeringkan rambut

Harga: RM72.90

Terdapat di: Watsons

17. Ryo Deep Cleansing & Cooling Shampoo

Ryo Deep Cleansing & Cooling Shampoo sangat bagus bagi anda yang sering mengalami kegatalan dan masalah minyak berlebihan pada kulit kepala. Diformulasi dengan bahan-bahan yang dipatenkan dan 15 bahan-bahan dari tumbuhan, syampu ini dapat membersihkan kulit kepala dan rambut secara mendalam, memberikan anda rasa segar sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Membersihkan kulit kepala secara mendalam
  • Memberi sensasi sejuk dan mengatasi bau rambut
  • Mengawal minyak berlebihan

Harga: RM50.00

Terdapat di: Guardian

18. Amino Mason Smooth Shampoo

Satu lagi syampu yang sesuai bagi anda yang mengalami rambut kering dan kusut, Amino Mason Smooth Shampoo antara syampu yang unik dalam senarai ini kerana ia mempunyai tekstur buih yang sangat padat, dikenali sebagai ‘high-calorie foam’ yang mampu membersihkan rambut membaiki dan melembabkan rambut dengan setiap cucian. Ia juga mempunyai campuran buah-buahan yang kaya dengan vitamin C bagi memberikan rambut anda rasa yang ringan dan licin.

Kelebihan:

  • Membersihkan rambut dan kulit kepala tanpa iritasi
  • Membaiki rambut yang rosak
  • Sesuai untuk rambut biasa dan berminyak

Harga: RM79.90

Terdapat di: Watsons

19. Aiken Prebiotic & Probiotic Anti-Hairfall Shampoo

Pasti sudah ramai yang tahu tentang kelebihan Niacinamide pada kulit, kan? Tapi tahukah anda bahawa ia juga sangat bagus untuk menggalakkan pertumbuhan rambut, melebatkan rambut, mengekalkan kelembapan, dan melindungi dari pencemaran? Rangkaian syampu dari Aiken dirumus khas dengan Niacinamide. Aiken Prebiotic & Probiotic Anti-Hairfall Shampoo turut dapat menguatkan dan melebatkan rambut.

Kelebihan

  • Mengandungi Niacinamide
  • Mempunyai dengan ekstrak ginseng untuk memberikan kelebatan dan kekuatan pada rambut
  • Kaya dengan biji chia untuk melembabkan dan membaiki rambut.

Harga: RM14.80

Terdapat di: Watsons

20. Grafen Perfume Hair Shampoo Bloom Shampoo (500ml)

Kunci untuk melawan rambut gugur? Tentunya ia bermula dengan kulit kepala yang sihat dan kuat. Grafen Perfume Hair Shampoo Bloom Shampoo terkenal dengan wangian mewah serta kebolehan untuk membersihkan kulit kepala secara berkesan. Sesuai untuk kulit kepala yang sering gatal, lemah dan berkelemumur, ia juga bebas dari sulfat, silikon, dan surfaktan kimia, syampu ini juga tidak mempunyai sebarang warna tiruan.

Kelebihan:

  • Wangian mewah
  • Bebas bahan kimia dan iritasi 
  • Diperbuat daripada 90% bahan semulajadi untuk membersihkan, melembabkan dan menyehatkan kulit kepala

Harga: RM88.00

Terdapat di: Guardian

Pernahkah anda mencuba syampu untuk rambut gugur yang kami senaraikan di atas? Pastikan anda ikuti Beauty Insider di Instagram juga Facebook untuk sebarang informasi terkni mengenai kecantikan!