Untuk mereka yang mengenakan tudung, rutin penjagaan rambut anda haruslah dititikberatkan. Dengan cuaca di Malaysia panas dan lembap serta pemakaian tudung yang lama, perkara ini membuatkan anda terdedah kepada beberapa masalah rambut. Selain kegatalan kulit kepala, bau kepam dan juga masalah rambut gugur juga seringkali membelenggu mereka yang bertudung. Tak pasti syampu mana yang sesuai dengan anda? Jom lihat senarai syampu untuk wanita bertudung terbaik ini yang menjadi pilihan ramai hijabi.

Tips untuk Memilih Syampu Yang Sesuai Untuk Wanita Bertudung

Syampu-wanita-bertudung-terbaik
Photo by PNW Production on Pexels

Untuk mereka yang bertudung, rangkaian produk penjagaan rambut yang anda gunakan, terutamanya syampu haruslah bersesuaian dengan anda. Meskipun perkara ini kurang dibincangkan, penjagaan rambut untuk mereka yang mengenakan hijab adalah penting kerana golongan ini mudah terdedah kepada beberapa masalah rambut seperti kegatalan kulit kepala akibat peluh, rambut gugur dan juga bau kepam akibat kelembapan. Antara tips untuk membeli syampu bagi mereka yang bertudung adalah seperti berikut:

  • Pastikan anda menggunakan syampu yang mengandungi asid salisilik untuk mengawal masalah lebihan minyak yang boleh menyebabkan rambut gugur
  • Utamakan rumusan syampu yang sesuai untuk jenis rambut anda seperti kering, keriting dan banyak lagi
  • Gunakan syampu yang berasaskan skrub secara berkala untuk menyingkirkan sel kulit mati dan lebihan minyak 
  • Anda boleh memilih syampu yang mempunyai aroma yang wangi untuk mengelakkan bau kepam. Namun, pastikan formulasi produk tersebut bebas daripada bahan-bahan iritasi

Senarai Syampu Untuk Wanita Bertudung Yang Terbaik 2023

1. SAFI Shayla Oil Control Shampoo 

Syampu-wanita-bertudung-terbaik-safi

SAFI Shayla Oil Control Shampoo merupakan antara syampu untuk wanita bertudung yang terbaik. Rumusannya mengandungi kombinasi mikro bamboo charcoal, habbatus sauda dan sitrus yang bekerjasama untuk membersihkan secara mendalam dan menyingkirkan lebihan minyak serta kotoran. Diperkaya dengan menthol, ramuan ini memberikan sensasi yang sejuk membuatkan anda terasa segar sentiasa. 

Kelebihan:

  • Memberikan sensasi menthol yang sejuk
  • Rambut kekal segar dan harum selama 48 jam
  • Mengawal lebihan minyak 

Harga: RM14.30

Terdapat di: Watsons

2. Sunsilk Hijab Recharge Refresh Shampoo 

Syampu-wanita-bertudung-terbaik-sunsilk

Sunsilk Hijab Recharge Refresh Shampoo diformulasi secara khas untuk mereka yang bertudung. Diperbuat menggunakan Teknologi Fragrance Release Pearls, syampu ini memastikan rambut anda kekal wangi sehingga 48 jam. Selain ais micellar yang memberikan sensasi dingin yang segar, produk ini juga mengandungi ekstrak buah tin yang kaya dengan antioksidan untuk menyuburkan rambut anda.

Kelebihan:

  • Membersihkan kulit kepala dari lebihan minyak
  • Wangian yang menyegarkan
  • Sensasi yang dingin

Harga: RM8.90

Terdapat di: Guardian

3. INNA ORGANIC Cedarwood Shampoo for Dry and Damaged Hair

Untuk mereka yang mempunyai masalah rambut kering dan rosak, INNA ORGANIC Cedarwood Shampoo for Dry and Damaged Hair amat sesuai untuk anda. Syampu yang diperakui organik oleh badan COSMOS ini mengandungi surfaktan semula jadi yang membersihkan kotoran dan lebihan minyak dari kulit kepala secara lembut. Dengan haruman aroma cedarwood essential oil blend, anda akan terasa seperti berada di spa. 

Kelebihan:

  • Mengekalkan kehidratan
  • Diperakui organik 
  • Sesuai untuk rambut yang kering dan rosak

Harga: RM134.91 (harga sebenar: RM149.90)

  Add to cart

4. THE PASTELS SHOP “Mentha” Amino BHA Peppermint Shampoo

Wanita yang bertudung seringkali mengalami masalah rambut seperti rambut gugur, jerawat kulit kepala, kelemumur dan kegatalan. THE PASTELS SHOP “Mentha” Amino BHA Peppermint Shampoo berkesan mengawal masalah ini dengan rumusannya yang mengandungi asid salisilik dan asid laktik untuk membersihkan kulit kepala daripada kegatalan, bau, kering dan kelemumur. Manakala, surfaktan berasaskan asid amino pula membersihkan secara mendalam tanpa mengakibatkan kesan rambut gugur dan rosak. 

Kelebihan:

  • Mengandungi pudina untuk sensasi dingin
  • Melegakan kerengsaan dan iritasi
  • Terdapat dalam dua bentuk saiz

Harga: RM12.00 – RM59.00

  Add to cart

5. The Body Shop Ginger Scalp Care Shampoo

Adakah masalah kelemumur membelenggu anda? Ginger Scalp Care Shampoo dari jenama terkemuka The Body Shop ini adalah antara syampu untuk wanita bertudung yang terbaik. Diperkaya dengan 90% ramuan semula jadi, produk ini merangkumi campuran minyak pati halia, kulit birch dan ekstrak kulit willow putih untuk melegakan kegatalan dan membersihkan secara mendalam. Diperbuat dengan protein sutera vegan, ia membantu memperbaiki rambut dari dalam agar rambut anda tampak sihat.

Kelebihan:

  • Diperbuat menggunakan botol yang dikitar semula
  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kelemumur
  • Vegan

Harga: RM65.00

Terdapat di: Laman website The Body Shop

6. Drunk Elephant Silkamino™ Mega-Moisturizing Shampoo

Dengan rating yang tinggi, Drunk Elephant  Silkamino™ Mega-Moisturizing Shampoo adalah rahsia untuk mendapatkan rambut yang lembut dan menawan. Formulasinya mengandungi campuran asid amino sutera, protein dan minyak marula dara yang meliputi setiap helaian rambut agar tampak bersinar dan kuat dari akar. Syampu ini juga amat berkesan membersihkan rambut dari kotoran, lebihan minyak dan produk penggayaan rambut tanpa menyebabkan kesan kekeringan dan kerosakan pada rambut. Jika anda inginkan syampu tanpa SLS, pastikan anda mendapatkannya!

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi sulfat atau silikon
  • Sesuai digunakan pada rambut berwarna, keriting dan perm
  • Mengekalkan kelembapan rambut

Harga: RM120.00

Terdapat di: Sephora

7. Olaplex No. 4 Bond Maintenance Shampoo  

Olaplex No. 4 Bond Maintenance Shampoo boleh dikatakan antara syampu terbaik yang menjadi pilihan pereka rambut professional. Rumusannya direka secara inovatif untuk membersih, membaiki, melindungi dan menguatkan akar rambut anda dengan berkesan. Diperkaya dengan ramuan yang membantu menghidratkan rambut, syampu ini memastikan rambut anda kelihatan bersinar dan sihat dengan setiap kali penggunaan. Ia juga sesuai untuk pelbagai jenis masalah rambut seperti bercabang, rosak, kering dan mengerbang.

Kelebihan:

  • Menguatkan akar rambut
  • Memastikan rambut tampak bersinar
  • Bebas daripada bahan-bahan yang menyebabkan iritasi dan kerosakan

Harga: RM75.00

Terdapat di: Sephora

8. Kundal Caffeine Scalp Shampoo Cherry Blossom

Kundal Caffeine Scalp Shampoo Cherry Blossom diperbuat khas untuk mereka yang mempunyai masalah rambut gugur. Rumusannya mengandungi bahan-bahan penting seperti panthenol, niacinamide, asid salisilik, kafein, ekstrak kelapa dan 24 jenis ekstrak tumbuhan. Syampu terbaik untuk wanita bertudung ini membersihkan kulit kepala anda secara mendalam sambil menyuburkannya. Dengan haruman cherry blossom, aroma ini boleh dikatakan antara syampu yang paling wangi pernah kami gunakan.

Kelebihan:

  • Haruman cherry blossom yang wangi
  • Sesuai untuk masalah rambut gugur
  • Mengandungi surfaktan dari ekstrak kelapa

Harga: RM46.90

Terdapat di: Guardian 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.