Adakah wajah anda masih kelihatan kusam dan tidak berseri walaupun setelah mencuba pelbagai jenis produk? Kadang kala pengunaan produk penjagaan wajah yang terbaik sahaja tidak mencukupi untuk membantu anda mendapat kulit wajah yang diidamkan. Terdapat ramai daripada anda yang termakan dengan review yang menyatakan kebaikkan sesuatu produk tanpa membuat usul periksa sama ada ianya sesuai dengan jenis kulit anda ataupun tidak. Oleh itu tidak hairanlah kulit wajah anda masih tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa produk penjagaan wajah tersebut berkesan. Tidak mengira jantina, lelaki atau perempuan mahupun jenis kulit yang anda alami seperti berjerawat atau kering, kulit wajah yang tampak berseri dan flawless sudah pastinya menjadi impian setiap orang. Rahsianya hanyalah dengan mempraktikan tips penjagaan muka yang asas sahaja. 

Walaupun ianya kedengaran agak sukar untuk dipercayai, amalan menjaga wajah anda dengan cara yang betul dapat memaksimakan keberkesanan sesuatu produk. Malahan, ianya juga membantu anda menangani beberapa masalah kulit yang anda alami seperti jerawat, bintik hitam dan tanda-tanda penuaan. Usah risau kerana Beauty Insider telah menyenaraikan tips penjagaan muka yang asas dan penting agar kulit wajah anda tampak berseri dan flawless selalu.

Tips Penjagaan Muka Yang Menjadi Asas Kepada Kulit Wajah Berseri dan Lembut

1. Tidur Berbantalkan Satin

Photo by cottonbro from Pexels

Adakah jerawat baru sering tumbuh pada wajah anda setiap kali anda bangun pada waktu pagi? Jika anda sentiasa menghadapi masalah ini anda pasti terkejut kerana sarung bantal anda berkemungkinan menjadi punca utama. Sarung bantal yang tidak lama dicuci sudah semestinya menjadi tempat pembiakan bakteria dan kuman yang menyumbang kepada berlakunya jerawat dan juga kegatalan pada wajah anda. Oleh itu, anda harus menukar sarung bantal anda sekerap yang boleh atau setiap minggu. Anda juga digalakan menggunakan sarung bantal yang diperbuat daripada satin kerana ianya menghalang jerawat, mengekalkan kelembapan kulit serta mengurangkan garis-gairs halus.  

Siesta Silk Anti-Aging Pillowcase  

Inginkan pilihan sarung bantal sutera terbaik? Siesta Silk Anti-Aging Pillowcase adalah antara produk kesukaan ramai. Diperbuat dengan 19 momme, ia menampilkan sutera mulberi gred 6A yang diperakui mengikut piawaian OEKO-TEX™. Tenunan sutera ini juga amat berkualiti tinggi dan lembut memastikan waktu tidur anda terlena dalam buaian mimpi sambil memberikan kebaikkan untuk kulit dan rambut anda. Berbeza dengan sarung bantal daripada kain kapas dan satin, produk ini bukan sahaja memastikan anda kekal sejuk sepanjang malam, malahan ia juga berkesan membunuh bakteria penyebab jerawat, memudarkan tanda-tanda penuaan, mengekalkan tahap penghidratan kulit   dan mengurangkan masalah rambut kusut. Sarung bantal ini juga kekal segar lebih lama berbanding kapas, oleh itu anda hanya perlu mencucinya setiap 10 sehingga 14 hari sahaja.

Kelebihan:

  • Bersifat hipoalergenik
  • Diperbuat dengan tenunan sutera  19 momme yang berkualiti tinggi
  • Dua kali ganda lebih lembut pada kulit dan rambut berbanding kain kapas

Harga: RM248.00

Terdapat di: laman website Siesta Silk atau hubungi  +6012 818 0415 untuk makluman lebih lanjut 

2.Teknik Double Cleansing

Photo by Ron Lach from Pexels

Rata-rata daripada anda pasti pernah dengan mengenai double cleansing ini yang dipopularkan dari Korea. Rutin penjagaan wajah ini memfokuskan untuk membersihkan wajah secara menyeluruh sebelum tidur daripada kotoran dan juga solekan. Walaupun ianya bergantung kepada jenis kulit anda, teknik ini menggunakan dua jenis pembersih wajah yang berbeza. Untuk langkah pertama, anda harus menggunakan pembersih berasaskan minyak untuk menyingkirkan solekan, sebum dan juga pelindung suria. Seterusnya, pastikan anda menggunakan pencui muka yang berasaskan air untuk membersihkan kotorang yang tertinggal. Dengan tenik double cleansing ini anda dapat memastikan kulit wajah anda benar-benar bersih sebelum tidur dan menghalang jerawat daripada tumbuh. 

3. Tidur yang Mencukupi

Photo by bruce mars on Unsplash

Walaupun ianya nampak mudah, beauty sleep sememangnya amat penting untuk anda mendapat wajah yang tampak berseri. Untuk mereka yang sering tidur lewat ataupun tidak mendapat tidur yang mencukupi, anda pasti perasan bahawa kulit anda nampak lebih sembab, kusam dan juga tidak bermaya. Untuk mengatasi masalah ini, anda haruslah mempunyai jadual yang teratur dan sesibuk mana pun anda, pastikan anda mendapat tidur sekurang-kurangnya lapan jam. 

4. Minum Air Kosong Secukupnya

Photo by Darina Belonogova from Pexels

Walaupun tips penjagaan muka ini nampak remeh, anda harus memastikan badan anda kekal terhidrat dengan meminum air kosong yang secukupnya. Ianya bukan sahaja bagus untuk kesihatan, malahan untuk kulit anda juga. Untuk mereka yang tidak mengetahuinya, kekurangan air dalam badan anda akan membuatkan kulit anda tampak lebih kering dan juga tidak berseri. Malahan, ianya juga terbukti menerusi kajian yang diiterbitkan pada 2015, yang menunjukkan bahawa air yang mencukupi memberi kesan positif pada kulit wajah.

5.Baca Kandungan Bahan 

Photo by Content Pixie on Unsplash

Lambakan produk penjagaan wajah mungkin memberikan kita lebih banyak pilihan, namun ianya juga bermaksud pengguna perlu lebih berhati-hati dengan pilihan yang dibuat oleh mereka. Sebelum anda membeli sesuatu produk penjagaan wajah, anda disarankan untuk membaca label ramuan atau formulasinya terlebih dahulu. Tambahan lagi, topik-topik berkaitan dengan bahan yang digunakan menjadi trending pada masa kini dengan lebih banyak penguna  berwaspada daripada mengunakan produk yang dirumus dengan bahan kimia berbahaya. 

Untuk mengelakkan perkara sedemikian berlaku, anda boleh memilih produk penjagaan wajah yang dilabel dengan organik ataupun diformulasi dengan ekstrak botanikal. Antara ramuan yang anda perlu hindari ialah alkohol, paraben, pewangi tiruan, pewarna tiruan, sodium lauryl sulfate, phthalates, minyak mineral, dan formaldehyde.

6. Pilih Produk Penjagaan Rambut yang Terbaik 

Photo by Kampus Production from Pexels

Tips penjagaan muka seterusnya pasti membuatkan anda berasa terkejut, bukan? Produk penjagaan rambut seperti syampu, perapi dan pengayaan rambut sebenarnya mampu menyebabkan munculnya masalah kulit seperti jerawat. Malahan menurut Akademi Dermatologi Amerika, perkara ini dinamakan sebagai acne cosmetica. Untuk makluman anda, breakout ini berlaku disebabkan produk penjagaan rambut tersebut diformulasi dengan minyak, oleh itu ianya menyebabkan liang pori dikawasan wajah, leher dan juga garis rambut tersumbat. Antara tips yang anda boleh praktikan adalah dengan menggunakan produk yang dilabel dengan tidak komedogenik, bebas minyak ataupun tidak menyebabkan jerawat. 

7.Rutin Penjagaan Wajah yang Asas

Photo by Kampus Production from Pexels

Untuk mereka yang masih mencari tips penjagaan muka yang paling berkesan, ianya bermula dengan mempunyai rutin yang asas. Terdapat sesetengah orang lebih menyukai rutin penjagaan wajah yang asas hanya dengan tiga produk, manakala terdapat juga mengutamakan lima produk. Walaupun ianya berbeza bagi setiap orang, anda haruslah sekurang-kurangnya menggunakan pembersih, pelembap dan juga pelindung matahari. Namun, jika anda mahu mendapat kulit wajah yang tampak berseri atau menangani pelbagai masalah kulit yang anda alami, ianya amatlah penting agar rutin penjagaan wajah anda mempunyai produk seperti toner, scrub muka dan juga mask muka

8. Menggunakan Pelindung Suria

Photo by Jens Kreuter on Unsplash

Pelindung suria atau lebih dikenali sebagai sunscreen merupakan produk yang paling penting untuk kulit wajah anda. Umum sudah mengetahuinya bahawa cuaca di Malaysia merupakan panas serta lembap sepanjang tahun, oleh itu anda haruslah melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang berbahaya. Walaupun anda hanya menghabiskan masa seharian di dalam rumah, anda masih terdedah kepada cahaya biru atau lebih dikenali sebagai blue light yang dipancarkan oleh peranti seperti telefon bimbit dan juga komputer riba. Tambahan lagi, ianya juga turut memberi kesan kepada kulit wajah anda. Jika anda mencari tips penjagaan muka yang penting untuk mengatasi masalah ini, anda hanya perlu menggunakan sunblock terbaik yang sesuai untuk jenis kulit anda. 

9. Utamakan Toner

Photo by Darina Belonogova from Pexels

Meskipun tidak ramai orang yang menggunakan toner muka, ianya merupakan pelengkap antara pembersih dan pelembap wajah. Malahan, toner juga memberikan kelebihan yang tersendiri iaitu ianya membantu menyegarkan wajah anda, menyingkirkan sel-sel kulit mati serta membuatkan liang pori-pori kelihatan lebih kecil. Yang paling penting, toner berfungsi untuk mempersiapkan wajah anda dengan rutin penjagaan wajah seterusnya. Oleh itu, ianya membantu produk penjagaan wajah yang lain dapat diserap dengan lebih baik dan memaksimakan keberkesanannya.

Jika anda masih berasa was-was, anda boleh mencuba menggunakan toner dan anda akan dapati bahawa kulit anda terasa lebih lembut dan halus. Pastikan anda menggunakan toner terbaik yang bersesuaian dengan jenis kulit anda. Antara panduan yang anda boleh gunakan adalah dengan mengutamakan formulasi yang berkesan untuk jenis kulit anda, pilih toner yang memberikan kebaikkan tambahan serta ramuan yang membantu menangani masalah kulit anda.

10. Singkirkan Sel Kulit Mati

Photo by Monstera from Pexels

Kulit wajah anda tampak kusam dan kasar selalu? Usah risau kerana dengan tips penjagaan muka ini, anda pasti akan mendapat wajah yang kelihatan berseri. Proses eksfoliasi amatlah penting untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati yang terdapat di wajah. Selain itu, penggunaan scrub muka juga membantu mencerahkan tona kulit wajah anda dan memudarkan kesan parut. Walaupun begitu, proses eksfoliasi ini hanya perlu dilakukan dalam tiga kali seminggu sahaja. Anda juga perlu memilih scrub muka yang bersesuaian dengan jenis kulit anda untuk mengelakkan kesan iritasi dan juga kekeringan. 

11. Elakkan Menyentuh Wajah Anda

Photo by Michelle Leman from Pexels

Kadang kala tanpa sedar, anda akan mendapati tangan anda sering kali menyentuh bahagian muka anda. Tabiat ini sebenarnya boleh membuatkan keadaan kulit wajah anda menjadi lebih teruk dengan risiko jerawat, parut, dan tanda-tanda penuaan. Malahan, ianya juga merangsang pembiakan bakteria dan sekali gus menyebabkan berlakunya penyakit seperti selesema dan demam.  

Apa pendapat anda tentang tips penjagaan muka yang kami senaraikan di atas? Kongsikan pendapat anda dan pastikan untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.