Rutin penjagaan wajah pasti tidak lengkap tanpa penggunaan toner wajah dan ianya merupakan antara produk penjagaan wajah yang anda wajib ada selain pembersih muka dan pelembap muka. Oleh itu, ianya amatlah penting agar anda menggunakan toner yang terbaik dan juga bersesuaian dengan kulit anda. Terdapat banyak jenis toner yang ditawarkan di pasaran dan setiapnya menawarkan kebaikkan tersendiri. Jika anda masih tercari-cari toner terbaik di Malaysia, teruskan membaca kerana Beauty Insider telah menyenaraikan 10 toner terbaik yang berkesan menyegarkan wajah anda.

Apakah Fungsi Toner?

Photo by Sora Shimazaki from Pexels

Toner merupakan langkah penting dalam penjagaan muka kerana ianya membantu untuk menyegarkan wajah dengan membuang lebihan minyak pada kulit dan sel kulit mati. Selain itu ianya juga berkesan mengecilkan liang pori-pori, menstabilkan tahap pH dan membuatkan kulit anda kelihatan lebih lembut dan halus. Fungsi utama toner dalam rutin penjagaan muka adalah untuk mempersiapkan atau prep wajah anda sebelum anda meneruskan dengan pemakaian produk seperti serum, essence atau pelembap muka.

Bagaimanakah Cara Memilih Toner Terbaik untuk Kulit Anda?

Dengan pelbagai jenis dan jenama toner yang terdapat di pasaran, ianya agak memeningkan untuk mengetahui cara memilih toner yang terbaik untuk anda. Usah risau kerana anda boleh membuat pilihan berdasarkan panduan yang kami telah senaraikan di bawah.

  • Ketahui jenis kulit anda, adakah ianya berminyak, kering atau kombinasi
  • Pilih toner yang diformulasi untuk jenis kulit anda
  • Utamakan toner yang menawarkan kebaikkan tambahan untuk kulit anda
  • Pastikan anda memilih toner yang menawarkan solusi kepada masalah kulit yang anda alamai

10 Toner Terbaik di Malaysia

1.Kiehl’s Calendula Herbal-Extract Toner Alcohol-Free

Kiehl’s Calendula Herbal-Extract Toner Alcohol-Free merupakan pilihan utama ramai beauty junkies dan ianya juga merupakan salah satu toner terbaik yang terlaris di Malaysia. Diformulasi dengan  ekstrak herba Calendula, toner bebas alkohol ini berkesan menyelesaikan sebarang masalah kulit dan mengelakkan kulit keradangan. Ianya juga membersihkan wajah daripada kotoran tanpa menyebabkan kulit terasa kering.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Formulasi tanpa alkohol, paraben, pewarna dan minyak mineral
  • Menyegarkan kulit
  • Mengawal lebihan minyak

Harga: RM97.00

Terdapat di: Laman website Kiehl’s

2. Pixi Glow Tonic

Jenama seterus ini tidak memerlukan pengenalan kerana ianya merupakan cult-favorite para wanita. Pixi Glow Tonic mendapat penilaian sebanyak 4 bintang oleh 2420 pengulas. Diperkaya dengan ekstrak botanikal seperti aloe vera dan ginseng, ianya membuang sel kulit mati secara efektif. Tambahan lagi, toner ini juga lembut pada kulit dan ianya sesuai untuk digunakan oleh mereka yang kulit sensitif.

Kelebihan:

  • Berkesan membuang sel kulit mati
  • Kulit wajah lebih cerah dan bersinar
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora

3. Thayers Rose Petal Witch Hazel

Seterusnya ialah Thayers Rose Petal Witch Hazel yang mengandungi ekstrak witch hazel, aloe vera dan air mawar untuk membuang sel kulit mati dan juga melembapkan secara intensif. Toner ini juga bebas daripada sebarang bahan yang berbahaya seperti alkohol, paraben dan phthalate. Dengan penggunaan berkala, anda akan dapati kulit anda tampak lebih sihat, cerah dan lembut.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Bebas alkohol
  • melembapkan kulit

Harga: RM49.90

Terdapat di: Shopee

4. Simple Soothing Facial Toner

Simple Soothing Facial Toner diperkaya dengan kombinasi ramuan yang penting untuk kulit anda seperti witch hazel, ekstrak kamomil, allantoin dan pro-vitamin B5. Ianya juga diformulasi tanpa sebarang alkohol dan berkesan membuang sebarang kotoran serta minyak di wajah. Kulit anda akan terasa lebih lembut, segar dan bersih tanpa sebarang kesan iritasi.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Menstabilkan tahap pH kulit
  • Diuji secara dermatologi

Harga: RM16.75

Terdapat di: Watsons

5. Some By Mi Miracle Toner

Tidak seperti toner yang lain, Some By Mi Miracle Toner dirumus dengan tiga jenis bahan asid yang memberikan kesan pengelupasan. Ianya membuang sel-sel kulit mati dan kotoran secara menyeluruh. Toner ini juga membantu menghalang keradangan dan iritasi kulit. Dengan penambahan minyak tea tree, ianya berkesan merawat dan mencegah jerawat.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tidak bersifat komedogenik
  • Mencegah jerawat

Harga: RM53.10

Terdapat di: Watsons

6. Paula’s Choice Skin Balancing Pore-Reducing Toner

Diperkaya dengan esktrak botanikal serta niacinamide, Paula’s Choice Skin Balancing Pore-Reducing Toner diketahui tentang keberkesanannya dalam mengimbangi lebihan minyak di wajah. Selain itu, toner bebas pewangi ini juga mengecilkan liang pori-pori dan memberikan kelembapan yang mencukupi. Ianya juga menyerap dengan pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

Kelebihan:

  • Menyerap dengan pantas ke dalam kulit
  • Mengimbangi lebihan minyak di wajah
  • Mengecilkan liang pori-pori
  • Membersihkan wajah daripada solekan

Harga: RM102.00

Terdapat di: Laman website Paula’s Choice

7. Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner

Dengan penilaian sebanyak 4 bintang oleh 2404 pengulas di Sephora, Fresh Rose Deep Hydration Facial Toner merupakan antara toner yang popular di Malaysia. Ianya mengandungi ekstrak minyak dan air bunga mawar yang diketahui umum keberkesannya dalam melembapkan kulit selama enam jam. Hanya dengan sekali penggunaan anda akan dapati toner bebas alkohol ini melembutkan kulit wajah dan membuang sisa kotoran.

Kelebihan:

  • Bebas alkohol
  • Melembapkan kulit secara intensif
  • Mengandungi bunga mawar sebagai bahan utama

Harga: RM110.00

Terdapat di: Sephora

8. Neutrogena Alcohol-Free Toner

Jika anda sedang mencari toner yang bebas alkohol, kami sarankan anda mencuba Neutrogena Alcohol-Free Toner yang berfungsi untuk membersihkan kotoran dan minyak di wajah anda tanpa menyebabkan iritasi. Tambahan lagi, toner ini juga menyerap dengan pantas ke dalam kulit dan mengimbangi kelembapan di wajah anda. Neutrogena Alcohol-Free Toner juga membantu menyegarkan wajah dan menyediakannya untuk langkah seterusnya dalam rutin penjagaan muka.

Kelebihan:

  • Tidak bersifat komedogenik
  • Menyerap dengan pantas
  • Mengekalkan kelembapan

Harga: RM19.90

Terdapat di: Watsons

9. Glow Recipe Watermelon Glow PHA+BHA Pore-Tight Toner

Glow Recipe Watermelon Glow PHA+BHA Pore-Tight Toner mengandungi ramuan penting agar kulit anda tampak lembut dan flawless sentiasa. Diperkaya dengan ekstrak timun, tembikai, kaktus dan asid hyaluronik, toner bebas minyak ini memberikan kelembapan intensif pada kulit anda. Selain itu, ianya juga mengandungi PHA dan willow bark yang membantu membuang sel kulit mati dan mengelakkan liang por-pori daripada tersumbat.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengandungi PHA
  • Menghalang liang pori-pori daripada tersumbat

Harga: RM70.00

Terdapat di: Sephora

10. Wardah Lightening Face Toner 

Wardah Lightening Face Toner dirumus dengan niacinamide yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengelakkan kulit kusam. Ianya juga memastikan tahap pH seimbang dan juga menyediakan kulit anda untuk langkah seterusnya agar produk penjagaan muka dapat diserap secara efektif.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mengimbangi tahap pH kulit
  • Harga yang murah

Harga: RM6.68

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.