Hair Care
10 Tonic Rambut Terbaik Ini Berkesan Merawat Pelbagai Masalah Termasuk Kelemumur Dan Rambut Gugur!
Rambut anda pasti tampak menawan!
By: Balqis Ariffin / September 22, 2022

Adakah masalah rambut mengganggu anda? Tidak kiralah masalah yang anda alami sama ada rambut bercabang, kelemumur, gugur atau berminyak, perkara ini pastinya membuatkan sesiapa sahaja berasa gusar. Mungkin sudah tiba masanya anda menyemak semula rutin atau produk yang anda gunakan sekarang. Rata-rata daripada orang ramai lebih mengutamakan rutin penjagaan wajah berbanding rambut. Oleh itu tidak hairanlah kebanyakkannya hanya menggunakan syampu dan perapi rambut sahaja. Jika anda ingin merawat masalah rambut dengan berkesan, anda memerlukan produk penjagaan rambut tambahan seperti tonic rambut.
Bagi mereka yang masih belum pernah menggunakan tonic rambut, kami mengesyorkan agar anda mencubanya kerana produk ini diformulasi khas untuk mencegah beberapa masalah rambut. Adakah anda berasa kurang pasti produk mana yang sesuai untuk anda? Beauty Insider telah menyenaraikan tonic rambut terbaik yang anda perlu cuba.
Contents
- Apa Itu Tonic Rambut?
- Manfaat Menggunakan Tonic Rambut
- Bagaimanakah Cara menggunakan Tonic Rambut Dengan Betul?
- Senarai Tonic Rambut Terbaik di Malaysia 2022
- Triple Tree Calming & Rebalancing Hair Tonic
- Le Soleil Fresh Start Anti Hair Fall Scalp Tonic
- Schwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic
- Kérastase Spécifique Stimuliste Anti-Hair-Loss Tonic
- Watsons Naturals Aloe Vera Hair & Scalp Tonic
- Kristin Ess Fragrance Free Detangling Tonic
- Some By Mi Cica Peptide Anti Hair LossDerma Scalp Tonic
- Yamahiya Hair Growth Tonic
- Neo Leaf Hair Tonic
- Kundal Caffeine Scalp Care Tonic
Apa Itu Tonic Rambut?

Tonic rambut merupakan produk yang secara khususnya diformulasi dengan pelbagai ramuan seperti herba, minyak dan juga alkohol. Selain merangsang peredaran darah untuk pertumbuhan rambut yang lebih sihat, tonic rambut juga berkesan menyuburkan kulit kepala dan rambut. Malahan terdapat juga produk tonic di pasaran yang dirumus untuk melawan beberapa masalah rambut secara spesifik.
Manfaat Menggunakan Tonic Rambut
Dengan fungsi utamanya untuk menyuburkan kembali rambut yang rosak, produk ini memberikan banyak kebaikan untuk mencegah masalah rambut seperti:
- Menguatkan akar rambut
- Merangsang pertumbuhan rambut baru
- Mengurangkan masalah rambut gugur
- Menyuburkan rambut dan kulit kepala
- Mencegah rambut bercabang
- Memastikan rambut kekal lembap untuk mengelakannya daripada kering dan mengembang
- Melegakan kerengsaan akibat kegatalan dan kelemumur
- Membuatkan rambut tampak sihat dan berkilau
Bagaimanakah Cara menggunakan Tonic Rambut Dengan Betul?
Cara penggunaan tonic rambut yang betul amatlah penting agar anda dapat memaksimakan kelebihan sesuatu produk. Walau terdapat cara umum untuk menggunakannya, kami sarankan supaya anda mengikuti arahan yang telah dijelaskan pada produk yang anda beli. Cara-cara untuk menggunakannya adalah seperti berikut:
1. Titiskan produk tersebut pada telapak tangan anda
2. Kemudian, gosok kedua-dua belah tangan anda untuk memanas produk tersebut
3. Sapukan produk pada kulit kepala anda
4. Urut kulit kepala anda dengan lembut dan elakkan menggunakan kuku anda
5. Setelah itu anda boleh menggayakan rambut anda
Senarai Tonic Rambut Terbaik di Malaysia 2022
Triple Tree Calming & Rebalancing Hair Tonic

Triple Tree Calming & Rebalancing Hair Tonic amat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kepala yang sensitif, berminyak dan juga kering. Produk ini diperkaya dengan rumusan minyak pati seperti bergamot, grapefruit, tea tree dan rosemary. Selain itu, ianya juga mengandungi ekstrak ginseng, lidah buaya, burdock, protein soya dan juga kafein untuk menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat. Yang paling best, tonic rambut ini bebas daripada bahan yang berbahaya seperti paraben, pewangi, pewarna dan minyak mineral.
Kelebihan:
- Melegakan kerengsaan kulit kepala
- Bau yang menyenangkan
- Bebas daripada bahan yang menyebabkan iritasi
Harga: RM109.00
Add to cartLe Soleil Fresh Start Anti Hair Fall Scalp Tonic

Adakah anda sedang mencari tonic rambut terbaik untuk rambut gugur? Usah risau kerana Le Soleil Fresh Start Anti Hair Fall Scalp Tonic mengandungi campuran herba yang membantu meningkatkan peredaran darah, sekali gus memastikan rambut anda tampak lebat. Dengan rose geranium, ramuan ini diketahui keberkesanannya untuk mengawal lebihan minyak. Manakala cedarwood mempunyai kebaikkan anti-bakteria untuk melegakan kerengsaan pada kulit kepala.
Kelebihan:
- Anti-bakteria
- Merawat rambut gugur
- Ramuan berasaskan herba seperti rose geranium, cedarwood, peppermint dan witch hazel
Harga: RM65.00
Add to cartSchwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic

Schwarzkopf Seborin Aktiv Hair Tonic merupakan antara produk tonic rambut gugur di farmasi yang menjadi pilihan orang ramai. Ianya dirumus dengan ekstrak halia dan pro-vitamin B5 untuk menyuburkan kulit kepala. Produk yang diformulasi secara khas untuk rambut nipis ini mampu meresap jauh ke dalam rambut dan juga akarnya untuk kesan yang lebih efektif. Selain itu, tonic ini membantu menguatkan rambut yang rapuh dan mengurangkan kelemumur.
Kelebihan:
- Sesuai untuk rambut gugur
- Mengurangkan kelemumur
- Menguatkan akar rambut
Harga: RM54.00
Terdapat di: Watsons
Kérastase Spécifique Stimuliste Anti-Hair-Loss Tonic

Jenama seterusnya cukup sinonim dengan produk penjagaan rambut. Kérastase Spécifique Stimuliste Anti-Hair-Loss Tonic diformulasi untuk mencegah tanda-tanda rambut gugur bagi wanita dan juga lelaki. Tonic rambut terbaik ini bukan sahaja membantu melebatkan rambut, tetapi ianya juga menghalang rambut daripada rosak dan merangsang pembentukan rambut baru. Anda hanya perlu semburkannya pada rambut anda sebagai rutin penjagaan rambut terakhir.
Kelebihan:
- Berasaskan semburan
- Melebatkan rambut
- Merawat rambut yang rosak
Harga: RM155.00
Terdapat di: Shopee
Watsons Naturals Aloe Vera Hair & Scalp Tonic

Jika anda mengalami masalah rambut berminyak atau kelemumur, Watsons Naturals Aloe Vera Hair & Scalp Tonic harus menjadi pilihan utama anda. Diperkaya dengan ekstrak lidah buaya organik dari Mexico yang membantu menguatkan rambut yang rapuh. Rekaan botolnya juga memastikan agar pengguna dapat menggunakannya dengan mudah. Anda hanya perlu urut kepala anda dengan lembut setelah produk tersebut dititiskan pada telapak tangan anda.
Kelebihan:
- Harga yang murah
- Dirumus dengan ekstrak lidah buaya yang organik
- Mengawal lebihan minyak
Harga: RM28.90
Terdapat di: Watsons
Kristin Ess Fragrance Free Detangling Tonic

Rambut anda mudah kusut? Kristin Ess Fragrance Free Detangling Tonic diformulasi untuk melembutkan rambut yang tampak kusut. Produk yang berasaskan semburan ini mempunyai tekstur yang amat ringan tanpa membuatkan rambut anda terasa berat. Ianya juga melembapkan rambut yang kering secara intensif untuk memudahkan anda menggayakannya. Formulasinya sesuai untuk semua jenis rambut termasuk yang berwarna.
Kelebihan:
- Sesuai untuk semua jenis rambut
- Melembutkan rambut yang kering dan kusut
- Membuatkan rambut tampak berkilau
Harga: RM66.00
Terdapat di: Sephora
Some By Mi Cica Peptide Anti Hair LossDerma Scalp Tonic

Senarai tonic terbaik ini pastinya tidak lengkap tanpa Some By Mi Cica Peptide Anti Hair LossDerma Scalp Tonic. Produk kegemaran ramai ini mengandungi campuran 11 jenis peptide, cica, black complex dan juga biotin untuk mengawal masalah rambut gugur secara efektif. Diperkaya dengan cica, bahan ini membantu melegakan kerengsaan seperti kemerahan dan juga kegatalan. Dengan penggunaan konsisten, rambut anda pasti tampak lebih lebat dan bersinar.
Kelebihan:
- Mencegah tanda-tanda rambut gugur
- Melegakan kerengsaan pada kulit kepala
- Memberikan sensasi penyejukkan
Harga: RM68.91
Terdapat di: Shopee
Yamahiya Hair Growth Tonic

Walaupun Yamahiya Hair Growth Tonic sudah berada lama di pasaran, produk ini masih menjadi pilihan orang ramai tidak mengira jantina. Ianya diperkaya dengan ramuan yang membantu merawat masalah rambut gugur seperti ekstrak ginseng lobak merah dan juga peria. Selain menggalakan pertumbuhan rambut baru, formulasinya juga membantu membersihkan kulit kepala untuk merawat masalah kelemumur dan kegatalan.
Kelebihan:
- Dirumus dengan ekstrak herba
- Melegakan kegatalan
- Merawat masalah kelemumur
Harga: RM49.70
Terdapat di: Shopee
Neo Leaf Hair Tonic

Masalah kelemumur pastinya membuatkan kulit kepala anda terasa amat gatal. Usah risau kerana Neo Leaf Hair Tonic mengandungi ramuan yang membantu menghilangkan kepingan kelemumur. Selain itu, rumusannya juga mengandungi asid salisilik yang membantu melegakan kerengsaan dengan cepat. Ianya juga mudah meresap jauh ke dalam rambut untuk mengekalkan kelembapan untuk jangka masa lama.
Kelebihan:
- Menyuburkan kulit kepala
- Menghilangkan kelemumur
- Dirumus dengan asid salisilik
Harga: RM 92.40
Terdapat di: Laman website Shins
Kundal Caffeine Scalp Care Tonic

Kundal Caffeine Scalp Care Tonic diperkaya dengan pelbagai ramuan yang penting seperti asid salisilik, kafein dexpanthenol dan L-menthol untuk menyuburkan kulit kepala agar rambut anda tampak sihat. Produk ini turut mengandungi ekstrak botanikal yang diketahui keberkesanannya dalam melegakan kerengsaan pada kulit kepala. Dengan formulasi yang hipoalergenik, ianya bebas daripada 15 bahan yang berbahaya seperti paraben, minyak mineral, BHA, BHT dan silikon.
Kelebihan:
- Hipoalergenik
- Bebas daripada bahan berbahaya
- Mencegah rambut gugur
Harga: RM42.90
Terdapat di: Guardian
Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.