Rasa gatal hidung yang melampau? Adakah anda sering mengalami selesema yang berpanjangan? Kemungkinan anda mengalami resdung. Rata-rata daripada kita pasti pernah mendengar mengenai masalah kesihatan ini. Ianya bukan sahaja menyebabkan kita berasa tidak selesa, malahan turut menjejaskan keyakinan diri kita. Jika anda sudah mencuba pelbagai jenis ubatan dan masih tidak nampak sebarang kesannya, sudah tiba masanya anda beralih kepada produk yang lain. Beauty Insider telah menyenaraikan 14 ubat resdung terbaik yang berkesan menghilangkan kegatalan serta ketidakselesaan secara serta merta.

Apakah Itu Resdung?

Photo by Brittany Colette on Unsplash

Radang sinus atau lebih dikenali sebagai resdung merupakan jangkitan yang berlaku pada lapisan membrane di rongga hidung. Terdapat dua jenis tahap resdung iaitu radang sinus kronik atau radang sinus akut. Masalah resdung boleh berlaku kepada semua peringkat umur dari kanak-kanak ke dewasa. Mereka yang mempunyai radang sinus kronik selalunya mengalami hidung tersumbat dan berbau, sakit pada bahagian muka dan susah bernafas. Tempoh gejala tersebut berlakunya selalunya melebihi 12 minggu dan kitarannya sering kali berulang. Antara tanda-tanda resdung akut adalah jangkitan atau keradangan pada bahagian pernafasan dan juga selesema. Jangka masa resdung akut selalunya tidak melebihi empat minggu dan ianya jauh lebih singkat berbanding resdung kronik.

Penyebab Berlakunya Resdung?

Walaupun terdapat pelbagai jenis faktor yang sering kali dikait sebagai penyebab berlakunya resdung, ianya terjadi disebabkan jangkitan atau alahan pada sesuatu benda. Menurut portal MyHEALTH, resdung berlaku disebabkan faktor seperti berikut:

  • Jangkitan virus
  • Bakteria
  • Kulat
  • Alahan atau alergik terhadap sesuatu benda seperti pewangi, asap rokok dan lain-lain
  • Ketumbuhan hidung
  • Kesan iritasi terhadap bahan kimia

Oleh itu, jika anda sering mengalami masalah resdung, ianya amatlah penting agar anda mengetahui puncanya untuk mengelakkan perkara ini berlarutan. Tahukah anda terdapat juga radang sinus yang berlaku bermusim? Mereka yang mempunyai alahan pada debunga selalunya mengalami tanda-tanda resdung pada musim bunga, gugur dan juga panas. Terdapat juga sesetengah individu yang mengalami radang sinus sepanjang tahun dan gejala ini berlaku disebabkan alahan pada sesuatu benda.

Apakah Gejala-gejala Resdung?

Disebabkan simptom resdung seakan-akan sama dengan penyakit lain, ianya membuatkan kita sukar untuk mengenal pastinya. Kebanyakkan daripada kita mungkin menganggapnya sebagai selesema biasa, tetapi jika ianya berpanjangan anda perlu menerima rawatan selanjutnya. Antara simptom-simptom mereka yang mengalami resdung adalah seperti berikut:

  • Selesema
  • Demam
  • Hidung yang tersumbat dan berbau
  • Jerawat pada wajah
  • Batuk terutamanya pada waktu malam
  • Cepat letih
  • Badan lesu
  • Sakit pada bahagian kepala atau muka
  • Tiada deria bau dan rasa

Bagaimanakah Cara Untuk Menggunakan Ubat Resdung?

Jika anda membeli ubat resdung yang berasaskan nasal spray atau semburan hidung, terdapat cara penggunaan yang betul. Namun pastikan anda juga membaca arahan yang tertera pada kotak yang dibeli kerana sesetengah produk mempunyai cara penggunaan yang berlainan. 

Antara langkah-langkah yang betul cara penggunaan ubat resdung untuk semburan hidung ialah:

1. Hembuskan hidung anda secara perlahan untuk membersihkan rongga hidung

2.Pastikan anda membasuh tangan anda  dengan sabun dan kemudiannya keringkannya dengan tuala yang bersih

3.Goncangkan produk tersebut itu berdasarkan arahan

4.Masukkan hujung botol produk pada hidung dan tutupkan bahagian hidung yang lain 

5.Tarik nafas secara perlahan-lahan apabila anda memicit produk semburan hidung

6. Ulangi langkah tersebut berdasarkan arahan, namun tunggu sekurang-kurangnya 10 saat

14 Ubat Resdung Terbaik Untuk Hilangkan Ketidakselesaan dan Kegatalan

1.Neilmed Sinus Care 

Untuk mereka yang sedang tercari-cari ubat resdung terbaik, anda perlu dapatkan Neilmed Sinus Care. Ianya sungguh mudah untuk digunakan dan memberikan kesan yang serta merta. Neilmed Sinus Care mengandungi beberap produk yang anda perlukan seperti botol, paket yang berisi campuran bahan dan arahan. Ianya mempunyai formulasi ramuan yang membantu melegakan keradangan. Malahan ianya turut memastikan rongga hidung anda kekal lembap untuk mengelakkan sebarang iritasi. Produk ini menjadi pilihan ramai orang dan boleh digunakan untuk ibu yang mengandung.

Kelebihan:

  • Kesan serta merta
  • Membersihkan lendiran secara efektif
  • Mudah untuk digunakan
  • Bahan dan ramuan yang berkualiti tinggi

Harga: RM53.40

Terdapat di: Caring

2. Avamys Nasal Spray

Avamys Nasal Spray diformulasi dengan ramuan penting yang memberikan kelegaan untuk hidung yang tersumbat, gatal dan berair. Dengan saiznya yang kecil dan ringan, anda boleh membawa ubat resdung ini kemana sahaja. Ianya juga mudah dan selesa untuk digunakan. Avamys Nasal Spray memberikan jumlah dos yang sama setiap kali digunakan dan hidung anda akan terasa selesa. Walaubagaimanapun, ianya mengandungi steroid oleh itu anda dinasihati untuk mendapat khidmat nasihat doktor sebelum itu.

Kelebihan:

  • Mudah untuk dibawa kemana-mana
  • Tiada sebarang pewangi
  • Jumlah dos yang konsisten

Harga: RM61.80

Terdapat di: Lazada

3. Sato Nasal Spray Pump

Seterusnya ialah Sato Nasal Spray Pump yang diketahui keberkesannya dalam memberikan kelegaan serta merta pada hidung yang tersumbat dan berair. Ubat resdung bebas steroid ini dirumus dengan bahan seperti bacteriocide, vasoconstrictor dan anti-histamine. Sato Nasal Spray Pump sesuai digunakan untuk mereka yang mengalami selesema, demam, alahan dan juga radang sinus.

Kelebihan:

  • Tidak mengandungi steroid
  • Melegakan keradangan
  • Saiz yang kecil

Harga: RM26.00

Terdapat di: Shopee

4. Sterimar Nose Hygiene & Comfort

Sterimar Nose Hygiene & Comfort diperbuat dengan ramuan berasaskan garam laut yang berkesan menghilangkan segala kotoran, habuk, lendir dan bakteria yang melekat pada rongga hidung. Ianya membantu melegakan kerengsaan dan memastikan lapisan membrane hidung kekal lembap. Dengan formulasi yang berkualiti tinggi, Sterimar Nose Hygiene & Comfort sesuai digunakan untuk seisi keluarga.

Kelebihan:

  • Ramuan yang berasaskan semula jadi
  • Mengekalkan kelembapan pada lapisan membrane hidung
  • Sesuai untuk kegunaan setiap hari
  • Untuk kanak-kanak dan dewasa

Harga: RM46.46

Terdapat di: Lazada

5. Genexa Saline Nasal Spray

Diperkaya dengan ramuan campuran yang organik, Genexa Saline Nasal Spray merupakan antara ubat resdung terbaik yang disukai ramai. Ianya dirumus dengan vitamin c, asid laktik, asid sitrik, dan ekstrak buah oren yang organik untuk membersihkan rongga hidung secara efektif. Malahan, ianya juga berkesan merawat hidung yang tersumbat dan mengekalkan kelembapan untuk mengurangkan iritasi. Ubat resdung bebas GMO ini berlainan daripada produk lain kerana ianya tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan. Oleh sebab itu, ianya boleh digunakan mengikut keperluan kita.

Kelebihan:

  • Berasaskan organik
  • Tidak mengandungi bahan yang berbahaya
  • Memastikan lapisan kulit kekal lembap
  • Melegakan keradangan serta merta

Harga: RM57.26

Terdapat di: iHerb

6. ManukaGuard Natural Nasal Spray

Jika anda masih mencari ubat resdung terbaik yang dirumus dengan bahan berkualiti tinggi, ManukaGuard Natural Nasal Spray sesuai untuk anda. Dengan formulasi ramuan yang bebas bahan berbahaya, ianya tidak mengandungi alkohol, pewangi tiruan, pewarna tiruan dan perasa tiruan. Ianya membersihkan rongga hidung dan mengekalkan kelembapan untuk memastikan pernafasan yang mudah.

Kelebihan:

  • Bahan yang berkualiti tinggi
  • Bebas bahan yang berbahaya
  • Membersihkan secara efektif
  • Berkesan membuang kotoran, bakteria dan habuk

Harga: RM146.00

Terdapat di: Lazada

7. NaturalCare Super Strength SinuFix Nasal Decongestant Mist

NaturalCare Super Strength SinuFix Nasal Decongestant Mist sesuai untuk mereka yang inginkan ubat resdung terbaik yang mempunyai formulasi yang lebih kuat. Diperkaya dengan ramuan yang berasaskan homeopati, ianya membantu melegakan keradangan dan merawat iritasi akibat resdung. Selain itu, ubat resdung ini juga membantu membersihkan rongga hidung dan mengelakkan hidung daripada tersumbat.

Kelebihan:

  • Sesuai digunakan oleh kanak-kanak dan dewasa
  • Ramuan yang berasakan homeopati
  • Tanpa bahan berbahaya, aditif dan pengawet
  • Berkesan melegakan iritasi, keradangan dan bengkak

Harga: RM67.23

Terdapat di: iHerb

8. BETADINE Cold Defence Nasal Spray Adult

BETADINE Cold Defence Nasal Spray Adult diperkaya dengan carragelose yang diketahui umum keberkesannya dalam membunuh bakteria dan merawat simptom demam. Ubat resdung ini terbukti menyingkirkan 99% bakteria yang menyebabkan demam dan selesema. Malahan, ianya berkesan menghalang gejala-gejala tersebut daripada berulang semula. Anda hanya perlukan spray ke dalam hidung sebanyak tiga kali sehari dan dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati ianya melegakan resdung dengan efektif.

Kelebihan:

  • Berkesan membunuh bakteria
  • Menghalang demam dan selesema
  • Melembapkan lapisan membrane hidung

Harga: RM40.50

Terdapat di: Watsons

9. Rhinomer Nasal Spray Force 2

Rhinomer Nasal Spray Force 2 dirumus dengan garam mineral laut untuk membersihkan dan melembapkan rongga hidung. Ianya sesuai untuk digunakan oleh mereka yang mengalami hidung tersumbat, resdung kronik, resdung akut dan juga jangkitan pada telinga. Walaupun harganya agak mahal, ianya memberikan kelegaan yang serta merta dan amat efektif dalam membendung resdung.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang mengalami resdung akut dan juga kronik
  • Diperkaya dengan garam mineral dari laut
  • Mudah untuk digunakan
  • Tidak menyebabkan iritasi

Harga: RM99.84

Terdapat di: Care to Beauty

10. Mar Plus Nasal Spray

Dirumus dengan air laut dan dexpanthenol, Mar Plus Nasal Spray membantu membersihkan hidung dari segala kotoran, bakteria dan habuk yang menyebabkan resdung. Selain itu, ubat resdung ini juga melembapkan lapisan membrane hidung secara efektif. Hanya dengan sekali penggunaan, anda akan dapati Mar Plus Nasal Spray memberikan kelegaan serta merta. Sekali gus, merawat iritasi, bengkak dan keradangan pada lapisan kulit tersebut.

Kelebihan:

  • Berkesan membersih dan melegakan keradangan
  • Mengandungi garam mineral laut
  • Merawat bengkak dan iritasi

Harga: RM16.50

Terdapat di: Lazada

11. Afrin Pump Mist Maximum Strength

Walaupun harganya agak mahal, Afrin Pump Mist Maximum Strength mengandungi bahan aktif yang berkesan mengurangkan simptom-simptom hidung tersumbat. Rumusannya juga sesuai bagi mereka yang mengalami masalah resdung akibat alergik dan juga jangkitan sinus. Produk ini mengeluarkan semburan halus yang mampu tahan sehingga 12 jam. Hanya dengan sekali semburan, ubat resdung terbaik ini melegakan kegatalan dan hidung tersumbat dengan serta-merta.

Kelebihan:

  • Memberikan kelegaan sehingga 12 jam
  • Sesuai untuk alergik dan jangkitan sinus
  • Semburan yang halus

Harga:RM108.00

Terdapat di: Ubuy

12. Flonase Allergy Relief Nasal Spray

Dengan formulasinya yang inovatif, Flonase Allergy Relief Nasal Spray dirumus untuk mencegah pelbagai simptom alahan seperti kegatalan, hidung tersumbat, mata berair dan bersin. Produk ini juga diperbuat khas untuk memastikan kelegaan selama 24 jam tanpa menyebabkan seberang kesan sampingan seperti mengantuk. Dengan saiznya yang kecil, ianya mudah untuk dibawa ke mana sahaja. 

Kelebihan:

  • Saiz yang kecil
  • Mudah digunakan
  • Berkesan mencegah pelbagai simptom alahan

Harga: RM97.00

Terdapat di: Ubuy 

13. Allertoin Allergic Nasal Spray

Allertoin Allergic Nasal Spray diperkaya dengan campuran garam laut dan ectoin untuk menyingkirkan lendiran di hidung. Selain itu, produk ini juga membantu mencegah tanda-tanda alahan seperti hidung berair, kegatalan, hidung tersumbat dan juga bersin. Formulasinya juga melindungi kulit daripada bahan berbahaya yang menyebabkan alahan. Ianya juga sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak. 

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan pengawet
  • Sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak
  • Mencegah alahan

Harga: RM29.90

Terdapat di: Shopee 

14. Arm and Hammer Simply Saline™ Daily Care Instant Relief for Everyday Congestion

Arm and Hammer Simply Saline™ Daily Care Instant Relief for Everyday Congestion diperkaya dengan ramuan semula jadi untuk membuang lendiran yang melekat pada hidung. Produk ini turut diformulasi untuk melembapkan rongga hidung untuk jangka masa lama. Dengan rumusannya yang bebas daripada bahan berbahaya, ubat resdung ini selamat untuk penggunaan harian. 

Kelebihan:

  • Bebas daripada bahan berbahaya
  • Sesuai untuk penggunaan harian
  • Melembapkan hidung yang kering

Harga: RM146.00

Terdapat di: Desertcart

Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.