Wellness
17 Jenama Vitamin C Terbaik Di Malaysia Yang Anda Wajib Beli!
Tingkatkan sistem imun anda
By: Balqis Ariffin / November 7, 2022

Adakah anda mudah dijangkiti penyakit? Jika anda sering mengalami gejala seperti selesema, demam, batuk dan badan mudah lesu, ianya menunjukkan bahawa anda mempunyai ketahanan imuniti yang kurang. Tubuh badan dan kulit yang tampak sihat merupakan impian setiap daripada kita, oleh itu dengan mengamalkan suplemen vitamin C ianya dapat membantu anda kekal sihat dan cergas. Adakah anda sedang mencari suplemen Vitamin C yang terbaik? Beauty Insider telah menyenarikan 17 jenama vitamin C terbaik di Malaysia yang sesuai untuk seisi keluarga anda.
Contents
- Apakah Vitamin C?
- Apakah Kebaikan dan Khasiat Pengambilan Vitamin C?
- Apakah Jenis-Jenis Suplemen Vitamin C?
- Cara Memilih Jenis Vitamin C yang Sesuai Dengan Kita?
- 17 Suplemen Vitamin C Terbaik di Malaysia Untuk Meningkatkan Imunisasi Badan Anda
- 1. Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium
- 2. Blackmores Vitamin C
- 3. 21st Century Vitamin C
- 4. Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc
- 5. Shaklee Sustained-Release Vita-C Release
- 6. ChildLife Essentials Liquid Vitamin C
- 7. Redoxon Double Action Effervescent
- 8. SunLipid Liposomal Vitamin C
- 9. Citrex Vitamin C
- 10. Berocca Performance Effervescent Tablet
- 11. VitaHealth Vitamin C with Zinc+
- 12. Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula
- 13. Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin Phytosome
- 14. Cenovis Vitamin C
- 15. Flavettes Effervescent Vitamin C Glow
- 16. BiO-LiFE Nat C 1000mg
- 17. Guardian Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg
Apakah Vitamin C?

Asid askorbik atau lebih dikenali sebagai Vitamin C merupakan sejenis vitamin yang larut di dalam air dan mudah teroksida jika terdedah kepada haba yang tinggi. Selain itu, Vitamin C juga akan dikumuh daripada badan jika jumlahnya berlebihan. Antara cara anda boleh mendapatkan vitamin C adalah melalui buah-buahan dan sayur-sayuran seperti buah citrus, tomato, strawberi dan brokoli.
Apakah Kebaikan dan Khasiat Pengambilan Vitamin C?

Tidak dapat dinafikan bahawa pengambilan vitamin C merupakan amalan yang normal di kalangan masyarakat kita. Terutamanya bagi kanak-kanak, jika anda ingat semasa masih kecil lagi kita digalakkan untuk mengambil suplemen Vitamin C oleh ibu bapa. Untuk makluman anda vitamin C memberikan kebaikan untuk kesihatan dan kulit anda juga.
- Menggalak pembentukan kolagen
- Melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas
- Mengurangkan risiko kanser
- Meningkatkan ketahanan badan dan sistem imunisasi
- Mencantikkan kulit
- Membantu mengurangkan paras kolestrol dan urik asid
Apakah Jenis-Jenis Suplemen Vitamin C?

Tahukah anda terdapat berbagai jenis suplemen vitamin C di pasaran? Ya betul, kita mungkin hanya membeli suplemen vitamin C yang direkomend oleh penjual atau yang paling laris sahaja. Oleh itu, ianya lebih baik jika anda semua mengetahui jenis-jenis suplemen vitamin C agar anda boleh memilih suplemen yang terbaik untuk anda.
- Larut dalam air atau effervescent
- Bebas gula
- Tidak berasid
- Supplemen berbentuk hisap
- Formula campuran
- Vitamin C dengan campuran bahan terdiri kalsium, lysine, zink atau gluthione.
Cara Memilih Jenis Vitamin C yang Sesuai Dengan Kita?
Sebelum anda ingin membeli vitamin C, terdapat beberapa perkara yang anda perlu pertimbangkan untuk memastikan ianya benar-benar sesuai dengan anda dan tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. Kami telah senaraikan beberapa faktor yang anda perlu tahu di bawah:
- Tidak dirumus dengan perasa tiruan
- Elakkan vitamin c yang dirumus dengan bahan pengawet, pewarna, dan aditif
- Jauhi vitamin C yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
- Pastikan anda menyemak dahulu tarikh luputnya
- Dengan adanya beberapa jenis vitamin C seperti garam askorbat, dan asid askorbik, anda perlu mengetahui jenis yang sesuai untuk anda
17 Suplemen Vitamin C Terbaik di Malaysia Untuk Meningkatkan Imunisasi Badan Anda
1. Cebion Effervescent C 1000mg + Calcium

Cebion mengandungi 1000mg vitamin C untuk menguatkan ketahanan tubuh badan and sistem imunisasi. Diperkaya dengan kalsium, suplemen vitamin C membantu anda mendapatkan kalsium untuk kekuatan tulang. Ianya mudah digunakan kerana anda hanya perlu larutkan suplemen ini di dalam air minuman, untuk memenuhi keperluan harian vitamin C anda
Kelebihan:
- Perasa oren
- Dirumus dgn kalsium
- Hanya perlu dilarutkan
Harga: RM21.35
Terdapat di: Guardian
2. Blackmores Vitamin C

Blackmore vitamin c merupakan jenama pilihan orang ramai yang Mengandungi sebanyak 500mg vitamin c. Tambahan pula, suplemen ini dirumus agar mudah untuk ditelan. Satu biji Suplemen ini membantu anda mendapatkan keperluan harian vitamin C anda.
Kelebihan:
- Tanpa perasa tiruan, pengawet dan garam,
- Untuk keperluan harian
- Mudah ditelan
Harga: RM42.00
Terdapat di: Watsons
3. 21st Century Vitamin C

Jika anda lebih menyukai vitamin C yang dikunyah, anda pasti menyukai 21st Century Vitamin C ini yang berbentuk tablet. Diformulasi dengan 1000mg vitamin c, ianya membantu menguatkan imun badan dan pembentukkan kolagen agar badan anda dan kulit anda kekal sihat sentiasa. Tambahan pula, ianya dirumus tanpa sebarang bahan pengawet atau perasa tiruan membuatkan ianya menjadi pilihan orang ramai.
Kelebihan:
- Dikunyah
- Sesuai untuk vegetarian
- Tanpa bahan pengawet dan perasa tiruan
Harga: RM29.90
Terdapat di: Guardian
4. Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc

Jika anda menginginkan suplemen dengan penambahan nutrien daripada zink, anda pasti boleh mencuba Kordel’s Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc. Diformulasi dengan vitamin C sebanyak 1000 mg, ianya boleh didapati dalam dua perasa pilihan anda iaitu oren dan buah markisah. Tambahan lagi, ianya mengandungi zink yang mampu mencantikkan kulit, rambut serta kuku anda.
Kelebihan:
- Ditawarkan dalam dua perisa
- Dengan campuran zink
- Tidak mengandungi gula
Harga: RM39.90
Terdapat di: Lazada
5. Shaklee Sustained-Release Vita-C Release

Shaklee Sustained-Release Vita-C Release merupakan suplemen larut air yang diperbuat dari ekstrak jagung, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif. Antara kelainan suplement ini ialah ia mempunyai sistem pelepasan berperingkat yang memberikan dos berjumlah 500 mg selama lima jam untuk meningkatkan kadar penyerapan dan kebaikkan vitamin C. Dengan penambahan 120 mg bioflavonoid sitrus, bahan tersebut memaksimakan keberkesanan suplemen ini.
Kelebihan:
- Sesuai untuk perut sensitif
- Formulasi sistem pelepasan berperingkat
- Terdapat bioflavonoid sitrus
- Satu botol mempunyai 180 tablet
Harga: RM115.00
Terdapat di: laman website Shaklee
6. ChildLife Essentials Liquid Vitamin C

Seterusnya, ChildLife Essentials Liquid Vitamin C sesuai untuk diamalkan oleh kanak-kanak yang berusia 6 bulan sehingga 12 tahun. Diperkaya dengan Vitamin C, ianya membantu mengekalkan kesihatan yang optimum agar anak anda bebas daripada sebarang penyakit seperti demam, selesema atau batuk. Anda juga boleh menambah suplemen berbentuk cecair ini ke dalam minuman atau bijirin sarapan.
- Berbentuk cecair
- Perasa oren
- Tidak mempunyai bahan yang mengakibatkan alahan seperti gandum, susu, telur dan kacang soya
Harga: RM32.90
Terdapat di: Shopee
7. Redoxon Double Action Effervescent

Dirumus dengan vitamin C dan zink, Redoxon Double Action Effervescent bertindak secara sinergi dalam menguatkan ketahanan tubuh badan dan sistem imun. Penambahan nutrien zink membantu meningkatkan fungsi otot dan penjanaan tenaga otot. Selain itu, sumber mineral ini menjadikan kulit serta rambut adalah kelihatan lebih sihat. Anda hanya perlu larutkannya di dalam secawan air untuk memenuhi keperluan vitamin badan.
- Mempunyai nutrien zink
- Hanya perlu dilarutkan
- Suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga
Harga: RM16.60
Terdapat di: Watsons
8. SunLipid Liposomal Vitamin C

SunLipid Liposomal Vitamin C diperbuat menggunakan teknologi enkapsulasi yang membantu memaksimakan proses penyerapan di saluran pencernaan. Suplemen yang bebas gula ini mengandungi 1000 mg dos vitamin C dan fosfolipid matahari serta 500 mg MCT. Walaupun harganya lebih mahal berbanding suplemen vitamin C yang lain, dengan formulasi unik serta kebaikkannya SunLipid Liposomal Vitamin C merupakan antara vitamin C yang terbaik di pasaran.
Kelebihan:
- Diperbuat dengan teknologi enkapsulasi
- Mengandungi fisfolipid matahari
- Bebas gluten dan kacang soya
Harga: RM137.50
Terdapat di Shopee
9. Citrex Vitamin C

Jika anda ingin mengamalkan gaya hidup sihat, anda boleh bermula dengan pengambilan suplemen Citrex Vitamin C. Diperkaya dengan 1000 mg vitamin C, ia memastikan agar badan anda mendapat dos yang mencukupi setiap hari. Anda dapat merasai bahawa tubuh badan anda lebih cergas dan sihat.
Kelebihan:
- Mempunyai 50 tablet sebotol
- mengandungi dos yang menepati keperluan harian
- Tidak mengandungi gula
Harga: RM 23.20
Terdapat di: Big Pharmacy
10. Berocca Performance Effervescent Tablet

Jika anda ingin mendapatkan pelbagai vitamin dan zat mineral, anda harus mendapatkan Berocca Performance Effervescent Tablet dengan segera! Diformulasi dengan vitamin C, B, kasium, magnisium dan zink, ianya membantu meningkatkan ketajaman mental dan tenaga anda.
Kelebihan:
- Rasa yang menyegarkan
- Tidak mempunyai gula
- Terdapat tiga perasa iaitu oren, mangga dan beri
Harga: RM34.90
Terdapat di Watsons
11. VitaHealth Vitamin C with Zinc+

VitaHealth Vitamin C with Zinc+ dirumus dengan kandungan sebanyak 1000mg vitamin C untuk kesihatan badan yang optimal. Ianya juga mengandungi ramuan campuran zink dan bioflavonoids untuk memaksimakan keberkesanan suplemen ini. Dengan teknologi pelepasan secara berperingkat, VitaHealth Vitamin C with Zinc+ memberikan perlindungan sepanjang hari. Jika anda sedang mencari vitamin c terbaik untuk seluruh kesihatan tubuh anda, supplemen ini diyakini berkesan.
Kelebihan:
- Dengan penambahan ramuan zink dan bioflavonoids
- Formulasi dengan perlindungan sepanjang hari
- Melindungi badan daripada radikal bebas
Harga: RM115.90
Terdapat di: Laman website VitaHealth
12. Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula

Dengan kandungan vitamin C sebanyak 500mg, Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula memastikan anda mendapat jumlah vitamin harian anda. Diperkaya dengan sumber vitamin C yang tinggi dari buah citrus dan acerola cherry, ianya membantu menguatkan tahap imun badan anda. Selain itu, ianya juga memastikan penyerapan vitamin dan mineral yang penting agar badan anda kekal sihat sentiasa. Amway Nutrilite Bio C Plus All Day Formula juga dirumus agar tidak menyebabkan ketidakselesaan pada perut.
Kelebihan:
- Esktrak buah citrus dan acerola cherry yang premium
- Bebas daripada bahan pengawet, pewarna dan perasa tiruan
- Formulasi yang memberikan keperluan harian
Harga: RM131.00
Terdapat di: Laman website Amway
13. Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin Phytosome

Life Extension Vitamin C and Bio-Quercetin Phytosome merupakan antara vitamin C terbaik yang terdapat di pasaran. Penambahan Bio-Quercetin Phytosome berfungsi untuk membantu keberkesanan vitamin C dan memaksimakan penyerapan sebanyak lebih 50%. Supplemen ini diketahui kebaikkannya dalam meningkatkan ketahanan sistem imun badan dan juga kesihatan jantung.
Kelebihan:
- Bebas gluten
- Sesuai untuk mereka yang vegan
- Menyerap dengan lebih pantas
Harga: RM40.00
Terdapat di: Shopee
14. Cenovis Vitamin C

Jika anda masih mencari vitamin C terbaik yang tidak mengandungi sebarang gula, Cenovis Vitamin C harus menjadi pilihan utama anda. Supplemen berbentuk tablet ini mengandungi kandungan vitamin C sebanyak 500mg dan mempunyai perasa oren membuatkan anda mudah untuk mengunyahnya. Selain memastikan kesihatan badan yang optimum, ianya juga membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka. Malahan supplemen Cenovis Vitamin C juga membantu merangsang pembentukan kolagen, menjadikannya sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang berseri dan sihat.
Kelebihan:
- Tidak mengandungi gula
- Perasa oren agar mudah untuk dikunyah
- Sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa
Harga: RM84.00
Terdapat di: Shopee
15. Flavettes Effervescent Vitamin C Glow

Flavettes Effervescent Vitamin C Glow merupakan antara pilihan utama jika anda ingin memutihkan kulit wajah anda. Produk ini diperkaya dengan campuran vitamin C, vitamin E dan juga glutathione yang membantu memastikan kulit tampak sihat dan juga berseri. Malahan, vitamin C ini turut meningkatkan kesihatan tubuh badan anda. Ianya juga didatangkan dalam reka bentuk bekas tiub yang memudahkan anda untuk membawanya kemana sahaja.
Kelebihan:
- Memastikan kulit tampak glowing
- Memudarkan jeragat
- Perisa oren yang enak
Harga: RM42.90
Terdapat di: Watsons
16. BiO-LiFE Nat C 1000mg

BiO-LiFE Nat C merangkumi sebanyak 1000mg rumusan vitamin C untuk memenuhi keperluan seharian badan anda. Rumusannya bukan sahaja mengandungi vitamin c, tetapi terdapat campuran ramuan penting seperti citrus bioflavonoids, rutin, hesperidin, rosehip dan acerola. Tambahan lagi, ianya juga diformulasi secara khusus agar tidak menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Ianya juga diperkaya dengan antioksidan yang membantu melindungi anda daripada radikal bebas.
Kelebihan:
- Dirumus dengan campuran bahan penting
- Tidak menyebabkan ketidakselesaan pada perut
- Mengandungi 1000mg vitamin C
Harga: RM34.00
Terdapat di: Guardian
17. Guardian Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg

Guardian Effervescent Vitamin C 1000mg + Zinc 10mg dirumus secara khas untuk memberikan dwi-tindakan agar kesihatan anda kekal optimum. Produk ini juga mengandungi campuran 1000mg vitamin C dan 10mg zink, memastikan agar tubuh badan anda mendapat nutrisi yang penting. Anda hanya perlu larutkan satu tablet di dalam secawan air selepas makan.
Kelebihan:
- Diperkaya dengan vitamin C dan zink
- Perasa oren
- Memberikan dwi-tindakan untuk kesihatan
Harga: RM46.20
Terdapat di: Guardian
Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.