Rambut gugur merupakan masalah yang sering dialami oleh semua wanita dan perkara ini tentunya merunsingkan kerana rambut dianggap sebagai mahkota wanita. Anda mungkin telah penat mencuba pelbagai jenis produk yang terdapat di pasaran, seperti syampu, tonik rambut atau serum, tetapi hasilnya masih tetap sama bukan? Anda tidak perlu risau ladies kerana Beauty Insider telah menyenaraikan 16 vitamin rambut terbaik agar rambut anda sentiasa kelihatan lebat, bersinar dan sihat!

Apakah Punca Masalah Rambut Gugur?

Photo by Tim Mossholder on Unsplash

Untuk makluman anda, keguguran rambut terjadi disebabkan beberapa fakor, oleh itu anda dinasihati untuk berjumpa dengan pakar untuk mengetahui penyebabnya agar masalah tersebut dapat dielakkan dan diubati. Berikut merupakan punca berlakunya keguguran rambut.

  • Ubat-ubatan
  • Kehamilan
  • Genetik
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Penuaan
  • Jangkitan di kulit kepala
  • Stress
  • Pengayaan rambut

Apakah Kriteria Dalam Pemilihan Vitamin untuk Rambut Gugur?

vitamin-rambut
Photo by Allef Vinicius on Unsplash

Apabila anda ingin memilih vitamin rambut terbaik terdapat beberapa kriteria yang anda perlu mengambil kira dan teruskan membaca untuk mengetahuinya.

  • Elakkan memilih vitamin rambut yang mempunyai bahan-bahan berbahaya seperti paraben, alkohol, phthalates atau pewarna sintetik
  • Pilih vitamin rambut dengan bungkusan yang memudahkan untuk anda menggunakannya
  • Utamakan vitamin rambut yang mempunyai kandungan yang membantu menggalakkan pertumbuhan rambut seperti ginseng, aloe vera, minyak kacang hazel, dan minyak kelapa
  • Memahami cara penggunaan yang tepat untuk memaksimakan maanfatnya

16 Vitamin Rambut Terbaik di Malaysia Untuk Rambut Gugur

1. Ellips Hair Vitality

Dirumus khas dengan ekstrak ginseng dan madu, Ellips Hair Vitality membantu menguatkan rambut rapuh dan rosak, manakala minyak moroccan melembutkan rambut agar mahkota anda kelihatan sihat dan bersinar. Selain itu, Ellips Hair Vitality membekalkan nutrisi atau vitamin yang diperlukan seperti Vitamin A, C, E dan B5. Anda hanya perlu meramasnya pada helaian rambut secara konsisten setiap hari, dan ianya pasti akan membantu mengurangkan masalah rambut gugur.

Kelebihan:

  • Mengandungi ekstrak ginseng dan madu
  • Melembutkan rambut
  • Menguatkan rambut rapuh
  • Harga yang murah

Harga: RM5.61

Terdapat di: Guardian

2. Garden of EDEN Argan Oil Plus Serum


Garden of EDEN Argan Oil Plus Serum merupakan produk serbaguna yang boleh dipakai untuk seluruh tubuh badan termasuk rambut. Diperkaya dengan minyak argan organik, minyak jojoba dan minyak biji anggur, ianya memberikan kehidratan serta merta. Malahan, ianya diformulasi untuk menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan berminyak. Garden of EDEN Argan Oil Plus Serum berkesan menguatkan kembali rambut rosak dan mengelakkan rambut bercabang.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Serbaguna
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Melembutkan rambut

Harga: RM76.40 (Harga asal RM89.90)

  Add to cart

3. MARO17 Hair Growth Golden Booster 100ML


Untuk mereka yang mengalami masalah rambut gugur, MARO17 Hair Growth Golden Booster merupakan salah satu vitamin rambut terbaik yang anda harus miliki. Dirumus dengan tiga bahan aktif, ianya membantu merangsang peredaran darah dan melegakan keradangan pada kulit. Dengan penambahan ramuan seperti ekstrak kacang soya, ianya memberikan kelembapan intensif pada rambut dan kulit kepala.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang mengalami keguguran rambut dan kelemumur
  • Menguatkan akar rambut
  • Bebas silikon

Harga: RM94.90 (Harga asal RM99.90)

  Add to cart

4. La Maison Du Savon De Marseille Organic Argan Oil Spray

La Maison Du Savon De Marseille Organic Argan Oil Spray merupakan pilihan utama para beauty junkies yang inginkan vitamin rambut berkualiti tinggi dan efektif. Ianya mengandungi ekstrak minyak argan yang 100% organik dan boleh digunapakai pada seluruh badan. La Maison Du Savon De Marseille Organic Argan Oil Spray berkesan melembapkan kulit secara intensif. Ianya juga membantu menyerikan semula rambut yang rosak dan bercabang.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk kulit, rambut dan kuku
  • Dirumus dengan minyak argan yang organik
  • Melembapkan rambut

Harga: RM96.75 (Harga asal RM129.00)

  Add to cart

5.Claire Organics Clary Sage Hair & Scalp Treatment Oil

Diperkaya dengan ekstrak clary sage, Claire Organics Clary Sage Hair & Scalp Treatment Oil terbukti berkesan menyuburkan dan melembapkan rambut serta kulit kepala. Malahan, vitamin rambut ini sesuai untuk mereka yang mengalami pelbagai jenis masalah rambut seperti kelemumur, rosak, rambut gugur, dan kulit kepala yang sensitif. Dengan penggunaan konsisten, anda akan dapati rambut anda lebih berseri, sihat dan lebat.

Kelebihan:

  • Menguatkan kembali rambut rosak
  • Merangsang pertumbuhan rambut baru
  • Anti septik

Harga: RM59.00

  Add to cart

6. Triple Tree Intensive Repair Hair Serum

Triple Tree Intensive Repair Hair Serum mengandungi campur minyak pati lavender, limau gedang, oren dan geranium serta minyak argan. Ianya menyerap dengan jauh ke dalam rambut untuk menguatkannya kembali dan mengelakkan rambut menjadi raput. Selain itu, vitamin rambut ini memastikan rambut anda tampak lebih lembut dan berseri. Triple Tree Intensive Repair Hair Serum juga bebas daripada sebarang bahan berbahaya seperti paraben, pewarna dan pewangi.

Kelebihan:

  • Bau yang wangi
  • Tidak diformulasi dengan bahan berbahaya
  • Menguatkan dan menyuburkan rambut

Harga: RM99.00

  Add to cart

7. UTENA Hair Oil Mist Yuzu

UTENA Hair Oil Mist Yuzu merupakan vitamin rambut 4 dalam 1 yang boleh digunakan untuk rawatan dan pengayaan rambut. Ianya dirumus dengan ekstrak buah yuzu yang didapati di Jepun. Vitamin rambut ini membantu melembapkan dan menyuburkan rambut secara intensif. UTENA Hair Oil Mist Yuzu memastikan rambut anda kekal berseri dan lembut sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Bau yang wangi
  • Mudah untuk digunakan
  • Produk serbaguna

Harga: RM58.40 (Harga asal RM64.90)

  Add to cart

8.Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum

Good Virtues Co. Multiple Repair Hair Serum merupakan produk kesukaan para ladies yang inginkan sesuatu yang bersifat organik. Rawatan rambut tanpa bilas ini diperkaya dengan minyak Habbastu Sauda yang membantu menyuburkan serta membaiki rambut rosak. Tambahan pula, Vitamin E juga merupakan bahan penting untuk anda yang mengalami rambut bercabang dan kurang bermaya.

Kelebihan:

  • Bebas daripada parabens, pewarna tiruan, SLES dan ALES
  • Dirumus dengan minyak Habbastu Sauda
  • Mengandungi aroma yang wangi

Harga: RM16.30

Terdapat di: Watsons

9. KLORANE Quinine Serum Anti Hair Fall

Jika anda mempunyai masalah rambut gugur, cubalah KLORANE Quinine Serum Anti Hair Fall yang diformulasi khas untuk menguatkan dan memulihkan rambut rapuh serta mengurangkan masalah keguguran rambut. Dirumus dengan quinine caffeine untuk menyegarkan kulit kepala daripada kerengsaan dan keradangan. Manakala vitamin B serta keratin merangsang pertumbuhan rambut yang lebih sihat. Hanya dengan satu penggunaan, anda akan mendapati rambut anda lebih kuat.

Kelebihan:

  • Menguatkan akar rambut
  • Merangsang pertumbuhan rambut baru
  • Diformulasi dengan quinine caffeine

Harga: RM95.20

Terdapat di: Shopee

10. Phytocyane Anti Thinning Treatment

Stres, kehamilan, dan ubat-ubatan merupakan faktor yang menjerumus kepada masalah keguguran rambut, walaupun ianya sering terjadi dalam kalangan wanita, anda boleh mencegah hal sedemikian dengan Phytocyane Anti Thinning Treatment. Produk berasaskan botanikal ini dilimpahi dengan asid amino sulfur, protein dan vitamin yang membantu menguatkan akar rambut. Tambahan pula, ianya merangsang mikrosirkulasi kulit kepala untuk membentuk persekitaran yang optimum untuk pertumbuhan rambut baru.

Kelebihan:

  • Menggalakan pengeluaran keratin
  • Menghalang penumbuhan uban
  • Rambut lebih lebat dan bersinar

Harga: RM290.00

Terdapat di: Guardian

11. Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum

Diformulasi dengan teknologi serum lempaban mikro, Dove Nutritive Solutions Hair Fall Rescue Serum berkesan mengurangkan keguguran rambut sebanyak 98%, menjadikannya antara vitamin rambut terbaik untuk rambut gugur. Tambahan lagi, serum ini bertekstur ringan dan tidak meninggalkan kesan berminyak kepada rambut. Dengan hanya sekali sapuan, rambut anda kelihatan lembut dan bersinar sepanjang hari.

Kelebihan:

  • Mengurangkan keguguran rambut
  • Melindungi setiap helaian rambut
  • Dirumus dengan teknologi serum lempaban mikro

Harga: RM21.15

Terdapat di: Watsons

12. Mise En Scene Perfect Serum

Adakah anda masih sedang mencari vitamin rambut terbaik? Kami mengesyorkan anda mencuba Mise En Scene Perfect Serum yang merupakan rahsia para wanita di Malaysia untuk rambut kekal menawan dan sihat. Diperkaya dengan 7 jenis campuran minyak termasuk minyak argan serta air mawar dan royal jelly, serum rambut ini mengekalkan nutrisi agar rambut kuat dan tidak bercabang.

Kelebihan:

  • Mengelakkan rambut kusut
  • Menyerap dengan pantas
  • Mengandungi 7 jenis campuran minyak

Harga: RM26.00

Terdapat di: Lazada

13. OUAI Hair Oil

Dengan penilaian sebanyak 4.5 bintang di Sephora, OUAI Hair Oil merupakan vitamin rambut terbaik yang membantu anda mendapat rambut bebas kusut. Tambahan pula, ianya mengandungi bahan-bahan yang menyuburkan rambut seperti ekstrak akar lengkuas, serta campuran minyak ama, borage dan baobab. Selain itu ianya juga membantu mengekalkan warna rambut dan melindungi rambut daripada kerosakan akibat matahari. Anda juga boleh menggunakan minyak rambut ini sebagai masker untuk mendapat lembapan tambahan.

Kelebihan:

  • Bebas paraben dan phthalate
  • Serbaguna
  • Melembapkan rambut

Harga: RM65.00

Terdapat di: Sephora

14. BRIOGEO Scalp Revival Charcoal + Tea Tree Scalp Treatment

BRIOGEO Scalp Revival Charcoal + Tea Tree Scalp Treatment mengandungi arang Binchotan yang berkesan dalam mendetoks kulit kepala agar ianya kekal sihat dan bersih. Jika anda mengalami masih kegatalan kulit kepala dan rambut berminyak, rawatan rambut tanpa bilas ini sesuai untuk anda kerana ianya diperkaya dengan minyak tea tree, spearmint dan peppermint serta ekstrak witch hazel. Manakala, Biotin membekalkan nutrisi yang penting kepada folikel rambut untuk merangsang penumbuhan rambut.

Kelebihan:

  • Mengurang penghasilan sebum
  • Menghalang masalah kegatalan kulit kepala
  • Tanpa perlu bilas

Harga:RM145.00

Terdapat di: Sephora

15. LUCIDO-L Hair Vitamin Oil Damage Hair

Seterusnya, LUCIDO-L Hair Vitamin Oil Damage Hair sesuai untuk mereka yang mengalami rambut rosak dan tidak bermaya, hanya dekali sekali sapuan rambut anda akan mudah diurus dan terasa lembut. Rawatan rambut tanpa bilas ini mengandungi vitamin dan khasiat yang diperlukan untuk rambut yang sihat seperti minyak zaitun serta vitamin A, C dan E.

Kelebihan:

  • Membantu melembapkan rambut rosak
  • Tidak perlu dibilas
  • Terdapat vitamin dan bahan yang penting

Harga: RM16.11

Terdapat di: Watsons

16. OLAPLEX No.3 Hair Perfector Treatment

Diperbuat menggunakan teknologi yang dipatenkan, OLAPLEX No.3 Hair Perfector Treatment diperkaya dengan ramuan yang membantu menguatkan dan merawat rambut rosak. Rawatan rambut ini mengurangkan rambut bercabang dengan cara merawat helaian rambut tersebut melalui akar dan dalamannya. Dengan penggunaan konsisten, rambut anda akan lebih bersinar dan sihat.

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis rambut
  • Menguatkan rambut rosak
  • Bebas daripada paraben, sulfat, and phthalate

Harga: RM140.00

Terdapat di: Sephora

Author: Balqis Ariffin | Date: 2nd April 2021