Blush atau pemerah pipi merupakan produk yang wajib ada dalam beg solekan anda. Bukan sahaja sesuai dipakaikan pada pipi, ia juga boleh dijadikan sebagai pembayang mata dan lipstik. Malah, terdapat pelbagai jenis pemerah pipi di pasaran dengan lain-lain tekstur dan warna. Jika anda belum lagi menemui pemerah pipi yang sesuai, Beauty Insider telah menyenaraikan 14 jenama blush terbaik di Malaysia yang anda boleh cuba.

Cara Memilih Blush Mengikut Jenis Kulit

Selain dari tona warna, terdapat beberapa jenis tekstur blush yang harus anda perlu ketahui. Ini antaranya:

1. Bedak

Terdapat dalam bentuk bedak kompak atau loose, blush sebegini selalunya sesuai buat mereka yang mengalami kulit berminyak atau mahukan warna yang lebih terang. Ia tidak mudah pudar dan berada di atas permukaan kulit.

2. Krim

Untuk anda yang mengalami kulit kering, seeloknya memilih pemerah pipi dengan tekstur krim kerana ia lebih melembapkan pada kulit. Selain di pipi, blush dengan tekstur ini juga sesuai digunakan di bibir dan kelopak mata. Jadi jika anda tidak ingin jimat ruang (dan poket!), hanya perlu ada blush ini.

3. Gel

Tekstur gel pula lebih ringan pada kulit. Ia sesuai untuk semua jenis kulit tapi bagi anda yang mempunyai kulit bertekstur dan kering, seeloknya memilih pemerah pipi dengan tekstur ini.

4. Tint

Tint turut sesuai buat anda yang mempunyai kulit berminyak atau mudah berpeluh. Pigmentasi warnanya juga mudah melekat pada kulit, menjadikannya sukar untuk pudar dan tahan lebih lama. Tekstur ini selalunya mudah didapati dari jenama Korea.

14 Jenama Blush Terbaik di Malaysia

1. Silkygirl Blush Hour

Sudah tentunya Silkygirl akan tersenarai di sini. Dengan beberapa pilihan pemerah pipi, tidak hairan mengapa ia terpilih sebagai salah satu jenama blush terbaik di Malaysia. Dalam banyak-banyak koleksi, Blush Hour yang menjadi pemenangnya! Ia mempunyai empat pilihan warna untuk memberikan warna dan seri pada pipi anda. Apa yang menariknya, ia juga dirumus khas untuk tona kulit wanita Asia.

Kelebihan:

  • Tekstur halus yang memberikan hasil semula jadi
  • Pilihan warna yang sesuai untuk semua jenis kulit
  • Mempunyai berus kecil

Harga: RM22.90

Terdapat di: Silkygirl

2. Laura Mercier Tinted Blush

Ringan dan mempunyai bahan-bahan skincare, Laura Mercier Tinted Blush antara jenama blush terbaik di Malaysia.

Jika anda memiliki kulit yang kering dan bertekstur, seeloknya memilih pemerah pipi yang mempunyai konsisten gel atau krim seperti Laura Mercier Tinted Blush. Dirumus dengan bahan-bahan skincare, pemerah pipi ini dapat memberikan anda warna dengan hasil yang semula jadi. Selain itu, ia juga ringan dan melembapkan kulit.

Kelebihan:

  • Kekal selama 12 jam
  • Bebas daripada pewangi, paraben, sulfat dan mengandungi antioksida serta vitamin
  • Mempunyai 11 pilihan warna untuk semua tona kulit

Harga: RM140

Terdapat di: Sephora

3. Nars Blush

Nars Blush mempunyai beberapa warna kegemaran ramai seperti 'Orgasm'. Ia antara jenama blush terbaik di Malaysia.

Bila sebut sahaja mengenai blush, Nars antara jenama yang ramai akan fikirkan. Terkenal dengan warna ‘Orgasm’, Nars kini mempunyai beberapa pilihan dengan pelbagai tekstur seperti matte, satin, atau shimmer. Sebanyak mana pun anda mengenakannya, ia tidak akan kelihatan bercapuk!

Kelebihan:

  • 10 pilihan warna untuk pelbagai tona kulit
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
  • Tekstur bedak yang halus dan mudah untuk

Harga: RM140

Terdapat di: Sephora

4. Canmake Glow Fleur Cheek

Ingin kelihatan fresh dan manis seperti gadis Jepun, maka Canmake Glow Fleur Cheek wajib berada dalam bag anda. Walaupun ia mempunyai tekstur bedak, pemerah pipi ini memberikan hasil semula jadi dan seri pada wajah anda. Ia turut mengandungi beberapa bahan skincare yang dapat menyerap minyak berlebihan dan menjaga kelembapan kulit.

Kelebihan:

  • Mengandungi kolagen, asid hyaluronik, arbutin, ekstrak daun rosemary, delima, minyak rosehip, dan banyak lagi
  • Tekstur bedak yang halus dan ringan
  • Pilihan warna lembut dan semula jadi

Harga: RM56.90

Terdapat di: Guardian

5. Revlon Powder Blush Blusher

Revlon merupakan jenama blusher terbaik di Malaysia dengan harga yang berpatutan.

Satu lagi pemerah pipi dari drugstore yang digemari ramai, Revlon Powder Blush Blusher mempunyai empat pilihan warna yang kekal sehingga malam. Tak kira sebanyak mana pun anda mengenakannya, ia tidak akan meninggalkan kesan bercapuk, hasilnya tetap semula jadi seolah anda merah padam dari dalam.

Kelebihan:

  • Empat pilihan warna yang sesuai untuk semua tona kulit
  • Tekstur bedak halus dan lembut
  • Tahan lama

Harga: RM52.90

Terdapat di: Shopee

6. 3CE Face Blush

Untuk tampil semanis gadis Korea, cuba 3CE Face Blush. Ia merupakan antara jenama blush terbaik di Malaysia.

Peminat K-Beauty sudah tentu sudah mengenali jenama 3CE. Selain daripada lip tints, blush mereka turut dikenali ramai dengan pelbagai pilihan warna lembut yang memberikan solekan anda sentuhan ayu. Tak cukup dengan itu, pemerah pipi ini juga mudah untuk disapukan pada pipi tanpa kelihatan terlalu kasar.

Kelebihan:

  • Tahan lama dan tidak mudah pudar
  • Menaikkan seri wajah dengan warna yang lembut
  • Tekstur selembut sutera

Harga: RM75.90

Terdapat di: Shopee

7. Wardah Colorfit Cream Blush

Pernah viral di media sosial, Wardah Colorfit Cream Blush mempunyai tekstur krim yang terus menjadi bedak setelah disapukan pada pipi. Ia ringan dan mudah dikenakan di atas solekan anda tanpa mengganggunya. Hasilnya? Anda akan tempak lebih segar dan bermaya sepanjang hari!

Kelebihan:

  • Tahan selama lapan jam
  • Tiga pilihan warna yang memberikan kesan awet muda
  • Boleh dipakai di bawah atau di atas solekan

Harga: RM18.50

Terdapat di: Watsons

8. Maybelline Fit Me 16 Hours Natural Lightweight Blush

Koleksi Fit Me dari Maybelline bukan sahaja terkenal dengan foundation tapi juga dengan beberapa pilihan blusher yang tahan lama dan memberikan kesan semula jadi. Dengan sedikit kilauan, ia membuat wajah anda tampil lebih segar dan berseri dengan warna yang memikat hati. Cukup dengan sedikit sapuan, pemerah pipi ini dirumus untuk semua jenis tona kulit.

Kelebihan:

  • Tekstur bedak yang halus dan tidak memberikan hasil bercapuk
  • Tahan selama 16 jam
  • Memberikan warna yang segar dan semula jadi pada pipi

Harga: RM36.90

Terdapat di: Guardian

9. Smash Beauty Duo Multi Stick

Satu lagi blusher dengan tekstur krim tapi kali ini dalam bentuk stick! Smash Beauty mempunyai beberapa pilihan warna, menjadikannya antara jenama blush terbaik di Malaysia. Ia mudah untuk dibawa ke mana sahaja dan disapukan pada wajah. Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai beberapa bahan skincare seperti minyak jojoba, kelapa, mentega shea, dan vitamin E untuk melindungi dan melembapkan kulit.

Kelebihan:

  • Tekstur krim
  • Boleh dijadikan blusher, lipstik dan pembayang mata
  • Mempunyai pelbagai jenis minyak tumbuhan yang mampu melembapkan kulit

Harga: RM50

Terdapat di: Smash Beauty

10. Rom&nd Better Than Cheek

Satu lagi jenama K-Beauty yang disukai ramai, Rom&nd Better Than Cheek mempunyai beberapa pilihan warna yang memberikan anda kesan yang ayu dan manis. Sapukan sahaja pada pipi dan anda akan tampil lebih berseri dengan 13 pilihan warna yang trending dan sesuai untuk semua jenis mood anda!

Kelebihan:

  • Saiz kompak dan mudah untuk dibawa dalam beg kecil
  • Menutup cela dan tekstur pada wajah
  • Memberikan hasil yang lembut dan warna yang halus

Harga: RM34.84

Terdapat di: Shopee

11. Hourglass Ambient Lighting Blush

Hourglass Ambient Lighting Blush turut terkenal di kalangan pencinta solekan. Tidak seperti blush yang lain, ia menggunakan teknologi Ambient® Lighting Powder yang memberikan wajah anda warna yang terang dan dengan pelbagai dimensi. Tekstur bedaknya juga ringan dan tidak mudah bercapuk, memberikan solekan anda sentuhan professional.

Kelebihan:

  • Bebas daripada pewangi dan paraben
  • Menaikkan seri pada wajah
  • Digemari ramai jurusolek

Harga: RM244

Terdapat di: Sephora

12. Clinique Cheek Pop

Untuk pipi yang cantik dan kemerahan, sapukan sedikit Clinique Cheek Pop! Anda tentu akan kelihatan lebih berseri dan awet muda. Blush ini sangat digemari di luar negara, terutamanya warna Ginger Pop. Kerana ia mempunyai tekstur seakan krim yang berubah menjadi bedak, ia akan tahan lebih lama pada kulit berbanding blusher yang lain.

Kelebihan:

  • Tahan lama dan tidak mudah pudar
  • Sembilan pilihan warna untuk semua jenis tona kulit
  • Tekstur yang halus

Harga: RM129

Terdapat di: Clinique

13. Tony Moly Cheektone Single Blusher

Pernah dengar trendwatercolor cheeks’? Teknik ini menggunakan beberapa jenis blusher yang berwarna merah jambu atau peach pada pipi atau kelopak mata. Kemudian, sapukan warna blusher yang lebih terang ke atasnya. Walaupun trend ini tidak begitu didengari, beberapa jenama menghasilkan blusher bagi memberikan efek watercolor seperti Tony Moly Cheektone Single Blusher. Dengan hanya beberapa sapuan, anda akan kelihatan seperti bintang Korea!

Kelebihan:

  • Tahan lama dan tidak mudah pudar
  • Memberikan kesan watercolor
  • Warna yang terang dan sesuai untuk pelbagai tona kulit

Harga: RM40.50

Terdapat di: Tony Moly

14. Armani Beauty Neo Nude A-Blush

Armani Beauty Neo Nude A-Blush merupakan blusher yang sesuai bagi anda yang mahukan solekan yang lebih semula jadi. Teksturnya yang ringan turut memberikan wajah anda kesan glowing yang membuat anda tampil lebih awet muda.

Kelebihan:

  • Sesuai dipakaikan di pipi, bibir dan kelopak mata
  • Memberikan seri pada wajah
  • Formula berasaskan air

Harga: RM145

Terdapat di: Armani Beauty

Menurut senarai ini, yang manakah satu blush pilihan anda? Kongsikan di ruangan komen dan jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.