Dengan penggayaan harian yang membuatkan rambut mudah menjadi rosak, penggunaan syampu dan perapi sahaja tidak mencukupi. Meskipun ramai yang lebih menyukai rawatan rambut di salon, tidak semua mempunyai masa dan juga sumber kewangan untuk memanjakan diri anda. Usah risau kerana dengan hair mask atau masker rambut, produk ini boleh memastikan mahkota rambut anda tampak sihat tanpa sebarang tanda-tanda kerosakan dan juga kekeringan. Tak pasti hair mask mana yang sesuai untuk anda? Jom tengok senarai hair mask terbaik pilihan ramai ini. 

Senarai Hair Mask Terbaik di Malaysia 2023

1. OLAPLEX No.3 Hair Perfector Treatment 

Dengan rating yang tinggi, OLAPLEX No.3 Hair Perfector Treatment adalah antara hair mask terbaik kesukaan selebriti dan juga penggaya rambut profesional. Digunakan sebagai produk rawatan pra-syampu, ia dirumus khas untuk menguatkan rambut serta menyuburkannya daripada kerosakan untuk mengelakkan masalah rambut gugur, rapuh, bercabang dan tidak berkilau. Anda digalakkan untuk menggunakannya selepas Olaplex No. 0 Intensive Bond Building Treatment untuk kesan efektif.

Kelebihan:

  • Menguatkan rambut dari dalam
  • Sesuai untuk semua jenis rambut termasuk berwarna dan keriting
  • Memberikan kilauan pada rambut

Harga: RM150.00

Terdapat di: Sephora

2. Coco & Eve Like A Virgin Super Nourishing Coconut & Fig Hair Masque And Tangle Tamer Set

Masalah rambut kusut dan mengerbang? Coco & Eve Like A Virgin Super Nourishing Coconut & Fig Hair Masque And Tangle Tamer Set dirumus khas untuk mengembalikan semula kilauan pada rambut anda.  Hair mask ini diperkaya dengan kombinasi bahan-bahan penting seperti buah tin, kelapa dara, minyak argan, biji rami dan mentega shea. Ramuan ini membantu mencegah masalah rambut kering, kusut, mengerbang dan tidak bermaya. Hanya dengan sekali penggunaan, rambut anda akan terasa lembut dan tampak bersinar. 

Kelebihan:

  • Melembapkan rambut secara intensif
  • Didatangkan bersama sikat untuk mengelakkan rambut kusut
  • Mengandungi ramuan botanikal

Harga: RM178.00

Terdapat di: Sephora

3. L’Oréal Professionnel Serie Expert Absolut Repair Golden Mask For Dry And Damaged Hair

Jika anda sedang mencari hair mask terbaik untuk rambut keriting dan mengerbang, kami sarankan anda menggunakan L’Oréal Professionnel Series Expert Absolut Repair Golden Mask For Dry And Damaged Hair. Produk ini mengandungi campuran formulasi khas iaitu gold quinoa dan protein yang membantu mengurangkan kerosakan rambut serta mengembalikan kilauan agar tampak sihat. Teksturnya juga menyerap dengan pantas tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Kelebihan:

  • Merawat masalah rambut rosak
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak
  • Melembutkan rambut secara serta-merta

Harga: RM126.00

Terdapat di: Shopee

4. Sunsilk Smooth and Manageable Treatment Cream

Anda tidak semestinya perlu berbelanja mahal untuk mendapatkan produk penjagaan rambut yang terbaik. Smooth and Manageable Treatment Cream oleh Sunsilk adalah rahsia untuk mendapatkan rambut yang lembut, lurus dan mudah untuk diurus. Hair mask ini mengandungi kompleks nutri yoghurt keratin yang dikuasakan dengan lima ekstrak minyak botanikal seperti badam, argan, kelapa, jojoba dan zaitun.

Kelebihan:

  • Melembutkan rambut
  • Memudahkan rambut untuk diurus untuk penggayaan
  • Haruman yang wangi

Harga: RM16.90

Terdapat di: Watsons

5. Briogeo Scalp Revival™ Charcoal + Tea Tree Cooling Hydration Scalp Mask 

Masalah kulit kepala gatal, kering dan iritasi pastinya membuatkan anda berasa tidak selesa bukan? Briogeo Scalp Revival™ Charcoal + Tea Tree Cooling Hydration Scalp Mask terbukti secara klinikal membantu menghidratkan kulit kepala dengan sensasi penyejukan untuk melegakan ketidakselesaan. Diperkaya dengan arang binchotan, ramuan ini menyahtoksik kulit kepala dari kotoran yang tersumbat pada folikel rambut. Manakala, minyak tea tree, peppermint, dan spearmint pula melegakan kerengsaan dan ekstrak lidah buaya dan asid hyaluronik memastikan kulit kepala kekal lembap. 

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi dan kekeringan pada kulit kepala
  • Memberikan sensasi yang sejuk
  • Mengekalkan kelembapan

Harga: RM172.00

Terdapat di: Sephora

6. LUCIDO-L High Damage Repair Hair Mask

Ingin dapatkan rambut seperti rawatan di salon? LUCIDO-L High Damage Repair Hair Mask adalah produk yang memberikan rawatan intensif untuk rambut yang rosak dan mengerbang. Diperbuat dengan Acid-Heat Treatment, rumusannya memastikan agar rambut mudah diuruskan, lembut dan bersinar. Selain itu, ia juga mengandungi ramuan yang melindungi rambut daripada haba alat pengayaan rambut yang boleh menyebabkan kerosakan.

Kelebihan:

  • Melindungi rambut daripada haba
  • Haruman buah zaitun dan limau gedang
  • Memerlukan hanya tiga minit untuk rawatan

Harga: RM49.90

Terdapat di: Watsons

7. Tsubaki Premium Repair Hair Mask

Premium Repair Hair Mask dari jenama terkemuka penjagaan rambut Tsubaki ini menampilkan rumusan yang membaiki rambut yang rosak secara mendalam.  Dengan teknologi peresapan inovatif, formulasinya menyerap dengan pantas ke dalam rambut untuk menyuburkannya. Rambut anda bukan sahaja akan tampak lembut, malahan ia juga akan kelihatan bersinar. Haruman bunga kamelia dan buah-buahan juga meliputi setiap helaian anda untuk jangka masa yang lama. 

Kelebihan:

  • Haruman bunga kamelia dan buah-buahan
  • Merawat rambut yang rosak
  • Menyerap ke dalam rambut secara mendalam

Harga: RM65.00

Terdapat di: Watsons 

8. Ouai Fine to Medium Hair Treatment Masque

Ouai Fine to Medium Hair Treatment Masque adalah hair mask terbaik di pasaran yang diformulasi untuk mencegah pelbagai masalah rambut . Selain memastikan rambut tampak bersinar semula, ia juga merawat rambut yang bercabang, kering, mengerbang dan juga gugur. Produk ini dirumus dengan bahan-bahan penting seperti mentega shea, panthenol dan keratin terhidrolisis.

Kelebihan:

  • Haruman yang diilhamkan dari Melrose Place
  • Tidak mengandungi bahan-bahan yang menyebabkan iritasi
  • Menguatkan rambut yang rapuh

Harga: RM190.00

Terdapat di: Sephora

9. Kérastase Chronologiste Youth Revitalizing Hair and Scalp Masque

Kérastase Chronologiste Youth Revitalizing Hair and Scalp Masque sesuai jika anda ingin manjakan diri dengan kemewahan masker rawatan rambut ini. Produk ini mengandungi asid hyaluronik, abyssine dan vitamin E yang bekerjasama untuk memberikan kelembapan berpanjangan, memudarkan tanda-tanda penuaan pada rambut dan kulit kepala, menyerikan semula rambut tidak bermaya dan mencegah rambut mengerbang serta rapuh. Ia juga mengandungi haruman Chronologiste yang terkenal agar rambut anda berbau wangi. 

Kelebihan:

  • Menyuburkan rambut secara intensif
  • Memudarkan tanda-tanda penuaan pada rambut dan kulit kepala
  • Haruman Chronologiste

Harga: RM290.00

Terdapat di: Sephora

10. Kiehl’s Olive Fruit Oil Deeply Reparative Hair Mask

Diperkaya dengan ekstrak buah zaitun, minyak avokado dan limau, Kiehl’s Olive Fruit Oil Deeply Reparative Hair Mask membantu menyuburkan rambut agar tampak bersinar. Hair mask ini memberikan rawatan intensif yang melembapkan semula rambut kering dan menguatkan rambut rapuh, menjadikannya sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut kering.

Kelebihan:

  • Melembapkan rambut kering
  • Memastikan rambut kelihatan bersinar
  • Melindungi rambut daripada kerosakan

Harga: RM 139.00

Terdapat di: Laman website Kiehl’s 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.