Dengan teknologi inovatifnya, Korea Selatan telah menggamit dunia kecantikan dengan keluaran produknya. Selain, mask muka, pelekat jerawat sehingga ke lendir siput, trend kecantikan mereka menjadi standard bagi setiap peminat kecantikan. Bahkan, mereka juga menerajui trend solekan lip tint seperti yang anda lihat di kaca TV. Lip tint atau pewarna bibir ini menampilkan formulasi yang tahan lama serta kemasan semula jadi berbanding gincu, membuatkan produk ini menjadi pilihan ramai. Tak pasti produk lip tint mana yang sesuai untuk anda? Senarai lip tint terbaik ini pastinya membuatkan bibir anda tampak menggiurkan dan seksi dalam sekali penggunaan. 

Apakah Sebenarnya Lip Tint? 

Photo by cottonbro studio on Pexels

Lip tint merupakan alat solekan yang memberikan warna kemasan yang tampak semula jadi pada bibir anda. Produk ini terdapat dalam beberapa variasi seperti sheer lip tint, matte lip tint dan liquid lip tint. Walaupun formulasinya kurang pigmen berbanding gincu, lip tint menampilkan rumusan yang intensiti warnanya boleh dibina serta melembapkan bibir. Selain tahan lebih lama, lip tint juga sesuai untuk mereka yang ingin tampak semula jadi atau mengenakan konsep no-makeup look

Cara-cara Gunakan Lip Tint 

Sebelum anda menggunakan lip tint terdapat beberapa langkah yang anda boleh ikuti  untuk kesan optimal:

1. Pastikan anda eksfoliasi bibir anda terlebih dahulu untuk kemasan yang tampak sekata.

2. Antara tips yang ramai tak tahu adalah anda perlu menggunakan eyeshadow base agar lip tint tahan lebih lama dan juga tanpa meninggalkan kesan comot.

3. Setelah itu, gunakan lip tint pilihan anda dan jika anda inginkan intensiti warna yang lebih pekat, anda boleh membuat beberapa lapisan lip tint.

4. Gunakan lip gloss sebagai sentuhan terakhir untuk kemasan yang tampak berkilau.

Senarai Produk Lip Tint Terbaik di Malaysia 2023

1. Benefit Cosmetics Benetint Cheek & Lip Tint

Apabila disebut sahaja lip tint terbaik, pasti Benefit Cosmetics Benetint Cheek & Lip Tint menjadi pilihan ramai. Produk ini menampilkan pewarna bibir dan pipi berwarna ros dengan kesan kemerahan semula jadi yang seksi. Aplikator bibirnya direka khas untuk kesan aplikasi yang tepat. Malahan, anda juga boleh menggunakannya pada pipi untuk kesan flush

Kelebihan:

  • Tahan lama
  • Kemasan warna yang semula jadi
  • Boleh digunakan pada pipi

Harga: RM101.00

Terdapat: Sephora

2. Dear Dahlia Dream Velvet Lip Tint

Dear Dahlia Dream Velvet Lip Tint amat sesuai untuk mereka yang menyukai kesan matte. Produk ini mempunyai tekstur umpama serbet yang membantu meliputi bibir dengan warna matte yang tahan lama. Formula inovatifnya merangkumi kombinasi asid hyaluronik dan serbuk pigmen untuk memberikan warna intensif serta mengekalkan kelembapan bibir. Manakala, ekstrak Dahlia Variabilis pula terbukti melindungi kulit agar tampak sihat. 

Kelebihan:

  • Memberikan kemasan fokus lembut dan matte
  • Terdapat dalam enam warna menarik
  • Tekstur yang ringan

Harga: RM125.00

Terdapat: Sephora

3. Holika Holika Heart Crush Glow Tint Air

Holika Holika Heart Crush Glow Tint Air menampilkan rumusan dengan warna yang berpigmen dan kesan berkilau. Ditawarkan dalam 11 warna menarik, anda boleh memilih antara Bubbly, La La, Winsom, Drippin, Hush, Comely dan Brink. Diperkaya dengan ramuan yang melembapkan bibir kering, ia tidak meninggalkan kesan melekit. 

Kelebihan:

  • Memastikan bibir kekal lembap
  • Tahan lama
  • Warna yang berpigmen pekat

Harga: RM49.90

  Add to cart

4. Barenbliss Peach Makes Perfect Lip Tint 

Lip tint pilihan kami seterusnya ialah Peach Makes Perfect Lip Tint dari jenama terkemuka Barenbliss. Rangkaian produk lip tint ini mempunyai wangian pic yang manis. Ditawarkan dalam enam warna seperti Paradise Found is a Glowy Pinky Red, Never Settle is an Intense Reddish Plum dan Brave Enough. Rona warnanya terdapat dalam merah hati, plum sehingga merah jambu. Produk ini turut meninggalkan kesan kilauan yang membuatkan bibir anda tampak menggiurkan.

Kelebihan:

  • Wangian pic yang manis
  • Diperbuat dengan teknologi Stain-Lock untuk kesan sehingga 12 jam
  • Mengandungi mentega shea, minyak jojoba, minyak zaitun dan minyak badam

Harga: RM32.90

Terdapat: Guardian 

5. Dior Addict Lip Tint

Jika anda sedang mencari lip tint terbaik yang tahan sehingga 12 jam, kami sarankan anda mencuba Dior Addict Lip Tint. Diperkaya dengan 95% ramuan semula jadi, ia mengandungi minyak ceri untuk kelembapan selama 24jam. Dengan 12 pilihan warna, produk ini boleh didapati dalam kuning air, raspberri, bunga mawar dan juga pic. Produk ini memberikan warna intensiti yang pekat serta kemasan yang berkilau. 

Kelebihan:

  • Warna yang sesuai untu semua jenis kulit
  • Memberikan kelembapan intensif sehingga 12 jam
  • Tahan lama 

Harga: RM175.00

Terdapat di: Laman website Dior 

6. The Face Shop Water Fit Lip Tint

The Face Shop Water Fit Lip Tint menawarkan rumusan tahan lama dengan kemasan matte yang lembut. Produk ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna berasaskan merah seperti Picnic Red, Rose Pink dan Red Signal. Warnanya bukan sahaja mempunyai pigmen kuat dan pekat, malahan ia juga tahan lama, kalis air dan tidak mudah 

Kelebihan:

  • Boleh digunakan pada bibir dan pipi
  • Warna yang mempunyai pigmen kuat
  • Kalis air

Harga: RM 29.90

Terdapat di: Laman website The Face Shop

7. Etude House Dear Darling Water Gel Tint

Inginkan bibir yang tampak menggiurkan? Etude House Dear Darling Water Gel Tint adalah rahsia untuk mendapat bibir yang tampak kemerahan pada jangka masa lama. Terdapat dalam pelbagai tona merah yang sejuk sehingga hangat, rumusannya memberikan kemasan warna menarik dalam sekali aplikasi. Tambahan lagi, produk ini mengandungi bahan-bahan penting seperti ekstrak buah delima dan soapberry. 

Kelebihan:

  • Terdapat dalam sembilan warna 
  • Warna berpigmen 
  • Rumusan tahan lama

Harga: RM26.00

Terdapat di: Watsons 

8. Clarins Waterlip Lip Tint

Clarins Waterlip Lip Tint mengandungi kombinasi ekstrak botanikal yang bertindak meliputi bibir dengan kesan berwarna matte. Dengan teksturnya yang berair, produk ini berkesan memberikan warna yang tahan lama dan tampak semula jad. Malahan rumusannya juga tidak meninggalkan kesan pada pelitup muka anda. Produk ini ditawarkan dalam empat warna iaitu Rose Water, Orange Water, Red Water dan Violet Water

Kelebihan:

  • Kemasan matte
  • Diperkaya dengan ekstrak botanikal
  • Intensiti warna yang boleh disesuaikan

Harga: RM110.00

Terdapat di: Laman website Clarins 

9. Emina Magic Potion

Anda tidak perlu berbelanja mahal hanya untuk dapatkan lip tint yang terbaik di pasaran. Emina Magic Potion memberikan kemasan semi-matte yang membuatkan bibir anda tampak seksi. Produk ini mempunyai lima warna pilihan berasaskan merah seperti Summer, Sienna, Smitten, Sunglow dan Sassy. Formulasinya tahan lama, kalis comot serta tidak mudah meninggalkan kesan. 

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Pilihan warna yang sesuai untuk kegunaan seharian
  • Mudah digunakan

Harga: RM19.70

Terdapat di: Watsons 

10. Innisfree Fruity Squeeze Tint

Seperti namanya,  Innisfree Fruity Squeeze Tint mengandungi campuran 10 jenis minyak sayuran yang membantu melembapkan bibir.Selain itu, ia turut mengandungi ekstrak mutiara agar bibir anda tampak gebu. Produk lip tint keluaran Innisfree ini memberikan sentuhan warna yang tampak semula jadi dan tahan lama. Dengan kesan umpama cat air, anda akan berasa selesa sepanjang hari. 

Kelebihan:

  • Didatangkan dalam sembilan warna
  • Membuatkan bibir tampak gebu
  • Diperbuat dengan sistem salutan shine untuk penghidratan 30%

Harga: RM48.00

Terdapat di: Laman website Innisfree 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.