Adakah anda dalam kalangan mereka yang mengalami masalah kulit yang kering dan bersisik? Jika ya, pasti anda mengetahui bahawa kulit anda akan sentiasa terasa gatal dan juga sensitif. Usah risau, kerana terdapat pelbagai jenis lotion badan untuk kulit kering yang boleh didapati di pasaran. Namun, dengan lambakan produk tersebut juga membuatkan ianya agak sukar untuk anda memilih lotion yang sesuai untuk masalah kulit anda. Tak pasti produk mana nak beli? Beauty Insider telah menyenaraikan 17 lotion badan untuk kulit kering yang terlaris di pasaran.

Cara Memilih Lotion Badan untuk Kulit Kering

Photo by Karolina Grabowska on Pexels

Seperti juga produk penjagaan kulit yang lain, jika anda mengalami masalah kulit seperti berminyak ataupun kering, anda perlulah memilih lotion yang bersesuaian untuk kulit anda. Tidak kiralah jika produk tersebut merupakan yang terbaik sekalipun, jika formulasinya tidak sesuai dengan anda, kesannya pasti tidak dapat dilihat. Sebelum anda membeli lotion untuk kulit kering, pastikan produk tersebut mempunyai kriteria seperti di bawah.

  • Diuji oleh dermatologi
  • Lotion yang membantu mengunci kelembapan dalam kulit
  • Diformulasi dengan bahan atau ejen yang melembapkan kulit
  • Mampu menghidrasikan kulit
  • Utamakan lotion yang mempunyai SPF untuk melindungi kulit daripada sinaran UV

Senarai Lotion Badan untuk Kulit Kering dan Bersisik yang Terbaik di Pasaran 2024

1. ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion

ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion merupakan pilihan utama untuk mereka yang berkulit kering. Diformulasi dengan vitamin E, ianya membantu melindungi kulit daripada radikal bebas. Tambahan lagi, lotion ini terbukti secara klinikal membantu meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 89%. Lotion ini sesuai untuk kulit kering kerana ianya membentuk satu lapisan perlindungan yang membantu mengekalkan kelembapan. ROSKEN Skin Repair Dry Skin Lotion menyerap dengan pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak.

Kelebihan:

  • Halal
  • Diperkaya dengan vitamin E dan antioksidan
  • Membantu mengekalkan kelembapan kulit

Kekurangan: 

  • Tidak cukup melembapkan untuk mereka yang mempunyai kulit yang amat kering

Harga: RM49.90

Terdapat di: Watsons

2. Aveeno Soothing & Calming Lotion

Diperbuat dengan ekstrak oatmeal dan beberapa jenis minyak pati seperti lavender, chamomile dan ylang-ylang, Aveeno Soothing & Calming Lotion merupakan antara lotion untuk kulit kering yang terbaik. Ianya memberikan kelembapan sehingga 24 jam, agar kulit anda tampak lembut dan lembap. Dengan ramuan minyak patinya, lotion ini mempunyai bau yang sangat menyenangkan dan juga wangi tanpa menyebabkan sebarang iritasi kulit.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Tidak mempunyai pewangi tiruan
  • Bau yang menyenangkan

Kekurangan

  • Harga yang sedikit mahal

Harga: RM67.50

Terdapat di: Shopee

3. Vaseline Intensive Care Advanced Repair Unscented Lotion

Jika anda mempunyai kulit yang sensitif atau ekzema, ianya agak sukar untuk memilih lotion yang sesuai dengan nada bukan? Perkenalkan Vaseline Intensive Care Advanced Repair Unscented Lotion yang diluluskan oleh Persatuan Ekzema Kebangsaan (NEA). Ianya mempunyai microdroplets daripada jeli Vaseline yang berkesan mengekalkan kelembapan. Selain itu ianya juga membantu memperbaiki lapisan luar kulit. Vaseline Intensive Care Advanced Repair Unscented Lotion terbukti berkesan melembapkan kulit yang amat kering dan tampak bersisik. Hanya dalam lima hari, anda akan nampak perubahan nyata!

Kelebihan:

  • Sesuai untuk mereka yang mempunyai ekzema
  • Tidak mempunyai pewangi
  • Tidak mempunyai bahan yang menyebabkan iritasi kulit

Kekurangan: 

  • Sukar untuk didapati

Harga: RM89.90

Terdapat di: Lazada

4. PALMER’S Coconut Oil Formula Body Lotion

Seterusnya, PALMER’S Coconut Oil Formula Body Lotion juga merupakan pilihan beauty junkie yang inginkan lotion yang memberikan kelembapan intensif. Diformulasi dengan ramuan yang melembapkan seperti minyak kelapa, minyak badam dan minyak Tahitian Monoï, lotion badan ini melembutkan kulit agar ianya tidak tampak kusam. Ianya juga tidak mempunyai bahan yang berbahaya atau mampu menyebabkan iritasi seperti paraben, pewarna atau minyak mineral.

Kelebihan:

  • Bersifat hipoalergenik
  • Kulit tampak berseri
  • Kelembapan yang intensif
  • Diuji secara dermatologi

Kekurangan: 

  • Tekstur yang memerlukan masa untuk menyerap ke dalam kulit

Harga: RM35.50

Terdapat di: Caring

5. Drunk Elephant Sili™ Body Lotion

Dengan rating sebanyak 4 bintang oleh 517 pengulas di Sephora, Drunk Elephant Sili™ Body Lotion merupakan antara lotion untuk kulit kering yang terlaris di pasaran. Diperkaya dengan squalane, asid amino, ceramide, dan ekstrak minyak botanikal, ianya membantu melembapkan kembali kulit. Tambahan lagi, dengan ramuan buah-buhan yang diperkaya dengan antioksidan, lotion ini membantu melindungi kulit daripada radikal bebas dan mengekalkan tahap pH yang seimbang. Walaupun harganya agak mahal berbanding lotion yang lain, ianya amat berkesan!

Kelebihan:

  • Krim yang bertekstur ringan
  • Memastikan tahap pH seimbang
  • Ramuan yang berkualiti

Kekurangan: 

  • Harga yang mahal

Harga: RM115.00

Terdapat di: Sephora

6. Eucerin pH5 Intensive Lotion

Eucerin pH5 Intensive Lotion diformulasi untuk melindungi dan melembapkan kulit secara intensif selama 24 jam. Dengan ramuan pH5 Citrate Buffer, ianya membantu mengimbangi tahap pH dan melindungi lapisan luaran kulit. Manakala panthenol berkesan melembapkan kulit dan mengelakkan iritasi kulit, menjadikan kulit anda tampak lebih sihat dan berseri. Walaupun, ramuan Eucerin pH5 Intensive Lotion amat lembut pada kulit, ianya efektif to mereka yang berkulit kering.

Kelebihan:

  • Mengelakkan iritasi kulit
  • Bersifat hipoalergenik
  • Memberikan kelembapan sehingga 24 jam

Kekurangan: 

  • Tekstur yang agak tebal

Harga: RM75.00

Terdapat di: Shopee

7. CeraVe Moisturizing Lotion Dry to Very Dry Skin

Jenama seterus ini merupakan cult classic dan kami pasti anda menyukainya juga! CeraVe Moisturizing Lotion Dry to Very Dry Skin. Diperkaya dengan tiga jenis ceramide dan asid hyaluronik, lotion yang bertekstur ringan ini memberikan kelembapan tanpa menyumbatkan liang pori-pori. Tambahan lagi, CeraVe Moisturizing Lotion Dry to Very Dry Skin ini diformulasi dengan teknologi MVE agar kulit kekal lembap selama 24 jam. Lotion bebas pewangi dan minyak ini sesuai digunakan untuk seluruh tubuh badan termasuk kulit.

Kelebihan:

  • Tidak bersifat komedogenik
  • Hipoalergenik
  • Bertekstur ringan
  • Boleh digunakan pada badan dan juga muka

Kekurangan: 

  • Rekaan dan saiznya tidak mesra perjalanan

Harga: RM74.90

Terdapat di: Lazada

8. Dove Dry Skin Relief Replenishing Body Lotion

Dove Dry Skin Relief Replenishing Body Lotion terbukti secara klinikal berkesan melembapkan kulit secara intensif. Dirumus dengan AminoSilk Complex, lotion yang diuji secara dermatologi ini memberikan kelegaan serta merta untuk mereka yang mengalami kegatalan dan iritasi kulit. Ianya mempunyai tekstur berkrim yang menyerap dengan pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Dengan sekali sapuan, anda akan dapati kulit anda tampak lebih lembut dan lembap. Malahan ianya juga sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit sensitif atau ekzema.

Kelebihan:

  • Tidak meninggalkan kesan melekit
  • Sesuai untuk mereka yang mengalami kulit yang amat kering, bersisik dan gatal
  • Diuji secara dermatologi

Kekurangan: 

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM106.00

Terdapat di: Shopee

9. Burt’s Bees Milk & Honey Body Lotion

Jika anda masih mencari lotion untuk kulit kering yang diformulasi dengan ramuan yang tidak berbahaya, anda harus mencuba Burt’s Bees Milk & Honey Body Lotion. Diperkaya dengan ramuan semula jadi seperti ekstrak susu, madu, minyak kepala dan minyak biji anggur, ianya memberikan kelembapan sehingga 24 jam. Selain itu lotion ini membantu melegakan iritasi kulit dan menyerap dengan pantas ke dalam kulit hanya dengan sekali sapuan. Tidak mengambil kira jenis kulit anda, Burt’s Bees Milk & Honey Body Lotion adalah produk penjagaan kulit yang anda harus miliki!

Kelebihan:

  • Melegakan iritasi dan kerengsaan
  • Diujui secara dermatologi
  • Membantu melembutkan kulit

Kekurangan: 

  • Formulasinya telah bertukar

Harga: RM84.00

Terdapat di: Sephora

10. Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion

Senarai ini pasti tidak lengkap tanpa jenama kesukaan ramai iaitu Cetaphil Daily Advance Ultra Hydrating Lotion! Dirumus dengan niacinamide, panthenol, vitamin dan mentega butter, lotion bebas pewangi ianya memberikan kelembapan selama 48 jam agar kulit tampak lembut dan sihat. Ianya juga melindungi kulit daripada lima tanda-tanda kulit sensitif seperti kering, iritasi, lapisan pertahanan yang lemah, kerengsaan dan tekstur yang kasar.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Mengandungi vitamin dan bahan pelembap yang efektif
  • Melindungi kulit daripada tanda-tanda sensitif

Kekurangan: 

  • Harga yang mahal

Harga: RM89.90

Terdapat di: Guardian

11. Nivea Intensive Moisture Body Milk Lotion

Diperkaya dengan vitamin E, esktrak susu dan minyak avokado, Nivea Intensive Moisture Body Milk Lotion memastikan kulit yang kering dan bersisik kekal lembap selama 48 jam. Lotion badan init juga sesuai digunakan untuk mereka yang memerlukan kelembapan intensif akibat kondisi kulit yang amat kering. Nivea Intensive Moisture Body Milk Lotion bertekstur ringan dan menyerap dengan cepat, menajdikan kulit anda kelihatan lebih sihat.

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Melembutkan kulit
  • Tidak melekit

Kekurangan: 

  • Rekaan saiz botol yang agak besar sukar untuk anda membawanya ke mana sahaja

Harga: RM28.60

Terdapat di: Watsons

12. Sebamed Moisturizing Body Lotion

Sebamed Moisturizing Body Lotion merupakan pelembab yang diformulasi secara khas untuk kulit kering dan juga kusam. Diperkaya dengan ekstrak kamomil dan allantoin, lotion ini menyerap dengan pantas ke dalam kulit untuk melegakan sebarang kerengsaan.Selain melembutkan kembali kulit yang kasar, produk ini juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Formulasinya juga mempunyai pH 5.5 yang seimbang untuk menguatkan sistem perlindungan kulit. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk kulit sensitif dan juga normal
  • Tidak mengandungi paraben

Kekurangan: 

  • Tidak mempunyai aroma wangian

Harga: RM35.90

Terdapat di: Watsons 

13. Fresh Milk Body Lotion

Dengan rating yang tinggi, Fresh Milk Body Lotion adalah salah satu lotion untuk kulit kering yang menjadi pilihan ramai. Ramuan utamanya adalah susu berasaskan bahan botanikal seperti beras, pegaga dan juga biji rami atau linseed. Bahan-bahan ini membantu melegakan iritasi serta menguatkan sistem penghalang kulit. Teksturnya amat ringan membantunya menyerap dengan jauh ke dalam kulit untuk kehidratan serta-merta. Produk ini juga amat sesuai jika anda sedang mencari lotion untuk memutihkan dan mencerahkan kulit anda.

Kelebihan:

  • Formulasi yang bebas daripada bahan-bahan iritasi
  • Terdapat wangian yang menyenangkan
  • Mencerahkan kulit kusam

Kekurangan: 

  • Harga yang mahal

Harga: RM78.00

Terdapat di: Sephora

14. Supergoop! Body Butter SPF 40

Supergoop! Body Butter SPF 40 merangkumi kebaikan losyen badan dengan perlindungan SPF 40 daripada sinaran UV. Produk ini diperkaya dengan antioksidan dan minyak semula jadi yang diekstrak daripada bahan-bahan botanikal. Tambahan lagi, terdapat juga campuran vanila, kayu cengkih serta eucalyptus. Formulasi yang direka ini bukan sahaja membantu melindungi kulit anda, malahan ianya turut melembutkan dan melembapkan kulit dengan efektif. 

Kelebihan:

  • Mengandungi SPF 40
  • Tona kulit lebih sekata
  • Vegan

Kekurangan: 

  • Sukar untuk didapati

Harga: RM259.00

Terdapat di: Net-A-Porter

15. The Body Shop Olive Body Butter

Dapatkan kulit lembut bak bayi dengan The Body Shop Olive Body Butter. Dirumus dengan 96% bahan semula jadi, termasuk minyak zaitun organik dari Itali, produk ini melembapkan kulit secara serta merta tanpa kesan melekit. Yang paling best, formulasinya diperbuat secara inovatif untuk memberikan kelembapan selama 96 jam. Bau harumannya pasti membuatkan anda berasa tenang.

Kelebihan:

  • Kelembapan selama 96 jam
  • Diuji secara dermatologi
  • Aroma yang wangi

Kekurangan: 

  • Rekaan bentuk pembungkusan yang menyukarkan anda untuk mengambil produk tersebut

Harga: RM118.00

Terdapat di: laman website The Body Shop 

16. INNISFREE ISLE Number Lotion #Seize The Moment

ISLE Number Lotion #Seize The Moment dari jenama terkemuka Korea, INNISFREE ini menawarkan formulasi yang melembapkan berserta dengan aroma wangian ala spa. Diperkaya dengan ekstrak teh hijau dan kompleks minyak botani™, rumusannya membantu melembapkan kulit agar kekal hidrat. Selain itu, lotion badan ini mempunyai aroma menyegarkan dengan aroma citrus dan kayu.

Kelebihan:

  • Mempunyai tekstur yang bersusu
  • Aroma wangian yang menyegarkan
  • Menyerap dengan pantas

Kekurangan: 

  • Harga yang agak mahal

Harga: RM90.00

Terdapat di: laman website INNISFREE 

17. Sol de Janeiro Brazilian Bum Bum Cream

Senarai lotion untuk kulit kering terbaik ini pasti tidak lengkap tanpa Sol de Janeiro Brazilian Bum Bum Cream. Produk popular in yang telah memenangi pelbagai anugerah menampilkan rumusan yang membantu melembapkan dan menegangkan kulit dengan bahan-bahan penting seperti ekstrak guaraná, mentega cupuaçu, dan minyak kacang Brazil. Dengan wangian Cheirosa 62, ia menawarkan nota pistachio, karamel masin dan juga vanila.

Kelebihan:

  • Aroma wangian yang manis
  • Ditawarkan dalam dua saiz berbeza
  • Menegangkan kulit

Kekurangan: 

  • Harga yang mahal

Harga: RM108.00

Terdapat di: Sephora

Pernahkah anda mencuba sebarang lotion untuk kulit kering yang kami senaraikan di atas? Jangan lupa untuk ikuti kami di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.