Dengan trend kecantikan yang sedang berkembang, rutin penjagaan wajah lebih khusus kepada rumusan sesuatu produk. Malahan, anda juga pasti pernah melihat ramuan aktif seperti niacinamide, retinol dan vitamin C yang trending di media sosial. Ramuan penjagaan kulit ini terutamanya niacinamide cukup popular di kalangan ramai peminat kecantikan kerana ia menawarkan pelbagai manfaat kepada kulit. Jom cuba senarai serum niacinamide terbaik pilihan kami ini. 

Apakah Fungsi Niacinamide?

Photo by Karolina Grabowska on Pexels

Niacinamide merupakan salah satu bentuk vitamin B3 yang penting dalam aspek kesihatan kulit manusia. Bahan ini yang diketahui dengan sifat anti-radangnya mempunyai kebaikan dalam kesihatan kulit wajah apabila digunakan secara topikal. Antara kebaikan niacinamide adalah seperti berikut:

  • Memberikan kelembapan intensif 
  • Melegakan kerengsaan pada kulit
  • Memudarkan bintik-bintik hitam
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • Menguatkan lapisan perlindungan kulit daripada pencemaran dan bahan-bahan yang merengsakan kulit
  • Mengawal lebihan minyak

Cara-cara Penggunaan Serum Niacinamide

Produk yang mengandungi niacinamide selalunya boleh digunakan oleh semua jenis kulit. Walaupun kesan sampingannya jarang berlaku, terdapat beberapa reaksi akibat penggunaannya seperti kemerahan pada kulit, kegatalan, dan tindak balas alahan. Anda disarankan untuk membuat ujian tampalan terlebih dahulu sebelum menggunakan sesuatu produk. 

Secara idealnya, produk yang mengandungi sekurang-kurangnya lima peratus niacinamide memberikan kesan efektif. Anda boleh menggunakan serum yang berasaskan niacinamide setelah pembersih wajah dan juga toner. 

Bergantung kepada jenis kulit dan rutin penjagaan wajah, anda juga boleh memilih untuk menggunakan krim wajah yang mengandungi niacinamide juga. Anda juga boleh menggunakan niacinamide bersama ramuan bahan aktif yang lain seperti vitamin C, ceramide, asid hyaluronik, asid glikolik, zinc, acid folik dan retinol. 

Senarai Serum Niacinamide Terbaik Di Malaysia 2023

1. Skinlex 10% Niacinamide Serum

Dengan kandungan bahan niacinamide yang tinggi, Skinlex 10% Niacinamide Serum merupakan antara serum niacinamide yang terbaik di pasaran. Selain itu, formulasinya turut mengandungi campuran bahan-bahan penting seperti allantoin, asid hyaluronik, panthenol, ekstrak akar likuoris dan ekstrak willow bark. Selain mengekalkan kelembapan kulit, produk ini juga melegakan kerengsaan kulit, memastikan tona kelihatan sekata dan memudarkan pigmentasi. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit, terutamanya kulit berjerawat
  • Bebas minyak dan pewangi
  • Mengandungi 10% niacinamide

Harga: RM76.50 (harga sebenar RM90.00)

  Add to cart

2. Bffect Niacinamide 10% + Matrixyl Peptides 2% Anti-Aging Serum

Bffect Niacinamide 10% + Matrixyl Peptides 2% Anti-Aging Serum  dirumus secara khas untuk mengurangkan tanda-tanda penuaan, mengecilkan saiz liang pori serta melegakan kerengsaan. Teksturnya amat ringan dan menyerap dengan pantas ke dalam kulit dengan serta-merta tanpa kesan melekit. Selain diperkaya dengan 10% niacinamide, ia turut mendgungi Matrixyl™ 3000 yang merupakan campuran palmitoyl oligopeptide proprietari dan palmitoyl tetrapeptide-7. Dengan penggunaan konsisten, kulit wajah anda akan kelihatan lebih anjal dan berseri. 

Kelebihan:

  • Menganjalkan kulit wajah
  • Menyerap dengan pantas
  • Mengecilkan liang pori

Harga: RM60.00

  Add to cart

3. Face Republic Vita Capsule Luminous Serum

Vita Capsule Luminous Serum merupakan produk keluaran jenama dari Korea iaitu Face Republic. Rumusannya merangkumi kombinasi 50,000ppm niacinamide, ekstrak buah limau dan minyak jojoba yang telah dikapsulkan. Serum niacinamide terbaik ini berkesan untuk menyerikan kulit wajah yang kusam serta memudarkan bintik-bintik hitam dan jeragat agar tampak flawless

Kelebihan:

  • Menyerikan kulit wajah kusam
  • Hipoalergenik
  • Tidak mengandungi paraben, silikon dan pewangi

Harga: RM79.90

  Add to cart

4. Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops

Dengan rating sebanyak 4.4 bintang di Sephora, Glow Recipe Watermelon Glow Niacinamide Dew Drops merupakan serum niacinamide terbaik pilihan ramai. Rumusan inovatifnya membantu melembapkan kulit serta memudarkan bintik-bintik hitam dengan berkesan. Produk dengan tekstur seakan gel dan serum ini menyerap dengan pantas serta menyerlahkan wajah anda dengan kesan berseri. Ianya juga boleh digunakan sebagai primer, sebelum solekan. 

Kelebihan:

  • Memberikan kesan berseri
  • Memudarkan pigmentasi dan liang pori
  • Sesuai digunakan sebagai primer

Harga: RM99.00

Terdapat di: Sephora 

5. Paula’s Choice 10% Niacinamide Booster

Jika anda sedang mencari serum niacinamide terbaik, pastikan anda mencuba Paula’s Choice 10% Niacinamide Booster. Produk best seller ini diperkaya dengan kandungan niacinamide yang tinggi sebanyak 10% untuk kesan optimum. Rumusannya memberikan beberapa kelebihan seperti menghidratkan kulit, menguatkan daya ketahanan kulit, melembutkan tekstur kulit, memudarkan saiz liang pori dan meningkatkan keserian wajah. Produk ini amat serba boleh kerana anda boleh menggunakannya bersama serum atau pelembap wajah. 

Kelebihan:

  • Bebas pewangi
  • Tekstur yang ringan
  • Boleh digunakan bersama serum atau pelembap

Harga: RM230.00

Terdapat di: Laman website Paula’s Choice

6. Lancôme Rénergie H.C.F. Triple Serum

Lancôme Rénergie H.C.F. Triple Serum menampilkan formulasi terbaru yang menyatukan tiga bahan aktif yang sebelum ini dianggap tidak serasi untuk digabungkan. Rumusannya menawarkan campuran asid hyaluronik, C+Niacinamide dan asid ferulik. Dengan dos tiga kali gandanya, serum ini mengurangkan kedutan dan memudarkan bintik-bintik hitam serta mengekalkan tahap kelembapan. 

Kelebihan:

  • Kandungan bahan aktif yang tinggi
  • Mengurangkan tanda-tanda penuaan
  • Pembungkusan Triple-Chamber yang inovatif

Harga: RM640.00

Terdapat di: Laman website rasmi Lancôme 

7. The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1%

The Ordinary Niacinamide 10% + Zinc 1% diformulasi dengan kandungan bahan-bahan aktif yang tinggi. Rumusan serum ini membantu mengurangkan cela di wajah, terutamanya jerawat dan bintik-bintik hitam. Selain itu, ia turut mengawal lebihan sebum agar kulit anda bebas minyak. Dengan harga yang mampu milik,  serum niacinamide ini sesuai untuk mereka yang mencari produk yang murah tetapi efektif. 

Kelebihan:

  • Harga murah
  • Mengawal lebihan sebum
  • Memastikan tona kulit sekata

Harga: RM35.00

Terdapat di: Sephora 

8. La Roche-Posay Niacinamide B10 Serum

La Roche-Posay Niacinamide B10 Serum merupakan serum serba guna yang membantu mencerahkan tona kulit, memudarkan cela serta memberikan kelembapan intensif. Selain, ramuan niacinamide sebagai bahan utamanya, produk ini turut mengandungi asid hyaluronik untuk menghidratkan kulit kering. Direka untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, serum niacinamide ini tidak menyebabkan iritasi apabila digunakan. 

Kelebihan:

  • Diuji secara dermatologi
  • Sesuai untuk kulit sensitif
  • Memudarkan bintik-bintik hitam

Harga: RM189.90

Terdapat di: Watsons

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.