Jika anda peminat dunia kecantikan pasti anda pernah dengar mengenai tinted moisturiser. Produk hibrid kegemaran ini menggabungkan kebaikan penjagaan kulit wajah dan solekan dalam satu. Ia bukan sahaja memudahkan rutin penjagaan wajah anda, malahan ia sesuai untuk mereka yang inginkan sesuatu yang ringan dengan penyamaran noda yang halus. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang senarai tinted moisturiser terbaik yang anda wajib ada.

Apakah yang Dimaksudkan dengan Tinted Moisturiser?

Photo by Skylar Kang on Pexels

Sebut sahaja tinted moisturiser atau pelembap tinted pasti ramai yang berasa agak keliru. Adakah produk ini sama seperti BB cream ataupun CC cream? Jawapannya tidak kerana tinted moisturiser tidak mengandungi kelebihan menyeluruh seperti perlindungan matahari, berfungsi sebagai primer dan lain-lain. 

Seperti namanya, tinted moisturiser merupakan krim pelembap wajah yang mempunyai pigmen warna. Produk dwifungsi ini membantu menghidratkan kulit yang kering serta menyamarkan noda secara halus agar kulit wajah tampak berseri. Berbanding foundation, tinted moisturiser  memberikan kesan yang lebih segar tanpa nampak terlalu berat. 

Senarai Tinted Moisturiser Terbaik di Malaysia

1. Rare Beauty Positive Light Tinted Moisturizer SPF 20

Dengan rating yang tinggi, Rare Beauty Positive Light Tinted Moisturizer SPF 20 merupakan antara tinted moisturiser terbaik pilihan ramai. Terdapat dalam 24 jenis shade, produk ini mempunyai banyak pilihan untuk tona warna kulit berbeza. Selain SPF 20 untuk melindungi kulit dari sinaran matahari, rumusannya mengandungi vitamin E untuk kesihatan kulit. Dengan teksturnya yang ringan, produk ini menyamarkan noda dan garis halus serta menyerikan kulit yang tampak kusam. 

Kelebihan:

  • Kemasan yang tampak berseri dan semulajadi
  • SPF 20
  • Terdapat dalam 24 jenis shade berbeza

Harga: RM150.00

Terdapat di: Sephora

2. Laura Mercier Tinted Moisturizer Oil Free SPF 20 PA+++ 

Laura Mercier Tinted Moisturizer Oil Free SPF 20 PA+++  sesuai jika anda inginkan kemasan separuh matte dan semulajadi. Tinted moisturiser ini cukup versatile dengan mengawal lebihan minyak serta memberikan litupan nipis untuk menyamarkan noda dan cela. Dikuasakan dengan SPF 20, ia membantu melindungi kulit daripada sinaran UVB dan UVA. 

Kelebihan:

  • Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk sensitif
  • Kemasan separuh matte
  • Tidak meninggalkan kesan berminyak 

Harga: RM225.00

Terdapat di: Sephora

3. L’Oréal Skin Paradise Water-Infused Tinted Moisturizer

Jika anda sedang mencari sedang mencari tinted moisturiser di drugstore, pastikan anda mencuba L’Oréal Skin Paradise Water-Infused Tinted Moisturizer. Rumusannya yang mengandungi campuran 70 peratus air, turut diformulasi dengan ekstrak aloe vera, witch hazel. Produk ini menawarkan perlindungan suria SPF 19 dengan kemasan yang tampak semulajadi dan kelembapan selama 24 jam. 

Kelebihan:

  • Bebas minyak
  • Terdapat dalam 14 jenis shade
  • Tekstur yang ringan

Harga: RM85.89

Terdapat di: laman web Care to Beauty 

4. ColourPop Pretty Fresh Hyaluronic Tinted Moisturizer

ColourPop Pretty Fresh Hyaluronic Tinted Moisturizer menampilkan rumusan bebas minyak yang membantu membuatkan kulit wajah anda tampak berseri tanpa sebarang cela. Diperkaya dengan asid hyaluronik dan air kelapa, tinted moisturiser ini mengekalkan kelembapan tanpa meninggalkan kesan berminyak. Dari segi kesan penyamaran, ia agak ringan namun anda boleh oleskannya dengan lebih jika inginkan menyamarkan cela.

Kelebihan:

  • Bebas minyak
  • Mengandungi asid hyaluronik 
  • Terdapat dalam pelbagi jenis warna untuk tona berbeza

Harga: dari RM69.77

Terdapat di: laman web ColourPop

5. Ultra Violette Daydream Screen SPF50 Tinted Veil

Ultra Violette Daydream Screen SPF50 Tinted Veil menawarkan litupan nipis yang membantu membuatkan kulit anda tampak berseri dan tona sekata. Dengan SPF 50, produk ini memberikan perlindungan komprehensif terhadap UVA dan UVB. Terdapat 15 jenis pilihan warna yang sesuai untuk pelbagai jenis tona kulit. Dengan formulasi serta litupannya, produk ini sememangnya antara tinted moisturiser terbaik.  

Kelebihan:

  • Rumusan yang bebas bahan iritasi
  • Kemasan semulajadi dan satin
  • Mengandungi SPF 50

Harga: RM170.00

Terdapat di: Sephora 

6. Armani Beauty Crema Nuda Tinted Cream

Armani Beauty Crema Nuda Tinted Cream menawarkan pelbagai kelebihan dalam satu penggunaan. Selain melembapkan kulit wajah, rumusannya juga membantu meliputi cela, menyekatakan tona kulit dan menyerikan kembali kulit wajah yang kusam. Diperkaya dengan Reviscentalis™, ramuan ini menggalakkan penjanaan semula kulit. Teksturnya juga amat lembut dan ringan, memudahkan anda untuk mengoleskannya pada wajah. 

Kelebihan:

  • Tekstur ringan
  • Menyekatakan tona kulit
  • Tanpa kesan berminyak atau terasa berat pada wajah

Harga: RM645.00

Terdapat di: laman web Armani Beauty

7. Sisley-Paris Phyto-Hydra Teint Tinted Moisturizer

Jika anda tidak kisah untuk berbelanja sedikit, Sisley-Paris Phyto-Hydra Teint Tinted Moisturizer sememangnya berbaloi. Rumusannya cukup komprehensif dalam memberikan kebaikkan penjagaan kulit serta solekan. Dengan kompleks beauty booster, tinted moisturiser ini mengekalkan kelembapan, melindungi kulit wajah dengan SPF 15 serta meliputi cela dan noda dengan berkesan. 

Kelebihan:

  • Kemasan semulajadi
  • Melindungi kulit daripada sinaran suria
  • Menyekatakan tona kulit yang tidak sekata

Harga: RM 410.00

Terdapat di: laman web Sisley-Paris

8. Huda Beauty GloWish Multi Dew Skin Tint 

Huda Beauty GloWish Multi Dew Skin Tint pastinya terpilih dalam senarai tinted moisturiser terbaik pilihan kami. Produk keluaran Huda Beauty ini membantu menyerikan kulit serta menyamarkan liang pori-pori dengan kemasan semulajadi. Rumusannya merangkumi campuran bahan penting seperti minyak mawar Damsyik, ekstrak lada benggala dan squalane. Ditawarkan dalam 13 warna berbeza, anda akan tampak berseri dalam sekali penggunaan.

Kelebihan:

  • Kemasan semulajadi dan berseri
  • Terdapat dalam 13 warna
  • Litupan nipis

Harga: RM190.00

Terdapat di: Sephora 

Jangan lupa untuk ikuti Beauty Insider Malaysia di Instagram dan Facebook untuk sebarang informasi terkini.